Thursday, 17 November 2011

BUKIT BROGA

Assalammualaikum...

12 November 2011 (Sabtu) hari tu aku bersama 9 orang rakan-rakan lain telah membuat satu aktiviti iaitu mendaki gunung. Tempatnya adalah di Bukit Broga Semenyih...aku pun dengan lajunya nak tulis entry ni search dulu kt google info pasal broga hill ni. Barulah aku tau Bukit Broga ni juga dinamakan Bukit Lalang. memang banyak lalang pun kat situ lagi-lagi bila tiba di Puncaknya. Ko nanti tengokla gmbar-gambar mereka yang tangkap gambar. Mesti ada lalang-lalang yang turut menghiasi gambar-gambar mereka.hehe.

Kitorang bertolak dari Bangi jam 5.30 pagi. Sampai di situ mengambil masa dalam 30 minit. Tiba je disana, memang masih lagi gelap gelita tapi yang bestnya memang ramai orang. So, memang meriah and rasa semangat nak mendaki tu berkobar-kobar padahal aku first time kot nak mendaki ni. Nak jalan kaki pun aku malas, ni kan tiba-tiba nak mendaki la ape lah. Tetapi memang teringin dari dulu bila orang asyik cakap pergi broga hill bagai ni. So akhirnya merasa n bertambah la jugak pengalaman dalam hidup ni kan. Time tu memang gelap, so, sapa-sapa yang bawak touch light tu suluh la laluan jalan tu ye.

Firstime naik tu aku cakap aku ni pertama kali kot naik bukit ni, bacalah selawat ngn ayat kursi banyak2. Takutla benda-benda xelok terjadi and mintak perlindungan. Laluan-laluan nak naik tu memang tinggi la and kalau perasan tebing-tebing tu semua curam n kalau jatuh memang patah tangan. Selamat jalan tu semua memang dh ada tangga or laluan senang kita nak jalan and ada tali or kayu yang boleh kita pegang. Memang berpeluh-peluh xrasa sejuk pun sebab penat kot. Jantung ni laju je bergerak kencang. Hahaha.

lebih kurang 20 hingga 40 minit kitorang pun sampai la kt puncak yang pertama dalam pukul 6.45 pagi. Konon nak nengok matahari terbit. Tapi disebabkan mendung pagi tu xnampak la matahari tu sebab dilindungi oleh sang awan. Tapi alhmdulilah tak hujan pun. Kalau hujan memang naya la nak turun bukit nanti gerenti menggelongsor jelah semua orang nak turun bawah. Aku dengar dyorang gtau mcam tu aku dah cuak. Masa sampai kt atas tu aku mengambil masa jugaklah xnak pandang bawah sebab aku takut gayat. time tu pun dh terang and dh nampak la manusia-manusia yang turut naik bukit tu. Bila dah ready baru la aku pandang bawah.. waaa...memang kagum kot. Suka sangat...rasa indah sangat tengok pemandangan dari atas ni. jelas semua nampak. Dulu masa aku kecik-kecik aku suka berangan yang aku nak jadi burung. Sebab burung boleh terbang bebas and terbang tinggi...Aku nak jadi macam burung......................

Dalam pukul 7.45 dah makan sandwich yang dibuat oleh k.farah, dah siap buat photoshoot untuk album lagu..haha...kitorang pun meneruskan misi....tp bukan misi untuk naik smpai gunung paling tinggi. Tapi misi untuk turun mandi ke sg.tekala kt bawah tu.Hahaha. So, turun tu kenelah hati-hati. Sebab orang kata turun lagi bahaya dari naik. Aku dengan lemah lembut nya turun la dengan berhati-hati agar tidak sekali-kali jatuh. Sebab aku xnak jadi macam layang-layang ditiup angin terus melayang. Aku kene kuat...hahaha..dan akhirnya berjaya juga smpai ke parking kereta semula. ALHAMDULILAH.

Misi seterusnya pergi mandi manda di Sg.Tekala dan bakar ayam barbeque...memang pandai budak-budak praktikal tu buat resepi BBQ ni. Memang Sedap..thanks to K.Farah dan semua2 yang bersama-sama mengakhiri misi kita panjat gunung beroga. Next time jangan lupe jemput aku lagi ye.hehe.itupun kalau ada orang tu kasi aku pergi lagi...hahaha...

Memori at Broga hill 12.11.2011 ( Psukan UKM staff/lawnBall Team/Practikal Stedent from UitM Arau )

kami Happy@Penat@Lega dapat sampai Puncak...

Mana matahari Terbit ni.....penat dh tunggu ni..........

Yeahhhh....kami anak berwawasan.....:)))))
1 2 3............................

Lompatttttttttt...............Hahaha..........

Pandang sana semua........tengok masa hadapan di langit Nuuuunnn.....

disebalik keindahan lalang-lalang..

Love this picture........

Saya suka anda semua..sangat sporting
 Yeaa........itu saja setakat ini. Best Moment in 2011. Hope boleh jmpa lagi ya..............bai bai bai..............Muahhhhhhhhhhhhhhhhh.....

No comments:

Post a Comment