Assalammualaikum
Rasa sekejap je masa berlalu, tinggal beberapa hari saja lagi untuk kita menyambut bulan ramadhan. Semoga ramadhan kali ini dapat kita laksanakan dengan sebaik mungkin dan mendapat keberkatan dari Ilahi, Insyallah....
Bila teringat bulan puasa ni, teringat pulak drama-drama yang memberikan keinsafan dekat sanubari. Bukan senang untuk kita ingat sesebuah cerita tu andai kata cerita tu tidak betul-betul memberikan kesan yang mendalam dalam diri kita.
sepanjang ramadhan tahun 2010 dan 2011, TV3 menerbitkan cerita yang menyentuh hati untuk disajikan kepada penonton. Paling penting cerita sentiasa mengimbau dalam diri aku ni sebab jalan cerita yang menarik dan penuh dengan unsur yang berguna. Cerita yang boleh mengalirkan air mata, penghayatan watak para pelakon yang sangat berkesan.
________________________________________________________________________________
Ogos 2010,
Syurgamu Ramadhan
Bermula 10 ogos. Setiap Selasa, Rabu dan Khamis. Slot samarinda, 10 malam TV3
Pengarah: Shahrulezad Mohameddin
Terbitan: Radiusone Sdn Bhd
Pelakon: Elly Suriati sebagai Datuk Paduka Halimaton, Eira Syazira
sebagai Marlia, Ungku Ismail Aziz sebagai Yassin, Zarina Zainordin
sebagai Aishah, Aripah Damanhuri sebagai Mak Jah, Shahar Yac’cob
sebagai Budiey, Nurul Elfira Loy, Noryati Taib sebagai Datin Kesuma dan
Azma Aizal Yusoof.
Sinopis :
Datuk Halimatun telah berputus arang dengan Marlia. Anak sulungnya
itu melarikan diri meninggalkannya pada malam akad nikad. Marlia memang
tidak pernah rapat dengannya sejak dari kecil….Marlia suka melawan dan
membantah… Datuk Halimatun tidak paham. Dia hanya mau yang terbaik untuk
Marlia…Tapi Marlia lebih rela berkawin dengan seorang pendatang dari
mengahwini seorang lelaki yang menjadi pilihan Limah…Memang tujuan Limah
mengahwinkan Marlia dengan anak Datin Maimun untuk mengelakkan Marlia
jatuh kedalam pelukkan orang mendatang.. Tapi dia tidak mahu memaksa
lagi apabila Marlia melarikan diri…
Itu kisah 16 tahun lalu… Dan telah 16 tahun juga Datuk Halimatun
tidak pernah melihat wajah anak sulungnya itu. Mati atau hidup, Datuk
Halimatun tak peduli. Marlia bukan lagi anaknya…Tumpuannya kini adalah
pada Yassin. Anak bungsunya…
Yassin masih ingat dengan Kak Lia. Dia sayangkan Kak Lia tapi sayang
dan rindu itu di simpan jauh di dalam hati. Datuk Halimatun tidak
membenarkan nama itu di sebut-sebut…Dia dah hampir 2 tahun berkawin
dengan wanita yang menjadi pilihan ibunya. Marlia bahagia. Meskipun
dirinya tidak di limpahi intan berlian, tapi Marlia bersyukur. Dia
bahagia dengan Budi walaupun Budi Cuma bekerja sebagai pengawal
keselamatan di luar bandar. Lalu bersama cinta mereka itu lahir 5
cahayamata berusia antara 15 hingga 5 tahun. Anak-anak mereka hidup
bahagia….Lalu sama sekali mereka tidak menyangka mereka akan kehilangan
segala-galanya dalam sekelip mata…Marlia dan Budi terlibat dalam
kemalangan ngeri dan kedua-duanya meninggal dunia di tempat kejadian…
Ratapan 5 anak yatim piatu ini mendapat liputan pihak media. Hidup
mereka menjadi lintang pukang. Mereka terlalu muda untuk menangani hidup
yang penuh berliku tanpa ibu bapa. Pihak kebajikan masyarakat ingin
menempatkan mereka semua di rumah anak yatim. Ada juga pihak yang ingin
menjadikan mereka anak angkat, tapi tidak semua. Mereka akan di
pisahkan. Suzana bersuara lantang. Dia tidak akan menyerahkan
adik-adiknya pada sapa-sapa pun… Keadaan keperitan Suzana 5 beradik
mendapat perhatian program Bersamamu TV3. Suzana memberitahu bahawa
ayahnya anak yatim piatu berasal dari Sumatera. Dan ibunya Marlia pula
tidak pernah menceritakan perihal saudara mara yang ada… Datuk Halimatun
melihat program itu… Dia menyedari kematian Marlia kerana berita
kematian itu disiarkan dalam akhbar… Tapi dia tak ambik kisah. Marlia
bukan lagi sebahagia dari hidupnya. Marlia telah dibuang jauh dan di
gantikan dengan dendam yang membara sampai kini….Namun begitu Yassin
telah membawa 5 beradik ini pulang ke rumah untuk hidup bersamanya dan
nenek mereka.
Ramadan menjelang tiba…. Hati sayu terkenang suasana puasa bersama
ibu dan ayah… Suzana tertanya-tanya, adakah Nek Halimah akan melayan
mereka dengan buruk buat selama-lamanya?
SyurgaMu Ramadan adalah kisah pengorbanan, kasih sayang dan yang
paling penting, kemaafan. Tiada nilainya pahala sekiranya ianya
berlapikkan nafsu api kemarahan….Dan tiada yang lebih indah dari satu
kemaafan… Kemaafan dari dendam yang terpendam…..
_______________________________________________________________________________
2011
Ramadhan Terakhir
PELAKON: Esma Daniel, Fazlina Ahmad Daud, Tasha Shilla, Aeril Zafril, Anzalna Nasir, Eyka Farhana dan ramai lagi.
sinopsis :
Ramadan Terakhir mengisahkan Hisham seorang usahawan yang berjaya
berusaha membimbing isteri dan anak-anaknya untuk kembali ke jalan yang
benar di sisi agama Islam. Dia disahkan mengidap kanser kronik dan mempu
untuk bertahan beberapa bulan saja lalu bertekad untuk membetulkan
semula haluan hidup beliau yang begitu tercemar dengan pelbagai dosa
sepanjang hidupnya.
No comments:
Post a Comment