Bangun pagi tadi celik mata je tengok pemandangan gelap je lagi. mesti awal lagi ni. pastu tengok jam........7.15 pagi. biar betul..tengok luar tingkap patutlah hujan..sedap je tido....huhuhu. gah kan jugak bangun pagi, gosok gigi, guna kodomo lion ( guna colgate je )...
Semalam g Pasar dekat ngan umah aku tu. Kalau pergi situ mesti aku akan beli nasi tomato ayam rempah dengan kuih masalodeh...itu adalah favoret aku kat pasar malam tu je. aku tak kan cari lain dah. Dah dapat bendalah tu terus balik jangan singgah2 tempat tudung or baju. Nanti duit habis ok.
Balik rumah terus menjamu selera...dah habis makan nasi, makan kuih seketul. krup krap krup krap rangup bebenor kuih masalodeh nye. tapi aku suka yang jenis rangup-rangup ni. pastu dia ada terasa rempah-rempah dia. cili kering dia. fuhh memang sedap. pagi ni aku nak cari resepi dia. mana tau rajin nanti boleh buat kat rumah entah menjadi ke tidok tu nanti tengok jelah ye...
Resepi nak buat masalodeh bukan kain terlondeh ok :
Bahan-bahan ( dalam 6-8 biji )
> 2 genggam kacang dal ( direndam semalaman )
> 1/2 biji bawang besar dipotong dadu
> Cili padi / cili kering / cili merah
> Daun kari dihiris
> 1/2 Kiub pati ikan bilis
> 1/2 Sudu jintan manis ditumbuk kasar
> 1/2 Biji telur
Secubit tepung ubi -untuk melekatkan adunan, jangan banyak sangat, nanti liat, tp kalau adunan dh agak boleh dibentuk, tak payah letak tepung ubi pun takpe..
Cara-cara nak masak :
- Kacang dal ditumbuk atau kisar -jangan letak air.Kalau tak hancur sume pun takpe.
- Dalam satu bekas, campurkan kacang dal, bawang, daun kari,cili serbuk ikan bilis, jintan manis, telur, tepung.
- Perasakan dengan sedikit garam dan aji. Jangan risau kalau rasa adunan tu pahit sikit, nanti goreng ok lah dia.(garam jangan banyak sbb serbuk pati ikan bilis dh masin)
- Gaul rata bancuhan dan kepal2 kan. Bahagi kepada 6 atau 8 biji
- Ambik satu biji, kepal2 biar padat dan goreng dalam minyak panas. Semasa menggoreng biar bahagian bawah garing dulu baru terbalikkan, kalau tidak kuih ni cepat berderai. Goreng hingga garing/masak.
- Selamat mencuba.
Dikesempatan ini mengucapkan xong xi fa choi buat bangsa cina. Mau makan limau banyak-banyak. Cuti pun lama jom balik kampung....Cuti Kita Happy :)
Xong Xi Fa Choi...Mau angpau tapi takde kawan bangsa cina la.....tapi kita kan 1 Malaysia... |
No comments:
Post a Comment