Friday 1 June 2012

Drama Seindah Sakura

Assalammualaikum

Hari ni nak share cerita Drama Seindah Sakura Slot Akasia TV3 setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 malam. Sekarang ni banyak cerita novel yang sudah diadaptasi ke dalam drama ataupun filem. Congratulation lah untuk pengarang-pengarang novel kerana bakat-bakat anda sangatlah dihargai dan mendapat liputan agar pembaca dan peminat akan bertambah. Macam aku, aku tak berapa suka sangat membaca novel lagi-lagi novel yang berunsurkan love story ataupun politik. Aku lebih suka membaca majalah yang penuh dengan gambar-gambar ataupun kalau novel pun aku suka jenis Thriller novel ataupun phyco macam novel  pengarang Ramli Awang Mursyid.So, dengan adanya adapatasi novel ke drama ni akan menaikkan rating bagi cerita tersebut. Aku memang pernah ternampak dekat kedai buku novel Drama Seindah Sakura ni, tapi untuk aku membacanya tersangatlah nipis. Tetapi sejak ia ditayangkan ke drama ni, aku tersangatlah suka jalan cerita yang dibawakkan oleh pelakon-pelakon terutama Fasha Sandha dan Fahrin Ahmad.




sinopsis untuk Drama Seindah Sakura boleh baca dekat SINI ataupun aku copy paste je dibawah ni ceritanya.

Kebanyakan kita dilahirkan di dalam latar belakang yang berbeza. Namun, hakikatnya manusia sendiri yang meletakkan taraf dan kelas sesama insan lain. Jadi janganlah cepat menghukum atau bersikap prejudis sebelum mengenali hati budi serta kisah silam seseorang kerana ianya hanya mengeruhkan keadaan. Menyusuli drama siri Cinta Buat Emelda, saksikan sebuah lagi drama di slot Akasia, “Seindah Sakura”, memaparkan kisah sedih menyayat hati kehidupan Shakira yang terpaksa mengharungi pelbagai rintangan dan dugaan bersama neneknya sejak mereka ditinggalkan sebatang kara oleh ibunya sejak kecil.

 Drama bersiri 24 episod terbitan Temenggong Pictures, bakal membuka tirainya pada 7 Mei 2012, setiap hari Isnin hingga Khamis pada jam 7.00 malam. Drama yang diarahkan oleh pelakon dan juga pengarah yang berbakat besar iaitu Zul Huzaimy dan skrip yang ditulis oleh Wan Mahani menampilkan pelakon-pelakon hebat tanahair seperti Fasha Sandha, Fahrin Ahmad, Dato’ Eizlan Yusof, Eryna, Fimie Don, Mak Mah dan ramai lagi

 Seindah Sakura membuktikan hakikat sebuah kehidupan di dunia yang sementara ini sememangnya penuh dengan ranjau berduri. Kegagalan dan kekecewaan bagaikan sudah sebati dalam tubuh gadis yang bernama Shakira. Namun hatinya terus berpesan agar tidak terus kecundang dalam melayari perjalanan kehidupan yang singkat. Walaupun Shakira telah ditinggalkan oleh ibunya, Rohani namun dia terus tabah meneruskan kehidupan daifnya bersama nenek tersayang, Nek Kiah. Sesungguhnya Shakira amat merindui ibunya tetapi apakah daya dia buntu mengenangkan sebab ibunya terus hilang tanpa khabar berita.

 Roda terus berputar dan tanpa disedari Shakira kini sudahpun menjangkau usia remaja dan bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Dengan baju yang bertampal sana sini, kasut yang koyak rabak, rambut tidak terurus dengan penampilan yang selekeh, Shakira sering kali diejek oleh rakan-rakan sekelas yang lain. Kadang kala, Shakira terpaksa ponteng sekolah kerana masalah kesihatan Nek Kiah yang memerlukan penjagaannya. Pada masa yang sama, sekolah Shakira juga menerima kehadiran Airil, seorang cikgu baru yang tampan dan cukup berdedikasi demi mendidik para pelajar agar menjadi insan yang berguna.

 Sikap Shakira yang selalu tidak hadir ke kelas telah mendapat perhatian Airil. Tanpa soal selidik, Airil terus mendenda Shakira agar gadis itu sedar atas kesilapannya, namun Shakira langsung tidak mengendahkan teguran Airil kerana baginya orang seperti Airil tidak akan memahami situasi orang miskin sepertinya. Ini membuatkan guru baru itu bertambah geram dengan Shakira dan sering mencari kesalahan Shakira. Sehinggalah pada suatu hari Pak Jamil sendiri pergi berjumpa dengan pengetua sekolah untuk menceritakan tentang nenek Shakira yang telah dimasukkan ke hospital. Sejak itu barulah Airil mengetahui punca utama Shakira sering tidak hadir ke sekolah. Saat itu, perasaan bersalah bertalu-talu menghimpit diri Airil. Airil cuba memberi kata-kata perangsang dan menjadi peneman Shakira semasa di hospital sehinggakan mereka mula menyimpan satu rasa di dalam hati masing-masing.

Datuk Malik, bapa saudara kepada Airil merupakan seorang pengusaha yang kaya yang selalu bersedekah kepada anak yatim dan fakir miskin termasuklah Shakira. Datuk Malik melayan Shakira seperti anaknya sendiri dan Shakira pula bersyukur dengan perhatian dan bantuan yang diberikan Datuk Malik. Shakira tidak pernah menunjukkan perasaan sukanya pada Airil tetapi dia sering dilihat seperti tertunggu dengan kedatangan cikgu yang ternyata berbeza dengan tanggapan pertamanya dulu. Sekarang Shakira dapat menumpukan perhatian pada pelajaran.

Baru beberapa hari dia mengecapi saat gembira bersama neneknya, Rosnah muncul di rumah mereka dalam keadaan yang berkudis di seluruh tubuhnya serta tak bermaya. Shakira begitu gembira dengan kepulangan Rosnah akan tetapi neneknya seperti tidak selesa dengan kepulangannya kerana merasakan Rosnah akan membebankan Shakira. Telahan nenek Kiah ternyata tepat. Keadaan Rosnah mengakibatkan Shakira kelam kabut untuk menjaga nenek dan ibunya. Apabila nak ke sekolah saja, Rosnah akan memanggil meminta pertolongan untuk membuang air. Malah ada juga beberapa kali Shakira tak sempat memapah Rosnah ke bilik air, dan najisnya tercicir di lantai. Shakira pada mulanya agak tertekan dengan situasi baru yang melanda dirinya tetapi nasihat Airil sentiasa menyejukkannya.

 Orang kampung begitu membenci dengan kepulangan Rosnah yang membawa penyakit AIDS. Malah Shakira dan nenek Kiah juga terkena tempias menjadi mangsa kebencian penduduk kampung apabila mereka dipulaukan oleh penduduk kampung. Akhirnya penderitaan Rosnah berakhir setelah beliau meninggal dunia. Kemudian Datuk Malik telah mempelawa Shakira dan neneknya untuk berpindah di rumahnya. Jika sebelum ini Airil jarang ke rumah Datuk Malik tetapi kini dia sering balik setiap hujung minggu untuk menemui Shakira. Airil makin terpikat dengan sifat Shakira yang sopan, sabar, selamba. Akan tetapi Airil berasa terperangkap dengan janjinya bersama arwah isteri Datuk Malik untuk berkahwin dengan anak mereka iaitu Anida.

 Sejak kehadiran Shakira di rumah Datuk Malik, Anida adalah orang yang paling tidak menyukainya kerana beranggapan Shakira gadis miskin dan kotor yang telah merampas perhatian ayah dan Airil daripada dirinya. Shakira selalu dikutuk dan dihina oleh Anida. Tiap kali Anida nampak Airil mesra dan bergurau senda dengan Shakira, setiap kali itu jugalah Anida akan membalas semula dengan perbuatan yang menyakitkan Shakira. Anida memainkan peranannya untuk mempengaruhi Airil tentang keburukan Shakira yang diciptanya sendiri. Suatu hari Ainida telah memfitnah Shakira dengan memerangkap Shakira di dalam bilik Airil. Airil yang terkejut melihat Shakira yang hanya memakai sehelai tuala terus percaya dengan fitnah Anida yang Shakira adalah gadis tak bermoral kerana sanggup menggodanya. Kejadian itu telah menyebabkan Airil menghantar Shakira ke rumah perlindungan gadis, Rumah Bakti Kasih tanpa berbincang dengan Datuk Malik yang ketika itu berada di luar daerah. Airil yang kecewa dengan apa telah terjadi, dengan hati yang berat dia telah mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran ke luar negara.


Enam bulan telah berlalu dan Shakira telah selesai menduduki SPM. Datuk Malik membawa Shakira pulang ke rumah. Shakira berasa hairan melihat Datuk Malik yang seperti resah dan punya masalah. Apabila ditanya, Datuk Malik sebenarnya mahu melamar Shakira. Shakira amat terkejut dan tak menyangka Datuk Malik yang selama ini dianggap ikhlas rupanya punya niat lain dan mahukan balasan. Namun apakah akan terjadi seterusnya? Adakah Shakira akan memperjudikan nasibnya dengan berkahwin bersama Datuk Malik demi membalas jasa lelaki yang dianggap seperti ayahnya itu? Ataupun Shakira akan menunggu kepulangan cinta pertamanya iaitu Airil? Antara Airil dan Datuk Malik, siapakah menjadi pilihan Shakira? Siapakah pula Putera Haziq dalam hidup Shakira? Apakah tindakan jahat yang akan dilakukan oleh Anida untuk menyekat Shakira mengecapi kebahagian? Mampukah Shakira menikmati kebahagian tanpa pengorbanan?
Jangan lepaskan peluang menyaksikan Seindah Sakura menerusi slot Akasia, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 malam bermula 7 Mei 2012 di TV3. Penonton yang terlepas menyaksikannya boleh menonton melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my.


_______________________________________________________

 Hari tu aku tanya bestfriend aku pasal novel Drama Seindah Sakura ni, sebab dia baca novel ni. Dia kata kalau dalam novel dia taklah rasa feeling sangat, tapi berbeza dengan drama yang dilakonkan. Dalam drama terasa dia punya watak-watak tu sangat menyentuh perasaan. Setiap kali aku tengok cerita tu pun, aku akan rasa taknak tinggal satu babak pun, kalau nak rasa kencing pun aku tahan, nak g dapur ambik air pun aku tahan, tunggulah sampai iklan baru aku buat benda tu semua. Sampai macam tu sekali tau aku punya fanatik tengok cerita ni. Watak yang dilakonkan oleh Fasha Sandha sebagai watak penting dalam cerita tu pun sangatlah berkesan dan aku solute la dengan Fasha kerana berjaya membawa watak tersebut..

Satu lagi yang aku adalah lagu OST Drama tersebut. BUATKU DISANA nyanyian Mafa feat Ronnie dan HARAPAN nyanyian Hyper Act.Setiap kali keluar lagu tu mesti buat aku touching jelah....huhuhuhu



Masihkah hadir jua, menepis gelora
Tak Kala aku merasa kecewa
duniaku berubah
kelam tak bermakna 
namun semangatku ada dijiwa
harapan kau beri
cintamu bersemi
air mataku tak bisa menitis
kau nafas akhir ku kau yang dihati 




Harapan..
harapan menjadi layu
ingin ku bahgia bersama
menjadi kenangan
memburu impian 
masa kita selamanya....


No comments:

Post a Comment