Showing posts with label Perangai Pelik. Show all posts
Showing posts with label Perangai Pelik. Show all posts

Monday, 30 January 2012

Senyumanku Tak Nampak Gigi

Assalammualaikum


Aku dah memang perasan yang dari dulu aku senyum memang tak suka nampak gigi. Sebab ape, gigi aku tak semanis gigi korang bila senyum ok. Itu je Fine....Tidak percaya tengoklah semua gambar yang ada. Sama je kan. Pedulik ape aku, gambar aku. Gambar korang nak senyum nampak gigi ke sampai terkeluar gigi ke, senyum sampai ke telinga ke silakan...janji aku bahagia. hehehehe :) peace no war....



atau 




ataupun yang ini ??
.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.


.

.

.

.




.








*Senyumlah tak perlu kata apa-apa*



Monday, 9 January 2012

INDEPENDENT WOMEN

Assalammualaikum

Tengahari tadi aku g anta kete aku g mandi @ main air dekat car wash area dengan umah aku. Aku g sorang-sorang. Memang dari hari tu nak mandikan kereta aku ni. cian dia, dah comot momot dah aku nengok dia. Kereta pun ada perasaan jugak tau. bukan manusia je. Dia pun kita kene jaga. Mandikan dia, bersihkan dia, wangikan dia, kalau tak jaga gerenti kereta tu tak semenggah macam tuannya. Bak kata orang, nak menilai seseorang lihatlah tempat tingalnya. memanglah tak de orang tinggal dalam kereta, tapi kita boleh nilai seseorang tu kalau nengok kete orang tu, bersih je, dalamnya kemas je, tak lah bersepah macam-macam harta karun dalam kereta tu, barulah nampak orang tu mesti pembersih, pengemas. Itu baru bab kereta, belum lagi nengok umahnye, bilik tidonye, tandasnya, dapurnya. Biarlah orang nengok kita ni muka xla bape nak lawo kan, tapi bila nengok perangainya biar lah sedap mata memandang. Janganlah ada orang harap je muka lawo, make up tebal, baju lip lap lip lap, gincu merah macam buah delima, tapi bila nengok biliknya, masya allah, tak secantik ngupernya.....ish ish ish...


Aku ni jenis tak suka nyusahkan orang lain, mintak orang teman g sana gi sini, padahal kalau mintak tolong ada je orang temankan. Melainkan beberapa perkara yang aku betul-betul tak boleh nak g sorang, mungkin disebabkan aku tak tau jalan, aku tak tau tempat, atau aku terlalu malu....tapi biasanya kalau aku terlalu malu aku tak kan buat. 

Macam aku g cuci kereta ni, aku sorang-sorang je girl kat car wash sorang.  Tak de pun perasaan malu tu, cuma rasa macam janggal je lah, sebab sorang-sorang kan, nak bersembang tak de orang nak sembang. ada pun bangla-bangla cuci kereta tu jelah.  Aku pelik dengan orang yang tak ngeti nak independent @ berdikari sendiri. Sikit-sikit nak harapkan orang, sikit - sikit nak ajak orang teman. Kalau aku lapar, aku akan g sendiri beli makanan, melainkan aku tau orang tu pun tak makan lagi, aku akan ajak makan, kalau aku nak cari barang pun, aku lebih suka g beli sendiri. Sebab aku ni jenis  bangsa yang tak suka lama-lama. Aku bila dah jumpa barang yang aku nak cari tu, ok stop...aku malas nak melengah-lengah, nak nengok barang-barang yang bagi aku bukan penting. 

Ada setengah-setengah kawan aku ni, kalau ajak g beli barang ke, window shopping ke, fullamak bukan main lama lagi, usha sana sini, tapi beli nye tak..aku paling pantang orang mcam tu. Kalau nak nengok tu tak yahlah lama-lama sangat, kalau dah rasa teringin tu beli je. Kalau macam aku, aku terus je bli kalau teringin sesuatu tu, tak yah fikir dua tiga kali, sebab aku kalau fkir dua tiga kali mesti aku tak jadi beli, aku ni kan sayang duit..penjimat la jugak...tapi bukan kedekut....

aku pelik kalau orang tu suka sangat mengharap kan orang, mintak tolong anta g kerja la, amek dari kerja la, padahal sebenarnya boleh kalau nak g sendiri, kereta pun ada, tapi ngada-ngada nak mintak tolong orang. zaman sekarang ni bukan mcam zaman dulu, dulu tak kereta, tak de motor, memang susah nak bergerak. Tapi sekarang ni zaman tranportation tu dah berlambak-lambak, kereta ada, motor senang dapat, bas, lori, lrt dll...ape susah sangat....independent jelah...jangan nyusahkan orang..

Friday, 16 December 2011

Perangai Pelik 1

Assalammualaikum.

Petang-petang ni disebabkan aku ngah tak de kerja nak buat dan perasaan membuak-buak nak cuti sebab hari ni kan hari Jumaat..

Tapi aku pelik dan bukan itu sahaja agak tidak patut sorang pegawai di tempat kerja aku ni berperangai sedemikian. Kerana ia bukan sahaja menyusahkan orang lain tetapi memburukkan nama diri dia sebagai seorang pegawai yang "berkaliber". 

Perangai Pelik dia ni bila dia sepatutnya attend mana-mana bengkel or majlis , dia kata dia akan pergi. Tapi bila dah time tarikh bengkel or majlis tu......gerenti time tue dia akan cuti la...M.C...pastu dia pun sibuk telifon suruh mintak orang lain wakil-wakilkan. Aduhai ape punya pesen la perangai...kalau xnak pergi...mention la awal-awal, suh orang wakilkan awal-awal...xdelah orang nak mengamuk dan menyumpah perangai dia tue. 

Perangai pelik dia lagi...dia nak dengar cakap dia je yang betul. Orang xboleh cakap tidak pada dia...dia xsuka orang argue ape yang dia cakap...Kalau nak mintak buat sesuatu tu...bukan main lagi nak perfect bagai....Tapi kadangkala as  a boss ni dia lupe nak hargai staff yang dah banyak tolong dia..at least cakap baik-baik, cakap terima kasih and appreciate orang lain. 

That's Why kita kalau nak orang lain HORMAT kita, kita PERLU HORMAT orang lain dulu
kita nak orang SAYANG kita, kita perlu SAYANG orang lain dulu
Bila kita buat BAIK dekat orang, orang akan 1000x BAIK dekat kita
Tapi sekali kita buat TAIK dekat orang, orang akan baling TAIK dekat muka kita
( Teruk betul guna perkataan taik= maksud aku buat jahat la ye ) 

So, renung-renungkanlah diri tu.....setinggi mana pun darjat sesorang tu...pangkat atau keturunan sesorang tu...Kekayaan mahupun kecantikan bukanlah kayu ukurnya......yang pentingnya adalah dimana letakknya 
NILAI BUDI BAHASA

PERUMPAMAAN @ PARABLE 

@ Kayanya orang tu tapi perangai macam Hj.Bakhil.Kedekut taik idung masin
= Bila dah kaya janganlah kedekut. Kerana harta itu adalah datang dari Allah S.W.T. Banyakkanlah membantu terutama kepada orang yang memerlukannya. 

@ Muka cantik tapi Perangai Busuk macam Tong Sampah yang penuh sampah tak berbuang selama sebulan. 
= Biarlah muka xberapa cantik..tapi hati ikhlas dalam melakukan sesuatu perkara tu. Janganlah jadi cantik tapi hati suka buruk sangka, suka mengkeji mahupun memfitnah orang lain. 

@ Konon keturunan dari kerabat diraja mahupun bangsawan
= Keturunan apa sekalipun ia asalkan pandai jaga sembahyangnya, tunaikan perintah yang disuruh allah.......itukan lebih bermakna dari riak membabi buta.

_________________________

Ini sahaja Iklas dari saya di hari Jumaat yang Mulia ini bersamaan 16 Disember 2011
"Yang Baik Itu Datang Dari Allah S.W.T, yang buruk itu datang dari kelemahan saya sendiri"
SEKIAN,WASALAM

(Alhmadulillah, ada bakat jadi Ustazah ni.Hehe )..