Thursday, 8 December 2011

Si Kucing Comel

Assalammualaikum
Selamat Hari Khamis

2 3 Hari ni aku asyik mimpi pasal anak kucing je. Kenapa erk. Adakah aku terfikir  pasal kucing? Adakah aku teringin nak bela kucing ? Entahlah...Mimpi itu hanyalah mainan tido...Malam tadi aku mimpi pasal ape entah. Merepek betul..Yang aku ingat aku ada belai-belai seekor kucing. 

Bila pagi tadi bangun agak lewat sikit memandangkan bos kata hari ni dia nak cuti. So, tak lah rushing sangat. Lagipun dh hujung-hujung tahun ni mood kerja pun kurang sikit. Malas rasanya kalau ikutkan hati nak g kerja.HuHu. 

Kebetulan pulak aku bukak je pintu depan nak kuar, ada anak kucing kat kaki aku tengah meow-meow. Cian dia, mungkin dia lapar kot. Aku turun tangga pun dia ikut turun tangga. Sambil tu dia dok gigit, cakar-cakar kain aku ni..nak turun pun kene hati-hati sebab kucing ni dia dok kejar-kejar aku. Karang aku tersepak terjatuh pulak dia kat tangga tu dari tingkat 2 sampai bawah.Aku jugak yang nangis karang. Cian kucing tu. Aku nak bela kucing kat rumah susah pulak. Aku ni umah flat. Karang dia berak kencing sape pulak nak jaga. Kalau aku ni betul-betul rajin xpelah jugak. Aku pun xmakan nak ada hati nak kc kucing makan. Karang kucing ke mana aku kemana. Sama-sama kering.HuHUhU. 

Itu sajalah entry Si Kucing Comel

Aku pun search la gmbar kucing comel dekat google memandangkan aku tak de gmbar kucing langsung kan. Comel comel sesangat la binatang ni. Sapa yang mendera terhadap binatang-binatang ni moga diorang akan dikenakan balasan hendaknya. 


Comey nye dia tdo....





nape tutup mata ni...ala kiutnya...




Tenang je tengok meow ni kan





Rasa nak gigit2.....

1 comment:

  1. Hii...mimpi yg awk dpt same dgn sy...belai2 kucing..then pepagi nk keluar kje ad kucing depan pintu rumah...I wonder why..same plak tu...:)

    ReplyDelete