Showing posts with label garnier. Show all posts
Showing posts with label garnier. Show all posts

Wednesday, 8 August 2012

Percubaan Membuat Kad Raya

Assalammualaikum

Agak-agak tengah semangat nak dapat kad raya dari abg mejah terbang tinggi, semangat jugak nak buat kad raya untuk someone...ops..someone ke?? hehe..actually untuk adik-adik...saje nak gatal-gatal macam orang ngah tak ada kerja...sebenarnya tak de mood dah nak kerja kat opis ni, hati tu dah fikir nak makan rendang, pakai baju raya, main mercun dan sebagainya....




Disebabkan GARNIER mintak tolong kakak-kakak angkat buat kad raya untuk adik-adik, aku design la kad raya handmade dari aku. Mungkin tak lah secantik kad orang lain, tapi i'm just try my best....Tak cantik pun aku buat dengan hati yang IKHLAS...hehehe.....

Insyallah, ada masa nanti aku pos kat GARNIER ye....mana tau dapat jemputan sambut hari raya nanti bersama kak Lisa Surihani..






Budak zaman sekarang dah tak best...sebab diorang tak dapat banyak kad raya...masa zaman kita-kita dulu, kad raya jelah yang menjadi pengantara dan pengubat rindu...cewah...sonok giler kalau dapat kad raya dari kawan-kawan, macam-macam jenis kad raya. Yang paling best dapat kad raya besar, pastu siap ada lagu lagi tu....nostalgia sangat kan...tapi sekarang?? nak kad raya, kene bukak enset, tak pun bukak facebook, ape kejadahnya.....tak syok sangatlah.....

Rindulah, zaman dulu-dulu....' Dulu lain, sekarang lain'

Thursday, 2 February 2012

GARNIER - Sinar Cahayaku

Assalammualaikum


Baru-baru ni klik dekat fanpage GARNIER. Pastu nak join program yang GARNIER nak buat. Saje nak try and rasa macam berminat. Lagipun aku memang guna produk GARNIER. 


Nama program adalah Sinar Cahayaku. Ini adalah program sesiapa yang berminat untuk ambik adik angkat yang terdiri daripada anak yatim. Boleh share masalah mereka and beri sokongan dan nasihat untuk mereka.




How to join this programme ? Just follow the step below : 


Langkah 1 : Klik fanpage GARNIER

Langkah 2 : Hantarkan buti-butiran anda kepada kami di garnier.msia@facebook.com untuk pra-pendaftaran 

Nama :
Nombor Tel.Bimbit :
Alamat Menyurat :
Alamat E-mel :
Facebook Profil :


Langkah 3 : Tunggu Pelancaran rasmi tab ' Sinar Cahayaku' pada 1hb Mac 2012

Aku dah hantar maklumat tersebut. Semoga hidup ini dapat dikongsi bersama-sama adik-adik tersebut. Sebab aku faham Their life. Because aku rasa ape yang mereka rasa. Aku berkawan dengan mereka yang turut kehilangan insan yang tersayang.