Wednesday, 8 February 2012

Lagu Negaraku & Negeri Selangor

Assalammualaikum


Tempoh hari cuti lama kan 4 hari. Masa balik kampung melayan anak-anak buah aku. Tak de jalan mn pun. Dok umah je. Bawak jalan pun g beli burger yang sedap. Bila time malam tanya kerja-kerja sekolah diorang . So, Maksu yang baik hati ni pun ajar la mana yang patut. Budak-budak memang suka melukis, mewarna. Tapi kalau suruh belajar memang nak lari je kojenyer. Kalau suruh sebut A - Z, lintang pukang je bunyiknya. Biasalah, aku masa kecik-kecik seusia mereka, aku pun cam tu jugak kot. 


Jumpalah buku lama-lama si Amanina. Buku muzik katanya. Tapi itu buku lama, buku tahun lepas. Dah tak guna. So, yang dikerjakan buku tu yelah si Arisya adik Nina. Dia g la conteng-conteng. Lukis muka orang bagai. Tengok dalam tu ada lirik lagu Negaraku dan Negeri Selangor yang tunggang langgang. Teringat pulok zaman aku kocik-kocik dulu. Aku nyanyi lagu ikut tempo je, lirik main belasah je. Rupenya lirik nye lain. Ikut bantai sebut...contoh seperti dibawah : 



tahta = tata



Tuhan yang = Nulia


Tahta = Sasa


bawah duli = bawa ku



Mau marah agong n raja budak=budak nyanyi lagu gini. Tapi biasalah dah nama pun budak-budak kan. Kalau teringat zaman sekolah dulu tu mcam - macam kelakar cerita yang ada. Kalau nyanyi lagu Keranamu Malaysia tu lagilah. Bila time nyanyi Keranamu je yang kuat. Bila sambung semua perlahan je. Selalu kat perhimpunan tu, lelaki la mengenakan perempuan. Keranamu ( Lelaki nyanyi kuat, pastu benti ) .....pastu ' kami rasa berbangga ' ( pompuan yang sambung ) .....keranamu ( lelaki nyanyi kuat balik )......'kami rakyat malaysia '......dan macam tulah seterusnya. Rasa nak tergelak pun ada. Tapi terpaksa cover sebab cikgu ada kat atas stage tu nengok je....






No comments:

Post a Comment