Showing posts with label merepek. Show all posts
Showing posts with label merepek. Show all posts

Monday, 30 April 2012

Misteri Gadis Berbaju Kurung

Pada satu petang yang sunyi. di satu kawasan parking kereta di sebuah shopping kompleks yang agak elite di bandar yang elite lagi bijaksana, aku memerhati kelibat seorang wanita yang agak diragui perjalanannya. Langkahnya laju dan agak kelam kabut. Didalam hati ini, mengandaikan wanita ini seorang yang misteri..pasti ada sesuatu yang cuba disorokkan...

Dengan berpakaian serba lengkap berbaju kurung berwarna biru berbunga merah. Aku mengikuti langkahnya dari belakang. Lantas tangan dengan cepat mengeluarkan telefon bimbit di dalam beg tangan. Gaya persis seorang paparazi yang mengejar artis untuk mencari dan membongkarkan sesuatu yang rahsia. 

Tetapi gadis misteri itu semakin laju menggerakkan langkahnya.Mungkin ia perasan ada sesuatu yang mengekorinya dari belakang..sungguh misteri gadis itu....








Aku cuba melangkah dengan lebih dekat agar dapat membongkarkan rahsia yang dihadapi oleh gadis misteri tersebut. Dengan menggunakan kamera enset berjenama samsung galaksi W ini, cuba mensnapkan langkah-langkah gadis tersebut...apa yang terjadi sebenarnya ini? Diri aku turut masih keliru. Dalam keadaan yang huru hara gadis tersebut semakin melajukan  pergerakannya...dan kaki aku ini turut mengikuti langkah gadis misteri tersebut..



Tetapi langkah demi langkah....aku terasa semakin tahu apa yang terjadi...hati ini sudah mengagak rahsia gadis tersebut...tetapi masih mencari kepastiaan agar tidak berlaku kekeliruan dan salah faham di lain hari kelak.





Dimanakah silapnya wahai gadis berbaju biru.....aku sudah semakin mengerti dengan apa yang terjadi...aku harapkan engkau dapat memaafkan kejadian yang berlaku itu...janganlah di simpan didalam hati..



Kerana kasut yang lama itu tidak bersalah...dan dia seakan-akan sudah mengerti yang engkau sudah mencari pengganti yang lain....Bila jumpa yang baru pasti akan lupa yang lama.....








muaahahahaha...kesian sudah terbongkarnya misteri gadis berbaju kurung. Sekian. Wasalamm....

Wednesday, 8 February 2012

Merah..Merah..Merah

Assalammualaikum


Dua Tiga menjak ni mata aku, keserasian aku, kegemaran aku, benda yang menarik atau pun lebih straight to the point color yang memikat hati aku warna Merah ataupun bahasa omputehnye Red. Kenapa? Mengapa? Bagaimana? Aku tak boleh nak kasi jawapan. Kadang-kadang perkara macam ni bukannya aku sengaja. Tapi kadang-kadang ia hanyalah satu kebetulan. Contohnya, beli barang. Ada macam-macam warna kan. Tapi hanya merah yang akan aku tertarik, menarik dan kebom. 


Kadang-kadang ikut musim jugak. Dulu ada musim kalau beli barang semua warna hitam. Pastu warna biru. Warna Ungu lah. Warna Kelabu abugit la. Sekarang merah-merah-dan-merah terus. Hari tu g beli beg. Tertarik dengan beg tu. Tapi bila dah beli n sampai umah, sebenarnya baru perasan yang aku beli beg tu warna merah. Punggah barang dari beg lama ke beg baru , rasa macam smua nak warna merah. Asik-asik merah. Merah terang pulak tu. Jangan kene kejar lembu sudah. Kadang-kadang kalau cari bju pun kalau boleh nak ada warna merah jugak. Tak kira sikit or banyak janji ado merah nye ha....merah nya mak ngah. Tapi so for tak pernah lagi pakai baju full merah.



Casing telefon pun merah



Beg dompet pun nak merah jugak


Beg merah coklat


Satu tabiat perempuan, suka menunjuk-nunjuk kan. Aku tak macam tu. Ada satu program tu, terjah dalam beg pompuan ada ape. Kalau nak terjah beg aku ape ada...meh aku tunjukkan. Sebelum tunjuk tu kemas la ape yang patut, tisu-tisu yang dah guna, resit pasar raya, resit bank. Buanglah siap-siap dulu. Ehh...tadi kata aku tak menunjuk-nunjuk. Silap, aku nak tunjuk jugak. Pedulik ape aku. Blog aku. Babai.....




Fish vs Toys

Assalammualaikum


Aja Story nak story sebuah cerita yang paling merepek di abad ini untuk hiburan semata-mata. Mereka adalah ahli-ahli yang tak nak lelap. Sentiasa menemani aku dikala keseorang di rumah. Tetapi ditinggalkan terkontang-kanting sesama mereka di kediaman ku. Jangan mereka buat persidangan untuk menghancurkan aku sudah. Ahh sudah-sudah la nak merepek. Memang tak de kerja gamaknya....