Hari Sabtu yang lepas 28.01.2012, pergi kenduri perkahwinan kawan baik la jugak, merangkap classmate poli dulu, dan juga housemate masa bujang. She is Hazirah Hasbullah @ Zyra. Alhamdulillah hari kebahagiaan dia dah tiba on that day. Congratulation my friend. Disini aku nak ucapkan beberapa ucapan khas untuk kamu :
@ Semoga menjadi seorang isteri yang solehah, mendengar kata-kata suami dan taat padanya
@ Menjaga makan pakai suami mu kerana ia amatlah penting dalam ikatan perkahwinan takut suami nanti cari lain kalau kita abaikan perkara ni
@ Menjadi ibu yang boleh menjaga dan mendidik anak dengan baik dimasa kelak.
@ Jadilah pasangan yang memahami, bertolak ansur dalam hubungan.
@ Aku doakan semoga kawan aku ni akan kekal bahagia hingga ke akhir hayat. amin ya rabbal alamin.
Sahabat, sesungguhnya perkahwinan ini telah melepaskan kau dari dosa dan syaitan-syaitan sudah menyerah diri untuk menghasut umat nabi ini kearah kemaksiatan dengannya pernikahan yang sah ini. Alhmdulillah.
Tersentuh hati ini tatkala melihat kawan sendiri sudah ke alam pernikahan, hari tu jugak jumpalah kawan-kawan seangkatan yang belajar di politeknik. Masing-masing sudah ada kerjaya sendiri alhamdulillah. Ada jugak yang membawa pasangan masing-masing. Aku pun hari tu tumpang my BFF eja dengan pasangannya. Hari tu jugak jumpa Kak Su yang tengah sarat mengandung. Lama dah tak jumpa dia. Tersentuh lagi hati ni bila masing-masing dah ke alam kebahagiaan yang dibina.
Aku bila lagi ????????
Tunggu............................................................................................
Sebenarnya tak sabar nak rasa kehidupan yang suci ini. Tak sanggup nak menambah kan dosa. Bukan ape, kita berjumpa berdua pun, dah kira dosa kan. duduk rapat-rapat, pegang erat-erat lagi lah dosa. Mudah-mudahan Allah mempermudahkan hubungan ini, kerana niat ini amatlah suci. Moga-moga Allah memberi hidayah buat kami. Menguatkan iman kami. Merestui hubungan kami. Melembutkan hati semua orang, keluarga, masyarakat dan sesiapa sahaja. Yang penting hati aku ni mesti ikhlas, kuat untuk melalui kehidupan seperti ini. Harapan semoga ianya dapat berjalan dengan lancar. Amin.
Saat Indah Perkahwinan Zyra ( 28.1.2012 ) . u're so gojes ok. me too so cute.hehehe.
Just Alone |
No comments:
Post a Comment