Wednesday 28 May 2014

Kisah Minggu Lepas

Assalammualaikum

Lama tak update blog. Dah jadi blog bersawang la nampaknya. Aduhai, macam manalah nak jadi rajin macam blogger-blogger yang lain tu kan. InsyaAllah,ada masa dan ada cerita terupdatelah blog ni. Saja nak borak-borak kosong. 

Minggu lepas, hari Jumaat lepas balik kerja singgah lah MyMydin dekat dengan rumah sebab nak beli barang dapur. Esoknya cuti nak masak nasi lemak katanya.hehe. Elok pulak, depan mydin tu ada budak-budak yang buat kerja part time edar-edar risalah barang elektrik. Dia kasi voucher and dia bagitahu ada barang percuma. Rasa rimas jugak, sebab ramai kot budak-budak tu tunggu depan mymydin tu. adalah dalam 8 9 orang. Bila orang nak jalan masuk MyMydin tu mesti dia tahan suruh datang booth dia kat luar tu. 

Aku pun masuk dulu nak shopping barang. Lepas keluar je dari pintu MyMydin diorang tahan lagi. Kononnya kata nak kasi beg percuma. Sekejap je. Aku pun tak adalah rushing sangat, so pergi jelah dengar apa yang diorang nak bercerita. Diorang kasi satu satu  voucher suruh kita bukak apa yang ada dalam tu. Aku pun bukak kertas tu, dia tulis free voucher RM100 dan percuma Vacum dan Oven buat kek. Cehhh, diorang punya happy mengayat, cakap aku beruntunglah, barang ni baguslah dan macam-macam lagi. 

And then aku tanyalah, macam mana nak tuntut barang ni? Diaorang kata itu untuk hari ini sahaja. So, maksudnya aku kene beli barang lain yang ada macam dapur elektrik, pemanas air yang untuk sejuk dan panas tu, periuk nasi, dan adalah barang lain lagi. Kebanyakkannya harga semua RM3K ke atas. Diorang pun cadangkan aku ambik yang pemanas dan penyejuk air tu, konon harga RM3199. So, tolak voucher RM100 tu dapat lah RM3099 dan 2 barang percuma tu iaitu vacum dan oven boleh terus bawak balik rumah. Giler gempak..hehehe..tapi kene beli that time jugaklah. 

Sejam jugaklah, aku mendengar diorang punya plan marketing. Siap mintak kad bagai. Tapi alhamdulillah kuat jugak iman aku ni. Memang aku tak ambik pun. Kalau betul aku nak barang-barang tu, aku akan beli sebab keperluan. Tak berani nak ambik risiko. Bab-bab duit ni sangatlah sensitif. Nak mencari bukan mudah. Nak melabur nye sekejap dan sekelip mata je. 


Wednesday 14 May 2014

Orang Banjar

Assalammualaikum

Tetiba nak buat entry pasal orang banjar pulak. Sebab pagi tadi ada tetamu @ kawan kepada my boss datang office nak jumpa boss lah kan. Tiba-tiba dia tanya aku ni orang jawa ye. Aku cakap lah saya ni orang banjar. Bukan banjour ataupun banjau ye.hehe. 

Ada jugak aku rasa ramai yang tak berapa pernah dengar orang banjar ni. Korang boleh search lah asal -usul Orang banjar dekat sini. Selalu nye ramai orang jawa je kan. Lagi-lagi kalau ada orang yang tanya aku duduk mana. And then aku bagitahu orang Sabak Bernam. Mesti terus cepat je meneka mesti orang jawa kan. Ouh tidak, aku bukan jawa aku orang banjar. 

Apa beza banjar atau jawa? sama je, sejenis manusia, ada kepala tangan dan kaki.hehehe.gurau je. Bezanya adalah percakapan atau pun bahasa dan budaya. Selalunya kalau orang banjar bertemu orang banjar mesti diorang akan gelar 'kulaan'. Kulaan tu maksudnya saudara atau adik beradik. Selain tu, banyak lah jugak perkataan-perkataan banjar seperti guring = tidur, garing = demam, kadak payah = tidak perlu, haruk = busuk, warek = monyet, hirang = hitam, dan banyak lagilah. Kalau nak belajar boleh aku ajarkan bukak kelas tuisyen nanti ye.hehe. 

Sebenarnya aku pun dah tak pandai nak bersurah=bercakap banjar. Yelah, asik speaking london je kan.kiki. Lagipun, generasi sekarang ni memang aku rasa dah totally 90% memang tak pandai langsung cakap budaya masing-masing tak kisahlah banjar ke, jawa ke, semua cakap melayu je senang. Tapi seronok kalau dengar nenek-nenek, pakcik-makcik yang cakap banjar bila balik kampung terutama masa dekat kenduri. Aku masih lagi boleh faham, tapi kalau nak bercakap tu memang macam ke laut lah bunyiknya. 

Rasa rindu pulak nak dengar orang bersurah banjar.hehehe...sapa geng banjar meh kasi high five sikit :) 

' Kulaan niring napak terkurihing' 

Monday 12 May 2014

Doa untuk Emak

Assalammualaikum

Semalam 11 Mei 2014 kita menyambut hari ibu. Semestinya saya tidak sambut because my mother passed away. Emak saya sudah kembali ke rahmatullah. I'm okay. Bukan tidak sedih, tapi sudah biasa. But lagi sedih rasanya kalau emak masih ada until now, and then akan berhadapan dengan saat-saat kehilangan emak. Mungkin waktu tu tak tahu boleh terima atau tidak :(  Sekurang-kurangnya sekarang saya sudah dapat menghadapinya. 

Tapi, semestinya buat yang masih ada ibu, ataupun sama seperti saya sudah kehilangan ibu atau emak, because saya panggil emak, haruslah sentiasa doakan kesejahteraan emak masing-masing. Jaga hati emak anda, hormat dan sayangilah mereka. Emak anda adalah insan yang paling berharga dalam dunia. Tanpa mereka, kita bukanlah sesiapa. Doakan dan bacakan al-fatihah every time lepas Solat



Ibu adalah ratu hati setiap anak. And the best moment dalam hidup adalah menjadi seorang Ibu :)

I Miss You and LOVE you