Thursday, 2 July 2015

Doa Penyembuh Batuk

Allahuakbar,

hampir 3 minggu jugak kene batuk. Seminggu sebelum puasa tempoh hari dah start batuk-batuk. Mula-mula sakit tekak. Telan air liur memang perit dan pahit sangatlah rasanya. Kalau dah sakit tekak macam tu, gerenti lah akan kene batuk, demam dan selsema.

So, prepare lah beli ubat batuk. Selalu memang suka sangat beli ubat batuk Madu Hurix. Boleh tahan jugak sekarang ni harga bila dah termasuk gst. Botol kecik tu pun dah mencecah RM10. Dengan keadaan cuaca sekarang yang panas dan kering.

Masuk awal bulan puasa batuk makin teruk. Lagi-lagi bila batuk berkahak ni. Rasa sesak nafas bila batuk tu. Ada part paling tak tahan bila tekak tu gatal ya rabbi. Macam nak terkeluar anak tekak ni. Lagi-lagi time pagi, lepas mandi, time terjaga tidur malam. Selang 2 saat batuk tak henti-henti, sampai muntah-muntah lah sebab batuk. Masa tu, ubat klinik dah pergi, ubat farmasi dah beli.



Bulan puasa pulak tak boleh nak minum air banyak-banyak. Bila time berbuka bantai minum air sejuk. Bila batuk berkahak ni memang lambat sikit nak elok. Tawakkal pulak ubat rawatan secara tradisional pun lambat sembuh.

Apa-apapun, tak ada lah nak mengeluh. Sebab setiap sakit itu, adalah penghapus dosa. Doa selalu, sebelum nak makan ubat tu baca selawat, bismillah dan doa dalam hati semoga disembuhkan segala penyakit. Dua tiga hari ni, bila berbuka puasa tak ada dah minum air sejuk. Buat teh o panas je masa berbuka. Berpeluh-peluh bila minum air panas ni. Dari dada sampai perut terasa panas. Baru rasa lega sikit.

Sekarang ni pun, alhamdulillah dah semakin beransur pulih. Selsema pun dah kurang. Batuk pun masih ada sikit-sikit. Doakan semoga cepat elok batuk ni. Sebulan je lagi ni...jeng jeng jeng..apa yang sebulan tu....InsyaAllah, doakan ye :)



*Jom Amalkan doa ini sekiranya kita dapat batuk perpanjangan. InsyaAllah, semoga dipersembuhkan :) 


Sebelum minum air masak baca selawat, surah al-fatihah, ayat kursi dan surah 10 yunus, ayat 57





Wednesday, 3 June 2015

Pertengahan Tahun Berlalu

Tak tau nak story apa,

tapi sekarang dah bulan Jun. Dah pertengahan tahun sudah. Masa tu, kejap je akan berlalu. Pejam celik pejam celik beberapa hari je nak masuk Ramadhan. Mudah-mudahan, Ramadhan kali ini, rajinlah aku pergi solat tarawikh. Doa-doalah kuatkan semangat ku ini...Amin...

Ish, tak tau lah nak taip apa. Banyak sebenarnya idea nak menulis bila bukan depan pc. Berlegar-legar je dalam otak ni. Tapi bila nak menaip, outomatik jadi blurr...

Itu jelah setakat ini. Assalammualaikum..

p/s : Macamanalah nak jadi penulis yang bagus cenggini :(

Tuesday, 14 April 2015

Kereta Kena Tunda MBSA

Ini kejadian dua minggu yang lepas. Pergi berdua ke PKNS Shah Alam sebab ada urusan hari tu. Sebelum ni pernah jugak sekali pergi PKNS Shah Alam dan parking dekat tempat parking depan PKNS tu. Tapi masa hari tu kami datang situ tengok tempat parking tu kosong je and tak boleh masuk. Kami ni bukan mahir sangat kawasan situ kan, jadinya parking jelah tepi-tepi jalan dekat dengan bawah pokok. Lagipun, sebab fikir kejap je nak masuk PKNS dan depan kereta kitorang pun banyak jugak kereta yang park dekat situ.

Habis je urusan dalam PKNS bergegas lah kami keluar sebab tengah kejar masa, banyak lagi urusan nak satelkan. Keluar-keluar je pintu utama PKNS tu, tengok-tengok kereta aku tak ada. Fikir balik betul ke kami park situ, atau sebenarnya kami park tempat lain. Masa tu, tak pergi seberang jalan lagi tempat yang kitorang park kereta tu, tengok dari seberang je. Tapi dalam hati ni mesti kereta kene tunda ni. Aduhai masaklah, dah lah nak cepat. Aku ni mulalah, dah bergenang air mata ni. Kalau kena tunda tak apa, jangan hilang orang curik. Menangis tak berlagu la gamaknya.huhu

Pergi tempat kitorang park, sebab memang ingat bawah pokok kitorang park. Lepas tu ada nampak kon dekat situ, dan ada notis. Memang sahlah kereta kene tunda...huhuhu....dia suruh ambik kereta dekat Depoh tunda MBSA, Seksyen 17 Shah Alam. Dahlah,tengahari masa tu, mencanak-canak kemarahan rasanya. Kene denda RM270 untuk sebuah kereta. Memang sakitnya tuh disinilah.

Malas dah nak fikir lama-lama. Pergi tanya pakcik-pakcik teksi tu mintak tolong bawak pergi depoh tunda tu. Pakcik tu pun masa kitorang datang siap cakap 'kereta kene tarik ye, biasa dah sini, ramai yang dah kene'. Pastu dia cakap dah buat rayuan ke kat bangunan MBSA. Kalau belum pergi lah buat dulu, dapat kurang harga sikit. Kitorang pun pergi lah berjalan kaki dari PKNS tu ke bangunan MBSA. Dahlah tak tahu bangunan dia yang mana, masuk MBSA tanya kat kaunter pertanyaan suruh pergi bangunan B tak silap, depan cafeteria ada lift, bagitau guard situ kata nak buat rayuan sebab kereta kene tunda. Dia suruh kitorang naik tingkat 1.

Masa kat kaunter tu, kasi kertas yang kene claim tadi. Kakak kaunter tu, punyalah ramah, cakap lembut je, suruh isi borang itu ini. Aku layankan je. En.abang suruh aku yang pergi kat kaunter tu, kalau dia yang pergi memang kene makilah orang kat kaunter tu.Pastu dia cop kat kertas RM150. Kalau tak buat rayuan kene lah bayar RM270 tuuu!!! Itupun sebenarnya adalah sangat MAHAL koootttt. RM150 boleh buat macam-macam. Kalau setakat RM50 tu ok lagi rasanya. Diorang ingat kereta yang diorang tarik-tarik ni  semua kaya-kaya agaknya. Kalau kereta besar-besar tak ada pulak rasanya diorang nak tarik sebab takut kan. Tapi kalau kereta-kereta biasa macam kereta aku ni cepat je diorang hangkut kan.

Masa kat kaunter tu, dia cop je untuk pengurangan sahaja. Bayarnya dekat Depoh Tunda, Seksyen 17 Shah Alam. Pergilah balik bangunan PKNS tu cari teksi sebab situ je banyak teksi. Jauh jugak kot dari PKNS ke Depoh Tunda tu. Kene cas teksi RM10. Sampai je situ, dah nampak kereta aku dok parking. Cian dia, pertama kali kene tarik.huhuhu. Dengan terpaksa relanya menghulurkan duit sebanyak RM150 pada hari tu kepada MBSA. Memang banyak bersabarlah. Dugaan dugaan. Lepas bayar terus lah blah.

So, korang kalau nak parking tu berhati-hatilah. Kalau rasa banyak duit boleh lah parking je merata-rata. huhuhu. Boleh kalau nak park tempat zon tunda ni, tapi pastikan ada orang yang tinggal dalam kereta. Kadang-kadang walaupun kita park sekejap pun, orang MBSA ni, dia nampak je kita park dekat situ, dia akan letas notis untuk alihkan kereta, kemudian kalau dia round lagi sekali tengok kereta kita masih ada, baru dia hello towing untuk tarik kereta kita. So, kalau tak nak terpaksa rela free-free hulurkan duit dekat diorang tu, parking lah tempat yang sepatutnya. Ambik pengajaran dah lepas ni.

HAVE A NICE DAY !!!!!



Wednesday, 11 February 2015

Satu Malam Di LEXIS Port Dickson

Disebabkan dah lama tak jumpa kawan aku tu eija, last week kitorang planning nak jumpa. So, planning nak tido hotel dan keputusannya kami pilih LEXIS PD. Sepatutnya zana pun nak join juga, tapi disebabkan dia ada hal yang tak dapat dielakkan, TERPAKSA lah kami berdating berdua dengan eija je.hihihi. So, eija pun booking hotel satu malam je. Saje nak release2 tension kan. Menghirup udara pantai.kiki. Harga hotel dekat LEXIS tu lebih murah lah sikit kalau berbading dengan GRAND LEXIS. Sebab GRAND LEXIS ada private pool sendiri dalam bilik. Kami ambil water chalet, maksudnya bilik kami tu adalah atas air ok.Harga satu malam adalah RM400 lebih. Kalau kami bertiga dapatlah kurang sikit, tapi sebab berdua kenelah bahagi dua jelah...hihihi...

kitorang gerak dari Bangi. Kalau ikutkan jarak Bangi-Port Dickson tak lah jauh sangat. Lebih kurang 75km atau tak sampai sejam lebih pun. Tapi hari tu jalan jem menuju ke Seremban tu, hampir 2 jam jugaklah kami baru sampai Lexis. Tapi perjalanan tak terasa jauh sebab mendengar eija membebel dan pengalaman dia ikut husband dia naik kapal hari tu, memang bestlah. Selamat ada waze yang banyak membantu.Terima kasih Waze.hahaha..

Disebabkan minyak dah turun hari tu kan, memang bestlah. Kereta VIVA aku isi RM50 Full. Terkejut aku sebab aku jarang isi full ni. Selalu isi RM30 je. Pergi balik PD pun masih banyak lagi minyak ada separuh je. Rasanya isi RM20 pun dah cukup kalau bajet dari Bangi ke PD.



Kami sampai lebih kurang dalam jam 4 lebih rasanya. Terus pergi check-in. Hotel Lexis dan Grand Lexis adalah sebelah-sebelah je. Memang panas teriklah masa ni.





Dapat je kunci kami naik buggy pergi bilik. Diorang memang akan bawak kita naik buggy kalau kita ambik water chalet. Tak adalah jauh mana pun.

Muke Excited !!!



Ini laluan nak ke bilik. Sebelah Kanan tu bilik bawah je. Kalau belah kiri tu, ada dua tingkat. Maksudnya bawah ada bilik, atas pun ada bilik. Kami dapat bilik yang atas.



 Inilah keadaan biliknye. memang selesa lah. Satu katil besar dan hujung tu sofa bed. Rasanya muat kot kalau 3 atau 4 orang yang bersaiz comel macam kami ni.hahaha..Kalau bawak family pun memang selesa sangatlah dah. Kalau honeymoon dengan suami lagi laaahh syookk.hihihi...



Ada bathub lagi kat  tepi katil. Tapi comel jelah...disebabkan kami berdua ni comel berendam jugaklah berdua dalam ni..haha..konon-konon nak buat mandi buih, cari gayung atau baldi tak ada, gunalah tong sampah sebab nak buat buih...hahaha..tapi tong sampah tu bersihla ye..



Ini pemandangan dekat balkoni. Yang tak syoknye berhadapan dengan GRAND LEXIS yang ada private pool tu. Dapatlah usya orang mandi kolam jelah.hihi..



Memang dia kasi kerusi untuk kita skodeng orang mandi kolam depan tu.huhu..




Aku suka cermin dalam bilik dia, memang besar gedabaklah. memang puas hati. Perempuan dengan cermin memang tak dapat dipisahkan.


Ada dua cermin dalam bilik. Yang ni cermin kecik sikit. Yang cermin atas tu ada sinki sekali. Disebakan kami berdua je, ambik lah sorang satu cermin letak barang masing-masing.


Time ni duduk kat balkoni, tengok pemandangan bilik depan.huhuhu...



Petang tu lepak je dalam bilik, sembang-sembang,mandi buih dalam bathub ( (haha, jangan fikir lain ye). Lepas magrib perut pun dah berkeroncong. On waze pegi Pekan PD. Kami makan area Waterfront PD. Boleh tahan mahal jugaklah harganya.Biasalah kan......Pas makan, balik bilik.

Esok pagi, sebelum kol 12 kami dah siap-siap nak check out. Memang tak pergi mana-mana pun. Sebab tengahari memang panas terik kan. Ingat nak lepak kat waterfront tapi tak jadi dan terus lah kami balik.

Kami parking kereta dekat tower. Memang tinggilah. So, view dari atas tu memang cantik sebab nampak pemandangan laut tu. 


Itulah water chalet yang kami duduk. Kalau dalam bilik kami tu, dekat shower boleh bukak bumbung atas tu. Kiranya time mandi , boleh lah beratapkan langit katanya...





So, ini jelah bercutian ringkas aku dan eija 2 hari 1 malam di Lexis Port Dickson. InsyaAllah, ada rezeki dan masa kami akan nak bercuti lagi.. SAYONARA.