Tuesday 3 June 2014

Sudah Pertengahan Tahun

Assalammualaikum

Pejam celik pejam celik dah masuk pertengahan tahun 2014. Kejap je masa berlalu kan. Tak lama lagi pun dah nak puasa and then raya. Bila difikir-fikirkan balik 5 bulan yang berlalu ini macam-macam dah terjadi sebenarnya. Apa yang terjadi, yang dilalui tu, biar sendiri je yang tahu

Tahun ini, bagi aku adalah tahun yang mencabar. Dah tak ada istilah nak main-main dah. Tak ada fikir nak enjoy-enjoy. Semua nak kene fikir masa depan. Harap-harap tahun ini berikan kenangan yang baik-baik sahaja. Semoga apa yang dirancang tahun ini dapat dilaksanakan dan berjalan dengan lancar. Amin. 



Tempek sikit gambar tuan punya blog. Hehe. Ramai dah tegur aku nampak tembam dah. yeeaa..memang itu yang aku nak pun. akhirnya aku berjaya jugak gain weight 4kg. sebelum-sebelum ni punya lah payah nak naikkan berat badan, and now dah jumpa satu ubat yang berkesan. Orang sibuk nak kurus, aku sibuk nak gemuk lak.hehe. Tapi bukanlah nak gemuk sangat sebenarnya, actually nak berisi je and nak dapatkan berat badan yang ideal. 

Tapi apa-apapun, yang penting nak sihat. 

Monday 2 June 2014

My Brother Wedding

Assalammualaikum


My last brother Azrol sudah tamatkan zaman bujangnya. Tinggallah, aku last adik beradik tak kahwin lagi.huhu. It;s ok because aku kan bongsu. InsyaAllah, akan menyusul tak lama lagi kalau ada jodoh. Amin-amin ya rabbalalamin. 

30 Mei 2014 my brother melafazkan akad nikahnya dan sah lah sudah menjadi suami kepada pasangannya. Semoga perkahwinan mereka diberkati Allah s.w.t dan semoga menjadi pasangan suami isteri yang soleh dan solehah. Semoga berbahagialah selalu. Amin. 

Nothing much to say so just see the pictures on that moments. Gambar tak banyak pun, sebab sendiri yang tangkap. Maklumkan bukan photographer profesional kan.hehe


















My abang Long 



Esoknya pula, 31 Mei 2014 diadakan majlis resepsi di sebelah perempuan. Tema warna adalah pink.













InsyaAllah, next week akan buat disebelah pihak lelaki. Semoga segalanya berjalan lancar nanti. Amin. 

<3 Selamat Pengantin Baru <3