Monday 30 April 2012

Misteri Gadis Berbaju Kurung

Pada satu petang yang sunyi. di satu kawasan parking kereta di sebuah shopping kompleks yang agak elite di bandar yang elite lagi bijaksana, aku memerhati kelibat seorang wanita yang agak diragui perjalanannya. Langkahnya laju dan agak kelam kabut. Didalam hati ini, mengandaikan wanita ini seorang yang misteri..pasti ada sesuatu yang cuba disorokkan...

Dengan berpakaian serba lengkap berbaju kurung berwarna biru berbunga merah. Aku mengikuti langkahnya dari belakang. Lantas tangan dengan cepat mengeluarkan telefon bimbit di dalam beg tangan. Gaya persis seorang paparazi yang mengejar artis untuk mencari dan membongkarkan sesuatu yang rahsia. 

Tetapi gadis misteri itu semakin laju menggerakkan langkahnya.Mungkin ia perasan ada sesuatu yang mengekorinya dari belakang..sungguh misteri gadis itu....








Aku cuba melangkah dengan lebih dekat agar dapat membongkarkan rahsia yang dihadapi oleh gadis misteri tersebut. Dengan menggunakan kamera enset berjenama samsung galaksi W ini, cuba mensnapkan langkah-langkah gadis tersebut...apa yang terjadi sebenarnya ini? Diri aku turut masih keliru. Dalam keadaan yang huru hara gadis tersebut semakin melajukan  pergerakannya...dan kaki aku ini turut mengikuti langkah gadis misteri tersebut..



Tetapi langkah demi langkah....aku terasa semakin tahu apa yang terjadi...hati ini sudah mengagak rahsia gadis tersebut...tetapi masih mencari kepastiaan agar tidak berlaku kekeliruan dan salah faham di lain hari kelak.





Dimanakah silapnya wahai gadis berbaju biru.....aku sudah semakin mengerti dengan apa yang terjadi...aku harapkan engkau dapat memaafkan kejadian yang berlaku itu...janganlah di simpan didalam hati..



Kerana kasut yang lama itu tidak bersalah...dan dia seakan-akan sudah mengerti yang engkau sudah mencari pengganti yang lain....Bila jumpa yang baru pasti akan lupa yang lama.....








muaahahahaha...kesian sudah terbongkarnya misteri gadis berbaju kurung. Sekian. Wasalamm....

No comments:

Post a Comment