Tuesday 30 October 2012

Mari Membenteras Blackhead

Assalammualaikum

Sekarang kan musim panas yang agak melampau, walaupun kerja opis duduk dalam aircond, tapi bila pergi lunch or breakfast kat luar kejap pun, berpeluh-peluh..dan mulalah hidung aku berminyak...tang hidung pulak tu yang berkilat je...huhu..bila perhatikan kt hidung tu bukan main banyak blackhead..kulit berminyak adalah disebabkan pori-pori muka kita terbukak...

bila usya-usya muka blogger yang osem macam Hanis Zalikha, Maria Elena, Fatin Liyana dan lain-lain adalah sangat jeles..rupanya diorang ni selalu menggunakan produk-produk kadang-kadang bukanlah produk mahal pun, produk muka yang aku mampu beli je pun..tapi kerajinan diorang tu menggunakan masker la, guna lotion la, sunblock la...that's why la kulit and muka diorang lawa je..jeles tau..adalah sedikit sebanyak terpengaruh..kikiki...

so, ada duit sikit laburkan lah beli produk-produk yang boleh membuatkan kita happy...muka cantik, badan sihat mestilah kita akan rasa yakin dan happy kan...

Ini pertama kali aku membenteras blackhead dekat hidung ku,,dulu aku tak pernah pun terfikir nak buat sebab aku rasa nak buat apa pun..cuci muka pakai cream pencerah dah lah kan....sama je muka macam tu jugak kan...tapi bila first time guna waaa.....rasa nak buat tiap hari..hehehe....




First time guna produk Biore...sebab muka aku memang jenis  cepat berminyak, kalau tak jaga nanti mulalah tumbuh jerawat-jerawat dekat muka...masa guna pore pack tu, aku siap google lagi macam mana nak guna..kikiki...punyalah tak reti nak pakai, padahal dia dah kasi arahan dah nak pakai macam ne kan....tapi macam tak yakin je....dah cabut stick tu lekatlah kat hidung ( macam dalam gambar tu ) selama 10-15 minit. after tu cabut pun ada caranya...kene tarik dari dua-dua hujung pelekat tu  perlahan-lahan...pastu tengoklah berapa banyak blackhead yang melekat....firstime aku tengok dengan mata kasar seriously aku tak nampak..punyalah lama aku belek-belek baru aku nampak...punyalah banyak rupanya...




aku tak puas hati aku snap gambar....baru nampak dengan jelas bila snap gambar.....geli pun ada bila tengok.hihihi...tapi puas hati lah.....sonok pulak bila blackhead tu nyah dari hidung ni....







banyakkan yang terpacak-pacak tu...hehehe...jangan geli tau...tapi best bila dah buat...rasa nak buat banyak kali.....so, marilah kita beramai-ramai membenteras blackhead di hidung masing-masing...



biar hidung tak mancung, pipi tak tersorong-sorong...muahaha...ape punya pepatah da......bye.....


Monday 29 October 2012

Dah Dapat Makan Kek

Alhamdulillah


kiri : coklat 
kanan: red velvet

Hari tu teringin sangat nak makan KEK kan...yeahhh...dah dapat rasa dah kek dari Kak eli @ kakak opis aku..dapat free. dia masak memang sedap and kalau bab kek ni memang dia terror...selalu puji dia.hehehe...rajin puji dapatlah rasa kek yang dia buat.kikikiki....thank u thank u......entah bila aku nak belajar masak ni oooiiii....



p/ s : alaaaa......tak reti nak download running man.sob sob.sob..hari tu boleh dowload HD. ni tak boleh pulak..

Pengorbanan

Assalammualaikum

Selamat Hari Raya Korban buat semua umat islam..Semoga insan-insan yang mengerjakan haji di Tanah suci mekah dapat menunaikan haji mabrur dengan selamat dan penuh keberkatan..dan semoga satu hari aku akan jejak kaki ke tanah suci..INSYALLAH...moga diberi peluang.amin..


 

cuti selama 3 hari balik la ke kampung halaman di Sg.Besar...sekarang ni tak payah tunggu time cuti raya, hari biasa tak cuti kadang-kadang aku balik pun jem inikan hari cuti perayaan..lagilah jem...so, redah jelah..nak naik helikopter tak mampu...huhu

tahun ni kampung aku pecah rekod tak ada buat korban...tak dapatlah merasa makan daging korban kali ni..huhu....apa masalah nya tak tahulah aku,,masalah politik janganlah dikaitkan dengan hal agama dan tali persaudaraan...kadang-kadang manusia ni dia berkorban untuk pengorbanan yang sia-sia je..

almaklumlah parents dah tak ada, menumpang kasih family kakak jelah...kakak aku pun sekarang tengah tak berapa nak sihat...aku sentiasa mendoakan dia sihat seperti sedia kala.amin...

hujung minggu kakak sihat sikit, so katanya teringin nak g Teluk Batik. kebetulan abg aku sorang lagi pun balik jugak kitorang pun pergi hari Sabtu tadi ke Teluk Batik. 











Budak-budak teringin nak tidur hotel @ homestay..aku gitau kakak aku kalau hari minggu last-last minute ni memang tak dapat homestay. mesti penuh punya..so, cari jelah hotel area-area situ...


sesekali keluar macam ni rasa best sangat...insyallah nanti bila-bila ada rezeki lagi maksu bawak jalan-jalan lagi ye, kita g jalan jauh-jauh sikit and cari tempat yang best-best sikit kan...apa yang penting kesihatan semua ahli keluarga je...

BERKORBAN APA SAHAJA. Insyallah.

Wednesday 24 October 2012

Herbalife- hari ke 3

Assalammualaikum



ini masa hari ke-3 aku minum shake herbalfe. masa tu hari ahad sambil layan Running man..nampak tak Kang Gary yang sepet tu. Kalau ikutkan masuk hari ni adalah hari ke -6 aku minum Herbalife. Kene minum 3 kali sehari dan makan jangan miss...memang heaven lah asik kene makan je, tapi aku ni bukan makan banyak pun..huhu...

so far aku try shake F1 Tropical Fruit mula-mula hari pertama aku minum ok lagi, second day aku rasa macam pening-pening and badan kepala semua rasa panas..tapi nak kata demam kalau demam kepala berat kalau pening kan, ini tak aku cuma rasa pening-pening mabuk tu and panas sangat dahi ni..aku fikir kurang rehat kot..hari ke3 pun still lagi panas badan and dizzy dan baru terfikir rasanya sebab effect minum shake ni. Sebabnya aku kurang minum air yang banyak..Hari Isnin aku seacrh kt internet info pasal herbalife dan memang ramai kasi pendapat pengalaman bila ambik shake kene minum air yang banyak..oooo....sekurang-kurangnya 2 liter sehari...

so setakat ini aku dah mula serasi nak minum herbalife..setiap kali pandang air tu, setiap kali itu jugak aku terbayang duit yang aku laburkan untuk beli shake ni...so, jangan membazir kene minum sampai habis..hehehe...

aku nak share setakat aku sampai ke hari ini aku try minum shake. Firstly, bila minum ni aku akan mendisiplinkan diri untuk minum air masak yang banyak sebabnya aku amatlah kurang minum air masak..selalu asik minum air sejuk dan sejuk..tiap hari mesti Teh O Ais..

second, sistem pencernaan yang bagus...bila minum air yang banyak mestilah nak terkencing kan..itu sangat bagus untuk membasuh buah pinggang kita..air kencing pun jernih je..orang kata kalau air kencing tu warna kuning maksudnya banyak toksid dalam badan..buang air besar pun senang je, dulu kalau buang air besar asik tak lawas, berulang tandas 2 kali sebab tak habis buang lagi..selalu macam tu..tension kot nak menunggu lama-lama dalam tandas tu..penat tau....

third, aku rasa perut aku dah tough bukan badan tau yang taugh tapi perut.hehehe...jangan disangka orang kurus tak boncet..sekarang ni perut aku boncet sebab suka minum ais dan minum sambil makan. Itulah kesannya...tapi mungkin orang lain tak perasan sebab badan aku kecik dan kurus..tapi aku tau apa yang terjadi dekat perut aku ye...kalau duduk tu jangan tak sangka ada jugak berlipat-lipat...itulah, dulu nak sangat gemuk kan, tapi bila dah gemuk sikit tang perut jelah...so, bila ambik shake ni aku tengok dia macam ada bentuk sikit lah..bentuk camner tu susah pulak aku nak gitau..hahaha...tapi taklah buncit macam pegnen 2 bulan pulak..karang tak pasal-pasal orang kata aku pegnen mati aku tau....satu lagi, tak mo lah kalau orang cakap badan kurus tapi buncit cam ner tu..teringin nak badan baik punyer..

So, itulah setakat ini kesan yang aku rasa..sapa-sapa yang minum herbalife share lah pengalaman dalam blog jugak..ooohh, aku minum herbalife ni untuk gain weight tau jangan ingat aku nak kurus pulak..hehehe....jangan ingat minum herbalife hanya untuk nak kuruskan badan, herbalife adalah satu produk untuk semua peringkat tak kisah nak kurus, nak gemuk mahupun ibu mengandung sekalipun boleh minum herbalife..

sebelum terlupa Selamat Hari Raya Aidiladha. yeahh..balik kampung esok..hati-hati dijalan raya semua warga Malaysia...



Friday 19 October 2012

My Herbalife-1st Day

Assalammualaikum


Hari pertama minum Shake Herbalife. Campur dengan jus oren twister..rasanya oklah..sedap jugak. Tapi aku kurang sikit kalau minum ada rasa macam susu ni. Tapi it's ok..I'll do my Best...satu minit satu teguk...sambil buat kerja...lama-lama habis lah..hehehe...apa-apa pun, hopefully our mission akan berjaya..nak berubah datangnya dari sendiri.....

Please pray for me :) 


thanks my personal wellness Coach - attiya

Wednesday 17 October 2012

Sesuai Untuk Yang Bujang + Malas

Assalammualaikum

minggu lepas aku pergi Kursus. Masa kat kursus tu duduklah dalam satu kumpulan and terperasan ada sorang kakak ni..kalau tak silap aku kakak ni dia satu blok umah dengan aku. kadang-kadang nak pergi kerja, aku perasan gak ngan kakak ni sebab dia free hair, so macam senang sikit nak kenal orang kan..pastu aku tegurlah dia tanya dia duduk mana, dan sah dia kata memang dia duduk seksyen 7. satu blok dengan aku.hehehe..kalau tak pergi kursus tu agaknya tak jumpa and tak kenal lah kakak tu. Nak harapkan aku tegur dekat parking tu memang idok la gamaknya. aku ni kan sombong..muahaha...tapi kalau tak kenal aku memang gitu, malas nak ramah-ramah bagai...tapi bila dah kenal insyallah. aku ni bukan sombong sebenarnya, cuma pemalu gitu...if orang tu jenis peramah insyallah aku pun akan ikut peramah sekali, tapi kalau jenis yang tak banyak cakap aku lagi jadi mati kutu tak tau nak sembang apa sebab aku bukan jenis banyak cakap..hehehe

2 hari kursus satu team ngan kakak tu, boleh tahan dia punya sembang..seronok jugak sebab banyak cakap..kakak-kakak yang lain satu team pun jenis suka menyembang, dah siap kitorang berdiscuss pasal kursus tu, diorang dok discuss pasal tudung fareeda, pasal ikan pekasam, ikan terubuk lah ( biasalah al-wanita kan) . Cerita pasal makanan, kakak tu bagitau aku yang dekat Seksyen tujuh tu ada satu kedai yang dia siapkan bahan masakan, contohnya kalau kita nak masak ikan masak lemak cili api, so dia akan satukan dalam pek tu semua bahan ada. Ada ikan, santan dan sebagainya. So, bila balik je ko tak payah susah-susah nak potong-potong bagai. Memang sesuai sangatlah untuk bangsa pemalas campur bujang macam aku ni...rasa terminat pulak nak beli.hehehe...yelah, aku bukan rajin sangat nak masak tiap hari, setakat perut sorang je bolehlah...kadang-kadang beli bawang pun bukan banyak..adalah dalam 10-15 ulas/biji bawang tu. itupun sampai dah kecut-kecut sebab tak masak...

So, dengan azam yang tinggi, tempoh hari aku pun pergi cari kedai yang kakak tu cakap..saje nak try test..hehehe...aku pun jenis makan simple-simple je. aku pun beli lah sayur tumis ngn ayam rempah my favourite tu...balik umah, terus masak nasi, goreng sayur and goreng ayam...wahh...senang kerja...

Sayur campur dah siap potong-potong je, basuh sikit,potong bawang sikit pastu campak je dalam kuali...

ayam rempah, ayam nye kocik je..tapi ok lah..terus goreng je...dah siap dah berperencah

Bagi yang dah berkeluarga, jenis reti masak sedap-sedap tu, tidak digakkan. Aku rasa orang lain dah tau kot pasal ni..aku je yang ketinggalan zaman..yelah, aku kan rajin masak sebab tu tak tau...muahahaha....tapi dah tau ni, sonang la keje aku, tinggal masak je...Dasar Pemalas...Tapi kalau family or mak mertua datang nanti jangan pulak dok hidang lauk segera cam ni....buat malu je....huhuhu....kene lah masak guna air tangan sendiri...

lapar lapar lapar.....oklah bye....



Monday 15 October 2012

Harapan, Doa dan Petunjuk

assalammualaikum


Kadang-kadang rasa give-up nak hidup, tapi bukanlah bermakna sampai nak bunuh diri. Cuma kadang-kadang rasa macam cabaran untuk melalui hidup masa kini makin sangat menakutkan. Rasa seperti hidup perlukan sikap hipokrit, perlukan sikap pentingkan diri sendir, perlukan sikap tidak bertanggungjawab..dan segala-gala sikap mazmumah yang sepatutnya dijauhkan.. astaqfirullahalazim....

Sebab tu, aku lebih rela untuk duduk bersendirian, berbanding berada di kelompok ramai-ramai yang sentiasa membincangkan dan mengeluarkan segala fitnah-fitnah mahupun perasaan yang kurang didengari. Terutama kaum wanita, cakap saja pergi mana, pasti ada gosip-gosip yang mahu dilemparkan, pasti ada cerita-cerita yang mahu dikorekkan. Sesungguhnya, aku kalau boleh tak nak menceritakan keburukan orang lain, sebaiknya aku mahu senyap agar tidak menjadi fitnah tetapi sedikit sebanyak juga kita mendengar dan terkeluar jugak cerita yang sepatutnya tidak boleh diucapkan.

Mendengar isu-isu semasa masa kini juga membuatkan aku takut untuk berhadapan dengan dunia luar. Kes rogol, rompak, kemalangan dan sebagainya menjadikan diri ini perlu sentiasa berwaspada dan beringat. Mintak dijauhkan perkara yang tidak diingini ini terjadi kepada orang sekeliling yang aku sayangi.

Ya Allah, berikanlah aku petunjuk agar aku dapat meningkatkan iman kepada mu. Dunia zaman kini adalah dunia akhir zaman. Banyak perkara yang pelik-pelik berlaku. Banyak harapan dan permintaan ku terhadapNya. Yang paling utama mohon berikanlah aku semangat untuk terus beriman dan bertaqwa kepadaMu. Ampunkanlah dosa-dosa aku sesungguhnya dosa inilah yang membuatkan batas-batas permintaan ku tersekat..


Roda Kehidupan

Assalammualaikum

Semua orang mengharapkan sesuatu yang baik-baik sahaja berlaku. Semua orang mengiinginkan sesuatu yang indah-indah sahaja berlaku.Semua orang  menginginkan hidup mereka sentiasa bahagia dan yang pastinya semua orang tidak inginkan rasa kesedihan, kesukaran dan kepahitan..

Tapi semua orang kene INGAT. Hidup kita didunia ini ibarat satu roda dan mempunyai banyak cabang-cabang yang merangkumi kisah kehidupan.Roda yang akan berpusing-pusing. di kala kita di atas, dan di kala kita dibawah..


Thursday 4 October 2012

Memori- PSIS

Assalammualaikum

another picture masa aku dekat politeknik Sultan Idris Shah Sabak Bernam
nampak sangat muka kanak-kanak riang masing-masing kan

geng kecik 




team niaga keusahawanan untuk konvokesyen
time ni memang paling mencabar giler
penat tak yah cakaplah
first time berniaga tapi tak reti lagi kan
tak kena caranya, macam-macam cabaran dan dugaan kitorang harungi
 



Ini pulak port tempak melepak dekat tasik PSIS
petang-petang boring lepak la situ dengan kawan-kawan
 

itu je, nanti update lagi gambar
Tata 


Wednesday 3 October 2012

our memory-2

assalammualaikum

malam tadi rajin pulak nak edit-edit gambar
so, hari ini aku harung sekali semua masuk dalam blog

gambar bawah ni masa aku kerja taska dekat Kementerian Belia dan Sukan, Putrajaya
ada gambar anak-anak yang aku jaga, gambar dengan bestfriend aku yang kerja sekali kat taska tu, gambar kitorang jalan-jalan kt putrajaya pun ada..ini adalah sebahagian je gambar sempat aku edit dalam laptop aku

dalam tahun 2007



 bawah ni pulak gambar masa aku praktikal dekat PKAYI..masa ni ada bawak budak-budak ni berbuka dekat Hotel Nikko,KL...

Tahun  2009


bawah ni pulak gambar dengan kakak angkat aku- kaksifah
masa tu ikut g umah dia balik Kedah



banyak lagi gambar-gambar dalam laptop.
nanti kalau rajin aku edit lagi
bile tengok balik gambar lama-lama
kelakar pulak
tapi itu semua kenangan yang tak perlu dilupakan


Our Memory

Assalammualaikum

jumpa lagi gambar inosen zaman politeknik
muahahaha...
gambar dok terperap dalam laptop pun nak buat apa kan
karang aku format terlupa nak save habis jugak gambar tu dah tak boleh nak tengok dah
so, abadikan lah dalam blog
at least sampai dan ada anak cucu pun still boleh tengok lagi
melainkan blog ni dah kene delete

our memory-with my Best Friend




hahaha...takut tak takut tak
see, betapa comot giler aku time tu tapi jangan salah faham, sebenarnya time tu kitorang baru lepas celebrate birthday  mengejut untuk our lecturer..apa lagi main baling-baling tepung, baling telur, baling air dan macam-macam baling lagi lah...that's why la tudung aku jadi lagu tu...nampak tak atas kepala aku tu sebab kene baling ngn tepung lah tu....


Budak Ini

malam tadi bukak laptop, tengok lah folder gambar. semua gambar lama-lama since aku belajar kat politeknik sampailah aku habis politeknik..after habis poli aku dah jarang update laptop tu dengan gambar-gambar baru..banyaklah gambar-gambar inosen aku, time aku giler kurus, time aku yang tak berapa nak cun..muahaha...sekarang dah kerja ada up sikitlah..haha..

ada satu folder gambar anak buah aku time kocek je..gelak-gelak tengok gambar dia..time tu cute je...recognize tak ini budak ??? 



 solehahnya...cemayang ye..anak sapolah ini





Ini budak sangat suka pakai telekong masa kecik-kecik
bukan telekong dia, telekong kakak dia
comel je kan..hehehe...
but the true is SHE or HE actually


the real is


 anak kakak aku yang bernama Muhamad Azam Shah Putra
bapak panjang nama dia ok.hehehe
time ni dia kecik lagi umur dalam 2 or 3 tahun kot
saje nyakat dia suh pakai telekong kakak dia
nak pulak tu...comel je macam gegirl dah jadinya

and now dia dah 5 tahun dah
masuk tadika dah
ni gambar dia yang terkini



HAI!!!!!


 
Saya ajam..umur 5 tahun
sy suka ikut ayah sy pergi surau
sy suka ikut ayah sy pergi kenduri
sy nak jadi anak yg soleh
bye !!!

I'AM A BOY


hehe, itu saja kisah anak buah aku yang sorang tu...


Monday 1 October 2012

Ada Apa Dengan Cinta

Assalammualaikum

ADA APA DENGAN CINTA ?

Cinta memerlukan kasih sayang
Cinta memerlukan pengorbanan
Cinta memerlukan Kejujuran
Cinta memerlukan Kesetiaan
Cinta memerlukan kesabaran

CINTA KEPADA SIAPA ?

Cinta kepada Allah
Cinta kepada Rasul dan Nabi
Cinta kepada Ibu
Cinta kepada Ayah
Cinta kepada keluarga
Cinta kepada rakan
Cinta sesama islam
Cinta kepada semua


mudah bukan untuk kita mencintai,  kalau hilang cinta dalam diri, hilanglah satu nikmat yang besar daripada Allah s.w.t.

andai kita inginkan rasa cinta yang sebenar, cintailah dulu Tuhan yang satu, andai kita rasa kehilangan cinta dari manusia, cinta Allah terhadap kita masih ada, jangan takut kehilangan cinta manusia, tapi takutilah cinta dari Allah yang Satu..