Assalammualaikum
pejam celik pejam celik, dah 6 tahun
kalau tanam pokok, dah besar pokok tu,
kalau buat rumah, dah siap dah rumah tu,
kalau masuk sekolah rendah, dah masuk sekolah menengah,
kalau dah kawin, mungkin dah dapat 2 anak..
hewhewhew...
itu menandakan 6 tahun bukanlah satu tempoh yang singkat
tapi sangatlah lama
6 tahun jugak..
banyak kenangan dan peristiwa yang tak akan dilupakan
banyak perkara yang dah terjadi
banyak perkara yang sudah diketahui
6 tahun...
sudah kenal luar dan dalam hati masing-masing
sudah masak dengan perangai masing-masing
walaupun malam kita mengangis, sakit hati, merajuk
tapi esok harinya kita dah ok balik
walaupun sentiasa ada salah faham,
tapi esok harinya kita tak pernah mengungkit
aku tak pernah bosan,
aku tak pernah sunyi ada kau
kerana hanya kau yang sudi menjaga dan menemani aku
hanya kau yang sudi susah senang bersama ku
semua orang milik tuhan,
semua orang berkongsi kasih dan sayang
ada masa aku takut,
ada masa aku sakit,
ada masa aku risau,
ada masa aku derita
tapi aku tahu, semua itu dugaan.semua orang akan harunginya
tak perlu berkongsi cerita dengan sesiapa,
melainkan allah yang maha mengetahui
tak perlu simpati sesiapa
kerana allah yang memberi segalanya
6 tahun
penuh sabar, penuh dugaan, penuh cabaran, penuh cacian
tapi semoga diakhiri dengan kebahagian
Mohon restu dari ilahi
Mohon restu dari keluarga
Mohon berikan aku kekuatan
Ya Allah,
andai dia memang jodoh dan takdir buatku
aku redha
kau restuilah hubungan kami, kau kuatklah iman kami,
kau berikanlah kami jalan yang terbaik
seandainya dia bukanlah milikku,
kau pisahkan dan jauhkanlah kami,
tanpa ada saling menyakiti.
Amin...
No comments:
Post a Comment