Thursday, 26 January 2012

Resepi Ayam Kunyit Aza

Assalammualaikum

Semalam petang balik kerja tengok dalam peti ais ada ayam, kacang buncis , rasa macam nak masak pulak. Biasalah dok sorang-sorang ni lagi lah tak de buat ape, baik masak jelah. Boringnya tanpa housemate. Dia tengah bercuti sebab nak wedding minggu nie. Sonoknya dah nak kawin member tu. Aku ni entah bila lagi lah...

 Bahan-Bahan
( Untuk makan sorang je ) ( kedekut )

> Ayam dipotong dadu
> Bawang kecik 1 biji
> Bawang besar 1 biji
> Bawang Putih 1 Biji
> sayur kacang buncis 
> Garam
> Kunyit
> Pati Ayam
> Cili Besar / Cili Burung 

Cara-cara nak masak

> Goreng ayam terlebih dahulu ( gaulkan seperti biasa dengan kunyit dan garam ) 
> dah siap goreng ayam boleh la tumiskan bawang putih dan merah tersebut
> Bila dah kekuningan boleh la masukkan kacang pis ( seeloknya kacang panjang ) 
> Pastu masukkan bawang besar dipotong bulat 
> Masukkan sedikit kunyit
> Tambahkan sedikit air
> Masukkan ayam digoreng tadi
> Masukkan garam dan pati ayam
> Kacau hingga naik bau
> Agak-agak dah masak boleh la angkat dan hidang


SELAMAT MENCUBA RESEPI AZA...

* Saya budak baru belajar masak, Kalau salah tolong tunjukkan *

No comments:

Post a Comment