Tuesday 17 July 2012

Bawa Telefon Bimbit di Sekolah

Assalammualaikum

malam tadi pengumuman tengok berita TV3. Pelajar sekolah sesi tahun hadapan akan dibenarkan membawa telefon bimbit...waahhh...beruntung budak zaman sekarang ni...dekat sekolah mesti diorang dah melonjat kegembiraan kerana boleh bawak telefon bimbit di sekolah....tahniah la akak ucapkan untuk adik- adik sekalian. 

Tapi dekat sini, akak nak komen dan kurang bersetuju dengan cara tersebut. Tetapi masih tidak perlu melatah sebabnya pihak tersebut membenarkan pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah adalah dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan. Seperti mana semua tahu, kebanyakan sekolah membawa telefon bimbit adalah tidak dibenarkan...adik-adik, ada sebab kenapa membawa telefon ke sekolah adalah tidak dibenarkan....




dari pengalaman dan pemikiran akak, kenapa telefon bimbit adalah tidak dibenarkan dan beberapa perkara negatif yang boleh dilihat  : 

1 - Pergi sekolah adalah untuk belajar, bila ada telefon bimbit, pelajar akan kurang fokus. Nanti sikit-sikit tengok enset bawah meja sebab nak balas mesej boyfriend/girlfriend. 

2- Akan menyebabkan pergaduhan sesama kawan dan menjadi masalah apabila kehilangan telefon bimbit di sekolah...pihak sekolah jugak nanti akan terbeban hanya dengan masalah kehilangan telefon. Kalau ada pelajar yang bawak enset mahal ke sekolah, anak orang kaya, nanti mak bapak bising dan salahkan pihak sekolah balik. Padahal salah mak bapak tersebut jugak sapa suruh belikan anak telefon mahal-mahal. 

3- Kes cemburu dan menunjuk-nunjuk. Adik-adik, kalau cemburu kerana mendapat markah yang lebih tinggi tak pe, nanti cemburu sebab kawan ada telefon yang canggih mengalahkan telefon bussiness man...nanti mulalah berlumba-lumba nak beli enset lebih canggih..belajar entah ke mana, asik nak cemburu dan menunjuk-nunjuk je....

4- Masalah kewangan. Kalau adik-adik anak orang berada sekalipun, akak rasa duit yang mak bapak kasi untuk buat belanja makan tu digunakanlah untuk makan di kantin. akak takut, bila telefon bimbit dibenarkan ke sekolah nanti, kantin akan jadi sepi, sebab semua orang dah kenyang hanya dengan melihat telefon bimbit masing-masing..dan bila nak beli air pun duit dah tak ada sebabnya asik nak membeli topup....menabung pun pun mungkin sebab nak kumpul duit beli enset baru yang lebih canggih..

5- Masalah komunikasi. seperti mana yang sudah tahu, sejak SMS diperkenalkan, banyak perkataan yang disingkatkan dalam SMS. contohnya ' mkn, aym,kcing,kmbing'. Pengaruh ini takut akan terbawa-bawa dalam karangan Bahasa Malasyia nanti...

6- Masalah komunikasi. mungkin pelajar-pelajar akan kurang berkomunikasi sesama rakan-rakan, sebabnya mereka akan jadi leka bersms atau berchatting di henset masing-masing..

7- Masalah sosial - pengaruh dalam internet adalah sangat kuat dan berleluasa. Bayangkanlah dan tak mustahil adik-adik mesti mempunyai telefon yang canggih di mana boleh melayari internet. Dengan itu, sangat mudah untuk adik-adik melihat video-video atau pun gambar-gambar yang boleh merosakkan dan tidak bermanfaat. Seperti mana yang kita tahu, kes gengsterism, masalah sosial, rogol dan sebagainya adalah salah satu faktor penyebabnya dari penggunaan internet yang tidak ditapis..

8- Adik-adik zaman sekarang adalah berbeza dengan zaman dulu-dulu seusia dengan zaman mak bapak akak. Zaman sekarang adalah sangat susah untuk dikawal. Adik-adik cepat memberontak. Andai kata adik-adik ada masalah, bergaduh dengan kawan mahupun dengan keluarga sekalipun, cara yang adik lakukan adalah melarikan diri dari rumah. Kalau zaman dulu, hendak lari rumah pun, setakat belakang rumah je, pastu bila dah tak tahan kene gigit nyamuk, masuk balik rumah.  tapi sekarang, siap ada GPS, boleh pergi luar negara pun tak ada masalah buat adik-adik. 


Oklah, cukuplah setakat 8 perkara kesan negatif kalau bawa telefon bimbit di benarkan ke sekolah. Seharusnya pihak kementerian harus mengkaji semula kesan membawa telefon bimbit di setiap pelajar. Bukan semua pelajar mampu, dan seharusnya pelajar datang ke sekolah adalah datang membawa satu azam iaitu menimba ilmu pengetahuan. Setiap sekolah seharusnya mengambil tindakan dengan menyediakan prasarana yang boleh memudahkan pelajar untuk belajar. Tidak membenarkan membawa telefon bimbit ke sekolah tidak bermakna pelajar tidak boleh belajar, tetapi ia akan lebih mendatangkan kesan negatif ke atas pelajar nanti. 


Jika kerajaan sekarang risau akan kes-kes keculikan, sewajarnya pihak sekolah haruslah membuat inisiatif untuk mengetatkan undang-undang seperti contoh, tidak membenarkan pelajar menunggu ibu bapa yang lewat menjemput di luar kawasan sekolah dan sebagainya...


pada zaman dulu, kenapa orang boleh hidup tanpa telefon bimbit dan kemudahan lain seperti pengangkutan awam? Kenapa anak-anak mendengar cakap ibu bapa? kenapa masalah sosial yang semakin meningkat zaman sekarang ? dan kenapa murid-murid dah tidak menghormati guru-guru ? semua tu adalah disebabkan PENGARUH. salah satu penyebabnya adalah pengaruh telefon.. sila kaji balik kesan positif dan negatif penggunaan telefon di kalangan pelajar. 

Insyaallah adik-adik, kalau niat adik-adik nak belajar datang ke sekolah adalah untuk menjadi insan yang berguna di masa hadapan, Adik akan dapat. Walaupun tak ada telefon sekalipun, adik-adik tak akan susah. kesusahan itu datang andai adik terpengaruh dengan sikap negatif. Perdana menteri kita masa belajar dulu, mana ada bawak telefon bimbit ke sekolah...tapi mereka boleh berjaya...betul tak...



No comments:

Post a Comment