Semalam tak sempat nak tulis entry pasal mimpi aku malam semalam. Tapi hope aku boleh ingat lagi mimpi malam semalam ni...
06.12.2011
Dalam mimpi tu environment dia dekat rumah aku kt kampung. Aku dan bersama-sama dengan beberapa orang tapi aku dah tak ingat sedang bermain dengan seekor anak kucing yang comel sangat. Tapi yang kelakarnye anak kucing tu ada rambut kt kepala nya. Bukan bulu macam kucing biasa tu tau. Pastu aku dengan entah dengan sape lagi entah sorang tu pegi potong rambut kucing tu macam potong rambut orang. Biasalah mimpi ni kan pelik-pelik. Pastu sambung mimpi lain pulak....
Mimpi tempat yang sama iaitu dekat rumah aku jugak kt kampung. Waktu tu malam, aku tak ingat dah aku dengan sapa time kat rumah tu..tiba-tiba rumah aku tu lampunya jd lip lap lip lap macam nak terapadam tu. tak lama lepas tu jiran depan umah kitorang yang aku panggil mak ( Mak jiran, kitorang adik beradik semua panggil mak selepas arwah mak kitorang dh xde ) datang. Dia terus panggil nama aku..sambil lari-lari dari halaman rumah tu dia dah panggil2 nama aku. Aku tanya kenapa ??? Dia terus peluk aku pastu dia kata mak aku dah tak ade...Semena-mena aku terus meraung. Menangis tersedu sedan. Betul ke Mak dh tak de???
Aku tersedar dari mimpi. Terus beristighfar panjang. Nafas aku rasa berdegup kencang. Aku betul-betul rasa macam aku nangis betul-betul time tue. Ya Allah, ape maksud mimpi tu. ataupun mungkin aku hanya terlalu rindu ibuku atau ibu merindui aku. Al-fatihah untuk Emak...
No comments:
Post a Comment