Showing posts with label makan. Show all posts
Showing posts with label makan. Show all posts

Monday, 12 November 2012

MAKAN DAN DAPAT DISKAUN KE LEGOLAND

assalammualaikum

Keropok ataupun kudapan-kudapan adalah my feveret. So, lately aku ada beli keropok Corntoz Ring yang baru tu. Memang nyummy and sedap..makan sambil mengadap tivi adalah satu nikmat yang tak mungkin kudustakan...perghhh.....


anyone yang tak pernah try this jajan boleh la pergi ke kedai runcit o econsave o tesco o kedai 1Malaysia o dimana-mana sahaja yang menjualkan makanan seperti ini. But i'm not model iklan yang buat lawak kt tivi tu ataupun Duta bagi pihak Corntoz Ringz ini okey....


Teringat masa zaman kecik-kecik bersama abang-abang bila makan keropok jenis bulat-bulat macam nie. kitorang mesti masukkan keropok tu kat jari-jari pastu makan satu per satu kat jari tu..seronok what...rasanya korang pun pernah buat kan...hehehe...

Haiii....i'm the monster


nyum-nyum


selalu kalau makan keropok kan mana ada perhatikan apa yang terkandung dekat plastik keropok tu. Dah habis baru perasan and selamat tak terbuang lagi plastik tu...belek-belek rupanya Corntoz have a discount 35% go to LEGOLAND...wut wut wut....



so, if sesiapa yang nak pegi Legoland and nak dapat diskaun 35% boleh lah pegi beli keropok Corntoz ni banyak2..


Terma dan syarat : 

1. Kemukakan baucer semasa membeli tiket harian di kaunter Tiket LEGOLAND Malaysia untuk menikmati diskaun sebanyak 35%

2. satu (1) baucar hanya sah untuk satu (1) tiket sewaktu tarikh pembelian 

3. Promosi ini tidak sah untuk diskaun, pakej dan promosi yang lain termasuk promosi My Kid. 

4. Dengan penggunaan baucer ini, anda telah memahami, bersetuju dan menerima segala syarat dan terma di www.LEGOLAND.com.my/mamee

5. Promosi tamat pada 30 APRIL 2013


So, ape lagi kalau sesiapa yang teringin nak pergi Legoland and nak diskaun 35% boleh pergi beli keropok Corntoz Ringz di pasaran sekarang!!!


Bye..

Monday, 29 October 2012

Dah Dapat Makan Kek

Alhamdulillah


kiri : coklat 
kanan: red velvet

Hari tu teringin sangat nak makan KEK kan...yeahhh...dah dapat rasa dah kek dari Kak eli @ kakak opis aku..dapat free. dia masak memang sedap and kalau bab kek ni memang dia terror...selalu puji dia.hehehe...rajin puji dapatlah rasa kek yang dia buat.kikikiki....thank u thank u......entah bila aku nak belajar masak ni oooiiii....



p/ s : alaaaa......tak reti nak download running man.sob sob.sob..hari tu boleh dowload HD. ni tak boleh pulak..

Monday, 24 September 2012

Menu berbuka hari tu

Assalammualaikum

Ini pertama kali aku menaip entry dgn mggunakan enset@android.tp tak taulah apa jd ni karang..hari khamis hari tu kan aku posa..teringin nk berbuka hari tu so google jelah gambar..balik je kerje terus pegi mymydin beli ayam dan sebagainya sebab nak masak..

Maka terhasil lah menu yg sama aku harapkan...menu yg simple tp sedap di perut aku..di perut mak mertua belum try test lagi...

P/s; Karangan ini direka pd jumaat 21 september 2012 jam 8.15 malam.menggunakan samsung android tanpa internet.dipublishkan pada hari ini..sekian terima kasih..

Ikan Kering

ayam sambal

bubur cacar

Thursday, 20 September 2012

Nak Makan Apa Ye

Assalammualaikum

ewah, banyak pulak aku taip entry hari ni. Hari ni baru start aku puasa. puasa gantilah apa lagi oi...huhuhu..sekarang azan tengah awal, so baik kita puasa time macam ni, tak delah tunggu lama-lama nanti ye dak???

planning otak aku dari malam tadi lagi kalau puasa aku planning nak masak menu ni ;



YANG PERTAMA : Ayam Masak Merah - meletup punyer pedas



YANG KEDUA : BUBUR CHA CHA 



Gambar semua adalah by google..bahan-bahan semua ada yang kene beli kat pasaraya balik ni karang. aduhai cepatlah jam lima...nak masak ni. Simple je apa yang aku makan berbuka nanti. karang kalau aku pegi pasar pulak beli juadah makanan banyak pulak yang membazirnya..

meleleh pulak aku tengok gambar makanan ni * opps jangan batal puasa nanti. Nantilah kalau aku rajin nak snap gambar apa yang aku masak, tapi tak rajin kot. aku bukan macam blogger lain yang selalu update pasal masakan diorang....sedap je aku tengok. aku masak untuk anak tekak sendiri boleh lah...nak share resepi apa yang aku masak sogan lah, eden bukan ngeti masak sangat..

by the way * poyo cakap omputeh..teringin pulak nak makan kek red velvet.....



em dap nye dap nye...tadi teringin terus mintak dekat kak eli suruh buat nanti, aku pernah order kek red velvet ni dekat dia. dia memang pandai buat kek..dapat makan lepas berbuka puasa ni kan best...

dugaannya orang yang berpuasa ni...


Wednesday, 25 July 2012

Mari Kita Minum Susu !

Assalammualaikum

Semua orang mesti pernah minum susu dan minuman penting buat kanak-kanak adalah minum susu...dulu masa-masa aku baby, aku minum susu badan mak aku sampai la umur 3-4 tahun. Sampaikan  mak aku dah tak ada airnya pun aku nak jugak. Cara nak berenti kan aku tak menyusu dah mak aku gebang aku, dia kata air yang aku minum tu bukan air susu, tapi aku minum darah...muahahaa..abang aku pun dok gebang aku, bersubahat jugak nak kene kan aku. Masa tu aku kan tak tau apa lagi..so, aku percayalah...aku stop dah tak minum susu badan dah..aku minum susu dalam tin pulak....

Masa kecik-kecik, susu dalam tin tu siapkan aku makan cam tu lagi...tak boleh blah, abang aku la ngajar aku. Kitorang bukak tin susu tepung campur dengan milo..ratah sambil tengok tv...rilex je...sedap..... bila naik sekolah rendah, still lagi minum susu, tapi minum susu dalam kotak pulak..dapat bantuan RMT tu, lagilah tiap minggu dapat susu kotak free..memang best lah..

Bila naik sekolah menengah, aku dah slow minum susu, sebab tulah terbantut.kuang kuang kuang....makin lama makin jauh dengan susu...bila minum susu je, tekak dah tak boleh terima..segala jenis susu memang tak boleh nak terima lagi dah....

sampai la now umur aku masuk 23 tahun. hehehe...mula terfikir macam mana nak kembalikan balik enzim susu kat dalam badan ni. Dan selain tu jugak, macam mana aku nak tingkatkan kesihatan dan berat badan yang seimbang...conclusionnya, aku decide aku perlu minum susu walau dengan apa cara sekalipun.Aku try beli susu jenis tepung, bancuh sendiri. Tapi tak berkesan jugak. Aku minum sekali je, lepas tu aku tinggalkan. But satu hari someone telah membelikan aku Susu kotak Dutchlady perisa strawberry. dan aku dapat minum hingga habis...dan pada hari tu, aku telah membeli susu kotak tersebut dan akan meminumnya tiap hari...Yeahhh..happy dapat minum susu....( budak kecik pun boleh gelakkan aku )

so, sapa-sapa yang rasa-rasa tak boleh minum susu fullcream ( yang warna putih ) boleh la try susu dutchlady yang sedap rasanya. macam-macam perisa ada. Sekarang ni aku suka minum strawberry dengan coffee...memang best sangat....buka puasa pun buka ngan susu sekarang ni........baru kelassss ko jahhhh.......


Kotak susu Dutch Lady sekarang ni ada gambar azizulhasni awang, so apa lagi...meh ramai-ramai kita minum susu untuk kesihatan....selamat puasa semua...jgn lupa sahur ye....


Friday, 22 June 2012

Ayam Penyek

assalammualaikum

Mood nak cerita pasal makanan lagi. Sapa pernah makan ayam penyek? aku pun baru setahun dua ni makan, dulu tak pernah pun tau pasal ayam penyek ni...member la yang memperkenalkan makanan ni. Ayam penyek ni adalah makanan orang indonesia sana.....dia simple je menunya, ada nasi putih, ada ulam-ulam, ada tempe,sambal terung dan yang paling penting adalah sambal dia mesti kene sedap dan pedas...aku ni tekak memang tekak melayu kan so, memang pedas adalah kegemaran aku....kalau makan tak rasa pedas memang tak nikmat lah makan.



gambar first tu lah ayam penyek, gambar second pulak adalah pecal lele...aku akan selalu try salah satu kalau makan...dua-dua memang favourite aku, tekak jawalah katakan, tapi aku bukan orang jawa ye, aku orang banjar....menjadi favourite port nasi ayam penyek kt bangi ni adalah dekat Wong Solo, Bandar Baru Bangi..situ sambal dia memang boleh buat aku mengigau malam....

orang yang tak pernah cuba ayam penyek ni boleh la try ye....tapi mula-mula dengar menu ni mesti terfikir kenapa di panggil ayam penyek.....adakah ayam tu penyek??aku tengok taklah penyek pun..huhu...biasa je.....tapi kan, janganlah pulak mana-mana gerai yang buat menu ayam penyek cara gini...boleh terkejut orang yang melihatnya...hehehe


  
klik untuk besar. Sumber dari email Yahoo.com

Kalau cam tulah caranya, amacam ada berani tak nak makan?? hehehe..eh, ayam penyek ke ayam penyet??



Thursday, 23 February 2012

Food Testing @ Pullman Lakeside Putrajaya

Assalammualaikum


Baru dapat merasa nak food testing kt hotel, kalau sebelum-sebelum ni xpernah pun merasa. n alhmdulillah sejak bekerja ni nak merasa datang hotel untuk dinner, tidor kt bilik hotel tu, agak berpeluang la jugak. Kalau tak kerja, nengok dari luar jelah. Nak datang saje-saje memang mintak ampun la..hotel 1 2 bintang pun aku xmampu nak bayar. 


Anugerah Sukan UKM kali ni akan dibuat di Pullman Lakeside Putrajaya. So, tengahari tadi g testing food la konon-kononnya. Aku ni menyebuk je sebenarnya. Firstime datang Pullman. Okla...grand kan tempatnya. Adalah snap-snap sikit-sikit gambar untuk kenang-kenangan ( yo yo je kan )


Wanita - wanita yang anggun
Office mate - kak anim dan en.shafrin

beside me- student praktikal farhana


Ni masa tengah tunggu person incharge. This time masa dekat lobby before masuk cafe nak food tasting. Kita snap-snap gambar. 

Kak Jun dah ready kat meja makan


Ini menu yang dipilih untuk malam tu, tapi mungkin ada beberapa perubahan n tambahan selepas taste makanan tadi. Tunggu malam Anugerah Sukan nanti. 

sirap bandung- ok 

Coffe - ok tapi aku tak minum coffee

sup isi ketam campur jagung- nice 



Disebabkan ini hanya food tasting, makan pun sikit jelah- aku biasalah, bukan makan banyak mana pun kan.huhuhu


tapi mereka-mereka ni terjah je....makan makan

and last sekali fruit dia pun ok-nice-and-sweet




dah habis makan masa untuk perbincangan. overall ok. sedap lagi-lagi ayam percik tu. memang masuk tekak. cuma sayur je macam banyak sangat menu..ada sayur campu, bendi and nangka. mungkin akan ubah sikit menu tu nanti. tunggu malam anugerah sukan tu nanti. Pastu pn. hanim berbincang dengan cheff dia...very sweet cheff nyer....layanan pun memang tip top. aku suka :)) yelah....hotel service mestilah bagus...tol x....


sedang berbincang- chef n person inhcarge ( mimi) xsilap la nama dia tu..kekeke..

Ok. lepas makan terus balik opis..HAVE A NICE DAY U ALL.



Wednesday, 1 February 2012

Macam Orang Demam

Assalammualaikum


Tengahari tadi mintak kak eli teman g servey mesin basuh ngn sofa kat bandar baru. Servey harga je, tengok berapa. Insyallah ada rezeki nanti beli. Pastu g singgah makan dekat Yati Ayam Percek. Order la bendalah ni macam makanan orang demam sebab xnak makan berat. kenyang lagi..


Bubur nasi ayam. Oklah tapi tak habis sebab jam dah nak kol 3.00 tak masuk opis lagi 





Ini kuew Teaw Kak eli yang order. Bagi aku kurang sedap lagi makanan kat gerai biasa



Lai Chi kang semangkuk dua kupang.....eh bukan, semangkuk 4 ringgit sembilan. Kurenggg...


Yang sedapnya mungkin set nasi dia, tapi tak rasa lagi. Nanti ada rzeki datanglah lagi try nasi ngn ayam dia. Ni contoh set yang ada : 




Tengok gambor ayam percek dia macam sedap je. Nanti aku try sedap ke idak....Popular kedai ni. Harap-harap buka selera aku. Perut lapar balik dah. Tadi serve lambat sampai. hampir setengah jam. makan pun tergesa-gesa. Selamat ada roti gardinia di.....belasah......Ooh ye, menu aku macam orang demam x ? Demam tak la, cuma semalam jatuh bilik air. Baguskan. Bercalar tangan aku ni....Pedih.......

Wednesday, 4 January 2012

Wahai En.Burger

Assalammualaikum

Aku ingat hari ni hari Khamis, ghupernyer baghu haghie ghabu...sob sob sob..sedih. Nak cepat-cepat hari Jumaat. Mood Kerja masih tak de lagi.. Selamat kerja pun xla presure sangat. Cuma kene cari  and buat la kerja ape yang patut memandangkan boss aku pun busy dengan kerja dia dan bos aku ni bukan jenis suka menyuruh nyuruh orang ni. Kadang-kadang aku rasa dia tak tau nak kasi kerja ape dekat aku. Aku ni pulak jenis kene kasi arahan baru aku ada semangat nak buat kerja. Kalau dia tak de kt bilik aku gerenti buat sambil lewa je kerja-kerja yang, boleh search sana sini, jd stalker blog orang sana sini...padahal kerja tu ada cuma tak rushing la kalau nak buat powwn...tp bila dia ada kat ofis...aku jadi semangat yang lain macam..mulalah nak print sana sini...nak taip surat bagai...benda tak perlu buat pun aku buat.....huhu...ape-ape jelah....


Dari hari tu aku teringin nak makan  burger biasa. Dah lama rasanya tak pekena burger ayam ramli tu. Ni tak asyik2 beli burger spicy mcChiken McD. Kayo bebenor aku ni..aku rasa bulan lepas banyak kali kot aku g beli burger drivethru Mcd tu. Sekali beli gerenti 10hinggit melayang..kalau beli burger biasa tu boleh dapat 5 ketul burger tau....mau termuntah-muntah makan....


Almaklumlah semalam hari Selasa ada pasar, bila ada pasar je gerenti aku malas nak masak. Bila malas nak masak je gerenti aku g pasor...pusing-pusing pasar tu sampai dua kali masih tak tau lagi nak makan ape. Nak makan nasi rasa macam dah jemu je....ashik-ashik makan nasi je.....xmo la makan nasi....lastnye aku beli mee rojak ngan burger ayam...dapat jugak la makan burger ayam yang selalu teringin tu. 




Tapi burger ni tak setanding dengan burger yang ada jual kat bawah apartment umah aku tu. Aku rasa burger yang makcik bawah apartment jual tu memang paling best la pernah aku rasa. Dia punya rasa semua cukup...sos nye yang melimpah ruah, mayonis nye...pastu sayur nye yang banyak...fuhhh...memang mengancam wa cakap lu...tapi aku dh lama tak beli kat situ....kadang-kadang nengok dia tak bukak. mungkin makcik tu bukak lambat sikit kot...bila malam aku dh malas nak kuar dah....so, burger semalam tu ok la jugak untuk tekak. Tak lah teruk sangat. Janji masuk perut......

Itu je.....BYE......

Monday, 31 October 2011

Cendol durian yang Auwwww….Sedap…



Assalammualaikum 

Hari tu saya dan dia pergi singgah satu tempat makan iaitu nama tempatnya Cendol Durian Borhan Special. Saja nak try sebab tengok ramai yang datang singgah padahal kedainya di tepi jalan raya besar nak kearah Kuala Selangor tu. Dia side sebelah Kiri.

Menu-menunya yang aku ingat dia ada cendol Durian Special, cendol durian + pulut,cendol durian + labu, cendol durian + jagung dan cendol durian + keladi. Pastu ada mee kari special dan laksa special. Time tu pulak cuaca panas and memang baik la sangat dapat pekena makanan macam ni petang-petang kan. 

Aku try menu Cendol durian Special. Si dia pulak cendol durian + jagung. Aku yang specialnya dia campur  semua ada, pulut +jagung+keladi + labu. Yelah dh namapun special kan. Pastu nak try laksa special and mee kari special sebab nak tau ape yang specialnya kan. Oklah sedap bangat sebabnya kuah laksanya memang pekat and time aku taip entry ni pun aku dh telan air liur sebab teringat sedap. Cuma yang peliknya dalam laksa tu ada udang. Aku rasa laksa xde udang kot. Mee kari nya pun ok jugak. Kuah kari memang kow bangat. 

 
 
ini dia cendol aku yang punya. Cendol S.P.E.C.I.A.L 




 Ini Mee jawa...orang jawa pasti suka.....










ini pula LAKSA...kuah laksa memang terbaik dari ladang....ada udang lagi tu.....


Mungkin ada yang tak suka g makan tepi tepi jalan ni. Sebab mana ada standard….aku tau korang suka makan ala-ala francais gitu, g tempat-tempat yang mahal-mahal gitu, tapi aku peduli hapa…aku lebih gemar makan ala-ala gini sebab lebih cooollll and relex dan makanannya pun lagi puas hati..Harga pun boleh tahan lah....janji konyangggg perut eden...


Muke lepas dh puas ati dapat makan kenyang-kenyang. Sorylah muka gua manyak teruk and berminyak. Cuaca sangat panas itu hari.Tapi gua puas hati.Thanks Dear….

p/s : Balik kampung nak promote dekat orang kampung ada kedai cendol yang Besssshhhhhttt…