Monday 24 September 2012

Menu berbuka hari tu

Assalammualaikum

Ini pertama kali aku menaip entry dgn mggunakan enset@android.tp tak taulah apa jd ni karang..hari khamis hari tu kan aku posa..teringin nk berbuka hari tu so google jelah gambar..balik je kerje terus pegi mymydin beli ayam dan sebagainya sebab nak masak..

Maka terhasil lah menu yg sama aku harapkan...menu yg simple tp sedap di perut aku..di perut mak mertua belum try test lagi...

P/s; Karangan ini direka pd jumaat 21 september 2012 jam 8.15 malam.menggunakan samsung android tanpa internet.dipublishkan pada hari ini..sekian terima kasih..

Ikan Kering

ayam sambal

bubur cacar

Thursday 20 September 2012

Nak Makan Apa Ye

Assalammualaikum

ewah, banyak pulak aku taip entry hari ni. Hari ni baru start aku puasa. puasa gantilah apa lagi oi...huhuhu..sekarang azan tengah awal, so baik kita puasa time macam ni, tak delah tunggu lama-lama nanti ye dak???

planning otak aku dari malam tadi lagi kalau puasa aku planning nak masak menu ni ;



YANG PERTAMA : Ayam Masak Merah - meletup punyer pedas



YANG KEDUA : BUBUR CHA CHA 



Gambar semua adalah by google..bahan-bahan semua ada yang kene beli kat pasaraya balik ni karang. aduhai cepatlah jam lima...nak masak ni. Simple je apa yang aku makan berbuka nanti. karang kalau aku pegi pasar pulak beli juadah makanan banyak pulak yang membazirnya..

meleleh pulak aku tengok gambar makanan ni * opps jangan batal puasa nanti. Nantilah kalau aku rajin nak snap gambar apa yang aku masak, tapi tak rajin kot. aku bukan macam blogger lain yang selalu update pasal masakan diorang....sedap je aku tengok. aku masak untuk anak tekak sendiri boleh lah...nak share resepi apa yang aku masak sogan lah, eden bukan ngeti masak sangat..

by the way * poyo cakap omputeh..teringin pulak nak makan kek red velvet.....



em dap nye dap nye...tadi teringin terus mintak dekat kak eli suruh buat nanti, aku pernah order kek red velvet ni dekat dia. dia memang pandai buat kek..dapat makan lepas berbuka puasa ni kan best...

dugaannya orang yang berpuasa ni...


Kisah Cermin Ajaib

Assalammualaikum

nak tau tak yang aku ada cermin ajaib...
kalau nak tau cermin apa
meh scroll down
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


ni dia...........

actually taklah ajaib apa pun, dia sama je macam cermin lain.
tapi yang specialnye adalah sebab ia ada memory yang tersendiri
aku tak ingat bila aku beli cermin ni tapi yang pasti aku masa sekolah menengah.
mungkin dalam form 2 or 3 kot.
cermin ni asalnya dia dua bahagian boleh tutup-tutup tu. macam bedak compact tapi dia tak ada bedak..dua-dua bahagian adalah cermin..
tapi satu hari tu patah tinggal lah satu cermin ni je, sebelah lagi dah aku tak ingat apa terjadi entah..

cermin ni lah aku bawak ke hulur ke hilir, masuk dalam beg
sebabnya biasalah perempuan kan suka bebenor tengok cermin
kadang-kadang pergi tandas bukan nak kencing pun, cuma nak tengok cermin je
biasalah cermin ngn pompuan kan tak boleh dipisahkan
aku pun kalau tak ada cermin susah jugak nak hidup
biasalah orang tak cantik kene ada cermin..muahahaha

cermin ni kegunaan selain tengok muka sendiri, betulkan tudung dan sebagainya
aku gunakan jugak sebagai penguat semangat waktu aku terlalu mengantok di kelas
lagi-lagi time subjek killer yang membolehkan mata ni nak pejam serapat-rapatnya
contohnya macam subjek sejarah tu....
dia punya ngantok hanya tuan punya badan yang tau
so, masa tulah aku akan mengeluarkan cermin ajaib ni dan taruk atas meja
tapi pastikan cikgu tak nampak lah kan
aku tegakkan dekat disebalik kotal pensil...
pastu tengok lah muka aku yang mengantok tu dekat cermin
gerenti lepas tu rasa mengantok hilang seketika
kalau ngantok lagi, tengok lah muka tu kat cermin sambil picit-picit jerawat yang ada
jangan tak percaya, ramai jugak member-member aku yang pinjam cermin ajaib aku bila diorang mengantok
bila dah tak tengok cermin ajaib barulah tak mengantok

now, cermin ajaib tu still lagi ada...
and aku abadikan pulak dekat pejabat
tapi kat pejabat tak delah mengantok pun
kalau boring je, baru tengok cermin ajaib

sayang cermin ajaib

Penghujung Syawal 2012

Assalammualaikum

Hujung syawal minggu lepas penuh dah booking nak buat open house...inipun, dengar kata dah habis raya pun masih lagi nak buat open house..alhamdulilah lah kerana mereka-mereka itu sentiasa sudi untuk membuka rumah masing-masing untuk menjemput saudara mara dan rakan taulan dengan hidangan makanan yang menyedapkan..yelah, bukan selalu dapat open house kan, dah lepas ni masing-masing sibuk untuk close house pulak..sebabnya kene tumpukan pada kerja pulak..itulah masa yang sesuai untuk mengeratkan hubungan silaturrahim..konon nak puasa enam pun dah tak ingat sebab asik ingat nak makan rendang je..

Ini antara kegemaran office mate aku, time kerja buat open house, memang sonang lah kami nak datang beraya....jimat jugak duit poket dah akhir-akhir bulan ni kan....makan free je....adalah beberapa pic yang aku ambik dalam FB kakak-kakak office mate aku ni, tak sah kalau tak abadikan dalam gambar...


Ni kat rumah Kak Shiefa, yang tepi sebelah kiri pakai baju kuning tu..tarikh dia buat open house aku tak ingat la pulak..malas nak fikir...dia masak memang sedap...


ini masa jamuan raya Pusat Sukan UKM pada 11 September 2012 yang lalu..jangan tak percaya aku tolong rebus nasi impit kasi orang yang hadir makan..nasi impit jelah, menu lain masing-masing punya staff yang masak..tapi makanan time tu semua best-best and sedap-sedap. kambing,rendang ayam daging, nasi minyak,laksa,rojak,ketupat,nasi impit, cucur udang dan macam-macam lagi. alhamdulillah ramai jugak tetamu yang datang..VIP,pegawai-pegawai universiti,atlet-atlet pun sudi hadir memeriahkan majlis..


Yang ni masa my boss-Dr.Tajul buat open house kat rumah dia...ini adalah ladies Pusat Sukan yang comel-comel belaka...hehehe....


and Then ni masa kat rumah Pak Leh ( Mohd Salleh Che Muda ) dia kerja sebagai Pem.Am.Rendah..dia buat open house pada 12 September 2012 yang lalu.. kat sana aku makan laksa..dia ada buat laksam tapi laksam ni aku tak berapa boleh makan sangat..hehehe


ok,lah itu sebahagian je yang aku hadir sebagai tetamu ke open house..sonok jugak bila dah bekerja ni, ramai officemate yang rajin buat open house..sonok datang menziarah or makan?..hehe..tunggulah nanti aku pulak buat open house bila dah berumah tangga la ye..





Sudi-sudilah jemput aku selalu, Terima kasih..





Thursday 13 September 2012

Teringat

assalammualaikum

2 3 menjak ni asyik teringat dekat orang yang sudah tak ada..dan 2 3 menjak ni tak habis-habis mendengar berita kehilangan @ pemergian hamba Allah s.w.t...

balik kampung masa hari raya hari tu, terjumpa album lama abang ipar..tengok-tengok ada gambar arwah mak. rindu sangat dengan arwah..rasa cepatnya masa berlalu....



hati mana yang tidak sebak melihat keadaannya seperti itu,
andai masa boleh diundurkan,
akan aku peluk cium tanpa melepaskan,
susah senang mu itu,
menjadi kekuatan dan pedoman untuk anak mu

siapa yang tahu
semua itu kehendak dan ketentuan tuhan yang satu
; (

Wednesday 12 September 2012

Kisah-kisah Sedih Para Blogger

Assalammualaikum

sejak 2 menjak aku terjerumus dalam dunia blogging ni, macam-macam cerita yang dah baca, ada yang sedih, marah, suka, duka dan dengan membaca blog membuatkan macam-macam perasaan yang tersemadi dalam diri ini..kebanyakan blogger yang aku follow secara senyap memberikan entry yang sangat menarik, berilmu dan bermanfaat..

lagi-lagi entry yang berkisahkan kematian adalah satu entry yang menyusuk ke jantung aku. Selalunya masa untuk aku blog walking adalah time office hour *mati aku kalau bos tau. sebabnya kat rumah aku tak ada internet. Time kat office je boleh berinternet bagai ( time free xde keje )...

kebanyakan blog yang aku baca memang aku tak kenal tuan punya badan, aku akan mula follow bloggers yang hot-hot je, kemudian aku stalker pulak lain-lain blog yang turut follow blog tersebut.barulah aku ada perkembangan dan kadang-kadang boleh kenal blog tu kawan ngn sapa...tapi kenal dalam blog jelah, tapi agaknya kalau jumpa dekat luar, memang aku tak kenal atau tak cam...

 Kisah sedih para blogger ni membuatkan aku sentiasa nak follow cerita diorang dari a sampai z. sebabnya aku memang suka dengar pasal cerita kehidupan seseorang...

contoh satu blog yang setiap hari aku tak kan miss dia punya entry, kadang-kadang tak jemu baca entry. Blog Kakfilla - kasehaleeya.blogspot.com. dia baca cerita pasal anak-anak dia, pasal family dia, adik beradik dia..walaupun aku tak pernah kenal siapa kak filla tu, tapi bila baca cerita-cerita membuatkan diri ni macam kenal dengan kakfilla dengan rapat...satu hari mendapat berita yang adik bongsu Kakfilla meninggal dunia semasa mereka bercuti...rasa sebak dan sedih dengar pemergiaan arwah...rasa macam tak percaya...apa lagi mereka yang menghadapinya....

kisah cerita kakfilla boleh la follow entry dia ni untuk lebih lanjut SINI. Terus terang aku gitau, mengalir air mata, menahan sebak bila baca entry tersebut..

Dari blog: kasihaleeya.blogspot.com


Mengikuti blog kakfilla, mengenali jugak kawan-kawan blogger dia..Blog  Kak MOON - miera301.blogspot.com. Dia ada story pasal kisah Norma yang telah kembali ke rahmatullah pada 23 May 2012 yang lalu..nak tau cerita sedih tersebut follow la blog kak Moon kat entry ni - Kisah Norma Talib

Blog KakMoon : miera301.blogspot.com



dan baru-baru ini aku dapat tahu cerita kisah seorang blogger yang meniggal dunia di Langkawi..dia budak lagi yang nak ambik SPM tak silap tahun ni..itupun aku baca blog mirahafilzah.blogspot.com


Blog : mirafilzah.blogspot.com


2 bulan lebih dah adik Yasmin J Hunwick ni meninggalkan dunia buat selama-lamanya. al-fatihah dan takziah buat keluarga beliau. Semoga family Yasmin sentiasa kuat untuk mengharungi kehidupan seterusnya. sekarang ni blog Yasmin diteruskan dengan coretan entry oleh ibu dia sendiri.  Ini nama blog adik Yasmin tu HER ILLUSIONIST



mereka ni para blogger yang tak pernah aku kenal, tak pernah jumpa tapi melalui cerita-cerita kehidupan mereka itu membuatkan aku kenal dan pernah jumpa mereka. That's why aku suka membaca means berblog walking...kebanyakan blog aku tak add following pun, aku just silent reader diorang je. aku jarang komen-komen dekat entry diorang..sebab aku just suka membaca je and aku happy dengan cara tu..dan sebab tu jugak aku tak kesah if my entry tak ada orang komen pun...tapi kalau yang tinggalkan komen tu, i very appreciate...tq....

bila fikirkan, semua orang kt dunia ni, tak kira yang miskin, kaya, cantik, tua, muda pasti akan melalui kematian. Kematian tidak akan mengira usia dan sesiapa pun...


"Ya Allah hidupkanlah aku sekiranya kehidupan itu memberi kebaikan kepadaku dan matikanlah aku sekiranya kematian itu menjadi kebaikan kepadaku"


* sebak di hati, yang masih hidup teruskan perjuangan

Monday 10 September 2012

Mata Kelip-kelip

Assalammualaikum

Pernah tak rasa bila mata-mata tiba-tiba terkelip-kelip dekat kelopak mata. Kadang-kadang sebelah kiri, kadang -kadang sebelah kanan..ataupun pernah rasa tak rasa gerak-gerak kat bont***,..hehe..ataupun kupu-kupu or rama-rama masuk dalam rumah it's like satu petanda....

sebenarnya kalau orang la dulu bagitau, if mata tu terkelip-kelip like that sebelah kanan, ada benda yang happy, if sebelah kiri nanti nak nangis....benda macam tu kadang-kadang berlaku kebetulan sahaja..nak percaya sangat tu janganlah kan...tapi selalu nya bila berlaku pada aku mesti akan terjadi...selalunya lah..but aku tak lah terlalu yakin sangat but akan terdetik la jugak dekat...

contoh, baru-baru ni mata kiri ni berkedip-kedip dengan lajunya, dalam hati ni mesti nak menangis...memang betul pun, sehari lepas tu aku nangis..sebab alkisahnya dirahsiakan..but dalam masa yang sama my bont*** rasa bergerak-gerak ( camner aku nak xplain pun tak tau ). kata orang kalau macam tu, ada nak pergi jalan jauh ataupun tempat yang kita tak pernah pergi..terdetik jugak dalam hati, aku ni nak pergi ke mana la agaknya...rupanya on friday hari tu aku dapat jemputan ke Hilton PJ dari Garnier...but last minute tak dapat nak pergi sebab ada masalah tertentu ( tu yang nangis tu ). And then last minute jugak, my sister call malam sabtu tu diorang gerak pergi Kota Damansara rumah abang aku dekat situ..sabtu tu diorang nak beraya kat sana and area cheras rumah makcik and pakcik aku...so, dia tanya aku tak nak join ke...aku pun dengan happynya mestilah nak...dok umah pun boring.so, dijadikan cerita, my bont*** berdenyut-denyut sebab aku nak pergi berjalan raya...hehehe

pagi sabtu tu, aku join senamerobik dulu dekat Dewan Gemilang, UKM sempena minggu mesra pelajar baru...meh, kita berjogging dan bererobik lepas asik makan ketupat and rendang aje setiap minggu..



pastu balik rumah, rest2 kejap, dalam pukul 2 aku gerak g umah abang aku dkt Kota Damansara. Diorang semua tunggu sana, pergi rumah makcik aku kemudian pergi umah mertua abang aku dekat kayu ara. Pastu pergi umah kawan kakak ipar aku area-area situ jugak...yang tak boleh tahan, almaklumlah aku ni bawak kereta sendiri, follow la kereta abang-abang aku, jalan raya pulak sesak nak mamps..kene tinggal sikit, aku dah menggelabah...hari tu sesat jelah kerja aku, dalam hati, xsuka lah kalau kene drive konvoi ni...kan best kalau ada orang yang bwk kereta..macam-macam peristiwa..pastu gerak ke Cheras pulak..lagilah hazab ya ampun, kereta sesak giler...pusing sana, pusing sini, belok sana belok sini, kene hon, salah jalan, dan macam-macam lagi lah...tapi dengan itu, makin pro lah aku sebagai pembawak kereta yang selalu berhemah di jalan raya...


ni dekat umah pakcik aku kat Damansara tu..si arisya tengah tunjuk kan ikan dalam akuarium tu, dia kata ikan tu comel ( konon-kononya lah ). kt umah tu ada anak kucing baru lahir..sonoknya dapat bela kucing kt umah kan,,pastu bela ikan dalam akurium tu, mesti syok kucing tu usya-usya....


si budak kecik ajib yang tak habis-habis nak main game dekat telefon...budak-budak zaman sekarang, asik main game je...kalau pergi beraya mana-mana tengok budak-budak tak habis-habis pegang telefon main game, pegang ipad,ataupun main game dekat pc..dah tak kesah dah beraya ke tak..anak buah aku tu, kalau dapat main game, tak ingat dah makan minum, mandi pun tak, bangun tidur terus mintak enset nak main game...huhu, cam nelah bila aku dah anak nanti, mesti anak aku pun camtu, sebab aku pun kadang-kadang suka main game jugak, harap boleh lah dikawal I_____________I...




Balik dari Cheras tu, kakak aku and her family tumpang tidur umah. lagipun, budak-budak umah pun diorang tak ada..tak lah menggangu nanti..sampai je rumah, ada mainan pancing ajib masa dulu dia datang umah aku ada kat umah. jumpa je diorang...ape lagi, memancing la diorang tak ingat dunia...berterabur kat sana sini, semua nak dipancingnya...pagi ahad tu, siap-siap beraya gi banting pulak...ajam pulak dia pegi main ketuk-ketuk kasut kat lantai...dia ingat lantai tu drum agaknya...aku pun follow jugak pergi banting. tapi satu rumah je, pastu balik sampai umah dalam pukul 3 lebih...kakak aku terus balik kampung and beraya tempat lain...

the moment on mata kelip-kelip ( tanda happy )


my sister's family + maksu yang menyebok..yelah, parents dah tak ada, tumpang kasih sayang family kakak je yang ada...aku pun rapat dengan her family and anak-anak buah- nina, risya, ajam dan ajib..they're super osem family that i've...luv u all....awatnya lentik sangat aku duduk tu, sebenarnya sebab aku nak terjatuh dari kerusi tu, terpaksa himpit-himpit sebelah ajib...upanya luas lagi ruang sebelah nina tu, sabo jelah...

ok lah...itu je story mory aza diary.....

bai bai baiiii..............

Monday 3 September 2012

The Day - Hari Itu #

Assalammualaikum

2 September 2012, Ahad, seawal jam 6 pagi dah bagun..mandi dan bersiap untuk bertolak dari Bangi to Changkat Jong, Perak to attend my BFF enggagment day. Tahniah both of u Hasliza Samsuri with Safuan Sazali...another one yang sudah melangkah satu tangga untuk ke arah perkahwinan. Alhamdulillah...semoga segala urusan akan dipermudahkan...


Ini yang rasa berkobar-kobar jugak nak ikut langkah ni...insyallah, jika dengan keiizinan tuhan, keizinan keluarga dan memang ada jodoh, niat yang baik....doakan mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan dan berikanlah kekuatan semoga diberikan kehidupan yang sempurna. amin...

ambik berkat kata orang....



After that, balik from umah eja dalam kol 2. panas ya ampun, bila masuk kereta kene air cond, dah start kepala berdenyut-denyut..singgah somewhere...pekene cendol sat....pastu lalu area sekinchan ternampak mentarang bakar....rasa macam nak rasa....so, singgah la kejap...





itulah rupe mentarang bakar, pekene air tebu yang memang fresh dari belakang rumah orang tu...first time makan xlah boleh masuk sangat....rasanya macam kerang bakar je, tapi sedikit manis la. sapa tak biasa makan kerang bakar, mungkin akan terkejut dan tak biasa makan mentarang ni jugak, sebab mesti korang akan rasa geli nak makan...tapi kalau sapa yang suka tu sedap aje ye tak....untuk aku, aku makan sikit boleh lah, sebab makanan seafood macam ni aku kurang minat sikit....


harga mentarang bakar ni RM6.00 sepinggan....cubalah kalau suka....area tepi jalan kat sekinchan - Tg.Karang - K.Selangor memang banyak yang jual...( promote kampung sendiri )

and then, melawat Projek Tebu. sapa-sapa nak tau pasal tebu ataupun nak beli tebu boleh email aku...tapi aku bukanlah tuan punya projek kebu ye...just tolong saja....




dalam 3 4 bulan lagi bolehlah ambik hasilnya....insyallah, semoga projek ni berjaya..amin...ingat sapa tau lebih lanjut pasal tebu ni  boleh email aku azasuhaiza@gmail. aku akan kasi contact number orang yang uruskan tebu ni...

dah penat berjalan, kepala pun dah pening....so, baliklah ke Bangi semula....sampai rumah, Tidur dengan lenanya.....alhamdulillah, perjalanan Hari Itu Selamat dan dalam kesejahteraan....alhamdulillah.......