Friday 3 August 2012

Bedak Air Herba

Assalammualaikum

Nak share cara penjagaan kulit yang paling senang,mudah dan jimat. Almaklumlah kalau nak pergi spa, buat rawatan kulit memang tak berapa nak mampu kan..kalau mampu teringin jugak..hehehe....

tapi tak apa, disebabkan diri ini tak berapa nak mampu, dan kawan-kawan yang rasa suka tempek bedak sejuk sebelum tidur tu memang baguslah...aku ni ada problem kulit muka dimana kalau jerawat timbul pastu akan meninggalkan kesan atau parut kat muka terutama bahagian pipi dan dahi. So, tercari-carilah produk apa lah nak pakai untuk menghilangkan kesan parut jerawat ni...

dan pada satu hari ( macam mari berceritalah pulak ) pergi ke kedai, dan aku ternampak satu produk ala-ala beduk sejuk tu...nama dia beduk air herba...produk JDi...tengok kandungan dia macam bagus..so, aku beli and try pakai sebelum tidur. Hasilnya, alhamdulilah....boleh diyakini dan dipercayai...



Bedak Air Herba adalah persediaan tradisional yang kaya dengan ramuan dan pati herba seperti ekstrak kulit kayu manis , ekstrak akar manis dan ekstrak kunyit. Dipercayai dapat membantu melegakan gatal-gatal dan kerengsaan pada kulit dan wajah. Memudarkan parut serta noda hitam. Menyekat pertumbuhan jerawat dan mengeringkan jerawat. Melegakan pelbagai masalah berkaitan dengan kulit. Juga sesuai untuk mengatasi masalah ruam lampin. Pengunaan secara rutin harian dapat melicin dan menghaluskan kulit dan wajah.

Harga :
RM 10.00 SM
RM 12.00 SS
 
 Cara Pengunaan :
Goncang botol sehingga pati bedak sebati, sapu pada wajah yang bersih atau pada tempat yang perlu seperti bedak sejuk. Boleh juga digunakan sebagai masker atau pupur untuk perawatan kulit. Sesuai dipakai pada malam atau siang hari.
 
lebih lanjut boleh layari blog ni :  http://jdikosmetikproduk.blogspot.com

Yang best pakai bedak ni, tak perlulah kita susah-susah nak taruk air kt bedak tu dah sebab dia memang dah ada air pun. Kita cuma goncang-goncankan pastu taruk kat tangan and tepek kat muka tu...senang kan.....

Hasilnya, alhamdulillah....muka kelihatan berseri...bekas parut jerawat pun insyalah akan hilang...tangkap gambar pun kita akan yakin bila kulit muka nampak bersih dan cantik kan walaupun hakikatnya kalau tengok dekat-dekat, nampak lobang bekas kene ciken pop ( betul ke aku eja ni ) .hehehehehe....

see   see   see  see.....


Yang indah itu, milik Allah, Yang cantik itu pemberian Allah, Yang Menjaganya adalah hambaNya yang Ikhlas. Terima Kasih Allah...

Just Wanna to Share no publicity

No comments:

Post a Comment