Wednesday 30 January 2013

Get Well Soon :)

Assalammualaikum


Mudahan kakak aku sentiasa kuat semangat dan cepat sembuh dari penyakitnya..sekarang ni doktor klasifikasikan penyakit kakak aku adalah Systemic  Lupus Erythematosus ( SLE). aku search info penyakit ni kat google..

Systemic Lupus Erythematosus (SLE)

SLE ialah sejenis penyakit kronik yang berlaku akibat kecelaruan sistem ketahanan tubuh atau rangkaian sel dan organ yang bertindak melindungi tubuh daripada serangan benda asing.  Sistem ketahanan tubuh akan menghasilkan antibodi apabila ianya mengesan organisma yang memasuki tubuh dan antibodi ini bertindak mempertahankan tubuh daripada serangan jangkitan organisma itu.  Bagi pesakit SLE, antibodi yang terhasil menyerang sel-sel tubuh sendiri.  Mana-mana organ di dalam tubuh pesakit boleh mendapat serangan dengan menunjukkan gejala yang berbeza-beza.

Punca sebenar penyakit ini belum dapat dipastikan tetapi kemungkinan besar mempunyai kaitan rapat dengan gabungan pelbagai faktor seperti genetik, hormon, sistem imun badan dan persekitaran seperti virus Ebstein Barr. 
Di antara gejala-gejala SLE ialah :
  • Sakit sendi atau bengkak sendi/arthritis.
  • Rasa lesu 50 peratus.
  • Demam yang tidak tentu.
  • Pecah-pecah mulut
  • Masalah kulit
  • Buah pinggang.
  • Sistem saraf
  • Gugur rambut.
  • Tompok-tompok merah atau ruam merah berbentuk kupu-kupu pada bahagian muka.
  • Kiraan darah putih yang rendah
  • Kiraan platelet rendah
  • Sawan
  • Gangguan urat saraf.
bila aku tengok gejala-gejala tu, memang semua ada berlaku kat kakak aku..so, kene sentiasa berfikiran positif :)

Di antara Kaedah Rawatan Penyakit SLE ialah :
  • Menentukan keaktifan penyakit SLE dan penglibatan organ-organ.
Keaktifan penyakit merujuk kepada keradangan organ-organ yang terlibat dan darjah kerosakan organ pula merujuk kepada indeks kerosakan sesuatu organ itu.  Keaktifan penyakit diukur melalui sejarah klinikal, pemeriksaan pesakit secara teliti, ujian spesifik organ-organ dan serologi.
  • Pengubahsuaian gaya hidup.
Diet yang sesuai bergantung kepada ciri-ciri SLE yang dialami pesakit.  Mereka yang mempunyai SLE aktif memerlukan kalori yang bertambah.  Rawatan steroid menambahkan selera makan pesakit SLE.  Justeru, kebanyakan pesakit mempunyai berat badan yang berlebihan.  Sementara itu peningkatan paras lemak berlaku pada pesakit yang mempunyai hefrotik atau yang diberi rawatan steroid.  Oleh itu, mereka perlu mengawal pemakanan melalui pengambilan diet rendah lemak.  Rawatan menggunakan ubat statin boleh diberikan jika paras kolesterol masih tinggi selepas pengawalan diet.  Pesakit SLE tidak perlu mengambil vitamin kecuali jika mereka kurang selera makan.  Kebanyakan pesakit SLE juga mempunyai paras vitamin D aktif rendah manakala pesakit yang menerima steroid perlu diberikan kalsium, vitamin D dan bisfosfonats untuk meminimumkan kehilangan tulang.
  • Senaman
Kekurangan aktiviti badan semasa berlakunya peringkat aktif menyebabkan kehilangan otot-otot badan dan pengurangan stamina.  Oleh itu, seseorang pesakit digalakkan menjalani senaman secara berperingkat-peringkat.
  • Merokok boleh meningkatkan risiko SLE.  Perokok juga mempunyai keaktifan SLE yang tinggi.
  • Elakkan tekanan kerana ianya boleh menyebabkan SLE menjadi aktif.  Perlu sentiasa berfikiran positif.
  • Perlindungan kulit seperti menggunakan perlindungan matahari SPF sekurang-kurangnya 45.  Pesakit digalakkan memakai payung, topi atau baju lengan panjang.
 Sumber maklumat : Mingguan Malaysia, 26 Jun 2005
 
ini adalah maklumat yang aku dapat dalam internet..insyallah kakak aku boleh sembuh seperti sedia kala andai dia sentiasa kuat dan ikut apa yang doktor sarankan..

kehidupan aku pun alhamdulillah dah kembali normal, kat rumah air dah ada balik. so, boleh lah aku mengemas,membasuh dan memasak ..kalau tak seminggu dua ni memang tak terurus hanya disebabkan tak ada air.huhu..malam tadi kemas-kemas bilik bersepah belon-belon anak buah aku tinggalkan..hermmm rindu betul dekat diorang :(


so, aku kemas-kemas, ikat and satukan belon-belon tu dan gantung dekat atas tu..hihii..kalau tak asik tersepak-sepak je atas lantai....alamak rindunye kat diorang....

 

Tuesday 29 January 2013

Dugaan Itu Mengajar Kita Sabar

Assalammualaikum

hello and hai, lama kan cuti. aku start cuti hari tu dari hari Khamis sampai lah hari Isnin. Tapi cuti kali ni digunakan sebaik mungkin. setiap jam adalah sangat berharga. selalu kalau cuti boleh lepak relax2 tengok tv, makan ikut suka hati.Tido lagilah ikut time je kalau baring-baring terus terlelap.  tapi cuti kali ini masa yang digunakan adalah sangat pax..senang cakap bizi lah sebab aku jadi mummy yang bizi minggu tadi.hehehe..

Hari khamis pagi rushing pergi hospital tengok kakak aku, alhamdulilah dia semakin kuat. Insyalah dia boleh sembuh seperti sediakala. i love u kak :).pastu petang gerak balik kampung.yuuhoo...ambik anak buah risha ngan nina kat umah nenek angkat diorang, tapi sebelum tu singgah beli kek hari jadi untuk arisha sebab kakak aku mintak belikan and sambut lah sikit untuk befday anak dia sorang tu. aku no problem :). pas ambik budak dua orang tu, rushing pulak gi umah makcik diorang nak ambik si ajam and ajib pulak..rindu betul maksu kat diorang ni....

risha yang baju hijau-8 Tahun

potong kek kat umah acik ita diorang..potong kek je, selamat sedap keknye..alhamdulilah :) janji happy budak-budak tu.pastu dalam kol 9 rushing terus balik rumah..bawaklah anak2 cinonet balik rumah..dahlah rumah lama tak ada orang..rasa cam scary jugaklah..tapi buat bodoh je..kalau sorang-sorang balik memang agak takut jugaklah..

kat rumah- sibuk kucing tu gesel-gesel kat kaki aku..rindulah tu..eh..aku tak korek bontot kucing tu tau...hahaha..

pastu esoknya hari sabtu bersiap-siap pulak nak angkut anak-anak cinonet balik Bangi umah aku pulak. tapi sebelum tu singgah beli barang-barang, kudapan sebab nak kasi diorang makan kenyang2..dalam kereta nanti kelaparan sian pulak. so, singgah tesco kuala selangor..berderet je budak-budak ni ikut aku..orang tengok mesti musykil samada aku ni mak diorang ke, sama kecik je..hehehe..



sebelum teruskan perjalanan kenyangkan perut dulu...order nasi goreng kampung 2 share ramai-ramai..budak-budak pekene milo ais..pastu dah habis makan kita teruskan perjalanan..tapi singgah dulu kat hospital selayang tengok mama diorang..tapi kat situ budak-budak bawah 12 tahun tak dibenarkan naik atas.so,diorang dok kt lobi jelah..telefon ayah diorang turun..sonok budak-budak tu dapat jumpa ayah diorang..tapi sedih diorang tak dapat mama diorang padahal dalam kereta asik sebut nak jumpa mama je..

satel, jumpa ayah diorang balik bangi..malam tu terbongkang tidur kepenatan..tapi tragedi malam tu pulak paip sinki kat umah aku patah..bengang betul..dah lah air kat dalam bilik air tak ada..memang spoil la mood. ape kene entah aku pun tak tau, rumah orang lain ada pulak air..esok pagi-pagi bawak budak-budak mandi kolam kat presint 9 putrajaya..korang mandi lah kat situ, dengan aku-aku sekali berenang kat situ...

lepas mandi rushing bawak diorang lagi pergi Hospital Selayang balik sebab kakak aku kirim kuih donut dengan air bali..tapi budak-budak still tak jumpa mama diorang lagi..:(

 balik rumah bangi pulak lepas tu, petang pulak budak-budak sibuk nak main kat taman, aku pun bawaklah kat taman bawah rumah aku tu..mainlah korang puas-puas.sayu pulak tengok diorang tanpa mak dan ayah..ini semua dugaaan allah...selamat budak-bduak ini tak banyak feel, senang sangat nak jaga diorang..gaduh-gaduh, majuk-majuk sikit tu biasalah kan..

style masing-masing main buaian

petang tu, kat taman arisha jatuh bila dia dok main kat tempat gayut-gayut tu..berderau darah aku. aku tak nampak dia jatuh macamana sebab aku tengah dok main badminton dengan nina, bila aku dengar kedegang bunyik jatuh terus aku toleh, tengok-tengok dia dah lari kat arah aku sambil pegang dada..terus aku peluk dia dan angkat dia..dia dah macam sesak nafas..aku peluk dia kuat-kuat, urut dada dia and suruh nafas perlahan-lahan,,baru dia ok sikit...ingat nak bawak dia pergi klinik..tapi tengok dia macam ok..xpelah...malam tu urut-urut dada, belakang badan, perut..dia kata pening..aku kasi ubat demam..ya allah, risau jugak ni, dah lah aku tak bawak dia pergi klinik..harap-harap ok..nanti nenek angkat dia bawak pergi urut insyallah..

esoknya ahad, bersiap pulak nak angkut diorang balik kampung balik tidur semalam kt rumah kampung, sebab isnin cuti..isnin boleh rehat-rehat..tak lah kelam kabut nanti...balik tu, singgah lagi hospital nak jumpa mama diorang. kali ni, diorang dapat jumpa mama diorang..abang ipar aku tolak guna kerusi roda bawak turun bawah naik lif..dapatlah jumpa diorang sekejap dekat lobi...alhamdulillah..sebak rasanya :( 


azib tengah tunggu mama diorang turun masa ni :)

pastu rushing balik kampung...singgah makan kat sekinchan bersama *paksu..hehehe...balik rumah, masing-masing terbongkang kepenatan...

hari isnin, bangun pagi-pagi basuh baju budak-budak tu, basuh baju kotor yang aku bawak dari rumah bangi sebab dah penuh bakul..satu beg plastik tu aku bawak baju kotor..hihihi...yelah, kat rumah tak ada air, tak boleh basuh baju....sedih betul..pastu kemas-kemas rumah, masak nasi and lauk untuk anakanda cinonet semua..memang sibuk sangat. macam nilah agaknya bila dah ada anak sendiri..dah ada pengalaman dah menjaga anak..memang sabar itu sangat penting...dah tak ada masa nak fikir diri sendiri, bila dah ada anak memang keutamaan diberikan kepada diorang...petang, dalam kol 3 hantar pulak diorang masing-masing dekat rumah nenek and makcik diorang..hemmm...cian sangat..kalau aku tak kerja, memang aku jaga diorang....

apa-apa pun, still teruskan berdoa agar kakak aku cepat sembuh seperti sediakala..dan hidup mereka sekeluarga kembali ceria seperti sediakala..buat sementara ni, terpaksalah diorang sabar..setiap yang berlaku pasti ada hikmatnya..insyallah...

Tuesday 22 January 2013

Hello and Hai

Assalammualaikum

tak tau nak kasi tajuk entry apa sebab dah lama rasanya tak update ;



Cerita 1

Dimulakan dengan cerita best-best je dulu. Rasa lama sangat tak update story. Atas ni bukan kembar tau..tapi gambar aku la.hehehe..nak tunjukkan tudung baru.kikiki.tudung pun nak batak kan..xpelah, sekali sekala ape salahnya..poyo nak jadi model tudung jugak.hehe..aku ngah sekarang ngah gian nak shopping guna online. senang je, tak yah pening-pening kepala sangat..bank in duit, tunggu dalam beberapa hari boleh dapat. tapi adalah kebaikan and keburukan kalau membeli online ni kan. Tudung aku pakai kat atas ni aku beli kat Zurin Creative. Promote sikit facebook dia.hehehe..Insyallah kalau ok pas ni aku burung borong banyak sikit..bolehlah pilih macam-macam color lagi yang ada..

Cerita 2

Masalah air yang melanda. Aku tak taulah kenapa rumah aku kat dapur je ada air. kat bilik mandi langsung tak ada air. mungkin sebab kat bilik air tu dia guna tangki air kot. so, tangki tu dah tak ada air and mengambil masa untuk air naik lambat. buat masa sekarang ni terpaksalah tiap kali nak mandi angkut baldi tadah air kat sinki dapur pastu angkut kat bilik air. 2 3 kali jugaklah kene angkut nak penuhkan besen dalam bilik air tu. mau patah tulang aku. 



nampak air kat dapur tu ok tak ada masalah. laju lagi tu. tapi tulah terpaksalah ulang-ulang angkat air.selamat aku sorang. kalau ada anak-anak mau patah riuk tulang ni angkat air banyak kali. aku rasa dah nak masuk seminggu kot problem air ni. taulah, baju dah seminggu tak basuh. semalam, konon rajin sangat nak basuh baju jugak..bukan nak tapi terpaksa sebenarnya..basuh jugak baju guna mesin basuh..so, angkatlah air berbaldi-baldi dalam mesin basuh...



 Nampak tak kesungguhan tu, sebab baju kotor dah penuh. aku tak sanggup lagi nak biarkan dia melimpah-limpah berkepam-kepam tak basuh. So, kene rajin jugak bukan basuh guna tangan pun, still lagi guna mesin. kalau orang dulu-dulu mana ada mesin-mesin ni, semua guna tangan kot. manusia sekarang ni je, dah senang sangat-sangat..kemudahan dah banyak itupun still lagi malas..bila time macam tak ada air ni kita merungut-rungut padahal Allah hanya uji kita sedikit saje dan mintak kita berusaha sikit je..betul tak.....

hari ni, badan-badan dah mula sakit-sakit.lenguh-lenguh..boleh taugh badan aku kalau angkut air tiap hari. tak pe, petang ni nak join erobik untuk tambah kekuatan.hehehe. sesiapa area bangi turun lah join erobik kat stadium UKM setiap hari Isnin, Selasa dan Jumaat tiap petang jam 5.30..*promote lagi*

Itu jelah.babai...



Wednesday 16 January 2013

Air Oh Air

Assalammualaikum

Half sleep

Pagi ni, pertama kali mandi dekat ofis..air tak ada air.huhuhu..semalam balik kerja tengok air dah tak keluar.Kat dapur ada air tapi airnye tersangatlah kotor..tak lama lepas tu air kat bilik air ada keluar sikit tapi warna dan baunya macam bau longkang..memang tak mandi lah malam tadi..huhu..tapi tak ape, aku still wangi je ye..

so, decide kalau bangun pagi ni air tak ada jugak terpaksalah mandi kat ofis..bangun pagi tadi terus bukak paip..memang tak ada air keluar langsung. tapi kalau ada air tapi warnanya macam air longkang aku tak nak mandi pun. so, pakai tshirt je, siap-siap bawak baju yang nak pakai kat ofis and terus keluar start kereta..broom2 sampai ofis and mandiii.......yuhuu...

harap-harap adalah air hari ini kat rumah..time macam ni lah betapa sedarnya kepentingan air...bila ada air tak reti nak berjimat..suka membazir..huhuhu...


Tuesday 8 January 2013

Sebak

Bismillahirrahmanirrahim

Baru beberapa baris ayat surat Yassin aku bacakan..tiba-tiba sebak terasa. dari nada suara yang kuat makin lama makin tidak boleh terkeluar..sebak terlalu sebak..air mata dengan laju mengalir seperti air terjun. 

Suara sudah tersekat-sekat kerana tangisan sehingga tersedu sedan. cuba untuk kuat dan tidak melayan perasaan. tetapi tidak berjaya..sehingga aku berhenti sebentar mengaji...marahku 'kenapa dengan aku ni, kenapa sedih sangat ni?'. cuba menarik nafas sedalam-dalamnya..teruskan mengaji semula tetapi dengan suara yang tersekat di kerongkong..terlalu sebak. ayat-ayat yang ku baca hanya boleh didengari di dalam hati.


Monday 7 January 2013

Tiada sambutan

Assalammualaikum

aku lahir pada 06 Januari 1989. So, semalam adalah hari jadi aku. Terima kasih mak. tanpa mak melahirkan aku tak adalah aku sampai sekarang. Tapi my mum dah tak ada :( - alfatihah

aku tak pernah sambut hari jadi pun. Tapi tahun lepas ke 2 tahun lepas, pertama kalinya my housemate sambut birthday. seronok sangat dapat housemate macam tu..and setiap orang kitorang akan celebrate birthday. rindu pulak dengan kaklia, kaknisa,kakfarah dan zira. Time macam tulah merapatkan lagi hubungan kitorang sesama sendiri. tapi now, dah berpisah sebabnya masing-masing dah punya hidup masing-masing. dah berkeluarga. dan aku sekarang dengan housemate yang masih baru.

sambutan 2 tahun lalu bersama k.nisa dan k.lia -rindu mereka :)


seriously, masa kecik-kecik jaranglah sambut befday2 ni. pernah la kot tapi tak lah semeriah macam orang lain. no hadiah-hadiah. mungkin cuma makan2 and potong kek. tapi aku teringat masa sekolah rendah dulu aku suka pergi sambutan hari jadi kawan-kawan. seronok dapat makan kek. yang tak boleh tahan, aku dulu mana mampu nak beli hadiah untuk kawan-kawan. tapi teringin nak kasi jugak hadiah untuk kawan. so, jalan penyelesaiannya aku boleh pergi cari barang-barang yang aku rasa tak terpakai kat umah tu, contohnya tudung kakak aku, dan kebanyakannya aku suka balut goodies kawin untuk tempat telur tu. kan cantik-cantik so, aku ambik and balut. pastu siaplah kene marah dengan kakak aku.huhuhu...kalau mampu sikit aku gilah kedai beli alat tulis cam pensil ataupun buku tulis. cian kan..tak mampu nak beli hadiah hari jadi yang cantik-cantik...tapi bila dah besar ni aku rasa teruknya perangai lagi-lagi tang ambik tudung kakak aku kasi hadiah kat orang.huhu..dulu sambutan hari guru pun, aku ambik tudung akak aku buat kasi hadiah untuk cikgu aku...muahahah....

untuk tahun ini tiada sambutan pun. and tak mengharap pape pun. yang ada cuma ucapan terutama di Facebook pun dah cukup aku hargai. lagipun, hati ini masih lagi risau dengan keadaan kakak aku yang masuk kat ICU. dah seminggu lebih dah dia bernafas guna bantuan oksigen. baru tadi abang ipar aku bagitau, doktor kemungkinan akan tebuk leher  untuk guna tiub pernafasan. heeemmm..tak taulah nak cakap macam mana...kadang-kadang terfikir baik tak payah lah bawak hospital sebab tak sanggup nak tengok keadaan dia cam tu..selagi tak jumpa penyakitnya selagi tu akan dibuat kajian..mudahan-mudahan ada keajaiban. sihatlah hendaknya kakak aku sorang ni..Ya Allah....

pejam celik umur dah tua bangka..hehehe...24 tahun kot..macam cepatnya masa berlalu...so, semakin meningkat usia ini semoga aku menjadi orang yang lebih matang..menjadi orang yang berjaya dan berguna. Semoga hari-hari yang dilalui menjadi lebih baik dari hari-hari semalam. Insyallah...



Friday 4 January 2013

Cepat Sembuh

Assalammualaikum

Still lagi risau dengan keadaan kakak aku. Mudah-mudahan dia kuat semangat dan cepat sembuh daripada penyakit yang dihadapinya. Yang paling menyedihkan fikirkan tentang anak-anak dia. Sekarang ni 2 orang sekolah rendah terpaksa tinggal dekat nenek angkat budak-budak tu. Dia yang akan uruskan dan anta pergi balik ke sekolah. Yang dua lagi pulak tinggal dengan makcik dia dekat kampung adik ayah diaorang. Kalau lah aku tak kerja, memang aku bawak diorang duduk dengan aku..sedih sangat..


Rindu dengan budak Ini :(


Hujan lebat sangat sekarang ni..berdoa ketika hujan lebat salah satu doa yang mustajab. 




اَللَّهُمَّ صَيِّبًا نَافِعً



Allahumma Shoyyiban Na’fian 


"Ya Allah turunkanlah hujan yang bermanfaat (HR. Bukhari)



Berdoalah ketika hujan kerana waktu itu doa mustajab:


“Dua doa yang tidak pernah ditolak ; doa ketika waktu adzan dan doa ketika 

waktu hujan”. 


(HR. Hakim/dishahihkan oleh Adz-Dzahabi ).
ا

Thursday 3 January 2013

DUGAAN

Assalammualaikum


Kuat kan semangat 

Pejam celik pejam celik dah masuk tahun 2013..Masa malam new year tu, aku dekat rumah kampung. memang tak ingat dah new year ke apa..Bila dengar bunyi bunga api barulah ingat rupanya dah 1 Januari dah..Ya Allah, cepat betul masa berlalu..disebabkan akhir tahun ni, ada berita yang sangat menyedihkan jadi dekat family aku sebab tu aku dah lupa hari dan tarikh..

Hidup ini biasalah ada pasang surut..Dugaan yang Allah bagi pun kita jangan perlekehkan. Pasti ada sebab dan hikmat disebaliknya. Dugaan di akhir tahun ni satu-satunya kakak kandung yang aku ada masuk ICU dekat Hospital Selayang. Ini adalah satu dugaan yang berat untuk aku hadapi dan terima..

Semoga kakak aku cepat sembuh dari penyakitnya dan berikanlah dia kekuatan menghadapi dugaan ini..Kuatkanlah semangat buat abang ipar aku jugak..

Ya Allah, hanya tempatmu aku meminta pertolongan dan hanya padamu aku berserah.. :(

Apa-apa pun, selamat datang 2013. Semoga tahun ini memberikan aku lebih kekuatan dalam mengharungi segala dugaan yang mendatang.