Wednesday, 25 April 2012

Katakan Love Pada Garnier

assalammualaikum

sape tau garnier ada buat program amal yang heliza and lisa surihani pergi ke rumah kebajikan anak-anak yatim. Entry ini.

Tunggu-tunggu jugak pihak Garnier kata akan kasi info kalau ada pape program. but until now tak de pape ponnn...aku dah like dah kat fb Garnier and dah buat pra register dah. Ke aku yg ketinggalan? 

Xpelah...mungkin diorang cuma nak tarik perhatian je kot...teringin jugak nak g jmpa lisa surirumah tu..aku tertarik nak guna Garnier ni bila tengok muka lisa kat iklan yang nampak lembut, berseri2 je. aku ni kan mudah terpengaruh.kikikiki. Bila dia jadi duta Garnier ni, aku pun nak pakai jugak. sebab aku nak muka aku sehalus and seri wajah macam muka dia. boleh tak boleh tak. 

aku pun try la produk Garnier ni rasanya hampir 6 bulan kot. before ni guna produk lain tapi bila habis pergi tukar produk lain sebab rasa nak cuba and terpengaruh dengan bekas yang lawa. Biasalah nak tarik pelanggan. 

Sebagai insan yang mudah terpengaruh ni jugak, mudah terpengaruh dengan iklan-iklan kat tv ni. contoh dulu aku memang peminat siti nurhaliza. pastu dia jadi duta syampoo pantene. and pastu aku akan pastikan aku mesti beli syampoo pentene, syampoo lain tak pandang dah and aku rasa syampoo lain tak bagus.kikikiki..pastu hari tu Yuna kan jadi duta  Libress, so aku pun minat jugak dengan lagu Yuna tu, so, dari situ aku bertukar pulak kepada Libress...Lupakan yang lama...huhuhu...

Ok, dah jauh tersasar, tak boleh nak delete balik. back kepada GARNIER. Baru aku perasan sejak aku menggunakan produk ni and hasilnya sangat mengagumkan. But sebagai pengguna kita kene guna secara berterusan. Jangan kejap-kejap tukar produk lain sebab ia akan memberi masalah kepada kulit wajah kita sendiri. 

selain itu jugak, kita perlu tahu sensitiviti dan kesesuaian kulit kita. Jenis kulit kita ape. macam kulit aku ni, jenis yang oily ( berminyak ) dan ada masalah kulit tidak sekata and maybe sedikit jeragat. Jerawat hanya akan tumbuh bila ku D.B ataupun  STRESS..

So, if anyone have skin problem macam aku ni...just try la produk Garnier yang hangat di pasaran ni. Kira kulit aku jenis yang tak lah bermasalah sangat pun. So, aku just pakai yang warna kuning tu.



Garnier Pure Active tu, aku baru beli. Dia Multi Action Scrub ( aku baca je ape dia tulis tu ). Dia kata lagi ( tulis ) jelas melawan 6 tanda jerawat iaitu Jerawat, bintik bintik putih, bendasing, kulit berminyak, pori terbuka dan kulit tidak sekata. 

after cuci muka dengan pencuci muka tersebut. cuba amalkan guna toner kat kulit muka tu. Dulu, aku memang tak pakai toner muka ni, sebab malas. tapi bila dah nampak hasilnya baru aku rasa sangatlah bagus. sebab ia sangat membantu dalam kesihatan kulit kita, dan mencerahkan wajah dengan sempurna. 


 contoh yang aku boleh aku kongsikan, waktu kulit aku terbakar hari tu masa training boling padang dekat tengah panas, setiap hari lepas mandi je, aku memang time tu dah sapu toner and guna cream dia tiap hari, alhmadulillah, kulit tu bila kene matahari lama-lama memang akan hitam, tapi ia tetap melindungi kulit wajah. sebabnya ia ada pelindung dari cahaya matahari ( SPF ) yang membuatkan kulit kita tidak akan mengelupas. aku paling takut bila time nak elok kulit tu kan akan mengelupas. tapi alhamdulillah, bila guna Garnier ni xla pulak dia nak mengelupas kononnya nak bertukar wajah eh kulit.


Just nak berkongsi pengalaman and cerita je. Setiap orang ada kesesuaian masing-masing. and diri sendiri yang tau kita ni sesuai atau tidak bila menggunakan produk tersebut. Kadang-kadang tidak semestinya produk yang mahal boleh sesuai dengan kulit kita, walhal produk yang murah mahupun tradisional itu lebih bagus dan memberikan kesan yang baik.

betul tak betul tak







Malu la ai.....hehehehe



No comments:

Post a Comment