Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Monday, 12 May 2014

Doa untuk Emak

Assalammualaikum

Semalam 11 Mei 2014 kita menyambut hari ibu. Semestinya saya tidak sambut because my mother passed away. Emak saya sudah kembali ke rahmatullah. I'm okay. Bukan tidak sedih, tapi sudah biasa. But lagi sedih rasanya kalau emak masih ada until now, and then akan berhadapan dengan saat-saat kehilangan emak. Mungkin waktu tu tak tahu boleh terima atau tidak :(  Sekurang-kurangnya sekarang saya sudah dapat menghadapinya. 

Tapi, semestinya buat yang masih ada ibu, ataupun sama seperti saya sudah kehilangan ibu atau emak, because saya panggil emak, haruslah sentiasa doakan kesejahteraan emak masing-masing. Jaga hati emak anda, hormat dan sayangilah mereka. Emak anda adalah insan yang paling berharga dalam dunia. Tanpa mereka, kita bukanlah sesiapa. Doakan dan bacakan al-fatihah every time lepas Solat. 



Ibu adalah ratu hati setiap anak. And the best moment dalam hidup adalah menjadi seorang Ibu :)

I Miss You and LOVE you 


Thursday, 3 April 2014

Pantas Masa Berlalu


Sedar tidak sedar, masa berlalu dengan cepat kan. Sekarang ni pun dah masuk bulan April. Dah hampir memasuki pertengahan bulan. Macam mana dengan planning kita untuk tahun ini? Dah berjalan atau masih lagi tidak ataupun tersekat-sekat. 

Umur pun dah semakin lama semakin tua rasanya. Tapi bila tengok diri sendiri macam biasa je,sama je..hehehe..bila balik kampung, tengok anak buah ya allah, cepatnye mereka membesar. Dulu masa kecik-kecik comel je merangkak-rangkak. Sekarang ni anak buah aku ( anak kakak ) semua dah sekolah. Yang paling kecik dh sekolah pra tadika. paling besar dah darjah lima. 



Masa ni diorang nak pergi rewang. Esoknya ada kenduri dekat kampung. Alah, diorang bukan tolong pun, tolong tengok je. Pastu tak lama tu tengok-tengok dah balik. Asyik main basikal je kehulu kehilir..sama lah, macam aku dulu pun suka main basikal. Dulu gi sekolah pun naik basikal pagi petang. Panas woo, tapi anak buah aku tak naik basikal la..diorang bapak diorang yang hantar. 


Aku memang suka budak-budak, tapi bab nak jaga tu tak tahulah macam mana nanti. Tapi setakat anak buah aku insyallah boleh handle. Pernah bawak diorang je berempat pergi shopping complex, rilex je berderet 4 orang ikut belakang. Rasa kelakor pun ada..dah lah aku kecik, mesti orang ingat aku adik beradik je ( perasan muda gitu ) hehehe.. 

Rasa tak sabar nak ada anak sendiri. hikhikhik. Motip '__________' 


Thursday, 19 December 2013

My Brother E-Day



Assalammualaikum 

Last week on 14 Disember 2013
My family berkumpul untuk rombongan pertunangan abang aku. 
Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar
kami adik beradik turut berkumpul. That's make me so happy. sebab memang susah nak berkumpul adik beradik, yelah sebab ramai yang dah berumah tangga. Eventhough raya sekalipun, jarang berkumpul semua adik beradik. Lagi seronok, kalau masih ada our parents dapat rasa semua ni :( 

But it's ok, terima kasih buat pakcik dan makcik kami yang sudi tolong kami seisi keluarga. Alhamdulillah. terima kasih banyak-banyak. 







Gambar atas ni anak buah aku yang tangkap,so gambar semua rendah dia tangkap..yelah, sebab dia pun rendah..hehehe...



rombongan meminang . my family side :) 


dah sampai rumah perempuan. dan prosess diteruskan. siap ada pantun-pantun lagi. Adat orang melayu tidak dilupakan. 





Dah satel perbincang. sesi sarung cincin dan tangkap gambar. Sorry, gambar tak berkualiti sebab just guna kamera henfon saje..huhuhu..ini pun, xbanyak tangkap gambar sangat. tangkap mana yang dapat je. 








Alhamdulillah, 

Insyallah, tak ada aral melintang 
NEXT YEAR !!!!

Dah satel semua, 
Balik tu adik beradik berkumpul dekat rumah aku
so, penuh lah rumah bujang aku tu..



Done !!!!
Happy Day with Family :) 





Tuesday, 13 August 2013

Anugerah Syawal

Assalammualaikum

Walaupun dah masuk raya yang ke-7, rasanya sempat lagi nak mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin andai pernah terkasar bahasa, tersilap kata kepada semua yang mengenali diri ini..

Alhamdulillah syawal kali ini lebih bermakna sebabnya niat di hati untuk melihat rumah pusaka keluarga kami dapat siap sebelum menyambut hari raya. walaupun masih ada lagi yang tidak bercat sekurang-kurangnya dah boleh diduduki. Memang rindu dengan rumah lama..itulah rumah yang kami adik beradik membesar dan dibesarkan oleh orang tua. Terima kasih di atas rezeki yang tuhan beri. Niat aku pun dah tercapai. Terima kasih juga kepada tukang yang membuat rumah. dalam masa sebulan, bulan puasa pulak tu, bertungkus lumus siapkan rumah. setiap hari update pasal umah dan kerja tak pernah berkira. 

sebahagian keluarga je ni, ramai lagi..


Yang paling seronok apabila adik beradik berkumpul di hari raya pertama. Kalau mak dan abah masih ada kan lagi seronok dan meriah lagi rasanya.. Lagi-lagi melihat cucu-cucu mereka. Sekarang ni aku dah ada 12 orang anak buah. Duit raya kalau sorang kasi RM10 kiralah berapa kene darabkan..tapi alhamdulillah, rezeki tu ada je dimana-mana..

Lagi-lagi seronok bila dah masuk bisness under GLAM. Sokongan dari bisness partner dan leader yang sentiasa membantu. Raya tadi alhamdulillah dapat bonus besar. Dapat menyumbang kepada keluarga dan diri sendiri jugak. Raya tadi memang banyak kene pakai duit sebab nak beli baju raya, tudung, kasut, kuih raya, lepastu servis kereta lagi, roadtax pulak mati bulan ni. Semestinya yang asas tiap bulan kene bayar macam duit umah dan duit kereta. Kalau harapkan gaji kerja yang sedia ada rasanya memang tinggal negative dah. Apa-apa pun rezeki itu datang dari Allah S.W.T. Kita hanya perlu berusaha bersungguh-sungguh walau apapun yang kita lakukan.

Lepas raya ni mesti ramai yang kering poket. So, dengan bisness lah dapat membantu waktu-waktu kecemasan macam ni. Next month fight bonus 4k lagi...insyallah...jom buat bisness sama-sama. 


Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin !!!
Open house jangan lupa jemput ye..hihi...


azasuhaiza@gmail.com





Wednesday, 30 January 2013

Get Well Soon :)

Assalammualaikum


Mudahan kakak aku sentiasa kuat semangat dan cepat sembuh dari penyakitnya..sekarang ni doktor klasifikasikan penyakit kakak aku adalah Systemic  Lupus Erythematosus ( SLE). aku search info penyakit ni kat google..

Systemic Lupus Erythematosus (SLE)

SLE ialah sejenis penyakit kronik yang berlaku akibat kecelaruan sistem ketahanan tubuh atau rangkaian sel dan organ yang bertindak melindungi tubuh daripada serangan benda asing.  Sistem ketahanan tubuh akan menghasilkan antibodi apabila ianya mengesan organisma yang memasuki tubuh dan antibodi ini bertindak mempertahankan tubuh daripada serangan jangkitan organisma itu.  Bagi pesakit SLE, antibodi yang terhasil menyerang sel-sel tubuh sendiri.  Mana-mana organ di dalam tubuh pesakit boleh mendapat serangan dengan menunjukkan gejala yang berbeza-beza.

Punca sebenar penyakit ini belum dapat dipastikan tetapi kemungkinan besar mempunyai kaitan rapat dengan gabungan pelbagai faktor seperti genetik, hormon, sistem imun badan dan persekitaran seperti virus Ebstein Barr. 
Di antara gejala-gejala SLE ialah :
  • Sakit sendi atau bengkak sendi/arthritis.
  • Rasa lesu 50 peratus.
  • Demam yang tidak tentu.
  • Pecah-pecah mulut
  • Masalah kulit
  • Buah pinggang.
  • Sistem saraf
  • Gugur rambut.
  • Tompok-tompok merah atau ruam merah berbentuk kupu-kupu pada bahagian muka.
  • Kiraan darah putih yang rendah
  • Kiraan platelet rendah
  • Sawan
  • Gangguan urat saraf.
bila aku tengok gejala-gejala tu, memang semua ada berlaku kat kakak aku..so, kene sentiasa berfikiran positif :)

Di antara Kaedah Rawatan Penyakit SLE ialah :
  • Menentukan keaktifan penyakit SLE dan penglibatan organ-organ.
Keaktifan penyakit merujuk kepada keradangan organ-organ yang terlibat dan darjah kerosakan organ pula merujuk kepada indeks kerosakan sesuatu organ itu.  Keaktifan penyakit diukur melalui sejarah klinikal, pemeriksaan pesakit secara teliti, ujian spesifik organ-organ dan serologi.
  • Pengubahsuaian gaya hidup.
Diet yang sesuai bergantung kepada ciri-ciri SLE yang dialami pesakit.  Mereka yang mempunyai SLE aktif memerlukan kalori yang bertambah.  Rawatan steroid menambahkan selera makan pesakit SLE.  Justeru, kebanyakan pesakit mempunyai berat badan yang berlebihan.  Sementara itu peningkatan paras lemak berlaku pada pesakit yang mempunyai hefrotik atau yang diberi rawatan steroid.  Oleh itu, mereka perlu mengawal pemakanan melalui pengambilan diet rendah lemak.  Rawatan menggunakan ubat statin boleh diberikan jika paras kolesterol masih tinggi selepas pengawalan diet.  Pesakit SLE tidak perlu mengambil vitamin kecuali jika mereka kurang selera makan.  Kebanyakan pesakit SLE juga mempunyai paras vitamin D aktif rendah manakala pesakit yang menerima steroid perlu diberikan kalsium, vitamin D dan bisfosfonats untuk meminimumkan kehilangan tulang.
  • Senaman
Kekurangan aktiviti badan semasa berlakunya peringkat aktif menyebabkan kehilangan otot-otot badan dan pengurangan stamina.  Oleh itu, seseorang pesakit digalakkan menjalani senaman secara berperingkat-peringkat.
  • Merokok boleh meningkatkan risiko SLE.  Perokok juga mempunyai keaktifan SLE yang tinggi.
  • Elakkan tekanan kerana ianya boleh menyebabkan SLE menjadi aktif.  Perlu sentiasa berfikiran positif.
  • Perlindungan kulit seperti menggunakan perlindungan matahari SPF sekurang-kurangnya 45.  Pesakit digalakkan memakai payung, topi atau baju lengan panjang.
 Sumber maklumat : Mingguan Malaysia, 26 Jun 2005
 
ini adalah maklumat yang aku dapat dalam internet..insyallah kakak aku boleh sembuh seperti sedia kala andai dia sentiasa kuat dan ikut apa yang doktor sarankan..

kehidupan aku pun alhamdulillah dah kembali normal, kat rumah air dah ada balik. so, boleh lah aku mengemas,membasuh dan memasak ..kalau tak seminggu dua ni memang tak terurus hanya disebabkan tak ada air.huhu..malam tadi kemas-kemas bilik bersepah belon-belon anak buah aku tinggalkan..hermmm rindu betul dekat diorang :(


so, aku kemas-kemas, ikat and satukan belon-belon tu dan gantung dekat atas tu..hihii..kalau tak asik tersepak-sepak je atas lantai....alamak rindunye kat diorang....

 

Monday, 10 September 2012

Mata Kelip-kelip

Assalammualaikum

Pernah tak rasa bila mata-mata tiba-tiba terkelip-kelip dekat kelopak mata. Kadang-kadang sebelah kiri, kadang -kadang sebelah kanan..ataupun pernah rasa tak rasa gerak-gerak kat bont***,..hehe..ataupun kupu-kupu or rama-rama masuk dalam rumah it's like satu petanda....

sebenarnya kalau orang la dulu bagitau, if mata tu terkelip-kelip like that sebelah kanan, ada benda yang happy, if sebelah kiri nanti nak nangis....benda macam tu kadang-kadang berlaku kebetulan sahaja..nak percaya sangat tu janganlah kan...tapi selalu nya bila berlaku pada aku mesti akan terjadi...selalunya lah..but aku tak lah terlalu yakin sangat but akan terdetik la jugak dekat...

contoh, baru-baru ni mata kiri ni berkedip-kedip dengan lajunya, dalam hati ni mesti nak menangis...memang betul pun, sehari lepas tu aku nangis..sebab alkisahnya dirahsiakan..but dalam masa yang sama my bont*** rasa bergerak-gerak ( camner aku nak xplain pun tak tau ). kata orang kalau macam tu, ada nak pergi jalan jauh ataupun tempat yang kita tak pernah pergi..terdetik jugak dalam hati, aku ni nak pergi ke mana la agaknya...rupanya on friday hari tu aku dapat jemputan ke Hilton PJ dari Garnier...but last minute tak dapat nak pergi sebab ada masalah tertentu ( tu yang nangis tu ). And then last minute jugak, my sister call malam sabtu tu diorang gerak pergi Kota Damansara rumah abang aku dekat situ..sabtu tu diorang nak beraya kat sana and area cheras rumah makcik and pakcik aku...so, dia tanya aku tak nak join ke...aku pun dengan happynya mestilah nak...dok umah pun boring.so, dijadikan cerita, my bont*** berdenyut-denyut sebab aku nak pergi berjalan raya...hehehe

pagi sabtu tu, aku join senamerobik dulu dekat Dewan Gemilang, UKM sempena minggu mesra pelajar baru...meh, kita berjogging dan bererobik lepas asik makan ketupat and rendang aje setiap minggu..



pastu balik rumah, rest2 kejap, dalam pukul 2 aku gerak g umah abang aku dkt Kota Damansara. Diorang semua tunggu sana, pergi rumah makcik aku kemudian pergi umah mertua abang aku dekat kayu ara. Pastu pergi umah kawan kakak ipar aku area-area situ jugak...yang tak boleh tahan, almaklumlah aku ni bawak kereta sendiri, follow la kereta abang-abang aku, jalan raya pulak sesak nak mamps..kene tinggal sikit, aku dah menggelabah...hari tu sesat jelah kerja aku, dalam hati, xsuka lah kalau kene drive konvoi ni...kan best kalau ada orang yang bwk kereta..macam-macam peristiwa..pastu gerak ke Cheras pulak..lagilah hazab ya ampun, kereta sesak giler...pusing sana, pusing sini, belok sana belok sini, kene hon, salah jalan, dan macam-macam lagi lah...tapi dengan itu, makin pro lah aku sebagai pembawak kereta yang selalu berhemah di jalan raya...


ni dekat umah pakcik aku kat Damansara tu..si arisya tengah tunjuk kan ikan dalam akuarium tu, dia kata ikan tu comel ( konon-kononya lah ). kt umah tu ada anak kucing baru lahir..sonoknya dapat bela kucing kt umah kan,,pastu bela ikan dalam akurium tu, mesti syok kucing tu usya-usya....


si budak kecik ajib yang tak habis-habis nak main game dekat telefon...budak-budak zaman sekarang, asik main game je...kalau pergi beraya mana-mana tengok budak-budak tak habis-habis pegang telefon main game, pegang ipad,ataupun main game dekat pc..dah tak kesah dah beraya ke tak..anak buah aku tu, kalau dapat main game, tak ingat dah makan minum, mandi pun tak, bangun tidur terus mintak enset nak main game...huhu, cam nelah bila aku dah anak nanti, mesti anak aku pun camtu, sebab aku pun kadang-kadang suka main game jugak, harap boleh lah dikawal I_____________I...




Balik dari Cheras tu, kakak aku and her family tumpang tidur umah. lagipun, budak-budak umah pun diorang tak ada..tak lah menggangu nanti..sampai je rumah, ada mainan pancing ajib masa dulu dia datang umah aku ada kat umah. jumpa je diorang...ape lagi, memancing la diorang tak ingat dunia...berterabur kat sana sini, semua nak dipancingnya...pagi ahad tu, siap-siap beraya gi banting pulak...ajam pulak dia pegi main ketuk-ketuk kasut kat lantai...dia ingat lantai tu drum agaknya...aku pun follow jugak pergi banting. tapi satu rumah je, pastu balik sampai umah dalam pukul 3 lebih...kakak aku terus balik kampung and beraya tempat lain...

the moment on mata kelip-kelip ( tanda happy )


my sister's family + maksu yang menyebok..yelah, parents dah tak ada, tumpang kasih sayang family kakak je yang ada...aku pun rapat dengan her family and anak-anak buah- nina, risya, ajam dan ajib..they're super osem family that i've...luv u all....awatnya lentik sangat aku duduk tu, sebenarnya sebab aku nak terjatuh dari kerusi tu, terpaksa himpit-himpit sebelah ajib...upanya luas lagi ruang sebelah nina tu, sabo jelah...

ok lah...itu je story mory aza diary.....

bai bai baiiii..............

Thursday, 30 August 2012

Suasana Kampung

Assalammualaikum

Raya aku tempoh hari biasa-biasa and ala kadar je. Tak macam family lain yang aku tengok meriah je..jeles tau..hehe...lagi family yang buat gungnam style tu, best je....kikiki..

Tapi, tak pe, still ada family lagi and yang meriah pun just anak-anak buah je. Tapi kesian kat diorang sebab tak beraya sangat sebabnya mama diorang tak berapa sihat lagi..harap-harap my sis cepatlah sembuh penyakitnya seperti sedia kala...kesian dekat anak-anak...walaupun kakak aku tu sakit, bila dia larat, semua benda dia buat, masak mengemas....aku ni bila dekat rumah, mesti jadi blurr...tak tau nak buat apa, lagi-lagi tang masak...mesti jadi fail...teringin jugak nak masak nasi ayam, nasi beriani ke, buat puding trifle ke, tapi semua tu kelaut...aku takut tak menjadi...kadang-kadang goreng telur pun aku boleh fail....geram je rasanya...tapi bila buat kt rumah sendiri tu jadi je, and rajin je bab masak-masak ni...mungkin sebab bila balik kampung, kakak aku dh teror masak, bila aku masak, mesti la tak boleh menyaingi kehandalan kakak aku kan....tapi insyallah, satu hari nanti aku akan buktikan pada kakak aku yang aku boleh pandai masak macam dia jugak...hari tu before balik bangi, salam dia mesti aku tak boleh tengok mata dia, rasa sebak je..nampak sangat aku banyak buat salah dekat dia...hehehe..xlah, sebab dialah banyak bekorban untuk keluarga, after mak aku meninggal dia lah yang jaga aku, jaga makan pakai aku, walaupun aku masa kecik-kecik dulu, aku paling takut dengan dia, sebab dia garang sangat, sikit-sikit nak marah aku dan ada je yang tak kene..pastu aku selalu sangat kecik hati dengan dia sebab aku rasa macam aku ni bukan adik dia, dia macam panas je dengan aku..aku tengok orang lain, kakak ngn adik rapat je, boleh siap peluk-peluk, tapi aku dengan dia, macam anjing ngn kucing....ada je yang tak kene...

tapi itu masa kecik, sekarang dah besar, dah tak de gaduh-gaduh lah, kecik ati tu ada la sikit2, tapi adik beradik kan, ibarat air dicincang tak akan putus...gaduh macam ne, kecik ati cam ne pun, kejap je...insyallah tak akan merajuk lama-lama and bertahun-tahun...dia lah satu-satunya kakak yang aku ada...dialah mak selepas mak aku....kalau dia tak ada, mesti aku tak reti masak, mengemas, tau perangai orang yang macam-macam jenis dan lain-lain....aku harap sangat yang kakak aku akan cepat sembuh dan sihat seperti sedia kala...mudah-mudahan allah sentiasa lindungi keluarga kami, sihat kan tubuh badan keluarga kami, murahkan rezeki keluarga kami dan berikanlah kebahagiaan buat keluarga kami dunia dan akhirat. amin..

anak-anak buah aku tahun ni dah pandai cari duit raya sendiri...pergi beraya rumah jiran dekat-dekat ngan kawan-kawan diorang....dah besar dah diorang.....





suasana kampung memang best...lagi-lagi pagi hari nyaman and tenang je....kt kampung boleh jumpa ayam,kucing dan special kat umah aku monyet pun ada...monyet kt umah aku tu suka kawan ngn ayam, kat mana ada ayam dekat situlah ada dia...kadang-kadang ayam tu pun menyampah nak kawan dengan dia, ayam tu larikan diri pun monyet tu sibuk dok kejar...kakak aku cerita monyet tu penyayang, dulu ada anak ayam, dia boleh peluk anak ayam tu tak kasi dia bergerak...sampai dia bawak atas pokok...sekarang tak taulah dah mati kot anak ayam tu...kesian....




hari tu ada buat video suruh anak-anak buah aku wish hari raya....tapi tak reti nak edit pulak kt movie maker tu...lagi pun,nak edit video perlukan konsentrasi yang tinggi..nanti dah berjaya aku upload la dekat sini...

itu jelah, nak story...esok 31 Oktober....cuti MERDEKA la kita.....so, Selamat Hari Merdeka u oll!!! ingatlah jasa pahlawan kita..


Friday, 17 August 2012

Perasaan Beraya Tanpa Ibu dan Bapa

Assalammualaikum

Malam tadi tengok cerita episod last 7 Ramadan....lakonan yang mantap dari Elly Suriati...dia kalau berlakon watak apa pun mesti menjadi dan sangat beremosi...7 Ramadan ni cerita nya boleh tahan lah membuat kan aku menangis jugak...aku kan cepat touching..hehehe...


Cerita ni mengisahkan Sufiah ( lakonan Elly suriati ) telah membesarkan anaknya yang bernama Dhani dalam serba kekurangan dan miskin. Manakalah si anak, Dhani setelah berjaya sedaya upaya cuba untuk melupakan kisah dan kenangan lalunya yang hidup miskin sehingga dia sanggup menghancurkan hati ibunya yang dianggap hanya ibu angkat. Dia juga telah menipu kekasih hatinya mengatakan ibu dan ayahnya berada di luar negara. Tetapi akhirnya rahsia siapa sebenarnya Ikram dan anak sebenar Sufiah yang masih hidup terbongkar...nak tau lebih lanjut kene lah tengok kt tonton pada sapa-sapa yang tak follow cerita ni....

cerita macam ni, kita boleh ambik banyak pengajaran dan rumusan, antaranya  : 

- Jangan Lupa Diri, sehebat-hebat kita pada waktu sekarang adalah disebabkan siapa diri kita dahulu. Bukan dahulu kita miskin, kita akan miskin selamanya...dan bukan kita kaya sekarang, kita akan kaya selamanya

- Jangan Salahkan Takdir , setiap takdir hidup kita ditentukan oleh Allah s.w.t. Setiap dugaan yang diberikan oleh Allah s.w.t ada sebabnya. Tuhan tidak akan sekali-kali memberikan dugaan itu andai kita tidak mampu memikulnya...

- Hormati Ibu, syurga anak adalah dibawah tapak kaki ibu. Ibu yang melahirkan kita, ibu yang menjaga kita, jangan sekali-kali membuatkan air mata ibu mengalir kerana sikap kita..andai ibu sudah tiada, baru nak menyesal tiada guna. 

- Jangan Menghina, penghinaan kepada orang lain adalah penghinaan kepada diri sendiri. 


****************


sedih, sedih, sedih

setiap tahun makin lama makin xsyok nak beraya, tak ada perasaan raya pun..heemmmm...tapi perasaan sedih tu adalah..

kadang-kadang hidup ni rasa kosong, kosong kosong

bagi mereka yang still ada parents tu, sentiasa lah ziarah and tanya kabar dekat diorang. bila time cuti lagi-lagi cuti raya ni, baliklah kampung..salam dan cium tangan mereka...mintak ampun dan maaf..jangan sampai bila mereka dah tiada kita tak sempat nak mintak ampun dan maaf. 

Buat mereka yang sudah pergi tu, akan terus pergi dan kita yang hidup ni teruskan kehidupan. Tapi jangan lupa pemergiaan mereka. Sedekahkan alfatihan, ziarahi kubur mereka..jangan sampai pergi kubur mereka dah tak ingat mana satu kubur tu..sendiri jugak yang menyesal. macam aku hari tu, dah dua tahun tak pergi kubur arwah, kenapalah aku lupa diri...hari tu pergi nak ziarah kubur abah dah tak jumpa....sedih sangat tau..

apa-apa pun, Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin...



Friday, 10 August 2012

Hargailah Mereka Yang Masih Ada

Salam Jumaat,

Mari kita tengok iklan raya tahun 2012 yang boleh menyentuh hati dan perasaan...
Sedar lah bahawa siapa diri kita ini...
Hargailah Mereka yang masih ada..yang sudah tiada, marilah kita sama-sama menziarahi dan merahmati pemergiannya mereka...


al-fatihah buat ibu dan ayah ku di sana...

Thursday, 5 January 2012

Kisah dahulu kala- part 1

Assalammualaikum

Malam-malam sebelum tidor, aku akan merenung dinding di bilik ku
Dinding yang putih bersih dicat berwarna putih
Hati pun jadi kosong
Tapi disatu sudut aku hiaskan dengan gambar
Gambar-gambar yang aku selalu rindui..

Imbau kisah-kisah dahulu....
Masa kecik-kecik dulu, aku rapat dengan abang-abang aku
Aku ni kuat nangis..ape orang jawa panggil....ciwek???
Memang pun, sikit-sikit nak nangis
Kene tarik bantal sikit nangis
kene tarik kerusi nangis
Sebab aku tak reti nak melawan....dengan cara nangis tu boleh puaskan hati aku
bila aku nangis....baru padan muka abang-abang aku
sebab selagi aku tak nangis selagi tu lah dyorang kacau aku
lagipun mungkin aku anak bongsu sebab tu naluri kenangisan aku ada
konon-konon manjalah tu
padahal aku tak pernah pun yang aku rasa ni aku manja

Abang yang paling aku kuat gaduh abg atas aku
aku panggil dia arol. aku tak panggil dia abang pun. Geli...
kitorang pantang berjumpa..kalau jumpa je mesti bergaduh..mesti aku nangis sebab dia suka kacau aku
memang tak sebulu la...
tapi dah besar ni dh ok lah...sebab jumpa pun jarang dan masing-masing dah besar


Dulu masa ada arwah mak
kat umah tu tinggal aku, arol dengan mak je. abang-abang yang lain semua ada yang dah kerja, ada yang dok asrama ank yatim, kakak aku pun masa tu kerja dekat KL
Rasa sebak pulak teringat zaman dulu-dulu masa ada arwah mak

Abah dah tinggalkan kitorang sejak aku kecik lagi. Masa tu dyorang gtau abah meninggal masa mak lepas pantang kan aku. Cian aku kecik-kecik dah jadi anak yatim.  Abah meninggal sebab sakit lelah. Dulu hidup susah..tak ada api air...nak basuh baju kene gi surau. basuh baju ramai-ramai...dulu nak tengok tv pun g umah jiran-jiran yang kaya...dulu budak budak suka main bola sepak, sepak takraw, berkubang kat sungai.. main nyorok-nyorok, main konda kondi...main masak-masak, main basikal...zaman kanak-kanak dolu-dolu memang best....tapi aku nengok zaman budak-budak sekarang macam dh tak best...dah tak bebas macam dulu...aku nengok anak buah aku tu, g keluar rumah je, mak bapak dia dh bising..sebab ape, sebab zaman sekarang ni dh tak sebebas dulu....sekarang ni...zaman ketakutan...macam-macam kes...kes culik la, kes langgar lari.....lagi satu sekarang ni budak -budak dah tak heran la nak main kat luar tu sebab dyorang dah didedahkan dengan teknologi IT. kasilah laptop, iphone, semua dyorang dh pernah pegang. Dah ngeti pulak tu nak bukak even kita taruk pasword.....enset tu tak payah cakap lah....application semua dyorang dah tau...tengok hebat tak hebatnya budak zaman sekarang. 

Dulu nak baca buku, kene g libry. Nak main kene g padang. Nak makan kene g kedai, masak sendiri. Nak tengok tv pun susah, nak dengar musik pun susah, tapi sekarang ni.....hanya dengan satu klik je kat komputer semua boleh buat....nak baca buku search jelah ape-ape pun kat google,  nak main pergi jelah kat laman web game internet berlambak-lambak, nak makan order jelah delivery, nak nengok movie, radio, video semua boleh. 


Itulah perbezaan zaman dulu and sekarang. Zaman akan datang kita tak tau lagi dan entah masih hidup aku ni atau tak itu hanya tuhan sja yang tahu..

Berbalik cerita kepada zaman aku dulu-dulu masa kecik

Mak aku lah yang menjaga aku. anta aku dan abang aku g sekolah. Masa 2 mana ada kereta banyak macam sekarang ni. Orang yang ada kereta tu boleh dikira dengan jari. Itupun beberapa kerat je. Itupun hnya orang-orang tertentu je. Contohnya ketua kampung. Tapi tak semua ketua kampung ada kereta. Kebanyakan dulu naik moto je. Tapi keluarga aku ni moto pun tak de. Arwah mak dulu anta aku g sekolah naik basikal je. Ulang alik naik basikal tua tu. Kalau masa aku kecik dalam umur 3 4 tahun, nak g pekan, mak aku bawak aku, dia ikat kaki aku kat depan tempat duduk tu...sebab takut kaki aku termasuk dalam tayar basikal tu. Aku ni kan suka hayun-hayun kaki. Sebab pernah terjadi entah abang aku ke sape entah kaki termasuk dalam rail tayar tu. Habis berdarah...selamat basikal kalau naik motor mau putus kaki....uhh ngeri doh.....


Heermmmmm....Rasa tak boleh nak sambung cerita....sedih pulak....miss my mum......rindu sangat-sangat. Kalau dapat peluang jumpa mak sekali cukuplahhh....






Lain kan muka aku dengan mak. Mak aku idung mancung...tapi aku hidung kemek...tapi jangan risau sebab aku bukan anak angkat..aku ikut muka abah...tapi malam tadi cari gambar abah tak de,,anak buah aku la tu dyorang main-main hari tu mana entah letak gambar abah...

Gambar terselit belakang tu gambar kawan-kawan abang aku. yang tengah tu jiran belakang rumah aku. nama dia imi..budak budak memang semua geng nakal-nakal punya.. berkubang tak ingat dunia, main baling kasut, main perang-perang..dulu halaman rumah aku tulah tempat port diorang bermain. kadang-kadang sampai berpuluh-puluh orang datang main. macam-macam game dh pernah jadi permainan dyorang. pernah sekali tu dyorang main sepak takraw, bola tu terkena dekat kepala aku..kurang asam betul.......

mak + aku + arol...masa ni nak ikut mak g kenduri kat mana tah..tapi seingat aku tempat tu agak jauh lah..tapi kitorang naik basikal je tau....mak tak reti nak naik moto...lagipun zaman dulu naik basikal tu msih ramai lagi. tapi sekarang ni kalau naik basikal gerenti orang pelik.


Arol + abgrin + aku = ni gambar favourite aku. tengok lah muka aku macam anak cina je. dengan gigi rongak nye. pakai baju senget-senget tak pakai seluar. Masa ni abgrin tengah buat bahulu..nak raya time tu....miss this moment......



Tinggal dua orang anak dara mak...kakak aku ikut muka mak aku sikit-sikit....tapi aku langsung tak. Kecik ati...Tapi ikut muka abah.....




Ni muka aku sekarang...aku rasa sama je muka aku sekarang ngan masa kecik....tapi kecinaan tu dh kurang la sikit...sepet sikit-sikit comel jugakkan.....Rindu lah kat mak....and kenangan zaman dolu-dolu....

Monday, 28 November 2011

Perkembangan Anak Buah Ku

Assalammualaikum

Kali ni aku nak Upload gambar anak buah aku. Dyorang ni anak kakak ku. And aku pun memang rapat sangat dengan anak-anak kakak aku ni. Sebab kalau aku balik kampung dyorang-dyorang  ni lah yang aku jumpa. And aku sayang bangat kat dyorang-dyorang ni.....bila aku paling je mesti dyorang terkinja-kinja menjerit yea yea Maksu balik! Yea Maksu Balik!!! terharu wei ada orang sambut. Dari yang Paling besar smpai la paling si nonet ( paling kecik ) dah tunggu aku kat depan pintu...

First aku nak perkenalkan anak sulong kakak aku ni

1) Siti Nur Amanina bt Rosman @ Nina - Sekarang dh darjah 2. tahun depan masuk darjah 3 ok. Cepat betul dyorang ni membesar.


Muka still sama je, xde beza pun dulu and sekarang. Perangai pun sama je macam dulu suka majuk.Heheh.Jangan marah ye Nina...ramai yang kata muka Nina ni macam muka aku skit.Memang pun. Perangai aku ngan dia pun sma suka majuk...hahaha....

2) Amalia Arisya bt Rosman @ Risya ( Sekarang Tadika 6 Tahun )



Dulu masa dia kecik-kecik umur dalam 2 3 tahun, dia la paling comel, mata bulat, rambut ikal mayang...Tapi sejak dia makin membesar ni makin lasak pulak maksu tengok. Dah masuk school ni makin susut badan asyik main je. Sampai gigi pun rongak...hahahah.Risya2.....

3) Muhamad Azam Shah Putra bin Rusman @ Ajam Memek ( 4 tahun )


Ini dia Hero super malaya @ samseng underground...Habis semua orang dia bantai. Kalau ajak gusti no satu ni. Tak kiralah mak ayah dia ke, kakak2 dia, adik dia and maksu dia pun kene gusti.hahaha. Tapi xper, ajam hensem...dalam hati ada taman...kalau ada awek yang sebaya2 dia tu, sajalah nyakat..ajam, ada awek tu...xnak ngorat ke? Nanti dia slow je jawab...xnak lah..malu....hahahah...( sambil tersengih2 kambing )

4) Azib Muhaimin bin Rusman @ Ajib ( 2 tahun )


Yang last ni, special skit. Dia dilahirkan sumbing. But alhamdulillah, ada rezeki and jalan yang memudahkan. Dia dapat bantuan dari Persatuan Kebajikan Ronald Mcdonald. And now, dia dapat membesar tanpa masalah. Thanks yang membantu. Ajib ni manja sangat...walaupun biasalah kalau tak dapat sesuatu tu boleh tahan mengamuk nye..tapi xlah banyak ragam.Kalau jaga dia memang senang...


Pesanan Maksu buat anak-anak buah ku Sekalian 

@ Jadilah anak-anak yang soleh dan solehah 

@ Dengar cakap dan nasihat kedua-dua orang tua mu

@ Belajar lah rajin-rajin hingga boleh menjadi orang yang berguna dan kemudiannya boleh membalas jasa ibu dan ayahmu 

@ Sentiasalah doa kesejahteraan kedua-dua orang tua mu


air yang dicincang tidak akan putus
Sampai sini jelah entry maksu ye anak-anak...Maksu sayang korang.Muahhhhhh3x........Ingat Maksu selalu tau. Nanti dah besar, dah pandai baca blog...korang bacalah blog maksu ni ye. Ada gambar korang.Hehehe

Wednesday, 2 November 2011

Menangis la Bila Perlu

Assalammualaikum

Aku kini adalah seorang remaja/wanita (tak tau yang mana dah) . Dulu aku seorang bayi perempuan, kemudian meningkat besar menjadi kanak-kanak perempuan, pelajar perempuan, pastu orang panggil anak dara. Dan kini pun still anak dara lagi sebab xkawin and bernikah lagi. Yang hakikatnya i am a WOMAN,GIRL dan seumpama dengannya...

Apa yang aku nak merepak kat sini is naluri seorang wanita....aku suka nangis. that's true coz hati aku ni mudah tersentuh..pantang nampak orang menangis sikit...aku pastu mesti bergenang air mata. Kalau tengok filem or drama sedih-sedih,nangis2 meraung bagai....lagi-lagi cerita tang orang-orang miskin yang kene maki hamun,kene hina bagai, pastu kena halau dari rumah. Pastu mak mertua pulak xsuka, laki pulak lepas tangan. Gaduh-gaduh. And then ada plak cerita yang anak-anak hilang kasih sayang orang tuanya.....argghhh memang aku xboleh nak tahan....stop it......



Menangis = perempuan bagi aku adalah perkara biasa. Tapi janganlah ciwek xtentu pasal. Kene tegur sikit pun nak nangis, cakap sikit pun nak nangis....itu memang nak kene penampar 80x je...Sebenarnya menangis ni pun ada tempatnya...xsemua benda kita perlu nangis....Menangis la Bila Perlu. Kalau aku nangis bila aku betul-betul marah dan tertekan. Aku lebih rela nangis dari aku pendam dalam hati lama-lama. Bila lepas aku nangis aku akan rasa tenang sikit dan after tu aku akan tidor. Gerenti esok aku akan rasa lebih lapang. Tapi esoknya mata mesti akan bengkak dan macam tak boleh nak bukak je. Bila kena cahaya je mesti pedih-pedih je.

Kenapa aku cerita pasal nangis ni?Sebab malam tadi aku baru lepas nangis. Nangis sebab ape? Entahlah,,banyak perkara yang xboleh nak dibendung lagi dah. Hanya air mata yang menemani masalah ni.


Kadang-kadang malas sangat nak fikir masalah, mana ada orang yang xde masalah dalam hidup ni. Tapi kita ni kadang-kadang boleh la handle perkara tu, tapi kadang-kadang kita tak mampu. Bukan senang nak puas hati sesorang. Even pasangan suami isteri pun pasti ada perkara yang pasangan itu sendiri tidak mampu lakukan. Cuma saling faham memahami dan percaya antara satu sama lain. Itu adalah paling penting.

Kadang-kadang perkara kecil pun akan menjadi isu. Tapi sebenarnya dari perkara kecil itulah patut kita jaga. Sebab masalah kecil ini bila dibiarkan pasti akan menjadi besar. Sebelum perkara besar jadi perkara kecil inilah perlu diambil tindakan dan diselesaikan.

Aku perlu jadi tabah. Kita memang ada keluarga, kawan-kawan. Tapi tak semua perkara kita boleh kongsi dan tak semua perkara mereka boleh faham. Keluarga adalah keutamaan aku walaupun kitorang jarang jumpa. Tapi tetapkan dalam diri aku mempunyai keluarga. Aku perlu utamakan keluarga. Jangan sesekali lupakan mereka. Walaupun mereka dah berkeluarga, mungkin keakraban sudah kurang memandangkan parents pun dah tak ada. Tapi set kan dalam diri, AKU MASIH ADA KELUARGA.

Kawan   ????? kawan memang ramai tapi kawan disaat untuk senang, bergembira, mintak teman pergi sana sini. Bila susah kita akan bersendirian. Bila dapat housemate yang xpernah nak alert dengan ape terjadi kat rumah. Everything tanggungjawab dan beban akan ditanggung oleh diri sendiri. Tapi pernah nak tanya kita ni dah makan ke belum? Sakit demam kita ? But bila dapat gaji d first is jom karok, jom wayang, g dating dulu tiap hari or tiap minggu . But duit sewa rumah dh nak masuk pertengahan bulan baru nak kasi. Itu tak pe, janji bayar kan. But it;s just want to know how alert u are. Hermmmm.....xelok mengeluh right..ikhlaskan hati nie. Maybe ada silap aku kat mana-mana in friends relationship. Kalau nak cerita pasal frends ni memang sampai esok pun xhabis. ..


Kalau cerita kecik ati, makan ati, memang  banyak smpai tak terkata. But sapa yang faham???Friends?Family?Lover? Boleh cerita tapi nak fahami betul-betul tu memang xboleh. Macam aku sendiri jugaklah. Aku xkan faham ape masalah orang lain.Sebab kita tak rasa melainkan kita sendiri melaluinya.

Ada orang faham ke macamana kehidupan aku? Dari aku kecik and smpai sekarang. No one yang faham and tau sebab mereka tidak melaluinya. Argghhhh susah nak cerita...Pendam jelah...

Untuk dia, Tolong la faham , saya bukan sempurna. Jangan letakkan diri ku ini terlalu sempurna. Saya punyai banyak kelemahan.Saya sentiasa mencuba perbaiki kelemahan saya. Saya akan buat terbaik. Saya akan cuba. Tapi jangan terlalu menekan saya. Siapalah diri saya ini. Kadang-kadang saya xmampu nak report semua perkara kat awak.


p/s : Sebaik-baik kesedihan itu adalah kerana Allah S;W;T..Mintak lah petunjuk dan hidayah dari-Nya. Insyallah. 



Monday, 31 October 2011

Selamat Lahir ke dunia Baru

Assalammualaikum

Hari tu 23 Oktober , malam aku dan housemate g umah Kaknisa sebab dia dah bersalin dapat baby boy pada 20 Oktober 2011 yang lalu. Yea Yea Yea.Happy2…..KakNisa ni our old housemate last year. Aku tumpang kat rumah dia la dulu sebelum duduk kat umah sekarang ni. After tu dia nak kawin on last year 2010. So we all must keluar dari rumah itu. Pindah pun dekat-dekat ngn umah kaknisa jugak je. Kak Nisa ni baik orangnya,orang Terengganu. Dapat husband orang bangi ni je. 

Sometimes bile tengok life orang ni Nampak macam mudah je. Life kita ni xnmpak pun lagi. Kengkawan yang dulu dok bercinta cintun pastu bertunang and then bernikah dan bersanding. Pastu mengandung and now melahirkan anak. Rasa macam woooowww how wonderlife nak lalui hidup macam tue. Tapi nasib and masa depan diri sendiri ni xtau lagi. Yang penting ada doa dan  usaha. Doakan kebahagiaan orang disekeliling kita dan jangan sekali-sekali niat yang xbaik dalam sesuatu hubungan tu. Bila kita niat yang baik dan berdoa pada Allah insya-allah tuhan akan makbulkan hajat dan doa kita tu. 



Xtaula eja nama anak kaknisa ni betul ke x.tapi rasanya macam ni la namanya.Fathi Qayyum. Aku nak panggil dia Qayyum. Untie doakan Qayyum dah besar nanti dengar cakap mak dan ayah. Jadilah orang yang berguna. Nakal – nakal tu perkara biasa. Tapi jangan mengada-ngada.hehe. Cute kan anak kaknisa nie. Rasa xsabar nak kawin and timang anak.huhu..sabar3x…




p/s : Semoga hubungan kami direstui oleh Allah S.W.T. segala kejadian itu adalah dari-nya dah hanya dia yang maha mengetahui apakah hikmat disebaliknya…