Wednesday, 20 November 2013

I Love Kids




Seriously, aku suka kanak-kanak
Tapi tengok jugaklah jenis kanak-kanak yang macam mana
kalau yang hyperactive sangat tu, yang garang tak tentu pasal...sorry...hehehe

Kanak-kanak ni, mula-mula jumpa je dia akan malu-malu,
tapi lepas kita dah pandai tackle dia bukan main lagi menempel je nanti kerjanya..haha

Kadang ada jugak orang yang tak berapa suka kanak-kanak
mungkin sebab budak-budak kan selalu nye nakal
tak nak dengar cakap
suka tanya pelik-pelik
suka mintak yang bukan-bukan

alah, biasalah kita pun pernah jadi kanak-kanak
rasanya kalau tanya zaman bila yang kita nak pergi kalau masa boleh di patah balik ?
of course lah zaman KANAK-KANAK
zaman kanak-kanak penuh dengan imaginasi
dulu masa aku kecik, aku pakai helmet, duduk atas tangga pun aku dah berimaginasi yang aku tengah bawah kereta drift tu..hahaha
main dengan anak patung, membayangkan semua anak patung tu boleh bercakap dan bersembang dengan aku, 
dulu aku suka sangat naik basikal waktu petang-petang dekat halaman rumah, imaginasi aku tengah bawak kereta keliling bandar. dan macam-macam imaginasi lagilah yang menyeronokkan. 

aku anak bongsu, dan semestinya tak ada adik
tapi sekarang aku ada ramai anak buah
budak-budak ni kalau main memang tak ingat dunia
sebab dah nama pun budak-budak, zaman diorang tu memang nak main jelah kejanya

Dalam blog, instagram, FB aku suka tengok teletah kanak-kanak
kalau ada video funny anak-anak memang aku suke tengok
story pasal perkembangan anak-anak orang
kadang-kadang tengok teletah budak-budak ni menyeronokkan 
lagi-lagi kanak-kanak yang umur 4 tahun ke bawah


contoh aku selalu follow instagram Kak Fyn Jamal. Dia ada anak namanya Juna. Cute kot anak dia, dan Kak Fyn pun sangat sweet melayan teletah anak dia. Selain tu family blogger macam kak Filla kasihaleeya.blogspot.com. Kak filla tu dari dia ada anak sorang sampai dah anak tiga aku follow story dia. Lagi satu Ismail Ariffin atau lebih dikenali dengan Lepat. Sebab first tengok video dekat youtube pasal anak dia nama Aminah. pastu terus sampai sekarang suka tengok perkembangan si aminah tu dan adik dia Azali. sampai aku terfikir bila ada anak nanti nak namakan anak aku azali..hehehe...

Kadang-kadang pelik dengan orang yang mendera bayi, dera kanak-kanak
macam orang tak ada perasaan. budak, apalah dosa sangat yang diorang buat berbanding kita yang dah besar ni. Memang kadang-kadang budak-budak ni degil, tak nak dengar cakap. tapi kenelah sabar. belajar cara nak phyco kanak-kanak, cara nak melayan kanak-kanak. 

contoh sekarang banyak kes mengenai penderaan kanak-kanak dekat taska
kebanyakannya orang yang bekerja dekat taska tu, dera kanak-kanak tak ada perasaan sabar dan perasaan kasih sayang terutamanya
budak, kalau kita sayang dia mesti dia suka punya walaupun dia mengada-ngada merengek sana sini
dulu, aku pernah banyak kali kerja part time dekat taska
seronok kot melayan budak-budak sebab dia mencabar
kejap-kejap menangis, kejap-kejap bergaduh dengan kawan,kejap-kejap berak
tapi ada masanya diorang ni lah yang membuat hari kita jadi ceria
dan ingat, budak tak ada dosa, kita layan dia dengan baik, kita dapat pahala
Yang banyak dosa kita ni yang dah besar



selamat hari kanak-kanak sedunia :) 


No comments:

Post a Comment