Wednesday 3 September 2014

Resepi Pizza Guna Pemanggang Ajaib

Assalammualaikum

Sapa ada kat rumah pemanggang ajaib?mesti bestkan memasak. Aku baru tahu yang pemanggang ajaib ni boleh buat macam-macam jenis makanan. Lagi-lagi aku yang masih bujang ni, yang tak pernah pandai nak guna oven, kalau ada pemanggang ajaib, masalah anda boleh diatasi.hihihi.melainkan masalah malas je ok. 

Hari tu google la macam mana nak buat pizza. cari yang paling simple je dan paling senang tak payah nak payah pakai doh pizza tu. Aku takut nak uli-uli ni sebab takut tak jadi.hihi..so, jalan penyelesaiannya aku beli je roti yang buat kebab tu, tak kesahlah jenama apa pun. Ada yang pakai totilla wrap, hari tu aku cuma jumpa mission wrap. Meh, kasi details sikit bahan-bahan dan cara-caranya ok.


Bahan-bahan : 

Mission wraps
mozarella cheesse 
mayonis
prego 
ayam (potong kecik-kecik)
hotdog (potong senget)
bawang besar
cili benggala
tomato 
lada hitam 
secubit garam 

Cara-caranya

1. ayam dan hotdog digoreng dahulu agak-agak masak. 
 
2. goreng bawang yang dah dipotong bulat atau ikutlah potong macam mana pun

3. satukan bawang,ayam dan hotdog tadi dalam satu pinggan


4. gaulkan dengan mayonis, lada hitam dan secubit garam  dan ratakan hingga sebati

5. panaskan pemanggang ajaib dengan api yang perlahan dalam seminit

6. boleh dah taruk mission wraps tu dalam pemanggang ajaib. 

7. sapukan sos prego


8. masukkan ayam,hotdog dan bawang yang telah digaul dengan mayonis tadi


9. letakkan topping kegemaran anda. aku letak tomato kecik tu je. susun lah lawa-lawa


10. kemudian letakkan cheese kegemaran anda. belilah cheese yang sedap-sedap sikit. 


11. lastly tutup pemanggang ajaib tersebut dan tunggu dalam 5-6 minit je. 


12. Siap dan boleh dimakan.

sesiapa kalau suka pizza yang crunchy rangup-rangup ni memang sesuai lah buat resepi ni je. memang senang, mudah dan menyelarakan. 

selamat mencuba.

Tuesday 2 September 2014

10 perkara mengenai saya yang orang tak tahu

Assalammualaikum

Rindu pulak nak update blog yang sudah lama bersawang ni. hihihi. Kali ini ada nak share 10 perkara mengenai saya yang mungkin orang tak tahu. Mungkin orang yang dah kenal ataupun yang baru nak kenal-kenal boleh tahu serba sedikit mengenai saya kan.

10 Perkara mengenai saya : 

 1. Sangat suke tengok katun sampai sekarang. Antara katun kegemaran doraemon,shinchan,chibi maruko, conan.

2. Mempunyai tulisan tangan yang bertukar-tukar. dan boleh meniru tulisan tangan orang lain. 

3. Tidak suka menunggu dan ditunggu

4. Suka duduk rumah dan menonton tv

5. Lebih gemar beli barang berseorang sebab lebih cepat melainkan window shopping perlukan kawan untuk lepak-lepak tapi adalah jarang dan kurang untuk hendak berwindow shopping ni.buang masa.hihi

6. Suka alih-alihkan perabot rumah jika dah bosan dengan kedudukan yang dah sedia ada (mana-mana yang boleh angkatlahh) 

7. Bukan penggemar kasut. Jika ada kasut yang paling selesa itulah kasut yang akan dipakai sampai kasut tu dah memang patut ditukar seperti contoh kasut tu dh haus atau terbelah dua atau koyak 

8. Bukan seorang yang extreme dengan sesuatu yang diminati contoh warna, saya suke semua warna.tak kisah warna apa. saya tak ada pelakon atau penyanyi yang terlalu diminati.dan lain-lain.

9. Suka tengok anak mata orang. macam-macam jenis warna.hihi

10. Suka tengok pemandangan bukit bukau dan pemandangan waktu hujan. 

Itu Sahaja. 
p/s : mula-mula ingatkan nak buat 25 perkara mengenai saya, tapi rasa banyak sangat pulak sampai tak tahu nak tulis apa. so, dapat 10 jelah :)

share la pulak 10 perkara mengenai anda yang mungkin orang lain tak tahu. Nanti saya komen ok.

Terima Kasih Sudi Baca  :)