Assalammualaikum
wahh...dah lama tak menulis entry. sebenarnya baru lepas demam minggu lepas. ni pun still batuk2 lagi.. aku ni tak boleh batuk kalau kene lama-lama mesti nak semput. Bila batuk tu, gerenti, makan tak lalu, time mandi mesti muntah punya sebab bila kene sejuk, batuk tu menjadi-jadi sampai lah muntah segala bagai.
Bila dah lama tak menulis ni, mulalah tak de idea sebenarnya. Dah seminggu jugaklah aku hanya membuka blog aku ni tanpa menulis ape-ape. Dan hasilnya lain yang aku godek-godek dan berubah hati untuk menukar template blog yang baru. aku ni mudah berubah. Tak boleh tengok blog orang cantik, nak jugak. Tapi bila dah tukar jahanam. Maka terhasillah templete blog yang aku cari dekat internet ni. Tak kisahlah orang kata tak lawa, sebab aku masih belajar n masih mencari identiti lagi. Aku pun masih tengok toturioul yang blogger2 dah ajar tu. Kadang kagum dengan blogger-blogger ni, memang cantik n kemas je. pastu kreatif bagai ada yang melukis gambar ayam la, ultramen la, dah macam kartunis la. Diorang ni memang bloger yang berbakat. Tapi identiti blog aku macam ni jelah...menceritakan kisah hati, aktiviti yang aku lalui. aku tak de bakat sangat. Aku bukan giler gadget, fashion pun bantai je pakai pape pun, nak travel pun, setakat balik kampung jelah. Dalam negeri pun tak lepas, inikan nak pergi ke luar negara. Tapi kan, kalau luar negara tempat yang aku teringin pergi adalah Korea n New Zealand. Kalau sape2 sudi sponsor tiket flight untuk aku, aku aku kiss dia 100x.hehehehe.
Nak bebel ape lagi ye....
sebenarnya nak upload gambar, tapi disebabkan ada problem sikit, tak dapatlah eden nak menolongnya. Sebab tu tak de semangat nak taip entry kalau tak de gambar yang diselitkan.
wahh..tetiba rindu kat seseorang..hemmm...sabar jelah.Harap-harap segalanya berjalan dengan lancar. Minggu ni kenduri kawin umah kakak angkat aku. Maybe tak dapat nak datang kat perak tu. Badan ngah tak sihat lagi. Lepas demam ni, perut masih tak boleh nak hadam dengan betul. Kadang-kadang walaupun dah makan, masih lagi masuk angin. Bila naik kereta orang, boleh pening n nak muntah macam orang mabuk tu. padahal pergi sarapan je, bukannya jalan jauh pun. Entahlah, still kene jaga kesihatan. Sekarang ni, penyakit dah macam-macam. Takut rasanya.
Petang ni ada erobik. Nak join tak nak, nak join tak nak. Eeeh hujanlah...tak yah la join. kikikiki
No comments:
Post a Comment