Friday 29 March 2013

A Crazy Little Thing Called Love

Assalammualaikum

A Crazy Little Thing Called Love adalah movie dari Thailand. Aku baru tengok online cerita ni kat youtube..hehe..padahal cerita ni dah kuar tahun lepas rasanya..Tapi memang tak sangka movie best sangat...aku kasi 5 bintang..hehe..sebab utama hero dalam tu hensem nye....kihkihkih...

Cerita ni mengisahkan percintaan ( first love ), kesetiaan, persahabatan. Ada kelakar lagi-lagi watak cikgu tu,  sedih dan happy ending yang paling besttt...


So, everyone..sesiapa yang belum tengok cerita ni boleh lah search je kat youtube ataupun klik lah kat sini A Crazy Little Thing Called Love. Selamat Menonton..dan dapat mimpi Mario yang hensem tu malam nanti..hihihih


Monday 25 March 2013

Mari Belajar : Jahit Manik

Assalammualaikum;;;;

Aku ni kalau bab memasak memang agak kurang sikit...maksudnya kurang menjadik sangat melainkan aku betul-betul rajin...sama jugak dengan menjahit...lagilah kurang...hehe...tapi bila ada kengkawan yang mulakan dulu, memang insyallah aku pun nak mencuba dan belajar....housemate aku lah ni sekarang diorang tengah rajin menjahit manik dekat tudung bawal..cantik je diorang buat...

makanya aku pun terpengaruh untuk membeli manik...belum lagi try nak buat manik dekat atas kepala..disebabkan nanti ada majlis, dapat baju batik so aku bercadang untuk jahit manik sendiri dekat lengan baju....

Inilah hasilnya yang pertama kalinya.....


teehee...masih lagi belajar ok..kurang kemas sangat...insyallah boleh diperbaiki lagi nanti...


Mari Belajar : Resepi Kek Batik

Assalammualaikum

Ini kerja tempoh hari..dari dulu teringin nak buat kek coklat tapi disebabkan dekat rumah bujang aku ni tak ada ovan mahupun pengukus maka kita buat resepi yang mudah dan ringkas...iaitu kek batik..ini pun aku search dekat blog-blog yang suka share resepi-resepi makanan yang sedap-sedap ni....dulu pernah jugak buat kek batik tapi tak menjadi. dulu aku taruk telur dan serbuk koko..tapi kali ni, aku tak taruk bahan tu..disebabkan menjadi resepi aku kali ini meh aku share resepi kek batik ala bujang trang tang tang..hihi...kalau tak menjadi aku tak nak share lah...


bahan- bahan seperti dalam gambar :

- biskut marie ( apa-apa jenis pun boleh )
- Milo 200gm
- Butter cup 250gm
- Assen Vanila ( satu sudu teh)
- Susu tin pekat manis

*tambahan ( terpulang pada individu, kalau letak lagi sedap rasanya )
- kacang badam
- coklat rice

Cara-caranya :

1. Patah-patahkan biskut marie kepada 4 bahagian. Contoh gambar bawah ni..aku terbeli biskut yang dalam peket-peket, kenelah bukak satu-satu..lain kali beli yang tak de peket-peket camni ok...



2. Panaskan periuk. api kene paling perlahan...
3. Masukkan butter. Kacau sampai dia cair.
4. Baru masukkan susu setengah tin, asen vanilla satu sudu teh dan milo satu bungkus tu habiskan je.
5. Kacau laju-laju sampai diorang sebati..ehh...diorang?bantai jelah...hihi...
6. Dah sebati, tunggulah sampai bahan-bahan tu masak maksudnya dah ada meletup sikit-sikit tu tutuplah api
7. Kemudian masukkanlah biskut marie tadi tu dan kacau kasi sebati
8. Masukkan jugak badam yang ditumbuk sikit. jangan masuk seketul-seketul pulak
9. Bila dah sebati tunggu kejap dalam 2-5 minit sebelum masuk dalam bekas @ loyang supaya biskut tu lembut sikit..tapi jangan lama sangat...

    ( step 2 hingga 8 tak ada gambar sebab kene cepat kacau.hihi)

10. Masukkan dalam bekas dan tekan-tekan kasi dia padat dalam tu. Disebabkan rumah aku tak ada loyang, maka bekas tupperware pun jadiklah..hihihi


11. Kemudian taburkan coklat rice ikut banyak yang anda nak. Maaflah kekemasan agak berterabur disitu.hihihi...


Dah siap dah...tunggu kejap biar dia sejut sikit barulah masuk dalam peti ais...dalam 2 jam bolehlah potong dan makan....


Inilah hasilnya...mintak maaflah aku tak sempat nak potong lawa-lawa...tapi alhamdullah hasilnya bagi aku not bad..sebab dia ada rasa rangup kacang badam tu dan ada rasa coklat yang menambahkan kesedapannya...

::::Selamat Mencuba:::

Bersama Anak Buah

Assalammualaikum

Aku memang rapat dengan anak kakak aku..semua ada 4 orang dan rasanya dalam blog aku ni pun aku banyak cerita pasal diorang...alhamdulillah diorang pun rapat sangat dengan aku. perangai masing-masing semua dah tahu..budak-budak kalau depan orang yang dia tak berapa kenal atau rapat memang diorang malu-malu..tapi cuba depan mak bapak dia dan termasuk aku sekali, masing-masing kerenah hazab sekali.hehe..nanti aku ada anak cam tulah jugak...

tapi alhamdulillah sangat anak-anak kakak aku ni tak lah senakal ada sesetengah budak-budak yang hyperactive kan. langsung tak terkawal mulut pun main lepas je..setakat ni anak buah aku semua alhamdulillah..tapi dalam kateogori terlepas sikit-sikit tu adalah..biasalah budak-budak kalau dah sekolah, pengaruh kengkawan akan terbawak-bawak jugak ke rumah..

Kengkadang bila dah lama tak balik tu, rindu dekat diorang. ini baru anak buah, belum ada anak sendiri lagi..haa camner tu.hihi....selalunya kan mesti kebetulan, bila aku rindu dekat diorang, terdetik hati tu nak kol diorang..tak lama lepas tu mesti kakak aku kol aku and gitau budak-budak nak bersembang dengan aku..diorang ni cam tau-tau je yg aku tengah teringat dekat diorang. ape orang putih kata ada instinct @ naluri...kihkihkih....

Apa-apa pun maksu sayang dekat semua anak buah maksu termasuk anak-anak abang aku yang lain..nina, risya, ajam, ajib, fikri,fahmi,lutfi,raiyan, naufal,dani, umairah dan adam....maksu sayang korang...moga korang semua jadi anak-anak yang soleh dan solehah..amin...


Kak Noor Khiriah yang comel bertudung

Assalammualaikum

Happy Monday Blues u'oall..hehe..dah lama tak update blog. Setiap kali nak update blog je mesti idea tu hilang serta merta. Maka aku hanya lah berblog walking saje melihat blog-blog para gadis-gadis, ibu-ibu yang jelita lagi menawan.hihi..

Rasanya ramai orang yang dah tahu, kak Noor Khiriah kita dah bertudung..aku pun dah tau, cuma sejak 2 menjak ni bila aku tengok dia dekat tivi rasa alahai so comel nye kakak ni pakai tudung. nampak sangat sweetnye...muka dia kan kecik, bila pakai tudung syiria tu lagi nampak kecomelannya..aku ni memang pantang nampak orang yang comel-comel cantik belaka macam tu...


gambar semua ambik dekat internet @ facebook. aku memang suka tengok wanita pakai tudung syiria macam ni..tapi tak semua jenis muka boleh masuk...kadang-kadang aku try jugak dekat diri sendiri, macam ape je.asik terkeluar-keluar je rambut ni.hihi..tapi bila tengok kak noor ni, alahai comel-comel-comel gitu.....


Nampak cam anak dara je kan..padahal dah ada 2 orang anak. Aku suka tengok lakonan kak noor, sebabnya dia sangat versetile...berlakon gila-gila pun jadi, berlakon nangis-nangis pun jadi, berlakon jadi mak tiri je aku tak pernah lagi tengok..hehe...


Kak noor bersama husband dan 2 orang anaknya..sedap je mata memandang kan..nampak bahagia and sweetnya kak noor khiriah kita ni..hehe


Kak noor, kita nak jadi adik angkat kak noor boleh tak??hehe..kita suka lah akak pakai tudung tutup cam nie..cucuk sikit pinggang tu * ops jangan melatah * hehe...alhamdulillah sekarang ramai dah artis yang berhijrah dengan berhijab...artis kan role model kepada masyarakat..apa yang mereka bawak dan sampaikan akan diikuti oleh masyarakat...


Untuk Kak Noor, moga berjaya dalam bidang seni * bukan pendidikan seni ye* bawaklah watak-watak yang best dan kelakar selalu..hihi...itu je babai....

ikhlas dari adik yang sweet lagi comel..kihkihkihkih...


:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::


;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;

Tuesday 19 March 2013

Tak Ada Idea Nak Buat Entri

Assalammualaikum

susah jugak nak jadi blogger tegar ni ye...kadang-kadang bila depan PC dia jadi blank..tak tau nak tulis apa..padahal bila tengah jalan-jalan, tengah makan, tengah baring-baring mencurah-curah idea nak tulis entry..

rasa nak mintak tolong-tolong..arggghhhh...
kan best kalau ada idea n jadi blogger yang terkenal seperti Hanis Zalikha, mahupun Fatin Liyana..love them very much ( cara penulisan )...sekarang ni suka sangat blog walking..but cukup jadi silent reader je dulu..banyak dah blog yang aku terjah..mana yang best aku akan selalu terjahhhh.....


Wednesday 13 March 2013

Mari Bersedekah

Assalamamualaikum 

Last week kot, aku pergi cucuk duit kat Bank..sekarang ni aku tengok dekat setiap depan bank banyak orang yang berdiri atau duduk sambil pegang kotak untuk derma sumbangan anak yatim dan sebagainya..diorang tau lah kan,,kalau masuk bank untuk keluar duit, bila keluar dari bank mestilah ada duit kan..xkan tak boleh nak hulur sikit kot..betul tak..

tapi kadang-kadang aku macam annoying jugak, rasa macam rimas je bila diperhatikan..sebabnya bila kita keluar je dari pintu bank tu diorang dah terpacak dan memberi salam sambil hulurkan tabung sumbangan tu..kadang-kadang aku hanya mampu tersenyum dan menjawab salam jelah...

tapi.....kadang-kadang aku kasi jugak walaupun seringgit..dan aku jenis memilih sikit nak kasi...sebabnya kadang-kadang setengah orang yang mintak derma ni, sihat tubuh badan, tak ada cacat cela dimata kasarnya boleh free-free je tadah tangan...rasanya apa salahnya dia bekerja tanpa meminta-minta macam tu. Orang lain pun penat bekerja untuk sesuap nasi.

aku selalunya akan derma pada orang-orang yang ada menjual macam jual tisu ke, kismis ke, kerepek ke..sebabnya aku rasa kesian..sekurang-kurangnya dengan menderma sedikit bolehlah membantu beban dia..

macam hari tu, aku memang nak niat derma sikit kat orang depan bank tu.memang tak baca pun dia dari mana...tup-tup dapat kismis...alhamdulillah....walaupun tak sebanyak yang aku derma sekurang-kurangnya dapat pahala dan orang yang memberi itu pun dapat ganjarannya....insyallah..

.
Baru malam tadi aku makan kismis ni, bila nampak je kotak kismis, teringat betapa nikmatnya bila kita menderma..kalau derma dengan ikhlas lagi besar pahalanya..

aku teringat pernah dulu aku pergi pasar malam..kat situ pun kan ramai jugak yang peminta sedekah..ada yang bawak anak, ada yang tangan kudung..kaki kudung...ada satu mamat tu dia jual ayam goreng...sekali peminta sedekah tu dia mengesot je sebab kaki dia dua-dua xde..bila peminta sedekah tu lalu depan gerai mamat yang jual goreng ayam tu, mamat tu dok panggil-panggil orang ' mari-mari beli ayam goreng, peha ada, kepak ada, kaki ada.......kak, nak kaki kak?' automatik aku pandang orang tu...mau terasa orang yang tak ada kaki tu kot...yelah, aku rasa orang minta derma tu pun bukan orang kita....xtaulah dia faham ke tak..huhu...

Orang kata, semakin kita banyak bersedekah, semakin banyak rezeki kita InsyaAllah...amin....


Thursday 7 March 2013

Aku Tidak Suka

aku tidak suka orang gemuk
sebab dia besar dan aku kecik dan kurus

aku tidak suka orang tinggi
sebab aku rendah dan merasa kerdil

aku tidak suka orang kaya
sebab aku miskin dan takut lupa diri

aku tidak suka orang cantik
sebab aku takut kecantikannya akan disalahgunakan

aku tidak suka orang sombong
sebab orang sombong selalu rugi

aku tidak suka orang bajet pandai
sebab bila pandai kadang-kadang dia kedekut ilmu

aku tidak suka orang menunjuk-nunjuk
sebab aku tahu dia sebenarnya sama sahaja macam orang lain

aku tidak suka orang yang fikir dia sempurna
hakikatnya aku dan dia sama-sama tiada yang sempurna.


Rainforest Race

Assalammualaikum

Ini last week punye program sekali lagi aku follow anjuran PEKA. kali ni tanam pokok dekat Air Terjun Chamang, Bentong Pahang..Satu pengalaman yang tak akan aku lupakan..

Please support and safe our Rainforest :)



 


-Love till the End-

Friday 1 March 2013

Tanggungjawab

Assalammualaikum

Semalam aku cuti sebab nak ambik BRIM2.0. alhamdulillah, dapatlah RM250. Dah kerajaan nak kasi kan, ambik jelah hehe..itu kira tanggujawab jugaklah kan..tanggungjawab dan komitmen kita bila orang nak kasi sesuatu kita berusaha untuk dapatkan. Itu yang terpaksa nak ambik cuti gak tu..duit punya pasal kikiki...

Kira aku agak lewat jugak dipanggil untuk dapat BRIM tu sebab bila tanya member-member ramai yang dah dapat..kira redha lah kalau tak dapat..tapi tup-tup abang aku kol hari Selasa tu bagitau surat dah sampai rumah...senyum lebar lah aku...hehehe..patutlah tangan kanan rasa gatal je..tapi adakala tangan kiri pun gatal jugak...emmmm...


balik rumah ambik surat tu dulu.....program tu start jam 2.00 petang tempatnya dekat D'Muara Resort Sg.Hj Dorani..kol 1.50 aku dah gerak sebab nak anta anak buah aku pergi sekolah agama dulu..pastu terus gerak gi sana..


Besar dah anak buah aku, yang ni arisya dah darjah 2. Petang semalam aku tolong dia buat kerja sekolah..ma'ai dia punya soalan punyalah susah...aku pun pening nak terangkan kat dia macam mana..lastnya aku suruh dia tanya cikgu jelah kat sekolah nanti..kikiki..yelah, dah lama tak belajar tak reti nak terangkan..bila aku ajar aku rasa aku pun tak faham ape yang aku ajar...dia lagi lah tak faham..

Dah hantar gi sekolah, terus lah gerak pergi D'Muara Resort...gi sorang je.sob sob sob..tak der member..tapi tup-tup tengah tunggu vaucher nampak member lama..hihi..ada geng duduk sebelah...selamat datang awal so, duduk depan-depan nanti cepat balik..tapi kene tunggu semua orang dapat voucher dulu..letih nak menunggu..dah lah panas terik pulak tu..tapi sabar...sebab duit punya pasal..kikiki....


Dirasmikan oleh YB.Dato' Hjh Noriah Kasnon.Dari jam 2.30 petang sampai pukul 5.00 baru start penyerahan duit bantuan tu..tak pelah, apa-apa pun, Terima kasih PM..


Lepaslah duit minyak sebulan..hehehe..so, tanggungjawab kita untuk menggunakan duit yang diberikan dengan sebaik mungkin..jangan guna duit untuk perkara yang tak elok seperti maksiat, judi dan sebagainya.Insyallah peringatan untuk diri sendiri jugak :)

Tanggungjawab seterusnya- Jangan Lupe Mengundi ye Kawan-kawan..hehehehe.....Undi adalah Rahsia...