Showing posts with label pengetahuan. Show all posts
Showing posts with label pengetahuan. Show all posts

Thursday, 17 November 2011

BUKIT BROGA

Assalammualaikum...

12 November 2011 (Sabtu) hari tu aku bersama 9 orang rakan-rakan lain telah membuat satu aktiviti iaitu mendaki gunung. Tempatnya adalah di Bukit Broga Semenyih...aku pun dengan lajunya nak tulis entry ni search dulu kt google info pasal broga hill ni. Barulah aku tau Bukit Broga ni juga dinamakan Bukit Lalang. memang banyak lalang pun kat situ lagi-lagi bila tiba di Puncaknya. Ko nanti tengokla gmbar-gambar mereka yang tangkap gambar. Mesti ada lalang-lalang yang turut menghiasi gambar-gambar mereka.hehe.

Kitorang bertolak dari Bangi jam 5.30 pagi. Sampai di situ mengambil masa dalam 30 minit. Tiba je disana, memang masih lagi gelap gelita tapi yang bestnya memang ramai orang. So, memang meriah and rasa semangat nak mendaki tu berkobar-kobar padahal aku first time kot nak mendaki ni. Nak jalan kaki pun aku malas, ni kan tiba-tiba nak mendaki la ape lah. Tetapi memang teringin dari dulu bila orang asyik cakap pergi broga hill bagai ni. So akhirnya merasa n bertambah la jugak pengalaman dalam hidup ni kan. Time tu memang gelap, so, sapa-sapa yang bawak touch light tu suluh la laluan jalan tu ye.

Firstime naik tu aku cakap aku ni pertama kali kot naik bukit ni, bacalah selawat ngn ayat kursi banyak2. Takutla benda-benda xelok terjadi and mintak perlindungan. Laluan-laluan nak naik tu memang tinggi la and kalau perasan tebing-tebing tu semua curam n kalau jatuh memang patah tangan. Selamat jalan tu semua memang dh ada tangga or laluan senang kita nak jalan and ada tali or kayu yang boleh kita pegang. Memang berpeluh-peluh xrasa sejuk pun sebab penat kot. Jantung ni laju je bergerak kencang. Hahaha.

lebih kurang 20 hingga 40 minit kitorang pun sampai la kt puncak yang pertama dalam pukul 6.45 pagi. Konon nak nengok matahari terbit. Tapi disebabkan mendung pagi tu xnampak la matahari tu sebab dilindungi oleh sang awan. Tapi alhmdulilah tak hujan pun. Kalau hujan memang naya la nak turun bukit nanti gerenti menggelongsor jelah semua orang nak turun bawah. Aku dengar dyorang gtau mcam tu aku dah cuak. Masa sampai kt atas tu aku mengambil masa jugaklah xnak pandang bawah sebab aku takut gayat. time tu pun dh terang and dh nampak la manusia-manusia yang turut naik bukit tu. Bila dah ready baru la aku pandang bawah.. waaa...memang kagum kot. Suka sangat...rasa indah sangat tengok pemandangan dari atas ni. jelas semua nampak. Dulu masa aku kecik-kecik aku suka berangan yang aku nak jadi burung. Sebab burung boleh terbang bebas and terbang tinggi...Aku nak jadi macam burung......................

Dalam pukul 7.45 dah makan sandwich yang dibuat oleh k.farah, dah siap buat photoshoot untuk album lagu..haha...kitorang pun meneruskan misi....tp bukan misi untuk naik smpai gunung paling tinggi. Tapi misi untuk turun mandi ke sg.tekala kt bawah tu.Hahaha. So, turun tu kenelah hati-hati. Sebab orang kata turun lagi bahaya dari naik. Aku dengan lemah lembut nya turun la dengan berhati-hati agar tidak sekali-kali jatuh. Sebab aku xnak jadi macam layang-layang ditiup angin terus melayang. Aku kene kuat...hahaha..dan akhirnya berjaya juga smpai ke parking kereta semula. ALHAMDULILAH.

Misi seterusnya pergi mandi manda di Sg.Tekala dan bakar ayam barbeque...memang pandai budak-budak praktikal tu buat resepi BBQ ni. Memang Sedap..thanks to K.Farah dan semua2 yang bersama-sama mengakhiri misi kita panjat gunung beroga. Next time jangan lupe jemput aku lagi ye.hehe.itupun kalau ada orang tu kasi aku pergi lagi...hahaha...

Memori at Broga hill 12.11.2011 ( Psukan UKM staff/lawnBall Team/Practikal Stedent from UitM Arau )

kami Happy@Penat@Lega dapat sampai Puncak...

Mana matahari Terbit ni.....penat dh tunggu ni..........

Yeahhhh....kami anak berwawasan.....:)))))
1 2 3............................

Lompatttttttttt...............Hahaha..........

Pandang sana semua........tengok masa hadapan di langit Nuuuunnn.....

disebalik keindahan lalang-lalang..

Love this picture........

Saya suka anda semua..sangat sporting
 Yeaa........itu saja setakat ini. Best Moment in 2011. Hope boleh jmpa lagi ya..............bai bai bai..............Muahhhhhhhhhhhhhhhhh.....

Monday, 14 November 2011

Apa Yang Di Stresskan Tuu....???

Assalammualaikum...

Kalau tak jawab dosa, jawab sayang ( ayat Maria Elena) ahak ahak....
Tajuk entry aku 'Apa yang Di Stresskan Tuu..???'. Sebenarnya tak tau nak tulis apa kalau dalam blog ni. Tiap hari just suke baca blog orang...sendiri ada blog tapi langsung tak kreatif sebab xnak pun orang baca blog kita ni..Hopefully xde pun yang baca blog aku ni..Kalau x memang malu...sebab blog entah hape-hape....huhuhu (buat muka sedih)

Apa yang distresskan tu....???? Stress tak korang kalau korang akan rasa teraniaya?? Everything yang korang before ni boleh buat sama-sama but sekarang...masing-masing nak lepas tangan. Susah nak cari kawan yang susah senang boleh sama-sama. And now xpelah aku buat sendiri je. Lebih senang kot mintak tlong kt BF dari kawan yang ada even dalam satu rumah. Duduk rumah pun same dok sorang je. Masak sorang, ngemas sorang, makan sorang, xmakan pun sorang and senang kata susah senang sorang-sorang je. Ada kawan langsung tak ambik peduli. Insyallah aku concern dengan kawan-kawan, but aku ni suka balas balik. Kalau someone tu concern n take care kat aku macam BF aku buat, insyallah,,,,100x aku balas ke concernan and ke takecare an aku ni..but if dyorang langsung xambik peduli pasal aku..so buat ape lah aku nak care dengan dyorang kan..huhuhu ( hati sedih sebenarnya bcoz tak suka keadaan macam ni )

When keadaan kt office gomen biasalah...ngumpat sana,sini..orang sana ngumpat sini..orang sini ngumpat sana...orang ni cakap orang tu...orang tu cakap orang ni......entah ape-ape....semua dua kali lima sepuluh je. Semua tak betul. Buat kerja masing-masing dah la...kalau orang tu kasi kerja tak nak buat lantak dia. Cakap je ngan bos besar yang dia xnak buat kerja. Kalau dia marah cakap memang dia tak buat kerja. Sebenarnya, kita ni jangan cakap/ mengata orang...sebab bila kita mengata perkara tu akan kene kat batang hidung kita sendiri. pastu janganlah nak benci orang sangat-sangat...sekali kita benci kat orang 10 kali kita akan dibenci. UNDERSTAND!!!anak-anak murid sekalian!! Oleh itu, sucikan lah hati dengan bersikap positif dengan orang lain. Jangan pandang orang sebelah mata o xde mata langsung..

So kesimpulan disini...Stress itu membuat kan kita berfikiran negatif. OOO yeke...hak hak hak pepandai aku je buat kesimpulan entah ape-ape kan.   So, Peace no War..and senyum SOKMO!!!!!Muahhhhh.....


Monday, 31 October 2011

CANTIK ITU SUBJEKTIF

Assalammualaikum

Entry kali ni aku nak cerita about hal kecantikan. Apa definisi kecantikan itu? Kecantikan itu sebenarnya adalah satu yang subjektif. Maksudnya ia bukan lah sesuatu yang boleh kita angap hanya satu perkara utama. Definasi kecantikan wanita bagi pendapat aku ia adalah kecantikan luar dan dalam. Kecantikan bukan sahaja dinilai dari paras rupa yang cantik sahaja tetapi dari keperibadian diri sesorang wanita itu. Justeri zaman kini, ramai wanita yang berlumba-lumba untuk menjadi cantik tetapi mereka tidak sedar kecantikan luaran itu hanyalah sementara.

Hebat tak aku tafsirkan definisi kecantikan itu. Huhu. Akulah bukanlah pakar kecantikan. Tetapi hanyalah seorang wanita yang sukakan kecantikan selari dengan naluri seorang wanita itu sendiri. Mustahil ada orang yang tidak teringin menjadi cantik.

Seperti yang dikatakan tadi, kecantikan itu bukanlah hanya dari paras rupa tetapi kecantikan itu dinilai dari dalam diri itu sendiri. Kecantikan dan kesihatan tubuh  badan amatlah penting agar kita boleh hidup lama di atas bumi ciptaan allah S.W.T.

Sebagai manusia kita perlu menjaga kecantikan dengan cara menjaga kesihatan iaitu menjaga pemakanan. Apa guna mempunyai muka yang lawa tetapi tidak menjaga pemakanan dan ia akan memudaratkan diri sendiri di masa akan datang. Selain pemakanan, kecantikan boleh ditafsirkan dengan sikap dan tingkah laku individu itu. Apa guna mempunyai paras muka yang cantik tetapi mempunyai akhlak dan keperibadian yang menjengkelkan..Ia amatlah merugikan.

Maka kecantikan itu adalah sesuatu yang subjektif dimana kita tidak boleh memilihnya seperti A B C dan D. Ia perlu dihuraikan dalam pelbagai definisi. Cantik itu biarlah cantik dipandang mata bukan sahaja dari hujung rambut hingga hujung kaki tetapi  kecantikan itu bermula dari HATI YANG SUCI.

TAMAT......................................

Ini adalah iklan kecantikan ye....hehehehehe

Maybelline BB Crean Foundation


















Sekarang aku tengah guna bendalah ni. I look  ia memang sesuai untuk muka yang berminyak dan kulit asia macam aku nie. Try la sape yang berminat. Muka akan jadi smooth je...and dah x oily dah. Sebab muka kulit asia ni cepat berminyak memandangkan cuaca kita sekarang yang panas terik. So kata nak jadi cantik. Muka kenela jaga, kebersihan diutamakan. Ada orang muka dah cun dah tapi xreti menghias muka dengan sempurna. Jangan sampai orang tegur harap je muka cantik tapi ******(sambung la sendiri)....ish ape aku merepek la ni.....sory2x..

Inilah hasilnya....muka nampak ayu je...hahahaha....jangan perasan.....i tau i xcantik tapi i comel je.....hehehehehe..:)

















hahahaha...abaikan muka mereka dibelakang...face hanya guna BB Cream foundation. xde touch-up lebih-lebih pun.





















Muka without guna ape-ape.....nampak x ape tersembunyi..


P/S : Biar muka tak lawa tapi Hati itu cantik dan bersih. Jangan Muka Lawa tapi hati banyak Kotor...dan sebaliknya...tapi lebih cantik bila kecantikan dapat dinilai dari kedua-dua aspek kecantikan paras rupa dan budi bahasa.....



Tuesday, 25 October 2011

CREATE BLOG AGAIN!!!!!!!!!

Assalammualaikum....

Halo halo halo halo n halo

Sebenarnya aku dah tak tau berapa kali aku pernah buat blog.Asyik tukar-tukar akaun blog je. Sebelum ni pernah belajar - belajar buat blog tapi entry entah ape-ape macam budak tadika. Ini adalah akaun blog yang entah berapa pun aku tak ingat.

Blog sebelum ni aku tak tau ape ntah jadi. Setting nyer dah lari-lari. So aku terpaksa buat blog baru still guna blogspot. Aku ni suka benor baca blog-blog orang-orang ni tpi secara senyap2 jelah. Sebab aku ni xreti sangat nak menulis entry-entry yang best-best macam diorang ni.

So kalau ada orang-orang yang dok baca blog aku ni xyah la nak perlekehkan n gelakkan entry aku ni sebab
SAYA BUDAK BARU BELAJAR AND NAK TERUSKAN BELAJAR DAN BELAJAR LAGI.......

Kita perlu belajar dan salah satu cara belajar adalah dengan membaca. Sebab tu orang kata membaca itu ilmu pengetahun. Walau kita pergi ke mana-mana sekali pun bacalah ape-ape pun even naik kereta korang bacalah signboard ke. Melainkan lah yang buta huruf tu xleh nak buat apelah.


Salam Kata Jadikanlah ilmu itu setinggi darjatmu.Walau mana kita berada ilmu yang ada digunakanlah semanfaatnya.