Friday, 16 December 2011

Perangai Pelik 1

Assalammualaikum.

Petang-petang ni disebabkan aku ngah tak de kerja nak buat dan perasaan membuak-buak nak cuti sebab hari ni kan hari Jumaat..

Tapi aku pelik dan bukan itu sahaja agak tidak patut sorang pegawai di tempat kerja aku ni berperangai sedemikian. Kerana ia bukan sahaja menyusahkan orang lain tetapi memburukkan nama diri dia sebagai seorang pegawai yang "berkaliber". 

Perangai Pelik dia ni bila dia sepatutnya attend mana-mana bengkel or majlis , dia kata dia akan pergi. Tapi bila dah time tarikh bengkel or majlis tu......gerenti time tue dia akan cuti la...M.C...pastu dia pun sibuk telifon suruh mintak orang lain wakil-wakilkan. Aduhai ape punya pesen la perangai...kalau xnak pergi...mention la awal-awal, suh orang wakilkan awal-awal...xdelah orang nak mengamuk dan menyumpah perangai dia tue. 

Perangai pelik dia lagi...dia nak dengar cakap dia je yang betul. Orang xboleh cakap tidak pada dia...dia xsuka orang argue ape yang dia cakap...Kalau nak mintak buat sesuatu tu...bukan main lagi nak perfect bagai....Tapi kadangkala as  a boss ni dia lupe nak hargai staff yang dah banyak tolong dia..at least cakap baik-baik, cakap terima kasih and appreciate orang lain. 

That's Why kita kalau nak orang lain HORMAT kita, kita PERLU HORMAT orang lain dulu
kita nak orang SAYANG kita, kita perlu SAYANG orang lain dulu
Bila kita buat BAIK dekat orang, orang akan 1000x BAIK dekat kita
Tapi sekali kita buat TAIK dekat orang, orang akan baling TAIK dekat muka kita
( Teruk betul guna perkataan taik= maksud aku buat jahat la ye ) 

So, renung-renungkanlah diri tu.....setinggi mana pun darjat sesorang tu...pangkat atau keturunan sesorang tu...Kekayaan mahupun kecantikan bukanlah kayu ukurnya......yang pentingnya adalah dimana letakknya 
NILAI BUDI BAHASA

PERUMPAMAAN @ PARABLE 

@ Kayanya orang tu tapi perangai macam Hj.Bakhil.Kedekut taik idung masin
= Bila dah kaya janganlah kedekut. Kerana harta itu adalah datang dari Allah S.W.T. Banyakkanlah membantu terutama kepada orang yang memerlukannya. 

@ Muka cantik tapi Perangai Busuk macam Tong Sampah yang penuh sampah tak berbuang selama sebulan. 
= Biarlah muka xberapa cantik..tapi hati ikhlas dalam melakukan sesuatu perkara tu. Janganlah jadi cantik tapi hati suka buruk sangka, suka mengkeji mahupun memfitnah orang lain. 

@ Konon keturunan dari kerabat diraja mahupun bangsawan
= Keturunan apa sekalipun ia asalkan pandai jaga sembahyangnya, tunaikan perintah yang disuruh allah.......itukan lebih bermakna dari riak membabi buta.

_________________________

Ini sahaja Iklas dari saya di hari Jumaat yang Mulia ini bersamaan 16 Disember 2011
"Yang Baik Itu Datang Dari Allah S.W.T, yang buruk itu datang dari kelemahan saya sendiri"
SEKIAN,WASALAM

(Alhmadulillah, ada bakat jadi Ustazah ni.Hehe )..

No comments:

Post a Comment