Lama tak update blog. Dah jadi blog bersawang la nampaknya. Aduhai, macam manalah nak jadi rajin macam blogger-blogger yang lain tu kan. InsyaAllah,ada masa dan ada cerita terupdatelah blog ni. Saja nak borak-borak kosong.
Minggu lepas, hari Jumaat lepas balik kerja singgah lah MyMydin dekat dengan rumah sebab nak beli barang dapur. Esoknya cuti nak masak nasi lemak katanya.hehe. Elok pulak, depan mydin tu ada budak-budak yang buat kerja part time edar-edar risalah barang elektrik. Dia kasi voucher and dia bagitahu ada barang percuma. Rasa rimas jugak, sebab ramai kot budak-budak tu tunggu depan mymydin tu. adalah dalam 8 9 orang. Bila orang nak jalan masuk MyMydin tu mesti dia tahan suruh datang booth dia kat luar tu.
Aku pun masuk dulu nak shopping barang. Lepas keluar je dari pintu MyMydin diorang tahan lagi. Kononnya kata nak kasi beg percuma. Sekejap je. Aku pun tak adalah rushing sangat, so pergi jelah dengar apa yang diorang nak bercerita. Diorang kasi satu satu voucher suruh kita bukak apa yang ada dalam tu. Aku pun bukak kertas tu, dia tulis free voucher RM100 dan percuma Vacum dan Oven buat kek. Cehhh, diorang punya happy mengayat, cakap aku beruntunglah, barang ni baguslah dan macam-macam lagi.
And then aku tanyalah, macam mana nak tuntut barang ni? Diaorang kata itu untuk hari ini sahaja. So, maksudnya aku kene beli barang lain yang ada macam dapur elektrik, pemanas air yang untuk sejuk dan panas tu, periuk nasi, dan adalah barang lain lagi. Kebanyakkannya harga semua RM3K ke atas. Diorang pun cadangkan aku ambik yang pemanas dan penyejuk air tu, konon harga RM3199. So, tolak voucher RM100 tu dapat lah RM3099 dan 2 barang percuma tu iaitu vacum dan oven boleh terus bawak balik rumah. Giler gempak..hehehe..tapi kene beli that time jugaklah.
Sejam jugaklah, aku mendengar diorang punya plan marketing. Siap mintak kad bagai. Tapi alhamdulillah kuat jugak iman aku ni. Memang aku tak ambik pun. Kalau betul aku nak barang-barang tu, aku akan beli sebab keperluan. Tak berani nak ambik risiko. Bab-bab duit ni sangatlah sensitif. Nak mencari bukan mudah. Nak melabur nye sekejap dan sekelip mata je.
No comments:
Post a Comment