Friday, 25 October 2013

Pilihan Warna Mengikut Hari




Assalammualaikum 
dan Salam Jumaat !!!

Pernah tak korang bangun pagi-pagi nak pergi kerja atau mana-mana , duduk depan almari baju and then pening nak fikir baju warna apa nak pakai. So, if korang pernah dilema seperti itu, jom kita ambik tips ini. Tak perlu pening-pening nak fikir dah. 

___________________________________________________________________________


Putih (Isnin)
Putih mewakili kesemua warna di dalamnya. Ia adalah lambang penyembuhan menerusi gabungan tujuh warna yang terdapat di dalamnya. Ia menjadi warna pilihan pada hari pertama kita iaitu pada hari isnin.
Pilih pakaian berasaskan warna putih kerana ia mempunyai tenaga luar biasa untuk memulihkan tenaga dan mood pada hari isnin. Biasanya, hari isnin menjadi hari yang agak suram dan agak bosan untuk ke tempat kerja. Jadi, pilih pakaian berasaskan putih namun tidak perlulah segala-galanya berwarna putih. Cukuplah kalau ada warna putih menjadi warna asas pada hari itu.
______________________________________________________________________________


Pink (Selasa)
Ia adalah warna yang lembut, romantis dan menyegarkan. Ini kerana pada hari selasa sering dikaitkan dengan sesuatu yang kurang baik seperti terlalu emosional, cepat marah dan sebagainya. Jadi warna seperti merah jambu bukan saya mempunya aura yang romantis tetapi mempunyai tenaga untuk menyimbangkan emosi anda.

________________________________________________________________________________

Biru (Rabu)
Biru juga adalah lambang penyembuhan serta dikaitkan dengan keberkesanan komunikasi. Ia memberi kesan terhadap komunikasi yang baik kepada individu berkenaan. Maknanya, segala-galanya akan berjalan lancar kerana hubungan kumunikasi anda agak baik pada hari itu.

_________________________________________________________________________________

Kuning (Khamis)
Ia adalah kategori warna yang penuh godaan yang membara, ceria, daring dan dikaitkan dengan warna sensual untuk wanita. Ia menjadi wanita lebih mengoda dan sesuain untuk para isteri untuk memberi signal yang baik pada para suami di malam Jumaat ^_^

_________________________________________________________________________________

Hijau ( Jumaat)
Hijau adalah lambang ketenangan jiwa dan mendamaikan kepada sesiapa saja. Pilihan warna hijau memberikan satu sentuhan yang cukup baik untuk wanita terutama dia hari mulia umat islam

_________________________________________________________________________________

Merah (Sabtu)
Hari untuk enjoy bersama rakan mahupun keluarga.Penat bekerja, inilah masa untuk bersantai dan berhibur. Pilihan warna merah pasti menyemarakkan mood di malam minggu dan pastinya lebih hot.

________________________________________________________________________________

Hitam (Ahad)
Seperti mana putih, hitam juga ada azimatnya. Ia mampu menyimpan tenaga sepanjang enam hari anda. Ia ibarat anda mengecas semula tenaga anda untuk memulakan hari baru anda pada minggu berikutnya. Selain elegan. hitam mempunyai tarikan tersendiri kepada pemakainya.

_______________________________________________________________________________

Jom sama-sama Share :) 

No comments:

Post a Comment