Wednesday 27 February 2013

Edit Gambar

Assalammualaikum

aku perhatikan sekarang ni ramai orang yang dah guna telefon pandai ni..terutamanya telefon jenama SAMSUNG. Dulu biasalah, NOKIA adalah pilihan utama, kemudian SONY ERICSON. Jenama-jenama tu semua aku dah pernah cuba. and now, zaman screen touch pulak..macam-macam gadget dah keluar, IPAD lah, ipod lah, samsung, samseng termasuklah yang tiruannya pun dah banyak boleh dapat...

Kalau korang beli telefon, apa aplikasi yang korang utamakan yelah selain boleh call dan anta masej. ada orang suka dengar muzik, ada yang suka tengok video dan ada yang suka tangkap gambar. Macam aku, aku paling utama penggunaan kamera telefon tu..sebab aku pun suka gak tangkap gambar...hehehe..dan sekarang setelah aku guna SAMSUNG, walaupun hanyalah SAMSUNG W..tapi aku tetap puas hati sebab kameranya sangat best..best waa cakap lu...hehehe...ape tah lagi kalau beli SAMSUNG S II ataupun SAMSUNG NOTE...lagi best waa cakap lu....tapi apakan daya sekarang hanya mampu pakai SAMSUNG W..pun dah kira ok la jugak..kikiki....

satu lagi bila aku suka tangkap gambar aku memang suka edit-edit gambar. Sekarang kan macam-macam aplikasi/software kita boleh edit gambar..so, cuma nak kene kreatif jelah...aku pun tak kreatif mana pun..tapi suka ngada-ngada edit gambar....sekarang ni tengah kemaruk instagram bagai kan...cantik-cantik lah bila edit guna instagram...selain tu jugak aku selalu guna camera 360 pun cantik....

Ni saja-saja aku cuba nak jadi photografi tak profesional..sebab nak kasi korang tengok bila dah kita edit guna INSTAGRAM dan CAMERA360..

Gambar Original 


Instagram 


Camera360-Pink
bila edit akan warna pink je yang nampak



Camera 360- Colorful- Autumn
macam dalam potret kan 



Camera 360-sketch - Years
macam gambar zaman dulu-dulu


Ini pulak edit guna Piscart
comel kan..


kalau guna Camera 360 tu banyak sangat option yang kita boleh edit..semua nya aku edit dalam kamera..senang je, just download kat Play Store aplikasi tu semua..boring-boring boleh edit gambar sokmo..

have a nice day :)

Tuesday 19 February 2013

Kejanggalan

Assalammualaikum

Hari tu ada Dinner sempena program Anugerah Kecemerlangan Sukan KPT dekat Hotel Berjaya Times Square. Aku macam biasalah jadi urusetia bahagian hadiah dan cenderamata.Dok belakang tabir jelah. Kakak ofis aku diorang upah juru make up. Aku pun gedik-gedik nak try jugaklah.hehehe. Tak pernah kot kene make up, ingat nak tunggu time hari perkahwinan je nanti tapi macam lama lagi je. So, ada peluang ni apa salahnya..huhu..rasa gedik pulak make up2 ni sebab aku memang tak berapa biasa. Kalau make up sendiri tu pun bukanlah heavy sangat pun. lagi-lagi kalau pergi kerja just pakai bedak, eyeliner dan lipstik dah cukup. Kalau ada event pape baru pakai eye shadow ngn blusher. 

Terkebil-kebil jugaklah mata bila mak andam tu pakaikan aku bulu mata palsu.huhuhu..mau tak menangis sebab tak biasakan. kalau orang dah biasa relex je. Siap kene gelakkan lagi ngn mak andam tu.huhuhu..bila dah siap, ya ampun macam tak muka aku yang sebenar..lain bebenor. Rasa macam nak basuh muka balik.hehehe..takut orang tengok terkejut..Inilah hasilnya bila muka aku yang serba ayu di touch up * harap jangan muntah *


Lain kan. Mau tak lain bedak 10 inci kot.hehe..aku tang mata tu kurang sikitlah sebabnya mata aku sepet sangatlah..kalau boleh aku taknak mata nampak sepet..aku nak tang mata tu nampak macam mata Siti nurhaliza tu..kecik tapi comel..muahahah...sedar lah dah mata memang gitu ada hati nak mata macam Dato' Siti..baru aku sedar, kepala aku ni lonjong dan besar, tapi badan kecik.muahaha...tapi aku suka tang kening..itulah kening idaman aku..nampak cam garang sikit kan.hehehe....

Mak andam tu kata muka aku bila dah make up tu macam sorang artis tu. Dulu ada orang kata muka aku ada iras-iras Linda Hashim..cun jugak ape Linda Hashim tu.. dengar kata dah bertungan dengan Beegoo..ehh..tergosip pulak...tapi tang mana pulak samanya ye muka aku Linda Hashim tu...


Inilah Linda Hashim 

tapi bukan setakat muka Linda Hashim, kalau aku pergi mana-mana pun ada je muka yang seiras dengan aku. Mesti ada je orang tegur muka aku sama macam orang ni lah, orang tulah..memanglah dalam dunia ni akan ada 7 orang muka yang akan seiras dengan kita, tapi bila aku kira-kira dari sekolah dulu dah lebih dah 7 orang.haaa....camner tu?? 

Tapi kan Mak Andam tu kata muka seiras betul dengan sorang artis veteran ni..Veteran? mak aii...nampak tua bebenor la aku gamaknya...hehehe....tapi mungkin muka aku verses tua macam tu kot...nak tau sapa? scroll down la ape lagi...





















TARA!!!!

SAMA KE??

Inilah dia Maimon Talib. Samalah kot tang mata ngn hidung..hehehe

Monday 18 February 2013

Happy Monday

Assalammualaikum

Lunch dengan cadbury je tengahari tadi


Dimulakan dengan gambar happy-happy je.Alhamdulillah, hidup dah kembali normal seperti sedia kala. Sebab hari tu, sepanjang minggu risau dengan keadaan kakak aku masuk hospital. Dan sekarang doktor dah sahkan dia penyakit SLE. Kakak pun alhamdulillah dah semakin pulih dan bertenaga. Dah keluar hospital dah pun. Terima kasih kepada sedara mara dan kawan-kawan yang ambik berat.Kakak aku tu lah penjaga aku selepas mak dan ayah dah tak ada. dia tulah ibarat mak dan abah aku. Kalau dia tak ada, serupa lah kehilangan orang-orang yang disayangi. Tapi sekarang alhamdulilah, nyawa dia masih panjang.

Nak pergi mana-mana pun dah tak risau sangat. Dua tiga perkara dalam minggu ni membuatkan aku rasa happy, hidup ada makna. But just wanna to share dengan ucapan ALHAMDULILLAH. aku ni kalau risau sangat, mulalah berkerut-kerut kening and mulalah pening kepala. Mungkin orang yang tengok aku cool je, but dalam hati Ya Allah risau hanya tuhan yang tahu..

Salah satu yang membuatkan aku happy dapat dengar ceramah yang amat berguna dan bermanfaat dari penceramah terkenal - DR.ROBIAH KULOP HAMZAH- 



Siap peluk-peluk pegang tangan gitu macam pasangan kekasih tak? hehe.tapi memang bestlah. tapi rugi aku tak dapat nak join program sampai petang. sebab petang tu ada hal yang tak dapat nak dielakkan ;(

Apa-apa pun, semoga perjalanan hidup ini sentiasa diberkati dan kalau boleh nak yang seronok-seronok sokmo-insyallah-

Kadang-kadang..
Allah sembunyikan matahari.. 
Allah turunkan hujan dan kilat... 
kita tertanya tanya..
ke mana perginya matahari.. 
rupa-rupanya Allah berikan kita pelangi.


Wednesday 13 February 2013

Hikmat

Assalammualaikum

selalunya kalau sesuatu benda yang berlaku tanpa kesukaan, kerelaan ataupun senang kata perkara tak elok yang berlaku tu mesti orang akan kaitkan dengan hikmat...contoh ayat yang selalu kita pakai ' setiap yang berlaku itu pasti ada hikmatnya'

Senang kata, tuhan pasti akan menurunkan setiap ujian kepada hambanya tidak kiralah ujian itu senang atau susah. Dan setiap ujian itu pasti ada hikmatnya. Cuma kita sebagai manusia kadang-kadang tak sedar dan terlalu mengikut perasaan dengan setiap ujian yang Allah S.W.T berikan. 

Sebagai contoh, sesuatu perkara yang kita tidak sangka berlaku tanpa diduga..sakit datang tiba-tiba, jatuh miskin tiba-tiba dan sebagainya. Pada mulanya mungkin sukar untuk kita terima kenyataan..tetapi andai kata kita sabar, berusaha dan sentiasa berdoa kepada Allah..InysaAllah akan memberikan hikmat yang berharga buat kita.

Alhamdulillah, seandainya diri ini  sering ingat kepadaNya, nescaya setiap yang berlaku itu pasti ada hikmat dan ganjaran yang Allah akan berikan kelak. Amin..

Dan Alhamdulillah sekali lagi, hikmat yang tuhan berikan untuk ujian kali ini telah aku rasakan. Semoga ia adalah satu jalan baik dan berterusan. Peganglah sifat sabar dan ikhlas dalam setiap perkara. Insyallah, perkara yang baik Allah akan permudahkan, janji sesama manusia kita tunaikan. 


Apabila kesusahan datang menerpa diri dan kecemasan bertindih-tindih menghimpit anda ucapkanlah
la ila ha illaallah


Friday 8 February 2013

Tiada Peneman

Assalammualaikum

aku rasa penat sangat dua tiga menjak..badan ni sakit-sakit sengal-sengal. rasa dah lama sangat tak exersice.bila entah nak start bererobik dan jogging balik. harap-harap pintu hati aku akan terbuka dengan secepatnya untuk aku melakukan aktiviti tersebut. kalau tidak aktiviti aku hanya lah melepak,tengok tv dan paling syok adalah tidur..tidur pun penat tau..lagi-lagi kalau banyak tidur boleh menyebabkan badan lesu yang amat..

sebenarnya tak tau nak tulis entry apa petang jumaat ni, nak menunggu jam pukul 5.nak balik cepat.bosan tak ada kerja sangat.hehehe..*alasan*. 

aku jenis memang tak berapa sosial sangat. dan aku memang tak ada ramai kawan..aku susah nak rapat dengan orang sangat lagi-lagi yang baru aku kenal..tapi aku rasa aku ok je dengan semua orang, aku boleh tegur-tegur and be friendly dengan orang yang baru kenal..tapi is just kenal-kenal, and sembang-sembang macam tu jelah..to be so close maybe take time untuk aku..aku memang akui kawan-kawan yang maybe my best friend forever dalam dua tiga orang je..yang lain-lain just kawan kenalan..if jumpa dekat mana-mana still aku boleh tegur and sapa-sapa..but sometimes kan aku macam ada satu perasaan yang aku susah sikit nak tegur orang, actually bukan aku sombong ke apa, cuma aku macam agak malu nak tegur orang dulu sebab lagi-lagi kalau orang tu memang tak berapa nak rapat dengan aku or orang tu aku dah lama tak jumpa..aku takut dia tak cam aku..huhuhu...

sejak ada kereta sendiri ni, kebanyakan aktiviti yang aku lakukan aku prefer tu do alone...pergi kerja drive sorang-sorang, pergi kedai runcit sorang-sorang, balik kampung sorang-sorang and beli burger pun sorang-sorang..aku takut nak terlalu mengharap dengan orang sebab aku tak nak aku susah..when aku ada kaki sendiri untuk bergerak..so, tak perlulah rasanya nak menyusahkan orang lain..tak diakui jugak sometimes aku pun turut perlukan someone yang boleh bantu..tapi cuma jangan lah kita terlalu bergantung dengan bantuan orang sebab nanti sendiri akan patah kaki..so the conclusionnya aku mesti belajar BERDIKARI..

Dan sejak kecik pun aku rasa aku dah belajar berdikari..hidup without parents, pergi sekolah kayuh basikal,kurang kasih sayang ibu dan ayah dan menumpang kasih orang sekeliling..when masuk sekolah menengah alhamdulilah rezeki itu sentiasa ada. dapat sekolah asrama penuh..kat situlah hidup aku macam terjamin sikit..walaupun i is nothing but aku tak pernah terasa..orang disekeliling like cikgu and friends is satu kenangan yang terindah buat aku..for the 5 years banyak belajar menjadi dewasa, belajar agama. aku patutnya sangat bersyukur dengan perjalanan hidup ini-alhamdulillah-tq allah-

and now, 
walaupun kadang-kadang aku rasa hidup aku ni terlalu membosankan, hidup ini sunyi, hidup ini tidak bermakna tapi kita perlu ingat bahawa Allah S.W.T ada menemani kita sentiasa. Kita sendiri yang menjadikan hidup kita itu tidak bermakna walhal sepatutnya kita sendiri yang mengindahkan kehidupan kita. bila terimbas kenangan-kenangan masa lalu..walaupun kenangan itu pahit pasti membuatkan kita tersenyum dan merindui kenangan tu betul tak?


Salam Jumaat

Bismillahhirrahmanirrahim

Assalammualaikum
Jumaat Itu Indah dan penuh barakah :) Mari kita amalkan sunah-sunah yang dibawa oleh rasul allah ..




Tuesday 5 February 2013

Mengidamkan wajah cantik,bersih dan berseri

Assalammualaikum

sebagai wanita mesti nak kelihatan cantik, comel, berseri-seri terutama bila berhadapan dengan orang. dan semestinya paling utama untuk kita kelihatan cantik adalah melihat mukanya. Dulu, zaman belajar memang tak ambik peduli sangat tentang kecantikan kulit wajah ni..sejak bekerja ni, baru nak jaga kulit..umur dah 24 tahun baru start buat penjagaan kulit sebaiknya..

aku paling suka tengok muka orang yang cantik-cantik ni..jeles tau..tapi bukanlah yang jenis make up tebal-tebal sampai 4 inci tu..aku suka yang natural face..sedap je mata memandang..muka yang bersih tanpa ada secalit parut jerawat pun...memang kagum tengok wanita atau lelaki yang punyai kulit wajah yang cantik macam tu...

Ini antara artis-artis / blogger yang aku kagum and suka sangat tengok muka diaorang..

LISA SURIHANI

suka sangat tengok muka dia yang putih, bersih. kalau tengok dia berlakon jeles tengok kulit wajah dia..itu yang terpengaruh beli produk Garnier tu..sebab teringin nak dapat kulit cantik macam Lisa.hehehe


MARIA ELENA

Sapa tak kenal top blogger ni. dah lah cantik,tinggi dan bekerjaya lagi..ape lagi yang kurang? rasa terlalu perfect..better tak perlu make up tebal-tebal. natural beauty macam ni lebih cantik sangat :) suka sangat tengok..



SONG JI HYO

Kalau layan Running Man mesti kenal awek cun ni..suka sangat muka dia..tak kusam, bersih,putih walaupun tak make up..taulah dalam Running Man tu kene lari-lari, muka dia still cun je berkilat-kilat. jeles lagi sekali....


BUNGA CINTA LESTARI

sekarang balik kerja je, sebelum cerita Upin Ipin mesti layan Bayu Cinta Luna dekat TV9. Kagumnya dengan kulit diorang..cantik bangat..dah lah putih, pink2 lagi pipi tu..kalau zoom pun, taulah original make up or bukan...apelah rahsianya kan...kuat makan jamu kot diorang ni..hehehe...

Diorang ni membuatkan aku JELES kali ke - 100..hehehe