A Crazy Little Thing Called Love adalah movie dari Thailand. Aku baru tengok online cerita ni kat youtube..hehe..padahal cerita ni dah kuar tahun lepas rasanya..Tapi memang tak sangka movie best sangat...aku kasi 5 bintang..hehe..sebab utama hero dalam tu hensem nye....kihkihkih...
Cerita ni mengisahkan percintaan ( first love ), kesetiaan, persahabatan. Ada kelakar lagi-lagi watak cikgu tu, sedih dan happy ending yang paling besttt...
So, everyone..sesiapa yang belum tengok cerita ni boleh lah search je kat youtube ataupun klik lah kat sini A Crazy Little Thing Called Love. Selamat Menonton..dan dapat mimpi Mario yang hensem tu malam nanti..hihihih
Happy Monday Blues u'oall..hehe..dah lama tak update blog. Setiap kali nak update blog je mesti idea tu hilang serta merta. Maka aku hanya lah berblog walking saje melihat blog-blog para gadis-gadis, ibu-ibu yang jelita lagi menawan.hihi..
Rasanya ramai orang yang dah tahu, kak Noor Khiriah kita dah bertudung..aku pun dah tau, cuma sejak 2 menjak ni bila aku tengok dia dekat tivi rasa alahai so comel nye kakak ni pakai tudung. nampak sangat sweetnye...muka dia kan kecik, bila pakai tudung syiria tu lagi nampak kecomelannya..aku ni memang pantang nampak orang yang comel-comel cantik belaka macam tu...
gambar semua ambik dekat internet @ facebook. aku memang suka tengok wanita pakai tudung syiria macam ni..tapi tak semua jenis muka boleh masuk...kadang-kadang aku try jugak dekat diri sendiri, macam ape je.asik terkeluar-keluar je rambut ni.hihi..tapi bila tengok kak noor ni, alahai comel-comel-comel gitu.....
Nampak cam anak dara je kan..padahal dah ada 2 orang anak. Aku suka tengok lakonan kak noor, sebabnya dia sangat versetile...berlakon gila-gila pun jadi, berlakon nangis-nangis pun jadi, berlakon jadi mak tiri je aku tak pernah lagi tengok..hehe...
Kak noor bersama husband dan 2 orang anaknya..sedap je mata memandang kan..nampak bahagia and sweetnya kak noor khiriah kita ni..hehe
Kak noor, kita nak jadi adik angkat kak noor boleh tak??hehe..kita suka lah akak pakai tudung tutup cam nie..cucuk sikit pinggang tu * ops jangan melatah * hehe...alhamdulillah sekarang ramai dah artis yang berhijrah dengan berhijab...artis kan role model kepada masyarakat..apa yang mereka bawak dan sampaikan akan diikuti oleh masyarakat...
Untuk Kak Noor, moga berjaya dalam bidang seni * bukan pendidikan seni ye* bawaklah watak-watak yang best dan kelakar selalu..hihi...itu je babai....
ikhlas dari adik yang sweet lagi comel..kihkihkihkih...
sekarang tengah syok layan cerita Dendam Pencinta TV9 setiap hari Isnin dan Selasa jam 8.30 malam. Mengisahkan si Nadia Aqila yang ingin membalas dendam ngn kekasih hatinya dulu...nak tau kisah cerita tu sepenuhnya tengoklah cerita tu sendiri.kikiki...malas nak buat sinopsis sendiri...
copy paste dari sedut.org
Dendam Pencinta mengisahkan Zul (Shah Iskandar) yang suka kepada Syiela
(Nadia) pada zaman kolej. Namun begitu, selepas beberapa tahun, Zul
berkahwin dengan orang lain iaitu Mimi (Hanez). Setelah Zul berkahwin
dengan Mimi, Syiela kembali di dalam kehidupan Zul dan menuntut cinta
Zul kepadanya. Bermulalah konflik drama ini. Kalau nak tahu cerita
selanjutnya, kena tonton sendiri Dendam Pencinta.
**malam tadi kenakan si dia..ouhh...mintak maaf sangat2 ye...bukan nak
membalas dendam ataupun niat nak menyakitkan hati...cuma nak tau
keikhlasan hati...betul-betul jujur atau tidak...
sama-sama
pernah rasa sakit, sama-samalah kita tanggung..kalau tak salah buat apa
nak marah kan.Jangan jadi dendam pencinta ye..takutlah...
Malam tadi tengok cerita episod last 7 Ramadan....lakonan yang mantap dari Elly Suriati...dia kalau berlakon watak apa pun mesti menjadi dan sangat beremosi...7 Ramadan ni cerita nya boleh tahan lah membuat kan aku menangis jugak...aku kan cepat touching..hehehe...
Cerita ni mengisahkan Sufiah ( lakonan Elly suriati ) telah membesarkan anaknya yang bernama Dhani dalam serba kekurangan dan miskin. Manakalah si anak, Dhani setelah berjaya sedaya upaya cuba untuk melupakan kisah dan kenangan lalunya yang hidup miskin sehingga dia sanggup menghancurkan hati ibunya yang dianggap hanya ibu angkat. Dia juga telah menipu kekasih hatinya mengatakan ibu dan ayahnya berada di luar negara. Tetapi akhirnya rahsia siapa sebenarnya Ikram dan anak sebenar Sufiah yang masih hidup terbongkar...nak tau lebih lanjut kene lah tengok kt tonton pada sapa-sapa yang tak follow cerita ni....
cerita macam ni, kita boleh ambik banyak pengajaran dan rumusan, antaranya :
- Jangan Lupa Diri, sehebat-hebat kita pada waktu sekarang adalah disebabkan siapa diri kita dahulu. Bukan dahulu kita miskin, kita akan miskin selamanya...dan bukan kita kaya sekarang, kita akan kaya selamanya
- Jangan Salahkan Takdir , setiap takdir hidup kita ditentukan oleh Allah s.w.t. Setiap dugaan yang diberikan oleh Allah s.w.t ada sebabnya. Tuhan tidak akan sekali-kali memberikan dugaan itu andai kita tidak mampu memikulnya...
- Hormati Ibu, syurga anak adalah dibawah tapak kaki ibu. Ibu yang melahirkan kita, ibu yang menjaga kita, jangan sekali-kali membuatkan air mata ibu mengalir kerana sikap kita..andai ibu sudah tiada, baru nak menyesal tiada guna.
- Jangan Menghina, penghinaan kepada orang lain adalah penghinaan kepada diri sendiri.
****************
sedih, sedih, sedih
setiap tahun makin lama makin xsyok nak beraya, tak ada perasaan raya pun..heemmmm...tapi perasaan sedih tu adalah..
kadang-kadang hidup ni rasa kosong, kosong kosong
bagi mereka yang still ada parents tu, sentiasa lah ziarah and tanya kabar dekat diorang. bila time cuti lagi-lagi cuti raya ni, baliklah kampung..salam dan cium tangan mereka...mintak ampun dan maaf..jangan sampai bila mereka dah tiada kita tak sempat nak mintak ampun dan maaf.
Buat mereka yang sudah pergi tu, akan terus pergi dan kita yang hidup ni teruskan kehidupan. Tapi jangan lupa pemergiaan mereka. Sedekahkan alfatihan, ziarahi kubur mereka..jangan sampai pergi kubur mereka dah tak ingat mana satu kubur tu..sendiri jugak yang menyesal. macam aku hari tu, dah dua tahun tak pergi kubur arwah, kenapalah aku lupa diri...hari tu pergi nak ziarah kubur abah dah tak jumpa....sedih sangat tau..
apa-apa pun, Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin...
Rasa sekejap je masa berlalu, tinggal beberapa hari saja lagi untuk kita menyambut bulan ramadhan. Semoga ramadhan kali ini dapat kita laksanakan dengan sebaik mungkin dan mendapat keberkatan dari Ilahi, Insyallah....
Bila teringat bulan puasa ni, teringat pulak drama-drama yang memberikan keinsafan dekat sanubari. Bukan senang untuk kita ingat sesebuah cerita tu andai kata cerita tu tidak betul-betul memberikan kesan yang mendalam dalam diri kita.
sepanjang ramadhan tahun 2010 dan 2011, TV3 menerbitkan cerita yang menyentuh hati untuk disajikan kepada penonton. Paling penting cerita sentiasa mengimbau dalam diri aku ni sebab jalan cerita yang menarik dan penuh dengan unsur yang berguna. Cerita yang boleh mengalirkan air mata, penghayatan watak para pelakon yang sangat berkesan.
Bermula 10 ogos. Setiap Selasa, Rabu dan Khamis. Slot samarinda, 10 malam TV3
Pengarah: Shahrulezad Mohameddin
Terbitan: Radiusone Sdn Bhd
Pelakon: Elly Suriati sebagai Datuk Paduka Halimaton, Eira Syazira
sebagai Marlia, Ungku Ismail Aziz sebagai Yassin, Zarina Zainordin
sebagai Aishah, Aripah Damanhuri sebagai Mak Jah, Shahar Yac’cob
sebagai Budiey, Nurul Elfira Loy, Noryati Taib sebagai Datin Kesuma dan
Azma Aizal Yusoof.
Sinopis :
Datuk Halimatun telah berputus arang dengan Marlia. Anak sulungnya
itu melarikan diri meninggalkannya pada malam akad nikad. Marlia memang
tidak pernah rapat dengannya sejak dari kecil….Marlia suka melawan dan
membantah… Datuk Halimatun tidak paham. Dia hanya mau yang terbaik untuk
Marlia…Tapi Marlia lebih rela berkawin dengan seorang pendatang dari
mengahwini seorang lelaki yang menjadi pilihan Limah…Memang tujuan Limah
mengahwinkan Marlia dengan anak Datin Maimun untuk mengelakkan Marlia
jatuh kedalam pelukkan orang mendatang.. Tapi dia tidak mahu memaksa
lagi apabila Marlia melarikan diri…
Itu kisah 16 tahun lalu… Dan telah 16 tahun juga Datuk Halimatun
tidak pernah melihat wajah anak sulungnya itu. Mati atau hidup, Datuk
Halimatun tak peduli. Marlia bukan lagi anaknya…Tumpuannya kini adalah
pada Yassin. Anak bungsunya…
Yassin masih ingat dengan Kak Lia. Dia sayangkan Kak Lia tapi sayang
dan rindu itu di simpan jauh di dalam hati. Datuk Halimatun tidak
membenarkan nama itu di sebut-sebut…Dia dah hampir 2 tahun berkawin
dengan wanita yang menjadi pilihan ibunya. Marlia bahagia. Meskipun
dirinya tidak di limpahi intan berlian, tapi Marlia bersyukur. Dia
bahagia dengan Budi walaupun Budi Cuma bekerja sebagai pengawal
keselamatan di luar bandar. Lalu bersama cinta mereka itu lahir 5
cahayamata berusia antara 15 hingga 5 tahun. Anak-anak mereka hidup
bahagia….Lalu sama sekali mereka tidak menyangka mereka akan kehilangan
segala-galanya dalam sekelip mata…Marlia dan Budi terlibat dalam
kemalangan ngeri dan kedua-duanya meninggal dunia di tempat kejadian…
Ratapan 5 anak yatim piatu ini mendapat liputan pihak media. Hidup
mereka menjadi lintang pukang. Mereka terlalu muda untuk menangani hidup
yang penuh berliku tanpa ibu bapa. Pihak kebajikan masyarakat ingin
menempatkan mereka semua di rumah anak yatim. Ada juga pihak yang ingin
menjadikan mereka anak angkat, tapi tidak semua. Mereka akan di
pisahkan. Suzana bersuara lantang. Dia tidak akan menyerahkan
adik-adiknya pada sapa-sapa pun… Keadaan keperitan Suzana 5 beradik
mendapat perhatian program Bersamamu TV3. Suzana memberitahu bahawa
ayahnya anak yatim piatu berasal dari Sumatera. Dan ibunya Marlia pula
tidak pernah menceritakan perihal saudara mara yang ada… Datuk Halimatun
melihat program itu… Dia menyedari kematian Marlia kerana berita
kematian itu disiarkan dalam akhbar… Tapi dia tak ambik kisah. Marlia
bukan lagi sebahagia dari hidupnya. Marlia telah dibuang jauh dan di
gantikan dengan dendam yang membara sampai kini….Namun begitu Yassin
telah membawa 5 beradik ini pulang ke rumah untuk hidup bersamanya dan
nenek mereka.
Ramadan menjelang tiba…. Hati sayu terkenang suasana puasa bersama
ibu dan ayah… Suzana tertanya-tanya, adakah Nek Halimah akan melayan
mereka dengan buruk buat selama-lamanya?
SyurgaMu Ramadan adalah kisah pengorbanan, kasih sayang dan yang
paling penting, kemaafan. Tiada nilainya pahala sekiranya ianya
berlapikkan nafsu api kemarahan….Dan tiada yang lebih indah dari satu
kemaafan… Kemaafan dari dendam yang terpendam…..
Ramadan Terakhir mengisahkan Hisham seorang usahawan yang berjaya
berusaha membimbing isteri dan anak-anaknya untuk kembali ke jalan yang
benar di sisi agama Islam. Dia disahkan mengidap kanser kronik dan mempu
untuk bertahan beberapa bulan saja lalu bertekad untuk membetulkan
semula haluan hidup beliau yang begitu tercemar dengan pelbagai dosa
sepanjang hidupnya.
Perubahannya itu telah dipandang sinis isterinya Mazni yang terus hanyut
dibuai keenakan dan keseronokan. Apa lebih menyedihkan, anak lelaki
mereka Daniel turut melakukan pergaulan dan perlakuan tanpa batas
bersama teman wanitanya Rossa.
Pada masa yang sama Hisham sering bermimpi didatangi seorang wanita yang
dikenali bernama Khadijah yang telah meninggal dunia. Kak Hawa,
pembantu rumah mereka pula memutuskan untuk menamatkan perkhidmatannya.
Kekosongan itu pula bakal di isi Sakinah seorang gadis bertudung, lemah
lembut dan kukuh didikan agamanya. Pengambilan Sakinah sebagai pembantu
rumah baru juga adalah satu agenda tersirat Hisham dalam melaksanakan
misi kekeluargaannya. Siapakah sebenarnya Sakinah? Apakah maksud sebenar
di sebalik kehadiran Khadijah dalam mimpi Hisham?
cerita sangatlah menyentuh hati dan
perasaan. setiap kali aku tengok cerita ni, mesti ada watak dan jalan
cerita menyebabkan aku mengalir air mata.....bagi mereka yang pernah
rasa kehilangan, pernah rasa kekurangan kasih sayang dan perhatian dan
mungkin pernah lalui pasti akan mengetahui...
Tak sabar nak menunggu cerita / drama untuk Ramadhan kali ni. Harap-harap best jugak macam sebelum-sebelum ni. Kalau nak tengok cerita Syurgamu Ramadhan dan Ramadhan Terakhir boleh la download dekat internet.
Hari ni nak share cerita Drama Seindah Sakura Slot Akasia TV3 setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 malam. Sekarang ni banyak cerita novel yang sudah diadaptasi ke dalam drama ataupun filem. Congratulation lah untuk pengarang-pengarang novel kerana bakat-bakat anda sangatlah dihargai dan mendapat liputan agar pembaca dan peminat akan bertambah. Macam aku, aku tak berapa suka sangat membaca novel lagi-lagi novel yang berunsurkan love story ataupun politik. Aku lebih suka membaca majalah yang penuh dengan gambar-gambar ataupun kalau novel pun aku suka jenis Thriller novel ataupun phyco macam novel pengarang Ramli Awang Mursyid.So, dengan adanya adapatasi novel ke drama ni akan menaikkan rating bagi cerita tersebut. Aku memang pernah ternampak dekat kedai buku novel Drama Seindah Sakura ni, tapi untuk aku membacanya tersangatlah nipis. Tetapi sejak ia ditayangkan ke drama ni, aku tersangatlah suka jalan cerita yang dibawakkan oleh pelakon-pelakon terutama Fasha Sandha dan Fahrin Ahmad.
sinopsis untuk Drama Seindah Sakura boleh baca dekat SINI ataupun aku copy paste je dibawah ni ceritanya.
Kebanyakan kita dilahirkan di dalam latar belakang yang berbeza. Namun,
hakikatnya manusia sendiri yang meletakkan taraf dan kelas sesama insan
lain. Jadi janganlah cepat menghukum atau bersikap prejudis sebelum
mengenali hati budi serta kisah silam seseorang kerana ianya hanya
mengeruhkan keadaan. Menyusuli drama siri Cinta Buat Emelda, saksikan
sebuah lagi drama di slot Akasia, “Seindah Sakura”, memaparkan kisah
sedih menyayat hati kehidupan Shakira yang terpaksa mengharungi pelbagai
rintangan dan dugaan bersama neneknya sejak mereka ditinggalkan
sebatang kara oleh ibunya sejak kecil.
Drama bersiri 24 episod terbitan Temenggong Pictures, bakal membuka
tirainya pada 7 Mei 2012, setiap hari Isnin hingga Khamis pada jam 7.00
malam. Drama yang diarahkan oleh pelakon dan juga pengarah yang berbakat
besar iaitu Zul Huzaimy dan skrip yang ditulis oleh Wan Mahani
menampilkan pelakon-pelakon hebat tanahair seperti Fasha Sandha, Fahrin
Ahmad, Dato’ Eizlan Yusof, Eryna, Fimie Don, Mak Mah dan ramai lagi
Seindah Sakura membuktikan hakikat sebuah kehidupan di dunia yang
sementara ini sememangnya penuh dengan ranjau berduri. Kegagalan dan
kekecewaan bagaikan sudah sebati dalam tubuh gadis yang bernama Shakira.
Namun hatinya terus berpesan agar tidak terus kecundang dalam melayari
perjalanan kehidupan yang singkat. Walaupun Shakira telah ditinggalkan
oleh ibunya, Rohani namun dia terus tabah meneruskan kehidupan daifnya
bersama nenek tersayang, Nek Kiah. Sesungguhnya Shakira amat merindui
ibunya tetapi apakah daya dia buntu mengenangkan sebab ibunya terus
hilang tanpa khabar berita.
Roda terus berputar dan tanpa disedari Shakira kini sudahpun menjangkau
usia remaja dan bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.
Dengan baju yang bertampal sana sini, kasut yang koyak rabak, rambut
tidak terurus dengan penampilan yang selekeh, Shakira sering kali diejek
oleh rakan-rakan sekelas yang lain. Kadang kala, Shakira terpaksa
ponteng sekolah kerana masalah kesihatan Nek Kiah yang memerlukan
penjagaannya. Pada masa yang sama, sekolah Shakira juga menerima
kehadiran Airil, seorang cikgu baru yang tampan dan cukup berdedikasi
demi mendidik para pelajar agar menjadi insan yang berguna.
Sikap Shakira yang selalu tidak hadir ke kelas telah mendapat perhatian
Airil. Tanpa soal selidik, Airil terus mendenda Shakira agar gadis itu
sedar atas kesilapannya, namun Shakira langsung tidak mengendahkan
teguran Airil kerana baginya orang seperti Airil tidak akan memahami
situasi orang miskin sepertinya. Ini membuatkan guru baru itu bertambah
geram dengan Shakira dan sering mencari kesalahan Shakira. Sehinggalah
pada suatu hari Pak Jamil sendiri pergi berjumpa dengan pengetua sekolah
untuk menceritakan tentang nenek Shakira yang telah dimasukkan ke
hospital. Sejak itu barulah Airil mengetahui punca utama Shakira sering
tidak hadir ke sekolah. Saat itu, perasaan bersalah bertalu-talu
menghimpit diri Airil. Airil cuba memberi kata-kata perangsang dan
menjadi peneman Shakira semasa di hospital sehinggakan mereka mula
menyimpan satu rasa di dalam hati masing-masing.
Datuk Malik, bapa saudara kepada Airil merupakan seorang pengusaha yang
kaya yang selalu bersedekah kepada anak yatim dan fakir miskin
termasuklah Shakira. Datuk Malik melayan Shakira seperti anaknya sendiri
dan Shakira pula bersyukur dengan perhatian dan bantuan yang diberikan
Datuk Malik. Shakira tidak pernah menunjukkan perasaan sukanya pada
Airil tetapi dia sering dilihat seperti tertunggu dengan kedatangan
cikgu yang ternyata berbeza dengan tanggapan pertamanya dulu. Sekarang
Shakira dapat menumpukan perhatian pada pelajaran.
Baru beberapa hari dia mengecapi saat gembira bersama neneknya, Rosnah
muncul di rumah mereka dalam keadaan yang berkudis di seluruh tubuhnya
serta tak bermaya. Shakira begitu gembira dengan kepulangan Rosnah akan
tetapi neneknya seperti tidak selesa dengan kepulangannya kerana
merasakan Rosnah akan membebankan Shakira. Telahan nenek Kiah ternyata
tepat. Keadaan Rosnah mengakibatkan Shakira kelam kabut untuk menjaga
nenek dan ibunya. Apabila nak ke sekolah saja, Rosnah akan memanggil
meminta pertolongan untuk membuang air. Malah ada juga beberapa kali
Shakira tak sempat memapah Rosnah ke bilik air, dan najisnya tercicir di
lantai. Shakira pada mulanya agak tertekan dengan situasi baru yang
melanda dirinya tetapi nasihat Airil sentiasa menyejukkannya.
Orang kampung begitu membenci dengan kepulangan Rosnah yang membawa
penyakit AIDS. Malah Shakira dan nenek Kiah juga terkena tempias menjadi
mangsa kebencian penduduk kampung apabila mereka dipulaukan oleh
penduduk kampung. Akhirnya penderitaan Rosnah berakhir setelah beliau
meninggal dunia. Kemudian Datuk Malik telah mempelawa Shakira dan
neneknya untuk berpindah di rumahnya. Jika sebelum ini Airil jarang ke
rumah Datuk Malik tetapi kini dia sering balik setiap hujung minggu
untuk menemui Shakira. Airil makin terpikat dengan sifat Shakira yang
sopan, sabar, selamba. Akan tetapi Airil berasa terperangkap dengan
janjinya bersama arwah isteri Datuk Malik untuk berkahwin dengan anak
mereka iaitu Anida.
Sejak kehadiran Shakira di rumah Datuk Malik, Anida adalah orang yang
paling tidak menyukainya kerana beranggapan Shakira gadis miskin dan
kotor yang telah merampas perhatian ayah dan Airil daripada dirinya.
Shakira selalu dikutuk dan dihina oleh Anida. Tiap kali Anida nampak
Airil mesra dan bergurau senda dengan Shakira, setiap kali itu jugalah
Anida akan membalas semula dengan perbuatan yang menyakitkan Shakira.
Anida memainkan peranannya untuk mempengaruhi Airil tentang keburukan
Shakira yang diciptanya sendiri. Suatu hari Ainida telah memfitnah
Shakira dengan memerangkap Shakira di dalam bilik Airil. Airil yang
terkejut melihat Shakira yang hanya memakai sehelai tuala terus percaya
dengan fitnah Anida yang Shakira adalah gadis tak bermoral kerana
sanggup menggodanya. Kejadian itu telah menyebabkan Airil menghantar
Shakira ke rumah perlindungan gadis, Rumah Bakti Kasih tanpa berbincang
dengan Datuk Malik yang ketika itu berada di luar daerah. Airil yang
kecewa dengan apa telah terjadi, dengan hati yang berat dia telah
mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran ke luar negara.
Enam bulan telah berlalu dan Shakira telah selesai menduduki SPM.
Datuk Malik membawa Shakira pulang ke rumah. Shakira berasa hairan
melihat Datuk Malik yang seperti resah dan punya masalah. Apabila
ditanya, Datuk Malik sebenarnya mahu melamar Shakira. Shakira amat
terkejut dan tak menyangka Datuk Malik yang selama ini dianggap ikhlas
rupanya punya niat lain dan mahukan balasan. Namun apakah akan terjadi
seterusnya? Adakah Shakira akan memperjudikan nasibnya dengan berkahwin
bersama Datuk Malik demi membalas jasa lelaki yang dianggap seperti
ayahnya itu? Ataupun Shakira akan menunggu kepulangan cinta pertamanya
iaitu Airil? Antara Airil dan Datuk Malik, siapakah menjadi pilihan
Shakira? Siapakah pula Putera Haziq dalam hidup Shakira? Apakah tindakan
jahat yang akan dilakukan oleh Anida untuk menyekat Shakira mengecapi
kebahagian? Mampukah Shakira menikmati kebahagian tanpa pengorbanan?
Jangan lepaskan peluang menyaksikan Seindah Sakura menerusi slot
Akasia, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 malam bermula 7 Mei
2012 di TV3. Penonton yang terlepas menyaksikannya boleh menonton
melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my.
Hari tu aku tanya bestfriend aku pasal novel Drama Seindah Sakura ni, sebab dia baca novel ni. Dia kata kalau dalam novel dia taklah rasa feeling sangat, tapi berbeza dengan drama yang dilakonkan. Dalam drama terasa dia punya watak-watak tu sangat menyentuh perasaan. Setiap kali aku tengok cerita tu pun, aku akan rasa taknak tinggal satu babak pun, kalau nak rasa kencing pun aku tahan, nak g dapur ambik air pun aku tahan, tunggulah sampai iklan baru aku buat benda tu semua. Sampai macam tu sekali tau aku punya fanatik tengok cerita ni. Watak yang dilakonkan oleh Fasha Sandha sebagai watak penting dalam cerita tu pun sangatlah berkesan dan aku solute la dengan Fasha kerana berjaya membawa watak tersebut..
Satu lagi yang aku adalah lagu OST Drama tersebut. BUATKU DISANA nyanyian Mafa feat Ronnie dan HARAPAN nyanyian Hyper Act.Setiap kali keluar lagu tu mesti buat aku touching jelah....huhuhuhu
Hari Sabtu tengahari sebelum aku nak balik kampung, TV3 ada pasang cerita jepun ni tajuk dia The Tale of Mari and Three Puppies. Aku tak tengok dari awal sebab aku tengah bersiap-siap nak balik kampung. Bila dah siap semua aku nak tutup tv. Tapi bila aku tengok kejap cerita tu, macam sonok je. Aku lepak la tengok tv sampai habis cerita tu baru lah aku balik kampung.
Cerita ni memang best. Asik buat aku menangis je...memang sedih sangat. Jepun kalau buat cerita menyentuh hati ni memang menjadi ok. Sebab tu orang suka tengok filem jepun and korea.
Cerita ni mengisahkan Seekor ibu anjing yang bernama Mari dan mempunyai 3 ekor anaknya yang sangat comel. Dia dibela oleh sebuah keluarga dihujung kampung.. Nak translate panjang pun aku tak reti. So, aku copy paste jelah sinopsis dari wikepedia ni. Tak faham bahasa inggeris boleh lah guna google translate or tengok dictionary.
A Tale of Mari and the Three Puppies (Mari to koinu no monogatari) starts with a puppy, Mari, a Shiba Inu, being taken in by a family which recently has lost its mother. A year later she herself has three puppies, just in time for a major earthquake which strikes the mountain village where she lives. Although valiant herself in trying to rescue the family‘s grandfather, there is no choice but to leave her behind in the evacuation.
The film follows her adventures as well as those of the two children to whom she belongs during two long and arduous weeks of separation.
Google translate :
ATaleMari and Three Puppies(Mari to koinu no monogatari) mengisahkan seekor anjing , Mari, InuShiba, yang diambilolehsebuah keluargayang baru-baru initelahkehilangan ibu. Setahun kemudian, dia sendirimempunyaitigaanak anjing. Pada satu masa gempa bumi telah menyerangkampung mereka. Walau bagaimanapun Mari denganberanisanggup berusahauntuk menyelamatkandatukdan cucunya.
Filemini menggambarkan kedua-duakanak-kanak ( adik beradik ) yangberusaha untuk mencari Mari setelah berpindah ke kawasan yang lebih selamat akibat gempa bumi tersebut. Mereka tidak sanggup meninggalkan Mari dan 3 ekor anaknya di kampung halaman tersebut.
Ini adalah sebuah cerita yang sangat menyentuh perasaan sesiapa yang menontonnya. Kisah kekeluargaan yang saling memerlukan. Anjing yang sangat berani dan berkorban untuk keluarga tuannya dan untuk anak-anak nya.
Plot yang aku menangis teresak-esak.
1) Bila time gempa bumi berlaku, atuk dan aya ( cucu ) telah dihempap dengan almari dan rumah mereka musnah. Si Mari tu sedaya upaya menggali kayu-kayu dah tanah untuk selamatkan diorang sehingga kakinya berdarah. Akhirnya ada 2 orang penyelamat datang.
2) Bila time abang Aya, Ryoko yang sedih mengenangkan adik dan atuknya. Sampaikan dia nak cari sendiri adik dia di kampung tetapi dilarang oleh cikgunya
3) Bila time masa penyelamat tu nak bawak atuk dan adik dia naik helikopter. Masa ni paling deras air mata aku jatuh...masa Aya nak kene tarik dengan tali naik helikopter tu, dia mintak penyelamat tu bawak Mari sekali tapi Penyelamat tu kata tak boleh sebab kesuntukan masa. Masa tu aya menangis giler la...menjerit-jerit. Dia panggil Mari....Mari...Mari....bila dah sampai masuk helikopter tu dia tengok dari tingkap Mari kejar helikopter yang diaorang naik tu...Memang sedih sangat adegan time tu...kesian Mari kene tinggal.
4 ) Mari mencari makanan untuk anak-anaknya. Dia bawak anak-anaknya tempat padang yang Aya selalu bawak main. Ada bola permainan dia kasi anak-anaknya main. Ada burung gagak yang jahat mengacau anak Mari. Mari pun jerit-jerit dan melompat halau gagak tu sehinggakan dahi nya berdarah.
5 ) Time ni pun sedih, bila Mari mungkin terlalu merindui aya. Dia bawak anak-anaknya pergi mencari Aya mungkin. Bila sampai satu jambatan tu, Mari dan anak-anaknya jatuh ke dalam sungai. Dia berusaha menyelamatkan anaknya dan bawa ke dasar sungai.
6 ) Aya dan abangnya telah keluar senyap-senyap pergi ke kampung dyorang untuk mencari Mari. Dyorang terpaksa guna jalan lama sebab jalan yang selalu digunakan ditutup akibat runtuhan. Waktu tu hujan pulak, sampaikan kaki aya berdarah dan demam. Abangnya mendukung aya dan bawanya ke sebuah rumah kosong. Akhirnya ayah aya dapat tahu yang mereka keluar dan mencari anaknya dan jumpa di rumah kosong tersebut. Time ni pun memang sedih.
7 ) Bila time helikopter penyelamat datang nak bawak wakil sorang dari ahli keluarga untuk melihat kampung halaman mereka. Time ni Aya diberi peluang pergi bersama ayah dan abangnya. Bila sampai kat kampung tu, diorang cari-cari Mari dan anak-anakya. Tapi hampa sebab Mari tiada. Time aku nangis lagi. Pastu dyorang pergi padang tempat Mari bermain. Aya dah nangis-nangis sebab tak jumpa Mari. Tapi tak lama kemudian anak-anak anjing berlari ke arah dyorang. Dan last sekali timbul Mari dengan keadaannya yang sangat kotor dan lemah. Menangis lagi lagi tengok aya menangis....huhuhuhu......
Ok ; Tamat. Silalah tengok cerita ni kalau tak percaya...
Aku tak sabar nak nengok drama baru yang akan dilakonkan oleh Johan Ashari di slot Samarinda TV3, Jam 10.30 malam mulai 18 Januari ni. Yelah, aku kan peminat Johan ni..adik sokong la lakonan abang..hehe...Moga ia lebih best dari cerita cinta elysa....
Nak cari sinopsis drama Pelangi Kasih ( Copy & Paste )
Cerita bermula mengenai kisah 3 orang sahabat yang rapat sejak kecil, watak dilakonan Nabila Huda (Sofia), Beto dan Puteri Sarah Liyana. Pelbagai kisah pahit manis dan konflik berlaku dalam hubungan persahabatan dan kasih sayang antara mereka.
( sinopsis penuh akan diupdate dari masa ke semasa ) sebab tu kene tengok depan tv ok....
Beberapa pix dari slot cerita tersebut :
Yang Ini harus jeles ok........sweetnye dia pakai baju kaler pink...
Ok, ni gambar last ni gambar pelangi, xde kene mengena yang hidup atau pun yang mati...
so, macam best ke x agak-agak citenye?? aku layan je nanti....sebab ada johan ok..
Karma mengisahkan kehidupan bermadu dua wanita. Seorang menerima suratan hidupnya dengan hati terbuka, manakala seorang lagi berasa terancam dan enggan berkongsi kasih.
Karma yang olahan ceritanya hasil tulisan Erma sendiri, memaparkan kisah Karmila, pelakon popular berkahwin dengan lelaki berusia kerana cinta pandang pertama. Bagaimanapun, perkahwinan itu mendapat tentangan hebat daripada madunya.
Memilih lelaki berpengaruh dalam politik dan sudah berkeluarga sebagai teman hidup, niat murni Karmila lakonan Fouziah Gous dipandang serong oleh madunya, Puan Sri Waheeda (Ziela Jalil). Ini kerana, Karmila dianggap sanggup bermadu kerana harta.
Sukar menerima kenyataan suaminya, Tan Sri Fahrul Sani (Datuk Ahmad Tamimi Siregar) sudah jatuh cinta dengan wanita lain, maka hak sebagai isteri pertama perlu dipertahankan. Puan Sri Waheeda sentiasa mencari jalan menganiaya Karmila.
Pelbagai kedukaan dilalui Karmila dalam kehidupan bermadu yang sepahit hempedu itu. Mampukah Karmila bertahan menghadapi dugaan hidupnya?
PROFIL DRAMA KARMA
DRAMA: Karma
TERBITAN: Rumah Karya Citra Sdn Bhd
PENERBIT: Erma Fatima
PENERBIT EKSEKUTIF: Fadhilah Mohd Shariff
PENGARAH: Erma Fatima
PENOLONG PENGARAH: Noor Syahida Mohd Radzali
SKRIP: Erma Fatima
Ulasan :
Malam ni episod last. Sonok cerita ni sebab ia mengisahkan kehidupan sebenar yang berlaku masa sekarang. mungkin tidak 100 peratus ia terjadi pada kehidupan seseorang, tetapi sedikit sebanyak ia ada bersangkut paut pada kehidupan seseorang pada masa kini.
Merujuk kepada tajuk cerita iaitu KARMA, sudah membayangkan bahawa setiap perkara yang berlaku pasti ada balasannya. Tidak kiralah ia baik atau tidak. Seperti pepatah buat baik dibalas baik, buat jahat pasti dibalas jahat.
Info Karma ( copy paste ) :
Kealpaan manusia dalam perbuatan, sering mendorong kita melakukan pelbagai perkara negatif yang tidak diduga. Semuanya demi kepuasan hati gara-gara keegoan diri yang enggan menerima kenyataan sehingga nilai kemanusiaan ditolak ke tepi.
Justeru, karma atau ‘pembalasan’ juga bukanlah perkara asing dalam kehidupan manusia. Ibarat percaturan roda yang berputar, tidak selamanya seseorang itu akan berada di atas kerana sampai masa pembalasan, ia takkan mampu dielak.
Ketika itu, semuanya mungkin sudah terlewat kerana setiap masa yang berlalu takkan boleh diundur. Jadi, apa saja yang ditetapkan Tuhan, ada pembalasannya. Oleh itu, sebagai manusia berakal, cubalah menerima dengan hati yang terbuka.
Perbuatan baik, dibalas baik. Jika sebaliknya pun, pembalasan tetap ada. Sebagai peringatan dan teladan bersama, kisah ‘Karma’ inilah yang dikongsikan pengarah berkaliber, Erma Fatima dalam karya terbarunya, Karma.
Bukan giler tapi aku takut aku lupa apa yang aku mimpi malam tadi
Memang betul-betul macam nak giler la pulak
Mimpi pun batak nak ingat
Uish mestilah kene ingat
Sebab mimpi ni kita susah nak ingat
Selagi ingat baik kita abadikan dalam memori ni haa.......
Ingat tak pe, percaya mengarut-ngarut jangan
Masa tengah taip ni pun aku tengah blur blur je
Sebab aku rasa macam nak sambung tido balik
aku nak mimpi tu balik
Ape yang aku mimpi tu ye??
Entahlah xingat la pulak...
Haha..ada jugak yang nak kene Penampar 80 kali gamaknya
Aku bermimpi si Lelaki Pujaan OOooo...
Hero seperti bintang hatiku.............ooooOOO
Pelakon2 dalam mimpi tu mesti ada aku sendiri empunya badan
& My actress yang aku giler bayang * *= JOHAN ASHARI
Dalam mimpi aku tu Johan kawen dengan si Melly ( citer Dhia ), macam bangang kan boleh pulak dyorang ni masuk mimpi aku. Cuba aku masuk mimpi Johan ni best jugak.kehkehkeh.Nak kene penampor ngan Fasha Sandha ke????
Lepas tu, boleh pulak Johan ni dok sembang-sembang dengan aku dan kengkawan yang lain. Pastu boleh pulak aku g cemburu dengan kawan aku ni sebab johan dok sembang-sembang dengan kawan aku tu je. Huhh.memang tak puas ati betul mimpi macam tu...Pastu banyak lagi la adegan-adegan yang perlu dirahsiakan dan tak berapa nak ingat.
Tengah syok syok melayan mimpikan Johan ni, dengar suara " Dah kol 7.30 ni, xbangun lagi ke??? Tersentak dari lamunan mimpi..Suara kakak aku rupanya. Terus bangun, mandi dan bersiap ke kantor...
Wahai En.Johan yang berlakon cerita Juvana
Memang aku suka la tengok watak dia tu
Dalam cerita tu dia digelar botak
After tu dia berlakon pulak cerita Tentang Elyssa
Watak dia sebagai Aril
Memang penuh dramatik cerita tu
Tapi disebabkan cerita ni jugak banyak kecemburuan yang berlaku
Antara aku dan dia
antara aku dan Johan
Kerana dia digosipkan dengan Fasha Sanda tu
Dan kerana rupanya dulu dia pernah bercinta dengan Ezrin Azminda tetapi dinafikan oleh Johan
Ape-ape pun Pesanan ikhlas dari peminat ni ( Cewahh,macam dia baca blog cikai aku ni )
@ Mendoakan yang terbaik untuk awak, terutama karier sebagai pelakon ni. Watak yang awak ambik semua memang berkesan dan membuat hati peminat rasa kagum. Tahniah diatas kejayaan sebagai pelakon tetapi masih terlalu awal lagi dan perlu berusaha untuk menjadi pelakon yang cemerlang, gemilang dan terbilang
@ Jaga tingkah laku dan budi bahasa kerana anda seorang artis yang menjadi idola di mata peminat.
Tentang Dhia
TV3
Jam 7.00- 8.00 malam
Setiap hari Isnin hingga Khamis
Barisan Pelakon : Nora Danish, Ako mustapha, Ady Putra, Tasya Shilla, Azreen Azmida dan lain-lain lagi.
Cinta ni mula-mula tengok macam tak best. Tapi bila dah folow smpai sekarang, baru terasa best. Heroin dia adalah Nora Danish.Comel je dia pakai tudung. Biasalah orang cantik pakai ape pun cantik. Tapi aku suka la tengok muka Nora Danish ni. Baby face je. Kalau la dapat kulit muka yang halus,mulus gebu macam dia kan best. Nora Danish ni watak dia sebagai Dhia. Dia seorang gadis yang baik je, dengar kata mak ayah dia. Tapi banyak dugaan dia. Dia kawan rapat dengan Raffi ni dari kecik. Raffi ni pulak memang dh suka sangat kt Dhia ni. Tapi Dhia hanya anggap dia sebagai sahabat tak lebih dari tu. Dan dia pun tolak la cinta Raffi tu. Kecewa la si Raffi tu
Nora Danish @ Dhia
Dhia pulak dh jatuh hati dekat sorang mamat ni namanya Azmi yang dilakonkan oleh Ako Mustapha. si Azmi ni pun suka dekat Dhia. So, dua-dua dh planing nak kawin. diorang pun tunang la...
azmi @ Ako Mustapha
Tapi disebabkan ada pulak watak si Melly tu yang dilakonkan oleh Azreen Azmida ni. Dia ganggu hubungan antara Azmi dan Dhia ni. Satu hari dia perangkap Azmi sampai dyorang kene tangkap basah kat umah si Melly. Disebabkan nak tanggung malu Si Melly yang poyo tu paksa Azmi kawin walhal azmi langsung tak bersalah. Hancur la hati si Azmi tu.
Cun la dia ni
Dah macam-macam dugaan si Dhia ni tempuhi dengan Azmi ni. Kesian dia. Dahlah putus tunang.Pastu orang kampung mengata dia bomoh-bomoh kan si Azmi tu. Padahal itu semua mulut si mely tulah.Geram je aku tau.Emosi pulak aku.haha. Tak lama tu dia pun bertemu dengan jejaka hensem malaya Ady Putra memegang watak Zikir. Zikir pun nak kawin dengan dia sebab melihat keayuan dan kesopanan si Dhia tu. Lagi-lagi menyebabkan mak dia asyik paksa kawin dengan si rose tu. Dia dah la tak suka dengan rose tu.
Zikir @ Ady Putra
Sebenarnya panjang lagi aku nak cerita pasal drama ni-tapi disebabkan aku dah tak larat dah. Kene tengok sendirilah cerita ni.Oklah ceritanya dan sebab aku suka jugak dia buat dekat kampung aku tu, Dekat Tg.Karang.Dekat-dekat ngan Sg.Besar. Cantik kan pemandangan dia buat kat sawah..:)
So tengok jangan tak tengok cerita ni. Pasni banyak lagi cerita aku preview ok. BYE