Wednesday, 11 January 2017

Chinese New Year Megasales @ www.nile.com.my

Assalammualaikum.

Bila dah jadi mak mak ni, memang kadang-kadang tak ada masa nak kuar shopping. Lagi-lagi anak masih kecik. Kalau pergi shopping memang kena dengan kadar yang cepat. Tak sempat nak belek-belek barang lama-lama. 

So, jalan penyelesainnya adalah dengan shopping online !! Yes, aku memang suka shopping online. Kadang-kadang tak beli barang pun, tapi window shopping je depan PC. hihi. Itupun, rasa berseri-seri je wajah. Boleh hilang stress juga tau. 

nile.com.my salah satu tempat aku suka gila shopping online. Rasanya banyak kali dah aku shopping dekat situ. Tahun lepas rasanya sampai 4 5 helai jugaklah shopping baju kerja. Memang berbaloi dan berpuas hati dan semestinya harga yang murah dan berpatutuan. Yang paling best juga penghantaran yang cepat dan pantas. Hari ni oder, esok dah dapat. Memang berpuas hati. 

Sempena Tahun Baru Cina yang menjelang tak lama lagi ni, nile.com.my ada buat MEGASALE !!! So, apa lagi jomlah kita cuci mata tengok apa ada dalam nile.com.my sempena Chinese New Year kali ini. 

http://www.nile.com.my/page.php?cd=120

Nile.com.my ada buat giveaway. So, mana tahu bertuah dapat angpau kan seronokknya.hihi.(moga-moga ada rezeki). Hadiahnya seperti dibawah ini : 

RM300 Duit Raya x 1 pemenang
RM200 Duit Raya x 2 pemenang
RM100 Duit Raya x 3 pemenang

Jadi, 5 items yang menjadi pilihan hati adalah : 

1. Men's Wallet 

 

Product: Wallet
CNY2017 Sales price: RM7.50
Date: 12/01/2017
Time Start: 12.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 60 units only


2. Backpack 



Product:  Backpack
CNY2017 Sales price: RM22.60
Date: 12/01/2017
Time Start: 4.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 98 units only


3 Woman Bag 




Product: HandbagCNY2017 Sales price: RM17.90
Date: 23/01/2017
Time Start: 2.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 350 units only


4 Woman Bag


Product: Woman bagCNY2017 Sales price: RM29.90
Date: 23/01/2017
Time Start: 4.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 450 units only

5. Storage 




Product: Storage BoxCNY2017 Sales price: RM9.90
Date: 19/01/2017
Time Start: 2.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 400 units only



Jom kita sama-sama join giveaway dan shopping dekat nile.com.my sempena Chinese New Year Megasale !!!!!

Friday, 23 December 2016

Perubahan

Assalammualaikum.


Lamanya tak menulis entry. Dah hampir menuju ke tahun 2017. Nampaknya blog pun sudah makin ketinggalakan. Terlalu banyak media sosial yang lebih advance berbanding blog. Setahun yang lalu terlalu banyak perubahan yang berlaku dalam diri. Perubahan itu, termasuklah diri ni dari status bujang ke berumah tangga.


Alhamdulillah. Itu sahaja perkataan yang aku boleh kongsikan. Setelah lama berkawan. Setelah banyak liku-liku dugaan dan cabaran dalam perhubungan. Akhirnya Allah itu buka jalan. Memudahkan perjalanan kami ke arah yang halal. Dengan erti kata, kuatnya jodoh kami itu atas niat kami mahu yang halal. Semua adalah kehendak tuhan.


Aku penah cakap, kalau ada jodoh, adalah. Kalau kita buat apa cara sekalipun, mintak berpisah sekalipun, kalau itu memang sudah jodohNya. Kita harus akur dan terima. Bila Allah s.w.t sudah kata ini pilihan kita, inilah jodoh kita. Maka full stop. Ikut jalan yang direncanakan. Jagalah hubungan ini dengan baik. Jagalah hubungan ini hingga akhir hayat. Tolong, jangan diabaikan.




Dipermudahkan jangan dipersulitkan. Alhamdulillah lagi sekali, proses perkahwinan kami dipermudahkan. Mengikut flow dan jalan seperti yang ditetapkan. Keluarga banyak membantu. Aku sentiasa berdoa, dan setiap kali lepas solat pasti membaca surat Toha ayat 1 hingga 6. Surah ini, dapat melembutkan hati dan meringankan beban. InsyaAllah.


Bergelar isteri sekelip mata. Maka tanggungjawab kita kepada suami. Dialah syurga kita. Hormat dia dan jaga dia seikhlas hati. Semoga aku menjadi isteri yang solehah dan menjadi kekuatan buat dirinya.


Suami. Ibu mu tetap menjadi syurga mu. Dan aku juga tanggungjawab mu. Didiklah aku menjadi isteri yang solehah. Dan berikanlah kasih sayang, kejujuran & pikul lah tanggungjawab mu sebagai suami sebaik mungkin.


Semoga kita sama-sama menjalani kehidupan ini dengan bahagianya tidak kira susah dan senang :)

Tuesday, 27 September 2016

Rindu Pada Blog


Assalammualaikum,

Last entry Julai 2015. Lamanya tak menulis dekat blog ni. Haha. Setahun lebih dah rupanya.
Banyak story nak share tapi kadang tak ada masa nak menaip dekat blog.
Banyak perkara yang berlaku setahun lebih ni.
Terutama pada diri sendiri. Kehidupan dah banyak berubah.
From Single jadi Wife and tiba-tiba bunting pelamin pulak. hahaha..
Now aku dah jadi Ummi :p  Si comel yang dah nak masuk 6 bulan dah.
Cepat sangat masa berlalu ~~~

Insyallah ada masa, ada kerajinan aku nak share apa yang patut. Bukan apa, nanti untuk rujukan diri sendiri je.

Hai. Inilah anak saya :) Ainnur Natasya

Semoga bertemu lagi 

Friday, 3 July 2015

Vitagen Di Bulan Puasa

Dulu aku duduk asrama penuh SBPI Sabak Bernam. Dari tingkatan satu sampailah tingkatan 5. Alhamdulillah rezeki dapat sekolah asrama penuh. Memang seronok sekolah situ. Pengalaman masa duduk asrama adalah pengalaman manis bagi aku. Kiranya macam dah membesar 5 tahun dekat asrama. Sama-sama dengan kawan-kawan dan cikgu-cikgu yang banyak membantu.

Rasa-rasanya kalau tanya semua student SBPI Sabak bernam apa yang best masa bulan puasa. Rasanya mesti diorang akan jawab dapat minum air Vitagen masa sahur.hihihi. Memang betul pun, sekolah kitorang masa sahur memang disediakan air vitagen sorang satu.Bukanlah air vitagen sahaja, ada juga air panas, nasi, lauk-pauk dan juga buah-buahan. Kalau duduk asrama penuh ni makanan boleh tahanlah sedap-sedap jugak.Tapi yang specialnya adalah air vitagen. Tak tahu lah sekolah lain pun ada juga air vitagen ke tak. Sekarang pun, tak tahulah masih ada lagi ke budak-budak SBPI sabak bernam dapat minum air vitagen lagi ke tidak. Yelah, manalah tahu harga barang semua naik.





Kadang-kadang bila cikgu gerak je bangun sahur pagi, ya allah, rasa malas sangat nak bangun kan. Tapi bila teringat air vitagen sanggup jugaklah bangunkan diri bersiap pergi Dewan Makan semata-mata nak ambik air vitagen yang sejuk-sejuk tu. Tak makan nasi pun tak apa, janji air vitagen wajib ambik. hahaha.

Rindu pulak zaman sekolah di SBPI Sabak Bernam. Pejam celik pejam celik dah 9 tahun dah tinggalkan sekolah tu. Itulah kenangan Vitagen di bulan puasa ketika di asrama. Sekarang ni pun, kadang-kadang beli jugak air vitagen. Sedap kot air vitagen sejuk je ditekak bila minum ( hoi hoi tengah puasa lagi ni ) 

Nanti dah ada anak, bila dia dah pandai puasa, aku nak paksa dia minum air vitagen time sahur. mestilah dia suka kan.kahkahkah.( berangan  ) :p