Showing posts with label friends. Show all posts
Showing posts with label friends. Show all posts

Thursday, 23 January 2014

Tahniah Kawanku Dah Ke Jinjang Pelamin


Aku ni jenis tak ramai kawan rapat sangat. Kalau ada pun kawan rapat cuma 2 3 orang je yang boleh dipercayai..kawan-kawan biasa tu ramailah, kawan-kawan yang boleh suka-suka, kawan-kawan nak jalan-jalan tu memang ada. Tapi kawan yang boleh nangis, boleh share masalah kita susah senang tu tak ramai. Boleh di kira dengan jari. 


our innocent face :)



Aku panggil dia Eja. Dia ni kawan aku masa zaman politeknik dulu.Kitorang dulu ada geng eja, kaksue, lia dan aku. orang panggil kitorang geng kecik. sebab semua kecik-kecik.hahaha....tapi kitorang tak kacau orang. kitorang geng yang baik dan sopan santun..tapi antara kitorang berempat eja ni lah paling havoc sikit. Dia lah mak joyah kitorang. kahkahkah. (matiklah kalau eja baca...larikkk) 

Aku senang dengan dia, semua pasal aku dia tahu and pasal dia pun aku tahu. susah senang kitorang share sama-sama masa zaman belajar dulu. Kalau gaduh-gaduh, masam muka, salah faham, tak bertegur sapa tu biasalah kan...tapi itu cerita dulu. tak pernah disimpan dalam hati..ingat lagi masa kita sama-sama tak dapat asrama masa sem 4 dulu kot...kene bebel dengan mak abah ko..pastu kita gi cari umah sewa area-area politeknik tu dulu..dapat lah merasa duduk umah sewa yang rupa-rupanya ada berpenunggu..kikiki....pastu upanya dapat duduk asrama....

Alhamdulillah, 
17 Januari 2014 eja dah selamat nikah dengan pasangannya. aku cuma datang 18 Januari 2014 hari persandingan. Tahniah!!! tahniah!! kawan..semoga bahagia selalu dengan suami tercinta..rasa macam cepat sangat masa berlalu, rasa macam tak percaya eja dah kahwin. Aku kalau kawan-kawan dah berumah tangga ni dah segan sikit nak ajak jumpa, takut kacau daun je..kikiki..tapi kalau rindu dekat aku , kita hangout la selalu ye :)


Semoga melayari bahtera rumah tangga dengan sebahagia yang mungkin. Lepas ni dah ada orang yang jaga. So, jangan susah hati. Jangan nakal-nakal, nakal ngan suami je tak pe..hehehe...





Semoga cepat-cepat dapat baby. Jangan nak honeymoon lama sangat..kahkah....emmm..rasa sebak je kawan masing-masing dah kahwin..tinggal lah daku sorang-sorang.hehe..



Ni lah Kaksue, dia pun dah kahwin dah. dah 2 orang dah anak dia. Setelah sekian lama tak jumpa. Last jumpa hari tu rasa nya dia tak kahwin lagi..comel-comel anak kaksue...geram



Ini Tqa Hussen. Dia kawan baik eja jugak tapi geng sekolah dulu. Kitorang tak lah kenal sangat. Tapi first jumpa masa tunang eja dulu. Terus jadi baik macam dah lama kenal..hehe



Hasliza, 
selamat Pengantin Baru
semoga berbahagia ke akhir hayat
Mintak maaf sebab tak tolong masa kenduri ko tempoh hari
Tapi alhamdulillah, jangan risau sebab aku tau ramai yang membantu dan berjalan dengan lancar
susah senang dalam perkahwinan atasi sebaik yang mungkin
jadi isteri yang solehah yang membahagiakan keluarga

amin 


Wednesday, 28 August 2013

Jemputan Raya dan Penganugerahan

Assalammualaikum

Lamanya tak update blog..huhu, minggu lepas memang minggu yang sibuk. Menguruskan hal kerja di ofis dan jugak attend beberapa proram dan jemputan. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar.


Bersama office mate di majlis jamuan raya UKM pada 22 Ogos yg lalu


Pada 24hb pulak we all ada  program penganugerahan SSM dan SM di bangunan PGRM. Pagi tu dahlah kerja sebab menguruskan Kejohanan Golf IPTA di Bangi Golf Resort. Lepas je satel pagi tu terus cabut balik rumah nak bersiap untuk event petang tu. Macam biasalah make up sendiri je. Pastu kak alia call suh touch up sikit-sikit dengan kawan dia . alamak, malas betul nak make up sebenarnya..hihi...tapi arahan leader kene patuhi..kikiki


berkerut-kerut ok kene touch up, i tak biasa u all..hihi

 Dalam jam 2 lebih jugak kitorang sampai. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar walaupun mengharungi jem. Best sangat event tu, rasa macam tak sabar nak naik pentas macam diorang nanti. Kagum dengan mereka-mereka yang dah berjaya dalam bisness ni. Hopefully aku pun akan berjaya macam dioarang. Insyallah.

Beautiful with my group.cantik sangat kan ktorang..hihihi....

orang paling dikagumi in GLAM, of course HANIS HAIZI

dapat flowers dari Rawlins Haiqal- tq so much

blig-blig She is my inspiration too
Tahniah kak alia untuk penganugerahan


Habis je program petang tu, malam attend pergi umah bff kat putrajaya pulak. Dia open house dan surprise befday party untuk kawan dia.





Bersama kawan opis eja yg lain..

balik malam tu so tired but feel so happy. 
Apa-apa pun I'm happy
and feel great...

tq for reading


Thursday, 4 October 2012

Memori- PSIS

Assalammualaikum

another picture masa aku dekat politeknik Sultan Idris Shah Sabak Bernam
nampak sangat muka kanak-kanak riang masing-masing kan

geng kecik 




team niaga keusahawanan untuk konvokesyen
time ni memang paling mencabar giler
penat tak yah cakaplah
first time berniaga tapi tak reti lagi kan
tak kena caranya, macam-macam cabaran dan dugaan kitorang harungi
 



Ini pulak port tempak melepak dekat tasik PSIS
petang-petang boring lepak la situ dengan kawan-kawan
 

itu je, nanti update lagi gambar
Tata 


Wednesday, 3 October 2012

Our Memory

Assalammualaikum

jumpa lagi gambar inosen zaman politeknik
muahahaha...
gambar dok terperap dalam laptop pun nak buat apa kan
karang aku format terlupa nak save habis jugak gambar tu dah tak boleh nak tengok dah
so, abadikan lah dalam blog
at least sampai dan ada anak cucu pun still boleh tengok lagi
melainkan blog ni dah kene delete

our memory-with my Best Friend




hahaha...takut tak takut tak
see, betapa comot giler aku time tu tapi jangan salah faham, sebenarnya time tu kitorang baru lepas celebrate birthday  mengejut untuk our lecturer..apa lagi main baling-baling tepung, baling telur, baling air dan macam-macam baling lagi lah...that's why la tudung aku jadi lagu tu...nampak tak atas kepala aku tu sebab kene baling ngn tepung lah tu....


Monday, 3 September 2012

The Day - Hari Itu #

Assalammualaikum

2 September 2012, Ahad, seawal jam 6 pagi dah bagun..mandi dan bersiap untuk bertolak dari Bangi to Changkat Jong, Perak to attend my BFF enggagment day. Tahniah both of u Hasliza Samsuri with Safuan Sazali...another one yang sudah melangkah satu tangga untuk ke arah perkahwinan. Alhamdulillah...semoga segala urusan akan dipermudahkan...


Ini yang rasa berkobar-kobar jugak nak ikut langkah ni...insyallah, jika dengan keiizinan tuhan, keizinan keluarga dan memang ada jodoh, niat yang baik....doakan mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan dan berikanlah kekuatan semoga diberikan kehidupan yang sempurna. amin...

ambik berkat kata orang....



After that, balik from umah eja dalam kol 2. panas ya ampun, bila masuk kereta kene air cond, dah start kepala berdenyut-denyut..singgah somewhere...pekene cendol sat....pastu lalu area sekinchan ternampak mentarang bakar....rasa macam nak rasa....so, singgah la kejap...





itulah rupe mentarang bakar, pekene air tebu yang memang fresh dari belakang rumah orang tu...first time makan xlah boleh masuk sangat....rasanya macam kerang bakar je, tapi sedikit manis la. sapa tak biasa makan kerang bakar, mungkin akan terkejut dan tak biasa makan mentarang ni jugak, sebab mesti korang akan rasa geli nak makan...tapi kalau sapa yang suka tu sedap aje ye tak....untuk aku, aku makan sikit boleh lah, sebab makanan seafood macam ni aku kurang minat sikit....


harga mentarang bakar ni RM6.00 sepinggan....cubalah kalau suka....area tepi jalan kat sekinchan - Tg.Karang - K.Selangor memang banyak yang jual...( promote kampung sendiri )

and then, melawat Projek Tebu. sapa-sapa nak tau pasal tebu ataupun nak beli tebu boleh email aku...tapi aku bukanlah tuan punya projek kebu ye...just tolong saja....




dalam 3 4 bulan lagi bolehlah ambik hasilnya....insyallah, semoga projek ni berjaya..amin...ingat sapa tau lebih lanjut pasal tebu ni  boleh email aku azasuhaiza@gmail. aku akan kasi contact number orang yang uruskan tebu ni...

dah penat berjalan, kepala pun dah pening....so, baliklah ke Bangi semula....sampai rumah, Tidur dengan lenanya.....alhamdulillah, perjalanan Hari Itu Selamat dan dalam kesejahteraan....alhamdulillah.......




Tuesday, 28 August 2012

Merekalah Sahabat Selagi Ada

Assalammualaikum

happynya tengok gambar-gambar kawan-kawan semasa raya kali ini. Tetapi bagi aku, tahun ni raya agak kurang mendapat kesan keseronokan di hati...sama je macam hari-hari yang dilalui...nothing special, nothing interesting...my hari raya is just simple, just ordinary, just same like my every day...

kawan-kawan pun dah ramai lost contact or maybe dah mls nak contact..why?sebab ada yang dah buat hal masing-masing ( maybe they say same like me), ada yang dah berumah tangga, so suasana beraya tu dah lain. My family pun, beraya setiap tahun tak lah semeriah macam family orang lain, just beraya ala kadar....

masuk raya ke-4 or 5, my life dah makin membosankan......still ingat kawan-kawan, but who'am i?? sapa pun yang masih ingat. or maybe aku sendiri pun menyepi kan diri kot..huhu..not blame anyone....tapi never to forget my best friends...inilah muka yang setiap tahun akan berkumpul, insyallah....selagi diri ini tidak milik sesiapa, tiada halangan untuk berjumpa, merekalah yang akan aku kenang dan ketemu...insyallah.....



wanie+ezah+sue= friends forever


alhamdulillah, terima kasih jugak buat sahabat lama, hana dan kawan-kawan lama yang datang rumah aku hari tu, kalau planning awal-awal boleh aku ikut beraya sekali...next raya insyallah planning awal-awal kita buat reunion SK Parit 6 ok....

tahniah jugak buat kawan-kawan yang dah berumah tangga, dah bertunang dan bakal bertunang nanti...moga kalian sentiasa happy-happy sokmo....

love u all till the end - 


Thursday, 9 August 2012

IFTAR 2011- bersama sahabat

Assalammualaikum

Entry di diambil dari blog aku yang dulu tapi sekarang dah tak guna blog tu sebab blog tu dah jadi apa entah...ada entry aku berbuka puasa dengan my bestfriend masa dekat poli dulu...rindu kat eja, zana dan zira. Tapi zira dah kawin, so tahun ni kitorang dah tak hang out sama-sama lagi. Bulan puasa ni pun tak ada iftar mana-mana, banyak bukak puasa dekat rumah je. Jimat kos katanya...yelah, gaji aku kan dah turun..sob sob sob....

tempat berbuka : Noodle Station, Alamanda 
menu makanan ikut tekak masing-masing. Menanti masa berbuka kitorang main tangkap-tangkap gambar sambil gelak guling-guling....
 

masa ni kurus giler, cengkung, sekarang dah tembam sikit la...hehe..perasan...

Sedap tengok air ni...tapi giler banyak...kembung perut...

ktorang yang berhimpit-himpit nak muat dalam gambar

Selamat semua masuk....

Eja nampak mata je.....muahhahaha...

Eja lagi nampak separuh je.....muahaha...untung yang duduk tengah

semua masuk.....kita buat LOVE la  plak...

Buat Love tapi tak jadi...muka eja hampir-hampir luar frame lagi...hehehe

tetiba gambar kentang pulak.....

Kentang dan tangan

cawan yang pelbagai bentuk...yang tengah tu macam bekas kuih raya pun ada

Nasi Goreng sedap jugak....dah lapar habis punyalah....

gambar candid - Zira hilang dipandangan

Baru nampak muka zira.....aku pulak yang hilang..cisss.....

Layan Ais cream pulak setelah nasi dah licin......

Sedap sangat lagi-lagi bila makan share-share....

we all together.....photographer adalah entiti....

yeahhh....senyum........hehehe

alamak terkantoi la pulak kamera atas kereta orang...hehe

blurr.....zira nmpak separuh je.........

ahhh....aku plak nampak separuh........tak aci...........

ambik aku duduk dpn sekali, semua masuk....


tetiba sambung gambar makanan lagi pulak....sory gambar tidak teratur.....

Nasi ni pun sedapppp..............laparnye...........

zana...jom kita minum dulu.....ssyyyyruuupppppppppp

ni gambar zira yg hilang tadi dah ada.....eja je nmpak mata sebelah...kikiki

Eja merajuk sebab muka dia asik nampak separuh je....

Sedapnya ecem...................


Sahabat adalah anugerah yang indah
mungkin seseorang boleh hidup tanpa kekasih
tapi jarang seseorang boleh hidup tanpa sahabat
yang selalu menemani ketika memerlukan

Love sahabat/ kawn-kawan yang sudi mengenali aku...Korang semua adalah kenangan aku buat selama-lamanya..Mohon ampun dan maaf andai kata selama perkenalan pernah mengguriskan hati dan perasaan kalian. Terima kasih kerana sudi menjadi sahabat yang baik untuk ku kenali....tanpa sahabat hidup ini tidak indah. Love 1000xxxxx.....


memori terindah.....

sahabat adalah dimana kita pernah berkongsi cerita suka duka bersama-sama. melalui detik-detik pahit manis bersama.....