Wednesday 19 December 2012

Mimpi Harimau

Assalammualaikum

malam tadi aku mimpi..tapi bila dah siang hari ni aku dah tak berapa nak ingat sangat mimpi tu. tapi yang aku ingat pasal harimau..aku selalu mimpi tempat kejadian mimpi tu mesti dekat rumah kat kampung aku. tak tau kenapa. malam tadi pun mimpi tempatnya kat rumah kt kampung aku. 

mimpinya macam ni, aku dengan housemate aku dua orang duduk kat rumah kampung aku tu. kitorang diibaratkan tinggal dekat situ. housmate aku sorang tu, dia bawak anak buah dia kot. budak kecik dalam 4 tahun cam tulah..lepastu diaorang pergi turun bawah nak pergi kat kereta..entah macam mana, dekat halaman rumah ( batas) jalan raya depan rumah aku tu, ada orang kampung jerit harimau-harimau...masa tu, aku yang tengah duduk dekat beranda rumah nampak harimau tu lalu kat jalan depan rumah aku tu. pastu elok je dia masuk halaman rumah aku. apa lagi laju-laju aku masuk dalam rumah tutup pintu..yang kawan aku dengan anak buah dia pun tak sempat lari..aku dah menjerit-jerit suruh dia naik atas. tapi tak sempat, aku nak kunci pintu, tapi aku risau kawan aku tu nanti nak masuk lari...aku intai lah kt tingkap...pastu aku tengok harimau tu dah panjat tangga kat beranda rumah aku....masa tu aku rasa kawan aku dah kene baham dengan harimau...sedih sangat time tu...aku intai lagi kat pintu tengok harimau tu dah turun...pastu aku teringat yang pintu dapur terbukak dan tak kunci...terus aku berlari....

pastu aku tak ingat dah apa jadi mimpi seterusnya..mungkin aku terjaga...aku ngah batuk sekarang ni, tidur pun tak lena..budak housemate aku pulak keluar malam tadi kol 3 4 pagi baru balik..pastu diorang sembang punyalah kuat, gelak terkekek2....tak concentrate nak tidur dah...bangun, minum air masak  pastu sapu minyak kat tekak ni sebab tekak ni gatal sangat..kalau boleh telan minyak tu dah lama aku telan....

tadi, aku saje-saje search maksud mimpi kalau jumpa/dikejar harimau. adalah yang mengatakan "Jika anda bermimpi melihat harimau bertanda peringatan untuk anda agar jangan sangsi dan bimbang, ada kemajuan selama anda dalam mengajukan lamaran kerja. Tapi bila mimpi diburu harimau, bertanda ada orang yang berniat jahat kepada anda."

tapi mimpi tu permainan tidur, aku taklah percaya sangat pun...tapi kalau betul apa tafsiran mimpi tu katakan, aku mohon perlindungan dari Allah S.W.T..jauhkanlah aku dan keluarga daripada perkara yang munafik dan tidak elok berlaku...amin...

Monday 17 December 2012

Prog.Khidmat Masyarakat Tanam Pokok

Assalammualaikum

12.12.12 adalah tarikh yang sangat cantik kan..so, on that day jugak adalah hari yang menyeronokkan buat aku.. i joined Program Khidmat Masyarakat untuk Tanam semula pokok bertempat di Tanah Rata Cameron Highland. Ini adalah program anjuran Pertubuhan Perlindungan Khazanah Alam ( PEKA ). So, mari kita like facebook PEKA ramai-ramai..dan follow aktiviti diorang if anda adalah seorang pencinta alam :)

From UKM, kitorang hantar penyertaan 1 bus. ada student and staff..gerak on 11hb malam dalam jam 12 tengah malam. Sampai Tanah Rata dalam jam 6.00 pagi. lambat sampai sebab lama berenti dekat Tapah. Kat dalam bus memang aku tak boleh nak tidur langsung. sampai je dekat sana, kitorang berkumpul. Ramai jugak yang join program ni termasuk persatuan-persatuan NGO, student dari UTHM dan ahli MYTV3 pun ada. ada sorang artis tu join tapi aku tak tau nama dia.Tapi selalu la nampak dia berlakon kat tv. 





Rasa semua orang tahu, kenapa cuaca kita sekarang terlalu panas dan banjir. Ini adalah disebabkan salah satunya penebangan pokok yang tidak terkawal. ekosistem bumi dah berubah dan tidak terkawal. Hutan-hutan juga sudah banyak berlakunya pembalakan secara haram. Kita kadang-kadang sedar benda tu dan tahu tapi kita tidak boleh lakukan apa-apa. So, rasanya jika kita seorang yang rasa sayang akan negara dan kehidupan kita, apa salahnya kita membantu menyumbang walaupun sedikit tenaga untuk bumi kita ini.

ok tak ayat ayat semangat aku? hehehe

sebenarnya,sebelum aku join program ni niat cuma nak jalan-jalan je. sebelum ni pernah jugak pergi Tanah Aina, Pahang. masuk hutan jugak..rasa best pulak masuk hutan..rasa tenang and mendamaikan je...tapi untuk kali ini di Tanah Rata, program penanaman semula pokok..sebelum pergi tu dah prepare glove bagai..kasut just guna sports shoes je..




pagi tu kitorang register and diberi t-shirt warna hijau sorang satu. pastu sarapan and sesi taklimat. kt atas ni adalah Pn.Sri Shariffa Sabrina Syed Akil. salah seorang orang kuat PEKA Malaysia.Resort Tanah Aina tu dia punya tau. 




macam bibik/penoreh getah/tukang kebun tak? hehehe..it's ok..aku rela je pun sebab aku pun orang kampung je ponnn...tapi pagi tu rasa tenang je, tengok dalam hutan tu rasa macam dipanggil-panggil..dengan embun pagi yang memang sejuk dan nyaman. cuaca yang mendamaikan. disebabkan tak tidur satu malam, mata pun stim je.hehehe...




sesi pembahagian kumpulan, disebabkan aku lambat gara-gara pergi toilet aku dapat group last sekali iaitu group 9. office mate semua group 1.huhuhu.. 




walaupun group last kitorang naik dulu..jungle traking la kiranya.....tetapi, group kitorang paling jauh...paling awal gerak dan paling last sampai......tanam pokok pun tak banyak, aku dapat tanam 2 pokok je..harap-harap hiduplah sampai 100 tahun lagi.








ini dah sampai puncak sebelum kitorang kene turun lereng-lereng gunung tu, memang curam and bahaya sikit sebab banyak pokok yang baru tebang. so, kalau tercucuk tu pandai-pandailah..



view dari atas gunung....i love malaysia...ini jelah hutan yang kita masih ada...





lereng-lereng bukit tulah yang akan kitorang turun dan tanam semula anak pokok..anak pokok tu semua diorang dah letak dah and dah buat lubang. kitorang just bukak plastiknya dan timbus...masa dekat atas tu rasa macam tak yakin je aku ni boleh ke nak turun. sebab memang curam sangat..tapi alhamdulillah, ada semangat mesti boleh buat kan..see all the people on green t-shirt..setiap group ambil line masing-masing..



pakcik ni pun steady je...tapi stop rehat tu biasalah kan. kalau dia pijak ranting kayu asik patah je. pastu kaki terpelesok kt tanah.hehehe....aku jalan depan dia, kadang-kadang riso je...






setelah meredah lereng-lereng bukit hampir 2 jam..sampai semula ke tempat kitorang bertaklimat tu..memang happening lah, dah lama rasa tak masuk hutan camni. baju  and kasut jangan cakap lah berlumpur habis.

the best part after tu, kitorang dijamu dengan makanan tengahari yang sedap-sedap. dan paling best ada kenduri durian dan rambutan :) durian dia semua osem-osem...






lelaki kat sebelah aku tu nama dia Raja Reza. gaya dia stylo macam artis tak.hehehe..aku gelar dia artis. dia student ukm dari indonesia..hari tu sembang-sembang dia kata dia ada masuk pertandingan menyanyi. aku dah youtube dah..boleh tahan gak suara dia nyanyi lagi faizal tahir tu..hehehe




semoga program macam ni dapat diteruskan dan mendapat sokongan dan penyertaan dari ramai orang lagi. siapa lagi yang mahu menjaga anugerah tuhan ini melainkan kita..siapa lagi yang patut kekalkan khazanah alam ini agar terus hidup hingga bila-bila melainkan kita yang hidup dan memerlukannya. 


akhir kata dari aku, mari kita LIKE Fanpage https://www.facebook.com/PEKAMALAYSIA atau tengok website pekamalaysia.org :) thanks too for share all picture :)


Wednesday 5 December 2012

6 Tahun

Assalammualaikum

pejam celik pejam celik, dah 6 tahun
kalau tanam pokok, dah besar pokok tu,
kalau buat rumah, dah siap dah rumah tu,
kalau masuk sekolah rendah, dah masuk sekolah menengah,
kalau dah kawin, mungkin dah dapat 2 anak..
hewhewhew...

itu menandakan 6 tahun bukanlah satu tempoh yang singkat
tapi sangatlah lama

6 tahun jugak..
banyak kenangan dan peristiwa yang tak akan dilupakan
banyak perkara yang dah terjadi
banyak perkara yang sudah diketahui

6 tahun...
sudah kenal luar dan dalam hati masing-masing
sudah masak dengan perangai masing-masing

walaupun malam kita mengangis, sakit hati, merajuk
tapi esok harinya kita dah ok balik
walaupun sentiasa ada salah faham,
tapi esok harinya kita tak pernah mengungkit

aku tak pernah bosan,
aku tak pernah sunyi ada kau
kerana hanya kau yang sudi menjaga dan menemani aku
hanya kau yang sudi susah senang bersama ku

semua orang milik tuhan,
semua orang berkongsi kasih dan sayang

ada masa aku takut,
ada masa aku sakit,
ada masa aku risau,
ada masa aku derita
tapi aku tahu, semua itu dugaan.semua orang akan harunginya

tak perlu berkongsi cerita dengan sesiapa,
melainkan allah yang maha mengetahui
tak perlu simpati sesiapa
kerana allah yang memberi segalanya

6 tahun
penuh sabar, penuh dugaan, penuh cabaran, penuh cacian
tapi semoga diakhiri dengan kebahagian
Mohon restu dari ilahi
Mohon restu dari keluarga
Mohon berikan aku kekuatan

Ya Allah,
andai dia memang jodoh dan takdir buatku
aku redha
kau restuilah hubungan kami, kau kuatklah iman kami,
kau berikanlah kami jalan yang terbaik
seandainya dia bukanlah milikku,
kau pisahkan dan jauhkanlah kami,
tanpa ada saling menyakiti.
Amin...