Thursday 30 January 2014

Promosi Biovelocity Sleep Mate

Assalammualaikum 





Pengumuman, Pengumuman !!!

Promosi untuk 3 unit Bio Velocity Sleep Mate dan bayar RM300 untuk unit ke-4 dilanjutkan sehingga 30 April 2014.  Harga seunit Bio Velocity Sleep Mate adalah RM1288. 

Apa Kelebihan Bio Velocity Sleep Mate ?

1. Meningkatkan metabolism
2. Mengaktifkan fungsi-fungsi sel
3. Menggalakkan peredaran darah
4. Meningkatkan pertahanan badan dan memperbaiki sistem imun
5. Meningkatkan tahap medan tenaga
6. Menstabilkan emosi, mengurangkan tekanan dan desakan
7. Memulihkan tenaga, memperbaiki dan mengaktifkan sel dalam badan
8. Bersemangat dan bertenaga
9. Meningkatkan keupayaan penyembuhan secara semula jadi
10. Mengimbangi dan mengharmonikan fungsi-fungsi fizikal
11. Melegakan kepenatan dan kesakitan
12. Merangsangkan dan menyelaraskan sistem saraf autonomik
13. Menggalakkan fungsi jantung

14. Menggalakkan tidur yang sihat dan berkualiti

Manfaat Yang Diperolehi dengan Membeli Bio Velocity Sleep Mate 

1. Untuk kegunaan sendiri dan keluarga untuk meningkatkan kualiti kesihatan 
2. Pelapik tilam yang berkualiti dan mudah dipakai dan dibawa ke mana-mana 
3. Pembelian sekali seumur hidup 
4. Mendapat BONUS dari syarikat 
5. Berpeluang melancong ke SHANGHAI secara Percuma 


Berminat ? Sebarang pertanyaan dan pembelian hubungi saya
Suhaiza : 010.8941206
EMAIL : azasuhaiza@gmail.com

Thursday 23 January 2014

Tahniah Kawanku Dah Ke Jinjang Pelamin


Aku ni jenis tak ramai kawan rapat sangat. Kalau ada pun kawan rapat cuma 2 3 orang je yang boleh dipercayai..kawan-kawan biasa tu ramailah, kawan-kawan yang boleh suka-suka, kawan-kawan nak jalan-jalan tu memang ada. Tapi kawan yang boleh nangis, boleh share masalah kita susah senang tu tak ramai. Boleh di kira dengan jari. 


our innocent face :)



Aku panggil dia Eja. Dia ni kawan aku masa zaman politeknik dulu.Kitorang dulu ada geng eja, kaksue, lia dan aku. orang panggil kitorang geng kecik. sebab semua kecik-kecik.hahaha....tapi kitorang tak kacau orang. kitorang geng yang baik dan sopan santun..tapi antara kitorang berempat eja ni lah paling havoc sikit. Dia lah mak joyah kitorang. kahkahkah. (matiklah kalau eja baca...larikkk) 

Aku senang dengan dia, semua pasal aku dia tahu and pasal dia pun aku tahu. susah senang kitorang share sama-sama masa zaman belajar dulu. Kalau gaduh-gaduh, masam muka, salah faham, tak bertegur sapa tu biasalah kan...tapi itu cerita dulu. tak pernah disimpan dalam hati..ingat lagi masa kita sama-sama tak dapat asrama masa sem 4 dulu kot...kene bebel dengan mak abah ko..pastu kita gi cari umah sewa area-area politeknik tu dulu..dapat lah merasa duduk umah sewa yang rupa-rupanya ada berpenunggu..kikiki....pastu upanya dapat duduk asrama....

Alhamdulillah, 
17 Januari 2014 eja dah selamat nikah dengan pasangannya. aku cuma datang 18 Januari 2014 hari persandingan. Tahniah!!! tahniah!! kawan..semoga bahagia selalu dengan suami tercinta..rasa macam cepat sangat masa berlalu, rasa macam tak percaya eja dah kahwin. Aku kalau kawan-kawan dah berumah tangga ni dah segan sikit nak ajak jumpa, takut kacau daun je..kikiki..tapi kalau rindu dekat aku , kita hangout la selalu ye :)


Semoga melayari bahtera rumah tangga dengan sebahagia yang mungkin. Lepas ni dah ada orang yang jaga. So, jangan susah hati. Jangan nakal-nakal, nakal ngan suami je tak pe..hehehe...





Semoga cepat-cepat dapat baby. Jangan nak honeymoon lama sangat..kahkah....emmm..rasa sebak je kawan masing-masing dah kahwin..tinggal lah daku sorang-sorang.hehe..



Ni lah Kaksue, dia pun dah kahwin dah. dah 2 orang dah anak dia. Setelah sekian lama tak jumpa. Last jumpa hari tu rasa nya dia tak kahwin lagi..comel-comel anak kaksue...geram



Ini Tqa Hussen. Dia kawan baik eja jugak tapi geng sekolah dulu. Kitorang tak lah kenal sangat. Tapi first jumpa masa tunang eja dulu. Terus jadi baik macam dah lama kenal..hehe



Hasliza, 
selamat Pengantin Baru
semoga berbahagia ke akhir hayat
Mintak maaf sebab tak tolong masa kenduri ko tempoh hari
Tapi alhamdulillah, jangan risau sebab aku tau ramai yang membantu dan berjalan dengan lancar
susah senang dalam perkahwinan atasi sebaik yang mungkin
jadi isteri yang solehah yang membahagiakan keluarga

amin 


Thursday 9 January 2014

Persoalan

Assalammualaikum


Selamat Hari Khamis u all..
Hari ni hari khamis, and i wear baju batik to office.
And someone tegur aku hari ini..
eeh...napa pakai baju batik ni? i ask why? 
ni baju batik nanti pakai time perarakan maulidur rasul kan

hah??? tak tau rasa nak terkejut ke, kelakar ke, pelik ke?
aku pun cakap oo yeke...xpelah, pakai jelah..bukan tak basuh pun...
maulidur rasul next week....

Pergh....soalan yang mencabar sungguh
and Peliks..hehe..

Have A Nice Day 


Tuesday 7 January 2014

25 Tahun

6.1.89

Hari kelahiran ku. Alhamdulillah tuhan beri kehidupan dan peluang untuk tengok dunia. Dan semalam genaplah umur aku yg ke 25 tahun. Rasa cepat sangat masa berlalu. Rasa takut pulak umur dah semakin meningkat ni..hehe..banyak lagi perkara-perkara yg akan di lalui nanti.

Terima kasih pada kawan-kawan dan keluarga yg wish befday semalam. Beli kan kek dan belanja makan. office mate yg wish befday n nyanyi dalam bilik mesyuarat masa tengah meeting. Segan rasanya..hehe...terima kasih banyak. Mungkin rasa perkara kecik je, tapi benda kecik macam ni akan aku ingat selalu.

Kehidupan aku sepanjang 25 tahun ni, xde lah menarik mana pun. Tapi alhamdulillah Allah tu sentiasa ada membantu. Kehidupan ni orang kata kene ada asam garamnya. Barulah hidup tu orang kata ada seri. Pengalaman hidup sepanjang 25 tahun ni adalah menjadikan aku seorang yg hidup berdikari. Walaupun aku anak bongsu tapi aku tak dimanjakan langsung. Segalanya-galanya buat sendiri. Even ada masalah sekali pun aku suka satelkan sendiri. Sebab aku jenis tak suka nak susahkan orang. And aku bukan jenis suka meminta-minta and mintak simpati.

Sampai sekarang pun, perangai aku tak berubah. Kalau aku ada sedih sekali pun, aku simpan. Sebab aku tak nak orang lain nampak aku sedih. Kalau boleh aku nak orang sekeliling aku semua happy2 je terutama keluarga aku. Aku ni bukan jenis pandai nak tunjuk2 sangat sayang tu, xreti nak manja-manja sangat. Tapi sebenarnya, aku sayang n rindu.

Sepanjang 24 tahun, of course dah rasa jugak macam-macam pengalaman. Peristiwa menakutkan, menyeramkan, bergaduh, menangis, kene tipu, kawan makan kawan, dikhianati, kene marah, kene hina, kene kutuk dan sebagainya. Tapi itulah, dah nama pun kehidupan kan. Kadang-kadang susah nak kasi orang faham keadaan kita, dan lebih baik kita simpan je dalam hati sendiri.

Tapi kehidupan tetap ada manisnya. Yg manis itu lah menyebabkan boleh hidup sampai sekarang. Insya Allah.

Untuk tahun-tahun akan datang, matlamat aku nak membahagiakan orang-orang di sekeliling ku. Bila mereka gembira, serta merta hidup akan jadi gembira walaupun mungkin itu satu pengorbanan buat diri sendiri. Hidup ni kita nak kene membantu orang lain untuk jadi lebih baik lagi-lagi orang yg kita rapat n sayang. Dan kita ni berubah untuk jadi lebih baik bukannya berubah sebaliknya.

Panjang lebar pulak membebel kan. Apa-apa pun, I dont want sedih-sedih. Panjang umur, murah rezeki, doakan yg baik-baik je.Moga ada jodoh, direstui Allah dan keluarga...Ingat sentiasa di bumi yg nyata.

♥♡With Love ♡♥
     ▪azasuhaiza▪

Monday 6 January 2014

Permulaan 2014

Assalammualaikum

Awal tahun 2014 ni, apa kata kita jadikan satu permulaan yg hebat. Bukan untuk sesiapa tetapi mungkin untuk diri kita sendiri. Dan....saya nk mengajak rakan-rakan semua untuk melakukan satu perubahan yg baru untuk tahun 2014 ni :)


Seperti yg kita maklum kemungkinan 2014 ini ekonomi negara kita mungkin akan menjadi sedikit mencabar dengan kenaikan harga barang dan sebagainya dan inilah yg memberi kesan kepada kehidupan seharian kita.
Satu peluang penyelesaian masalah ini adalah kita perlu membuat sesuatu tindakan yg mungkin kita perlu ubah dari 'biasa' kepada 'luar biasa'. Jom berniaga dan kembangkan perniagaan. Mana yg mungkin  tidak pernah berniaga ini adalah peluang yg terbaik yg perlu anda mulakan pada tahun 2014. Kenapa perlu berniaga?

■ 9 daripada 10 rezeki adalah dari berniaga
■ Membantu meningkatkan kualiti hidup
■ Persiapan di masa hadapan
■ Bukti kepada kekuatan diri

2014 dah tak ada lagi masa untuk membuang masa. Azam 2014 saya nak buat yg terbaik dalam apa jua yg dilakukan. Insya Allah. Doa sama-sama ye :)

Jom berbisness
Jadi salah seorang usahawan dari Green Leaders Academy Malaysia. Academy yg akan membantu usahawan sehingga berjaya. Yang penting keinginan dan kepercayaan.

Suhaiza sadri
0108941206

Thursday 2 January 2014

Tahun Baru 2014





Assalammualaikum


Sekejap je pejam celik pejam celik dah berlalu 2013
Now, tahun 2014 !!!!
Semoga 2014 adalah tahun yang lebih matang buat aku
Menjadi seorang yang lebih berjaya
Seorang yang mempunyai matlamat hidup
Moga menjadi seorang yang boleh membahagiakan orang-orang disekeliling
Menjadi seorang yang baik hati, pemurah, ringan tangan, rajin solat, rajin baca al-quran, 
Tambah ilmu pengetahuan dunia dan akhirat 
Dapat menghadapi segala dugaan dengan tenang

Insya Allah 


2014
Please Be Nice With Me  Ya  :)