Friday, 13 January 2012

Terima Kasih

Terima Kasih

Atas segala keperihatinan, kesihatan, keperluan dan segala-galanya

Terima kasih

atas segala pengorbanan, sanggup datang jumpa saya disaat saya meminta pertolongan

Terima Kasih

Atas segala dorongan menjadikan saya lebih semangat untuk terus hidup 

Terima Kasih

atas segala kasih sayang yang dicurahkan walaupun saya hanya menumpang kasih orang tetapi awak tidak pernah membuat saya beranggapan seperti itu

Terima Kasih

atas kongkongan kerana setiap apa yang dihalang itu adalah  kerisauan awak terhadap saya

Terima Kasih

atas kata-kata manis awak setiap hari kerana ia membuat kan saya sentiasa tersenyum

Terima Kasih 

atas nasihat dan teguran awak selalu kerana setiap kata-kata berbisa itu membuatkan saya sedar kesalahan dan kesilapan saya dan kerana saya selalu lalai dan alpa


Walaupun siapa awak

saya nak awak jadi

Pembimbing saya dunia dan akhirat

imam saya ketika solat

Ketua yang berjalan dihadapan keluarga

ketua yang memberi nasihat dan pandangan 

memberi nafkah buat keluarga

memberi kebahagiaan buat keluarga

memberikan keceriaan dalam perhubungan

Insyallah

Dengan izin tuhan, seandainya memang jodoh kita 

saya redha

saya akan terima segala kekurangan dan kelemahan

saya akan bersedia untuk menapis segala kata-kata yang berbisa diluar sana

saya akan kuatkan semangat

untuk hubungan ini

setiap doa saya dihujung solat,

saya mohon kan agar kita sentiasa direstui allah, keluarga dan masyarakat

amin

No comments:

Post a Comment