Wednesday 28 November 2012

Cuti Sekolah Bersama Maksu - Part 2

Assalammualaikum

Cerita anak buah aku untuk Part -2. Disebabkan Isnin sampai Jumaat aku kerja, kakak and anak buah aku dah bosan asik terkurung dalam rumah, so aku berjanji akan bawak diorang pergi mandi kolam dekat Putrajaya.

So, hari Sabtu hari tu pagi dalam pukul 9.00 kitorang anak beranak bersiap pergi ke Presint 9,Putrajaya nak mandi kolam. Budak-budak jelah yang mandi. aku ngan kakak tengok je. Tapi pagi tu hujan gerimis sikitlah. Tapi xpelah, aku bawak je hope nanti hujan tu berenti..firstime aku bawak diorang pergi situ, aku pun tak tau tempat tu samada kene bayar atau tak. Dekat ofis aku siap google lagi. So Sabtu tu redah je pergi sana bawak budak-budak.

Sampai je kolam renang tu aku gi tanya Pak Guard samada nak mandi kolam ni ada kene bayar ke tak sebab kalau aku google kata kene bayar RM1 untuk 2 jam bagi kanak-kanak. Tapi dekat Presint 9 tu kolam renang kanak-kanak yang kat luar tu tak payah bayar pun, mandi lah sepuas hati..



bagi aku kolam renang ni ok sangat untuk budak-budak..puas kot nak mandi..kolamnye pun besar jugak...aku memang nak planning pergi pagi sebab kalau pegi petang mesti ramai budak-budak. lagipun anak buah aku ni kalau depan orang semua jadi penakut...masing-masing nanti malu-malu. tapi kalau tak ada orang, diaorang punya aktif rasa macam nak campak dalam sungai..so, time orang tak ramai ni korang pegilah mandi puas-puas.


lama jugak diorang mandi, sampai aku pun gi basah sekali..geram dengan si kecik sekali tu, ajib. dia nak mandi tapi dia takut..aku suruh-suruh g masuk kolam tu sendiri langsung tak bergerak..tengok je dari luar abang n kakak dia mandi..ape lagi, aku bawak dia dekat ngn kolam tu pastu kasi dia duduk rendam kaki, itu pun nak nangis2 jugak..kurang keyakinan diri.hehehe..so, aku phyco la budak-budak ni supaya tak terlalu takut..slow-slow cakap dengan ajib, bawak dia main-main air supaya dia berani kalau tak nanti dia akan terus takut and tak ada keyakinan diri..anak-anak orang lain tu aku tengok selamba badak je mandi, ganas-ganas lagi tu...so, aku nak anak-anak buah aku pun aktif tapi bukanlah ganas..cuma nak biasakan diri diorang dengan sesuatu yang baru dan tidak menjadi terlalu lemah.

bila dah dalam pukul 11 lebih tu hujan pun dah tak turun, orang pun dah makin ramai. anak-anak buah aku pun dah jadi slow..sebab diorang akan jadi pasif bila ada orang lain..


Nampak tak masing-masing dah duduk tepi je tengok gelagat orang..dah tak nak mandi dah..pastu aku jerit jom balik..diorang pun kata ok, jom balik..tanya diorang puas tak mandi? selamat diorang kata puas. mana taknye dari kol 930 sampai 11.. kalau tak puas jugak meh maksu rendam dalam kolam tu.hehehe..


Disebabkan kepenatan berenang kupu-kupu agaknya...tertidurlah budak ni dalam kereta..meh maksu snap gambar kamu...hehehe...



pastu petang pulak dalam pukul 5 aku bawak diorang pergi Tasik Cempaka, Bandar baru bangi..petang-petang memang ramai orang riadah kat situ, memang meriah...


suruh budak-budak ni bawak raket, boleh main badminton kat sana..aku ngan kakak aku duduk je tepi tengok diorang..

ini budak sangat pemalu dan sangatlah kuat merajuk..

dalam nak dekat pukul 7.00 malam kitorang gerak pergi Warta. nak cari barang sikit. lepas tu budak-budak ni tak habis-habis ajak makan McD. Ikutkah hati aku tak nak sebab nak boikot McD ni tapi budak-budak ni semua teringin nak makan McD. aku ikutkan jelah..singgahlah McD kejap untuk makan malam. 


orang ramai boikot McD sekarang . masa aku pergi memang tak ada orang. ada pun sorang dua je. belikan budak-budak ni Happy meal. biar diorang happy sikit. kitorang makan kat situ je. naik tingkat atas langsung tak ada orang..hanya kitorang je yang ada..huhuhu


dah habis makan suruh budak-budak ni main dulu. pastu tak lama tu, baru ada one family datang..adalah anak-anak dia pergi main sekali kt gelongsor tu..tau lah anak buah aku tu, kalau ada orang terus tak jadi main, malu-malu je..habis je makan terus kitorang balik sampai rumah around 9.30 malam.

so, next activities akan dimaklumkan kemudian. hope they're happy with me :)


'Have a nice Day'

Cuti Sekolah Bersama Maksu- Part 1

Assalammualaikum

Hampir 2 minggu kakak aku ngan anak buah lepak dekat rumah aku sekarang ni. Best3x..ada peneman di rumah dan rumah pun menjadi riuh rendah ada budak-budak..tapi tak adalah aku bawak pergi mana sebab Isnin sampai Jumaat aku kerja..diorang duduk jelah dekat rumah tu..mesti boring jugak..tapi nak buat camner, kakak aku pun bukan sihat sangat. Nak bawak jalan jauh-jauh risau dia penat nanti. So, kat rumah yang boleh aku bawak dekat-dekat jelah macam pergi taman belakang flat rumah aku tu..







aktiviti budak-budak tu kat rumah antaranya main badminton dalam rumah, main kejar-kejar, main tutup-tutup pintu, main sorok-sorok, main bukak peti ais, tengok cerita shinchan dekat laptop dan macam-macam lagilah..hehehe...cian diorang terkurung jelah dalam rumah maksu tu..kalau kat kampung diorang boleh pegi main tanah kat halaman ke, tapi kat rumah maksu terkurung jelah ye...


Hari tu aku paksa diorang tengok cerita Running Man.hahaha..tengoklah muka masing-masing boring sebab tak faham..hehehe..


Ada masa aku suruh Amanina baca al-quran..dah besar dah anak buah aku sorang ni, dah darjah 3 tahun depan dah darjah 4. Alhamdulilah, lancar je dia baca al-quran tak ada tergagap-gagap..pandai macam maksunye.hehehe


Amanina pun rajin tolong maksu masak, tapi bab potong bawang jelah. Nanti dah besar rajin-rajin masak macam mama kamu tau. Mama kamu tu pandai masak. Maksu pandai jugak, tapi kurang lah sedap..muahahaha....

Sambung entry part 2 pulak untuk aktiviti seterusnya..bye....


Tuesday 20 November 2012

Pertanyaan Budak-Budak Yang Susah Nak Jawab

Assalammualaikum

almaklumlah aku masih tak ada anak lagi...dan aku pun tak pernah ada adik..tapi aku suka lah jugak dengan budak-budak. lagipun aku ada ramai anak buah..aku paling rapat dengan anak kakak aku dekat kampung tu. kakak aku ada 4 orang anak, 2 lelaki 2 pempuan..diorang pun memang rapat dengan aku..sikit sikit maksu, sikit maksu...kalau lama aku tak balik kampung mesti diorang tanya macam-macam napa tak balik..perghh rasa dihargai kot.hehe..kalau time aku balik kampung sampai je depan rumah..mereka-merekalah yang tukang bukakkan pintu kereta aku..dah tak sabar-sabar suruh aku keluar..kadang-kadang tak sempat nak tutup enjin kereta diorang dah ketuk-ketuk tingkap kereta sambil jerit 'Maksu Maksu"..buat geram je diorang ni tau..hehehe....

tapi adakalanya ragam-ragam budak-budak biasalah..menangis, bergaduh,melalak, memekak, menjerit dan sebagainya memang tidak dapat dipisahkan...kadang-kadang membuatkan maksu geram je diorang ni tanya kat aku yang macam-macam and pelik-pelik..soalan yang tidak bernas dan membuatkan aku tension and malas nak jawab...lagi satu budak-budak memang outspoken..diorang nak tanya diorang tanya je....tak jaga hati orang yang sensitif macam aku ni..hehehe....

antara soalan yang diorang suka tanya dekat maksu adalah ;

Budak : Kenapa maksu masak tak sedap? Maksu pandai masak ke tak ?
Maksu: Pandai je 
( diorang selalu bandingkan aku masak dengan mama diorang..huhu..taulah aku xpandai masak sesedap mama diorang msk memang sedap..sedih ) 

Budak : Maksu pergi kerja pakai baju warna apa 
Maksu : Warna warni 

Budak : Maksu pernah makan ais krim tak? ( depends ape diorang tengok kt tv) 
Maksu : tak pernah

Budak : kenapa rumah maksu empat segi ( sambil buat gaya empat segi )
Maksu : tak taulah 

Budak : Kenapa awan tu warna biru
Maksu : Nanti maksu bukak buku

Budak :  Maksu dulu kelas pandai ke tak pandai ?
Maksu : of course la pandaiiiiiiii

Budak : Dulu darjah satu Maksu makan apa?
Maksu : Makan budak!!!

Pastu bila aku jawab main-main diorang pun gelak-gelak sengih2 sebab tau aku mainkan diorang.dah tu tanya soalan susah yang aku nak jawab...pening kadang nak jawab..lastnya nanti buat bodoh jelah....

Jangan marah ye Maksu..cayang Maksu...Muahhh...hehehe...


Friday 16 November 2012

Salam Awal Muharam 1434H

Assalammualaikum dan Salam Jumaat



dimulakan dengan gambar tuan punya blog...hehe.pejam celik pejam celik dah bertukar tahun..umur pun dah semakin meningkat..aku nak ucapkan Salam Muharam 1434H buat semua............

So, apa azam untuk tahun baru? azam tahun lepas dah tercapai ke belum? aku pun tak tau apa azam aku yang lepas-lepas..aku rasa aku ikut je perlajanan hidup yang aku lalui...dan sepanjang perjalanan hidup tu pasti naik turunnya roda kehidupan...ada suka, ada duka dan macam-macam peristiwa yang dilalui...

Sama jugak bakal tahun 2013 yang akan menjelma..semoga hari-hari yang dilalui akan menjadikan aku lebih matang dan lebih kuat..semoga kehidupan menjadi lebih stabil..semoga diri ini lebih beriman dan pastinya ingin memperbaiki lagi kekurangan diri terutama dalam mengerjakan ibadah kepada Allah S.W.T..insyallah...


Monday 12 November 2012

MAKAN DAN DAPAT DISKAUN KE LEGOLAND

assalammualaikum

Keropok ataupun kudapan-kudapan adalah my feveret. So, lately aku ada beli keropok Corntoz Ring yang baru tu. Memang nyummy and sedap..makan sambil mengadap tivi adalah satu nikmat yang tak mungkin kudustakan...perghhh.....


anyone yang tak pernah try this jajan boleh la pergi ke kedai runcit o econsave o tesco o kedai 1Malaysia o dimana-mana sahaja yang menjualkan makanan seperti ini. But i'm not model iklan yang buat lawak kt tivi tu ataupun Duta bagi pihak Corntoz Ringz ini okey....


Teringat masa zaman kecik-kecik bersama abang-abang bila makan keropok jenis bulat-bulat macam nie. kitorang mesti masukkan keropok tu kat jari-jari pastu makan satu per satu kat jari tu..seronok what...rasanya korang pun pernah buat kan...hehehe...

Haiii....i'm the monster


nyum-nyum


selalu kalau makan keropok kan mana ada perhatikan apa yang terkandung dekat plastik keropok tu. Dah habis baru perasan and selamat tak terbuang lagi plastik tu...belek-belek rupanya Corntoz have a discount 35% go to LEGOLAND...wut wut wut....



so, if sesiapa yang nak pegi Legoland and nak dapat diskaun 35% boleh lah pegi beli keropok Corntoz ni banyak2..


Terma dan syarat : 

1. Kemukakan baucer semasa membeli tiket harian di kaunter Tiket LEGOLAND Malaysia untuk menikmati diskaun sebanyak 35%

2. satu (1) baucar hanya sah untuk satu (1) tiket sewaktu tarikh pembelian 

3. Promosi ini tidak sah untuk diskaun, pakej dan promosi yang lain termasuk promosi My Kid. 

4. Dengan penggunaan baucer ini, anda telah memahami, bersetuju dan menerima segala syarat dan terma di www.LEGOLAND.com.my/mamee

5. Promosi tamat pada 30 APRIL 2013


So, ape lagi kalau sesiapa yang teringin nak pergi Legoland and nak diskaun 35% boleh pergi beli keropok Corntoz Ringz di pasaran sekarang!!!


Bye..

Thursday 8 November 2012

Dendam Pencinta

Assalammualaikum

sekarang tengah syok layan cerita Dendam Pencinta TV9 setiap hari Isnin dan Selasa jam 8.30 malam. Mengisahkan si Nadia Aqila yang ingin membalas dendam ngn kekasih hatinya dulu...nak tau kisah cerita tu sepenuhnya tengoklah cerita tu sendiri.kikiki...malas nak buat sinopsis sendiri...

copy paste dari sedut.org
Dendam Pencinta mengisahkan Zul (Shah Iskandar) yang suka kepada Syiela (Nadia) pada zaman kolej. Namun begitu, selepas beberapa tahun, Zul berkahwin dengan orang lain iaitu Mimi (Hanez). Setelah Zul berkahwin dengan Mimi, Syiela kembali di dalam kehidupan Zul dan menuntut cinta Zul kepadanya. Bermulalah konflik drama ini. Kalau nak tahu cerita selanjutnya, kena tonton sendiri Dendam Pencinta.





**malam tadi kenakan si dia..ouhh...mintak maaf sangat2 ye...bukan nak membalas dendam ataupun niat nak menyakitkan hati...cuma nak tau keikhlasan hati...betul-betul jujur atau tidak...

sama-sama pernah rasa sakit, sama-samalah kita tanggung..kalau tak salah buat apa nak marah kan.Jangan jadi dendam pencinta ye..takutlah...

Wednesday 7 November 2012

Housemate Oh Housemate

Assalammualaikum

Anda suka mendengar Hot Fm pagi-pagi? Aku pun suka.hahaha.pehal gelak pulak kan. Sebabnya pagi-pagi diorang suka share story yang meletup-letup. Macam-macam isu yang mereka bangkitkan. Kadang-kadang best dan yang paling penting lawak. Pagi-pagi tu kalau nak pergi kerja dalam kereta dengar lah suara si faizal, fafau ngn AG tu. buat panggilan hangitlah, top 5 yang merepek-repeklah, segmen Fifi lah tapi semua kelakar-kelakar diorang ni..gelak je kan...Fifi Sukeeee..........hehehe...

Pagi tadi story pasal Housemate Oh Housemate..semua orang mesti pernah ada housemate kan. apa itu housemate? housemate tu kawan serumah. kalau duduk asrama dipanggil roomate maksud kawan sebilik. Tak kisahlah housemate or roomate tapi yang penting pernah duduk sekali. So far sepanjang aku hidup di atas muka bumi ini macam-macam ragam yang aku hadapi bersama-sama mereka-mereka yang pernah sehousemate dengan aku. ada best, ada tak best dan macam-macam peristiwa yang berlaku..kelakar, takut, gaduh semua ada..

antara memori yang aku ingat bersama-sama housemate oh housemate sepanjang aku hidup ni ;

* pernah tengok housemate bergaduh. Dasyat oohh...satu blok dengar suara diorang sebenarnya. sampai main tarik-tarik rambut, main cakar-cakar lagi. siap aku teman member aku tu gi balai report polis. tengah malam pulak time tu..huhu...

* housemate putus tunang...nangis-nangis hentak kepala kat dinding..selamat tak berdarah....

*bersama-sama dengan housemate menyewa satu rumah yang scary....

*Housemate yang buat rumah macam hotel. keluar masuk rumah ikut suka mak bapak dia je..

* housemate yang langsung tak alert dengan housemate sendiri..aku ada kat rumah ke tak ada ke dia buat nan hado je...boring

* Housemate yang time enjoy-enjoy je ajak kita...time kite susah @ nangis apa dia kesah..

* Housemate yang cun hot lagi meletup tapi bab mengemas alahai...zero. tengok bilik lah.....

* Housemate yang lupa diri, asyik kuar ngan jantannnn je...puiiiii.....


semua nampak cam negatif je housemate-housemate aku ni kan...tapi ada jugak kenangan-kenangan yang best pasal diorang. Yang best nye time berjimba-jimba jelah kan...housemate pun kalau ngam boleh jadi best friends..tapi susah nak cari cam tu....biarlah sorang-sorang tapi tak menyusahkan dan memeningkan kepala..buat hal sendiri-sendiri sudah...janji bahagia....Housemate oh Housemate.....


Friday 2 November 2012

ALHAMDULILLAH

Assalammualaikum

alhamdulillah
syukur kepada mu Ya Allah kerana diberi rahmat kebahagiaan. Mungkin orang yang melihat ia satu penyiksaan, satu penderitaan tetapi andai niat yang baik, dengan cara yang baik Insyallah Allah akan berikan yang terbaik dan terindah buat kita.

Semua hal di dunia adalah pinjaman dan perkongsian yang dipinjam dari Allah buat kita. Kesihatan, kecantikan, kekayaan, kesenangan dan kebahagiaan. Tiada satu pun adalah hak milik mutlak hanya untuk kita seorang. Tiada apa yang perlu direbutkan kerana semua itu perlu kita kongsikan. Malahan udara yang kita bernafas sekali pun kita sama-sama rasakan. Dengan itu tiada makna untuk kita saling berebut-rebut untuk memiliki hak masing-masing. Ada perkara pasti kita terpaksa korbankan. 

Alhamdulillah,
kerana diri ini diberi kepercayaan. kerana diri ini diberi ruang untuk berkongsi kasih dan sayang. Walaupun kadang-kadang rasa seperti sangat menyakitkan tapi sebenarnya ia adalah terbaik buat kita.Segala yang ditakdirkan tuhan, segala yang berlaku pasti ada hikmat yang tersembunyi. Yang penting adalah niat kita sama ada baik atau jahat.

Terima Kasih Allah,
Kerana andai satu hari nanti tiada sesiapa menyayangi ku lagi..tapi aku percaya aku pasti ada Kamu yang menyayangiku .ALHAMDULILLAH.