Monday 17 December 2012

Prog.Khidmat Masyarakat Tanam Pokok

Assalammualaikum

12.12.12 adalah tarikh yang sangat cantik kan..so, on that day jugak adalah hari yang menyeronokkan buat aku.. i joined Program Khidmat Masyarakat untuk Tanam semula pokok bertempat di Tanah Rata Cameron Highland. Ini adalah program anjuran Pertubuhan Perlindungan Khazanah Alam ( PEKA ). So, mari kita like facebook PEKA ramai-ramai..dan follow aktiviti diorang if anda adalah seorang pencinta alam :)

From UKM, kitorang hantar penyertaan 1 bus. ada student and staff..gerak on 11hb malam dalam jam 12 tengah malam. Sampai Tanah Rata dalam jam 6.00 pagi. lambat sampai sebab lama berenti dekat Tapah. Kat dalam bus memang aku tak boleh nak tidur langsung. sampai je dekat sana, kitorang berkumpul. Ramai jugak yang join program ni termasuk persatuan-persatuan NGO, student dari UTHM dan ahli MYTV3 pun ada. ada sorang artis tu join tapi aku tak tau nama dia.Tapi selalu la nampak dia berlakon kat tv. 





Rasa semua orang tahu, kenapa cuaca kita sekarang terlalu panas dan banjir. Ini adalah disebabkan salah satunya penebangan pokok yang tidak terkawal. ekosistem bumi dah berubah dan tidak terkawal. Hutan-hutan juga sudah banyak berlakunya pembalakan secara haram. Kita kadang-kadang sedar benda tu dan tahu tapi kita tidak boleh lakukan apa-apa. So, rasanya jika kita seorang yang rasa sayang akan negara dan kehidupan kita, apa salahnya kita membantu menyumbang walaupun sedikit tenaga untuk bumi kita ini.

ok tak ayat ayat semangat aku? hehehe

sebenarnya,sebelum aku join program ni niat cuma nak jalan-jalan je. sebelum ni pernah jugak pergi Tanah Aina, Pahang. masuk hutan jugak..rasa best pulak masuk hutan..rasa tenang and mendamaikan je...tapi untuk kali ini di Tanah Rata, program penanaman semula pokok..sebelum pergi tu dah prepare glove bagai..kasut just guna sports shoes je..




pagi tu kitorang register and diberi t-shirt warna hijau sorang satu. pastu sarapan and sesi taklimat. kt atas ni adalah Pn.Sri Shariffa Sabrina Syed Akil. salah seorang orang kuat PEKA Malaysia.Resort Tanah Aina tu dia punya tau. 




macam bibik/penoreh getah/tukang kebun tak? hehehe..it's ok..aku rela je pun sebab aku pun orang kampung je ponnn...tapi pagi tu rasa tenang je, tengok dalam hutan tu rasa macam dipanggil-panggil..dengan embun pagi yang memang sejuk dan nyaman. cuaca yang mendamaikan. disebabkan tak tidur satu malam, mata pun stim je.hehehe...




sesi pembahagian kumpulan, disebabkan aku lambat gara-gara pergi toilet aku dapat group last sekali iaitu group 9. office mate semua group 1.huhuhu.. 




walaupun group last kitorang naik dulu..jungle traking la kiranya.....tetapi, group kitorang paling jauh...paling awal gerak dan paling last sampai......tanam pokok pun tak banyak, aku dapat tanam 2 pokok je..harap-harap hiduplah sampai 100 tahun lagi.








ini dah sampai puncak sebelum kitorang kene turun lereng-lereng gunung tu, memang curam and bahaya sikit sebab banyak pokok yang baru tebang. so, kalau tercucuk tu pandai-pandailah..



view dari atas gunung....i love malaysia...ini jelah hutan yang kita masih ada...





lereng-lereng bukit tulah yang akan kitorang turun dan tanam semula anak pokok..anak pokok tu semua diorang dah letak dah and dah buat lubang. kitorang just bukak plastiknya dan timbus...masa dekat atas tu rasa macam tak yakin je aku ni boleh ke nak turun. sebab memang curam sangat..tapi alhamdulillah, ada semangat mesti boleh buat kan..see all the people on green t-shirt..setiap group ambil line masing-masing..



pakcik ni pun steady je...tapi stop rehat tu biasalah kan. kalau dia pijak ranting kayu asik patah je. pastu kaki terpelesok kt tanah.hehehe....aku jalan depan dia, kadang-kadang riso je...






setelah meredah lereng-lereng bukit hampir 2 jam..sampai semula ke tempat kitorang bertaklimat tu..memang happening lah, dah lama rasa tak masuk hutan camni. baju  and kasut jangan cakap lah berlumpur habis.

the best part after tu, kitorang dijamu dengan makanan tengahari yang sedap-sedap. dan paling best ada kenduri durian dan rambutan :) durian dia semua osem-osem...






lelaki kat sebelah aku tu nama dia Raja Reza. gaya dia stylo macam artis tak.hehehe..aku gelar dia artis. dia student ukm dari indonesia..hari tu sembang-sembang dia kata dia ada masuk pertandingan menyanyi. aku dah youtube dah..boleh tahan gak suara dia nyanyi lagi faizal tahir tu..hehehe




semoga program macam ni dapat diteruskan dan mendapat sokongan dan penyertaan dari ramai orang lagi. siapa lagi yang mahu menjaga anugerah tuhan ini melainkan kita..siapa lagi yang patut kekalkan khazanah alam ini agar terus hidup hingga bila-bila melainkan kita yang hidup dan memerlukannya. 


akhir kata dari aku, mari kita LIKE Fanpage https://www.facebook.com/PEKAMALAYSIA atau tengok website pekamalaysia.org :) thanks too for share all picture :)


No comments:

Post a Comment