Wednesday, 4 April 2012

Macam-Macam Story


Assalammualaikum

Rasa lama betul nak mengupdate blog. Otak tengah tak ada idea nak menaip macam mana. Tapi dalam otak ni macam-macam nak cerita. Sepanjang minggu yang lepas, macam-macam perkara yang berlaku. Macam-macam kabar berita yang menyedihkan. Satu-satu perkara yang terjadi. Tapi lebih banyak yang sedih dari suka. Tetapi disebalik kesedihan tu ada juga kegembiraan. 

 
Dimulakan dengan cerita agak gembira tapi nak gembira sangat tu idak lah..ala-ala kadar jelah

  Yang Pertama 

Aku join sukan staff gugusan pentadbiran UKM tahun ni. Sepanjang minggu ni training main boling padang. Ini adalah pertama kali aku menceburi bidang ni.kehkehkeh.yelah kata duduk kat Pusat Sukan, haruslah ada main sukan, kalau tak rugilah kan. Kalau main netball ke, futsal ke, gerenti lah aku tak kan, sebab aku tak minat game tu, aku ni kan tak sesuai game game cam tu. Tapi taulah, bila dah training kat padang tu, panas ya ampun..sepanjang 5 hari training…jadi Dayang Senandung la aku..hitam legam..xpelah, sekali sekala kan ape salahnya. Ape yang gembiranya lagi, oh yeeaahh…31 Mac 2012 yang lalu adalah pertandingannya. Dapat mengalahkan Gugusan Perubatan dan mendapat Johan dengan mata 9-4 kalau tak silap la dah tak ingat. 






 Yang kedua

Tak sabar nak g kursus Pengurusan Stress (5-7 April 2012) dekat Cameron Hinglands, Pahang & Kursus anjuran KESUKMA di Langkawi ( 17-19 April 2012)

 

Cerita yang kurang gembira dan menyedihkan

Yang pertama 

Akhir bulan mac 2012, lastday kerja bagi my bestfrend, my housemate,my besties- Hazirah sebab kontrak dia dah ditamatkan. Kesian dia sebab boss dia tak nak sambungkan kontrak dia. Dia pulak tengah pregnan sekarang ni. Mungkin rezeki anak dia tempat lain. And tuhan nak dekatkan dia dengan suami dia, xdelah berpisah jauh sangat kan. Semoga dia boleh dapat kerja yang lebih baik.

 Yang kedua

Hari sabtu hari tu (31 mac 2012), masa aku tengah tunggu game boling padang, kakak aku telefon. Dia kata dia tak sihat. Muntah-muntah and cirit birit. Dengar suara dia, aku rasa tak sedap hati. Kakaklah satu-satunya kakak yang aku ada, dial ah mak, dialah ayah. Dialah guardiance yang menjaga aku setelah aku dah ditinggalkan oleh mak dan abah. Walaupun aku ni dulu selalu geram ngan kakak aku ni, kadang-kadang rasa nak lari dari umah pun pernah sebabnye kakak aku ni garang, panas baran. Suka membebel,
suka marah-marah. Tapi ape dia cakap tu semua betul. Dan dialah yang banyak menyedarkan aku, membuatkan aku tau mana salah, mana betul. Menjadikan aku lebih matang. Kalau dia tak de, tak taulah aku ni boleh jadi ape yang aku jadi sekarang ke tak. Dengan nekadnya, lepas je habis game tu, walaupun aku taklah focus mana masa game tu, team aku boleh menang.alhamdulilah, mungkin rezeki dan hikmat walaupun aku pertama kali main. Esoknya ahad, aku nekad balik kampung. Sampai je rumah, tengok kakak tidak bermaya, badan dah susut sangat. Mintak abang ipar hantar jugak pergi hospital.  Kakak kene tahan wad. Air mata memang tidak boleh dibendung. Ya Allah, mohon kau sembuhkanlah penyakit kakak ku, jauhkanlah dari sikap aniayai manusia yang jahil. Lindungilah keluarga ku. 

 Yang ketiga

03 april 2012- perjumpaan dengan Ketua Penolong Pendaftar. Batch yang sekali interview dengan aku tempoh hari masa tahun 2010 hari tu. Kitorang dipanggil untuk menjelaskan berhubung isu gaji kami.  Orang lain semua naik gaji bulan april ni tapi kami orang turun gaji. Bukan sikit tapi banyak..memang tak patut UKM buat macam ni, dah 2 tahun kami berkhidmat, kenapa baru sekarang nak selaraskan..kenapa tak dimaklumkan dan diambil tindakan dari sekarang? Dan disebabkan kesilapan pihak terdahulu, kami yang menjadi mangsa. Rasanya dari awal lagi kami dah Tanya dan mintak penjelasan tapi pihak pendaftar tidak menjelaskan dengan terperinci. Dulu, masa dapat tawaran kami diberi tawaran kontrak N27. Kemudian bila kami sudah terima perlantikan tersebut dan diterima bekerja, jawatan kami ditukarkan kepada N17 tetapi tangga gaji diploma n27. Dalam perjumpaan tu, pen.pendaftar baru jelaskan bahawa UKM tidak buka post untuk N27 dan sepatutnya kami dari awal lagi dibayar tangga gaji N17 sijil (P1T2), dengan budi bicara sepatutnya bayaran gaji sudah terlebih bayar tidak akan dipulangkan. Tetapi gaji bulan 4 ni akan diselaraskan dengan gaji yang sepatutnya dan dikira sehingga tempoh selama kami berkhidmat. Bayangkan, gaji basic bulan Lepas RM1269 dan setelah perubahan gaji yang sepatutnya diterima adalah RM760. Ya Allah, rasa nak pitam bila dengar kabar berita tu..dahlah, aku ngah menyewa sorang, ingat after PM kasi 13% kenaikan gaji ni bolehlah bernafas sikit kalau aku dok menyewa sorang-sorang, tapi dah kes cam ni, memang kena cari housemate la. Takpelah, just think positif dan segala yang terjadi pasti ada hikmatnya. Segala rezeki itu adalah ditangan tuhan. 

 


No comments:

Post a Comment