Assalammualaikum
Pernah tak korang kehilangan barang, cari tak jumpa dan tak ingat barang letak dekat mana? Mesti pernah kan. Baru semalam, nak pergi kerja kunci kereta saya hilang. Sebenarnya bukanlah hilang, tak ingat taruk dekat mana. Sebab memang selalu kunci tu ada je atas meja sebelah katil dengan kunci rumah. Dahlah nak cepat sebab dah lambat kan nak pergi kerja. Cari-cari jugak tak jumpa tapi hati ni kuat mengatakan ada dalam rumah ni cuma tak tahu dekat mana.
Terfikir pulak entah-entah semalam balik kerja, kunci kereta tak cabut. Pergi turun bawah tengok dekat kereta tak ada, kereta alhamdulillah berkunci. Dah tak boleh nak tunggu dah ni, selamat ada kunci spare. Gunalah dulu kunci spare dan pergi pejabat. Sampai je pejabat, terus google doa ketika mencari barang hilang. Sebab tak hafal doanya tu yg google tu :(
Ini doa nya
Bacalah berulang-ulang kali. InsyaAllah barang anda boleh jumpa ataupun anda boleh ingat dekat mana barang tu hilang. Lepas saya baca doa tu, barulah teringat, yang semalam lepas balik kerja ada beli beras. So, masa angkat barang tulah terfikir mungkin kunci tu termasuk dalam plastik beras tu. Yelah, rumah saya pangsapuri. Kalau beli barang macam tulah, dengan nak bawak plastik barangnya, bawak beg tangan, kunci rumah nak kene standby pegang. Itu yang termasuk dalam beg plastik tu. Tengahari time lunch balik rumah, terus pergi dekat beg plastik beras tu..memang betul ada dekat situ. Alhamdulillah.
Sebenarnya selalu jugak amalkan doa ni dan alhamdulillah setakat ni berkesan jugak. Yelah, saya ni kadang-kadang cepat pelupa..hehehe... dari kita teropong-teropong, baik baca ayat al-quran ye dak.... :)
