Showing posts with label kecantikan. Show all posts
Showing posts with label kecantikan. Show all posts

Tuesday, 5 February 2013

Mengidamkan wajah cantik,bersih dan berseri

Assalammualaikum

sebagai wanita mesti nak kelihatan cantik, comel, berseri-seri terutama bila berhadapan dengan orang. dan semestinya paling utama untuk kita kelihatan cantik adalah melihat mukanya. Dulu, zaman belajar memang tak ambik peduli sangat tentang kecantikan kulit wajah ni..sejak bekerja ni, baru nak jaga kulit..umur dah 24 tahun baru start buat penjagaan kulit sebaiknya..

aku paling suka tengok muka orang yang cantik-cantik ni..jeles tau..tapi bukanlah yang jenis make up tebal-tebal sampai 4 inci tu..aku suka yang natural face..sedap je mata memandang..muka yang bersih tanpa ada secalit parut jerawat pun...memang kagum tengok wanita atau lelaki yang punyai kulit wajah yang cantik macam tu...

Ini antara artis-artis / blogger yang aku kagum and suka sangat tengok muka diaorang..

LISA SURIHANI

suka sangat tengok muka dia yang putih, bersih. kalau tengok dia berlakon jeles tengok kulit wajah dia..itu yang terpengaruh beli produk Garnier tu..sebab teringin nak dapat kulit cantik macam Lisa.hehehe


MARIA ELENA

Sapa tak kenal top blogger ni. dah lah cantik,tinggi dan bekerjaya lagi..ape lagi yang kurang? rasa terlalu perfect..better tak perlu make up tebal-tebal. natural beauty macam ni lebih cantik sangat :) suka sangat tengok..



SONG JI HYO

Kalau layan Running Man mesti kenal awek cun ni..suka sangat muka dia..tak kusam, bersih,putih walaupun tak make up..taulah dalam Running Man tu kene lari-lari, muka dia still cun je berkilat-kilat. jeles lagi sekali....


BUNGA CINTA LESTARI

sekarang balik kerja je, sebelum cerita Upin Ipin mesti layan Bayu Cinta Luna dekat TV9. Kagumnya dengan kulit diorang..cantik bangat..dah lah putih, pink2 lagi pipi tu..kalau zoom pun, taulah original make up or bukan...apelah rahsianya kan...kuat makan jamu kot diorang ni..hehehe...

Diorang ni membuatkan aku JELES kali ke - 100..hehehe

 


Tuesday, 30 October 2012

Mari Membenteras Blackhead

Assalammualaikum

Sekarang kan musim panas yang agak melampau, walaupun kerja opis duduk dalam aircond, tapi bila pergi lunch or breakfast kat luar kejap pun, berpeluh-peluh..dan mulalah hidung aku berminyak...tang hidung pulak tu yang berkilat je...huhu..bila perhatikan kt hidung tu bukan main banyak blackhead..kulit berminyak adalah disebabkan pori-pori muka kita terbukak...

bila usya-usya muka blogger yang osem macam Hanis Zalikha, Maria Elena, Fatin Liyana dan lain-lain adalah sangat jeles..rupanya diorang ni selalu menggunakan produk-produk kadang-kadang bukanlah produk mahal pun, produk muka yang aku mampu beli je pun..tapi kerajinan diorang tu menggunakan masker la, guna lotion la, sunblock la...that's why la kulit and muka diorang lawa je..jeles tau..adalah sedikit sebanyak terpengaruh..kikiki...

so, ada duit sikit laburkan lah beli produk-produk yang boleh membuatkan kita happy...muka cantik, badan sihat mestilah kita akan rasa yakin dan happy kan...

Ini pertama kali aku membenteras blackhead dekat hidung ku,,dulu aku tak pernah pun terfikir nak buat sebab aku rasa nak buat apa pun..cuci muka pakai cream pencerah dah lah kan....sama je muka macam tu jugak kan...tapi bila first time guna waaa.....rasa nak buat tiap hari..hehehe....




First time guna produk Biore...sebab muka aku memang jenis  cepat berminyak, kalau tak jaga nanti mulalah tumbuh jerawat-jerawat dekat muka...masa guna pore pack tu, aku siap google lagi macam mana nak guna..kikiki...punyalah tak reti nak pakai, padahal dia dah kasi arahan dah nak pakai macam ne kan....tapi macam tak yakin je....dah cabut stick tu lekatlah kat hidung ( macam dalam gambar tu ) selama 10-15 minit. after tu cabut pun ada caranya...kene tarik dari dua-dua hujung pelekat tu  perlahan-lahan...pastu tengoklah berapa banyak blackhead yang melekat....firstime aku tengok dengan mata kasar seriously aku tak nampak..punyalah lama aku belek-belek baru aku nampak...punyalah banyak rupanya...




aku tak puas hati aku snap gambar....baru nampak dengan jelas bila snap gambar.....geli pun ada bila tengok.hihihi...tapi puas hati lah.....sonok pulak bila blackhead tu nyah dari hidung ni....







banyakkan yang terpacak-pacak tu...hehehe...jangan geli tau...tapi best bila dah buat...rasa nak buat banyak kali.....so, marilah kita beramai-ramai membenteras blackhead di hidung masing-masing...



biar hidung tak mancung, pipi tak tersorong-sorong...muahaha...ape punya pepatah da......bye.....


Friday, 3 August 2012

Bedak Air Herba

Assalammualaikum

Nak share cara penjagaan kulit yang paling senang,mudah dan jimat. Almaklumlah kalau nak pergi spa, buat rawatan kulit memang tak berapa nak mampu kan..kalau mampu teringin jugak..hehehe....

tapi tak apa, disebabkan diri ini tak berapa nak mampu, dan kawan-kawan yang rasa suka tempek bedak sejuk sebelum tidur tu memang baguslah...aku ni ada problem kulit muka dimana kalau jerawat timbul pastu akan meninggalkan kesan atau parut kat muka terutama bahagian pipi dan dahi. So, tercari-carilah produk apa lah nak pakai untuk menghilangkan kesan parut jerawat ni...

dan pada satu hari ( macam mari berceritalah pulak ) pergi ke kedai, dan aku ternampak satu produk ala-ala beduk sejuk tu...nama dia beduk air herba...produk JDi...tengok kandungan dia macam bagus..so, aku beli and try pakai sebelum tidur. Hasilnya, alhamdulilah....boleh diyakini dan dipercayai...



Bedak Air Herba adalah persediaan tradisional yang kaya dengan ramuan dan pati herba seperti ekstrak kulit kayu manis , ekstrak akar manis dan ekstrak kunyit. Dipercayai dapat membantu melegakan gatal-gatal dan kerengsaan pada kulit dan wajah. Memudarkan parut serta noda hitam. Menyekat pertumbuhan jerawat dan mengeringkan jerawat. Melegakan pelbagai masalah berkaitan dengan kulit. Juga sesuai untuk mengatasi masalah ruam lampin. Pengunaan secara rutin harian dapat melicin dan menghaluskan kulit dan wajah.

Harga :
RM 10.00 SM
RM 12.00 SS
 
 Cara Pengunaan :
Goncang botol sehingga pati bedak sebati, sapu pada wajah yang bersih atau pada tempat yang perlu seperti bedak sejuk. Boleh juga digunakan sebagai masker atau pupur untuk perawatan kulit. Sesuai dipakai pada malam atau siang hari.
 
lebih lanjut boleh layari blog ni :  http://jdikosmetikproduk.blogspot.com

Yang best pakai bedak ni, tak perlulah kita susah-susah nak taruk air kt bedak tu dah sebab dia memang dah ada air pun. Kita cuma goncang-goncankan pastu taruk kat tangan and tepek kat muka tu...senang kan.....

Hasilnya, alhamdulillah....muka kelihatan berseri...bekas parut jerawat pun insyalah akan hilang...tangkap gambar pun kita akan yakin bila kulit muka nampak bersih dan cantik kan walaupun hakikatnya kalau tengok dekat-dekat, nampak lobang bekas kene ciken pop ( betul ke aku eja ni ) .hehehehehe....

see   see   see  see.....


Yang indah itu, milik Allah, Yang cantik itu pemberian Allah, Yang Menjaganya adalah hambaNya yang Ikhlas. Terima Kasih Allah...

Just Wanna to Share no publicity

Wednesday, 25 April 2012

Katakan Love Pada Garnier

assalammualaikum

sape tau garnier ada buat program amal yang heliza and lisa surihani pergi ke rumah kebajikan anak-anak yatim. Entry ini.

Tunggu-tunggu jugak pihak Garnier kata akan kasi info kalau ada pape program. but until now tak de pape ponnn...aku dah like dah kat fb Garnier and dah buat pra register dah. Ke aku yg ketinggalan? 

Xpelah...mungkin diorang cuma nak tarik perhatian je kot...teringin jugak nak g jmpa lisa surirumah tu..aku tertarik nak guna Garnier ni bila tengok muka lisa kat iklan yang nampak lembut, berseri2 je. aku ni kan mudah terpengaruh.kikikiki. Bila dia jadi duta Garnier ni, aku pun nak pakai jugak. sebab aku nak muka aku sehalus and seri wajah macam muka dia. boleh tak boleh tak. 

aku pun try la produk Garnier ni rasanya hampir 6 bulan kot. before ni guna produk lain tapi bila habis pergi tukar produk lain sebab rasa nak cuba and terpengaruh dengan bekas yang lawa. Biasalah nak tarik pelanggan. 

Sebagai insan yang mudah terpengaruh ni jugak, mudah terpengaruh dengan iklan-iklan kat tv ni. contoh dulu aku memang peminat siti nurhaliza. pastu dia jadi duta syampoo pantene. and pastu aku akan pastikan aku mesti beli syampoo pentene, syampoo lain tak pandang dah and aku rasa syampoo lain tak bagus.kikikiki..pastu hari tu Yuna kan jadi duta  Libress, so aku pun minat jugak dengan lagu Yuna tu, so, dari situ aku bertukar pulak kepada Libress...Lupakan yang lama...huhuhu...

Ok, dah jauh tersasar, tak boleh nak delete balik. back kepada GARNIER. Baru aku perasan sejak aku menggunakan produk ni and hasilnya sangat mengagumkan. But sebagai pengguna kita kene guna secara berterusan. Jangan kejap-kejap tukar produk lain sebab ia akan memberi masalah kepada kulit wajah kita sendiri. 

selain itu jugak, kita perlu tahu sensitiviti dan kesesuaian kulit kita. Jenis kulit kita ape. macam kulit aku ni, jenis yang oily ( berminyak ) dan ada masalah kulit tidak sekata and maybe sedikit jeragat. Jerawat hanya akan tumbuh bila ku D.B ataupun  STRESS..

So, if anyone have skin problem macam aku ni...just try la produk Garnier yang hangat di pasaran ni. Kira kulit aku jenis yang tak lah bermasalah sangat pun. So, aku just pakai yang warna kuning tu.



Garnier Pure Active tu, aku baru beli. Dia Multi Action Scrub ( aku baca je ape dia tulis tu ). Dia kata lagi ( tulis ) jelas melawan 6 tanda jerawat iaitu Jerawat, bintik bintik putih, bendasing, kulit berminyak, pori terbuka dan kulit tidak sekata. 

after cuci muka dengan pencuci muka tersebut. cuba amalkan guna toner kat kulit muka tu. Dulu, aku memang tak pakai toner muka ni, sebab malas. tapi bila dah nampak hasilnya baru aku rasa sangatlah bagus. sebab ia sangat membantu dalam kesihatan kulit kita, dan mencerahkan wajah dengan sempurna. 


 contoh yang aku boleh aku kongsikan, waktu kulit aku terbakar hari tu masa training boling padang dekat tengah panas, setiap hari lepas mandi je, aku memang time tu dah sapu toner and guna cream dia tiap hari, alhmadulillah, kulit tu bila kene matahari lama-lama memang akan hitam, tapi ia tetap melindungi kulit wajah. sebabnya ia ada pelindung dari cahaya matahari ( SPF ) yang membuatkan kulit kita tidak akan mengelupas. aku paling takut bila time nak elok kulit tu kan akan mengelupas. tapi alhamdulillah, bila guna Garnier ni xla pulak dia nak mengelupas kononnya nak bertukar wajah eh kulit.


Just nak berkongsi pengalaman and cerita je. Setiap orang ada kesesuaian masing-masing. and diri sendiri yang tau kita ni sesuai atau tidak bila menggunakan produk tersebut. Kadang-kadang tidak semestinya produk yang mahal boleh sesuai dengan kulit kita, walhal produk yang murah mahupun tradisional itu lebih bagus dan memberikan kesan yang baik.

betul tak betul tak







Malu la ai.....hehehehe



Monday, 31 October 2011

CANTIK ITU SUBJEKTIF

Assalammualaikum

Entry kali ni aku nak cerita about hal kecantikan. Apa definisi kecantikan itu? Kecantikan itu sebenarnya adalah satu yang subjektif. Maksudnya ia bukan lah sesuatu yang boleh kita angap hanya satu perkara utama. Definasi kecantikan wanita bagi pendapat aku ia adalah kecantikan luar dan dalam. Kecantikan bukan sahaja dinilai dari paras rupa yang cantik sahaja tetapi dari keperibadian diri sesorang wanita itu. Justeri zaman kini, ramai wanita yang berlumba-lumba untuk menjadi cantik tetapi mereka tidak sedar kecantikan luaran itu hanyalah sementara.

Hebat tak aku tafsirkan definisi kecantikan itu. Huhu. Akulah bukanlah pakar kecantikan. Tetapi hanyalah seorang wanita yang sukakan kecantikan selari dengan naluri seorang wanita itu sendiri. Mustahil ada orang yang tidak teringin menjadi cantik.

Seperti yang dikatakan tadi, kecantikan itu bukanlah hanya dari paras rupa tetapi kecantikan itu dinilai dari dalam diri itu sendiri. Kecantikan dan kesihatan tubuh  badan amatlah penting agar kita boleh hidup lama di atas bumi ciptaan allah S.W.T.

Sebagai manusia kita perlu menjaga kecantikan dengan cara menjaga kesihatan iaitu menjaga pemakanan. Apa guna mempunyai muka yang lawa tetapi tidak menjaga pemakanan dan ia akan memudaratkan diri sendiri di masa akan datang. Selain pemakanan, kecantikan boleh ditafsirkan dengan sikap dan tingkah laku individu itu. Apa guna mempunyai paras muka yang cantik tetapi mempunyai akhlak dan keperibadian yang menjengkelkan..Ia amatlah merugikan.

Maka kecantikan itu adalah sesuatu yang subjektif dimana kita tidak boleh memilihnya seperti A B C dan D. Ia perlu dihuraikan dalam pelbagai definisi. Cantik itu biarlah cantik dipandang mata bukan sahaja dari hujung rambut hingga hujung kaki tetapi  kecantikan itu bermula dari HATI YANG SUCI.

TAMAT......................................

Ini adalah iklan kecantikan ye....hehehehehe

Maybelline BB Crean Foundation


















Sekarang aku tengah guna bendalah ni. I look  ia memang sesuai untuk muka yang berminyak dan kulit asia macam aku nie. Try la sape yang berminat. Muka akan jadi smooth je...and dah x oily dah. Sebab muka kulit asia ni cepat berminyak memandangkan cuaca kita sekarang yang panas terik. So kata nak jadi cantik. Muka kenela jaga, kebersihan diutamakan. Ada orang muka dah cun dah tapi xreti menghias muka dengan sempurna. Jangan sampai orang tegur harap je muka cantik tapi ******(sambung la sendiri)....ish ape aku merepek la ni.....sory2x..

Inilah hasilnya....muka nampak ayu je...hahahaha....jangan perasan.....i tau i xcantik tapi i comel je.....hehehehehe..:)

















hahahaha...abaikan muka mereka dibelakang...face hanya guna BB Cream foundation. xde touch-up lebih-lebih pun.





















Muka without guna ape-ape.....nampak x ape tersembunyi..


P/S : Biar muka tak lawa tapi Hati itu cantik dan bersih. Jangan Muka Lawa tapi hati banyak Kotor...dan sebaliknya...tapi lebih cantik bila kecantikan dapat dinilai dari kedua-dua aspek kecantikan paras rupa dan budi bahasa.....