Tuesday 14 April 2015

Kereta Kena Tunda MBSA

Ini kejadian dua minggu yang lepas. Pergi berdua ke PKNS Shah Alam sebab ada urusan hari tu. Sebelum ni pernah jugak sekali pergi PKNS Shah Alam dan parking dekat tempat parking depan PKNS tu. Tapi masa hari tu kami datang situ tengok tempat parking tu kosong je and tak boleh masuk. Kami ni bukan mahir sangat kawasan situ kan, jadinya parking jelah tepi-tepi jalan dekat dengan bawah pokok. Lagipun, sebab fikir kejap je nak masuk PKNS dan depan kereta kitorang pun banyak jugak kereta yang park dekat situ.

Habis je urusan dalam PKNS bergegas lah kami keluar sebab tengah kejar masa, banyak lagi urusan nak satelkan. Keluar-keluar je pintu utama PKNS tu, tengok-tengok kereta aku tak ada. Fikir balik betul ke kami park situ, atau sebenarnya kami park tempat lain. Masa tu, tak pergi seberang jalan lagi tempat yang kitorang park kereta tu, tengok dari seberang je. Tapi dalam hati ni mesti kereta kene tunda ni. Aduhai masaklah, dah lah nak cepat. Aku ni mulalah, dah bergenang air mata ni. Kalau kena tunda tak apa, jangan hilang orang curik. Menangis tak berlagu la gamaknya.huhu

Pergi tempat kitorang park, sebab memang ingat bawah pokok kitorang park. Lepas tu ada nampak kon dekat situ, dan ada notis. Memang sahlah kereta kene tunda...huhuhu....dia suruh ambik kereta dekat Depoh tunda MBSA, Seksyen 17 Shah Alam. Dahlah,tengahari masa tu, mencanak-canak kemarahan rasanya. Kene denda RM270 untuk sebuah kereta. Memang sakitnya tuh disinilah.

Malas dah nak fikir lama-lama. Pergi tanya pakcik-pakcik teksi tu mintak tolong bawak pergi depoh tunda tu. Pakcik tu pun masa kitorang datang siap cakap 'kereta kene tarik ye, biasa dah sini, ramai yang dah kene'. Pastu dia cakap dah buat rayuan ke kat bangunan MBSA. Kalau belum pergi lah buat dulu, dapat kurang harga sikit. Kitorang pun pergi lah berjalan kaki dari PKNS tu ke bangunan MBSA. Dahlah tak tahu bangunan dia yang mana, masuk MBSA tanya kat kaunter pertanyaan suruh pergi bangunan B tak silap, depan cafeteria ada lift, bagitau guard situ kata nak buat rayuan sebab kereta kene tunda. Dia suruh kitorang naik tingkat 1.

Masa kat kaunter tu, kasi kertas yang kene claim tadi. Kakak kaunter tu, punyalah ramah, cakap lembut je, suruh isi borang itu ini. Aku layankan je. En.abang suruh aku yang pergi kat kaunter tu, kalau dia yang pergi memang kene makilah orang kat kaunter tu.Pastu dia cop kat kertas RM150. Kalau tak buat rayuan kene lah bayar RM270 tuuu!!! Itupun sebenarnya adalah sangat MAHAL koootttt. RM150 boleh buat macam-macam. Kalau setakat RM50 tu ok lagi rasanya. Diorang ingat kereta yang diorang tarik-tarik ni  semua kaya-kaya agaknya. Kalau kereta besar-besar tak ada pulak rasanya diorang nak tarik sebab takut kan. Tapi kalau kereta-kereta biasa macam kereta aku ni cepat je diorang hangkut kan.

Masa kat kaunter tu, dia cop je untuk pengurangan sahaja. Bayarnya dekat Depoh Tunda, Seksyen 17 Shah Alam. Pergilah balik bangunan PKNS tu cari teksi sebab situ je banyak teksi. Jauh jugak kot dari PKNS ke Depoh Tunda tu. Kene cas teksi RM10. Sampai je situ, dah nampak kereta aku dok parking. Cian dia, pertama kali kene tarik.huhuhu. Dengan terpaksa relanya menghulurkan duit sebanyak RM150 pada hari tu kepada MBSA. Memang banyak bersabarlah. Dugaan dugaan. Lepas bayar terus lah blah.

So, korang kalau nak parking tu berhati-hatilah. Kalau rasa banyak duit boleh lah parking je merata-rata. huhuhu. Boleh kalau nak park tempat zon tunda ni, tapi pastikan ada orang yang tinggal dalam kereta. Kadang-kadang walaupun kita park sekejap pun, orang MBSA ni, dia nampak je kita park dekat situ, dia akan letas notis untuk alihkan kereta, kemudian kalau dia round lagi sekali tengok kereta kita masih ada, baru dia hello towing untuk tarik kereta kita. So, kalau tak nak terpaksa rela free-free hulurkan duit dekat diorang tu, parking lah tempat yang sepatutnya. Ambik pengajaran dah lepas ni.

HAVE A NICE DAY !!!!!