Thursday 30 August 2012

Suasana Kampung

Assalammualaikum

Raya aku tempoh hari biasa-biasa and ala kadar je. Tak macam family lain yang aku tengok meriah je..jeles tau..hehe...lagi family yang buat gungnam style tu, best je....kikiki..

Tapi, tak pe, still ada family lagi and yang meriah pun just anak-anak buah je. Tapi kesian kat diorang sebab tak beraya sangat sebabnya mama diorang tak berapa sihat lagi..harap-harap my sis cepatlah sembuh penyakitnya seperti sedia kala...kesian dekat anak-anak...walaupun kakak aku tu sakit, bila dia larat, semua benda dia buat, masak mengemas....aku ni bila dekat rumah, mesti jadi blurr...tak tau nak buat apa, lagi-lagi tang masak...mesti jadi fail...teringin jugak nak masak nasi ayam, nasi beriani ke, buat puding trifle ke, tapi semua tu kelaut...aku takut tak menjadi...kadang-kadang goreng telur pun aku boleh fail....geram je rasanya...tapi bila buat kt rumah sendiri tu jadi je, and rajin je bab masak-masak ni...mungkin sebab bila balik kampung, kakak aku dh teror masak, bila aku masak, mesti la tak boleh menyaingi kehandalan kakak aku kan....tapi insyallah, satu hari nanti aku akan buktikan pada kakak aku yang aku boleh pandai masak macam dia jugak...hari tu before balik bangi, salam dia mesti aku tak boleh tengok mata dia, rasa sebak je..nampak sangat aku banyak buat salah dekat dia...hehehe..xlah, sebab dialah banyak bekorban untuk keluarga, after mak aku meninggal dia lah yang jaga aku, jaga makan pakai aku, walaupun aku masa kecik-kecik dulu, aku paling takut dengan dia, sebab dia garang sangat, sikit-sikit nak marah aku dan ada je yang tak kene..pastu aku selalu sangat kecik hati dengan dia sebab aku rasa macam aku ni bukan adik dia, dia macam panas je dengan aku..aku tengok orang lain, kakak ngn adik rapat je, boleh siap peluk-peluk, tapi aku dengan dia, macam anjing ngn kucing....ada je yang tak kene...

tapi itu masa kecik, sekarang dah besar, dah tak de gaduh-gaduh lah, kecik ati tu ada la sikit2, tapi adik beradik kan, ibarat air dicincang tak akan putus...gaduh macam ne, kecik ati cam ne pun, kejap je...insyallah tak akan merajuk lama-lama and bertahun-tahun...dia lah satu-satunya kakak yang aku ada...dialah mak selepas mak aku....kalau dia tak ada, mesti aku tak reti masak, mengemas, tau perangai orang yang macam-macam jenis dan lain-lain....aku harap sangat yang kakak aku akan cepat sembuh dan sihat seperti sedia kala...mudah-mudahan allah sentiasa lindungi keluarga kami, sihat kan tubuh badan keluarga kami, murahkan rezeki keluarga kami dan berikanlah kebahagiaan buat keluarga kami dunia dan akhirat. amin..

anak-anak buah aku tahun ni dah pandai cari duit raya sendiri...pergi beraya rumah jiran dekat-dekat ngan kawan-kawan diorang....dah besar dah diorang.....





suasana kampung memang best...lagi-lagi pagi hari nyaman and tenang je....kt kampung boleh jumpa ayam,kucing dan special kat umah aku monyet pun ada...monyet kt umah aku tu suka kawan ngn ayam, kat mana ada ayam dekat situlah ada dia...kadang-kadang ayam tu pun menyampah nak kawan dengan dia, ayam tu larikan diri pun monyet tu sibuk dok kejar...kakak aku cerita monyet tu penyayang, dulu ada anak ayam, dia boleh peluk anak ayam tu tak kasi dia bergerak...sampai dia bawak atas pokok...sekarang tak taulah dah mati kot anak ayam tu...kesian....




hari tu ada buat video suruh anak-anak buah aku wish hari raya....tapi tak reti nak edit pulak kt movie maker tu...lagi pun,nak edit video perlukan konsentrasi yang tinggi..nanti dah berjaya aku upload la dekat sini...

itu jelah, nak story...esok 31 Oktober....cuti MERDEKA la kita.....so, Selamat Hari Merdeka u oll!!! ingatlah jasa pahlawan kita..


Tuesday 28 August 2012

Budak Ini

Budak ini kadang-kadang membuat kan maksu geram la...
budak ini kadang-kadang membuatkan maksu rindu la...

semoga anak-anak buah ku menjadi insan yang berjaya dan membalas jasa ibu dan ayah nanti..


ajib with his kakak Risya..sekarang ni giginya rongak...kt depan tu tinggal sebatang je. Hari tu menangis kene gelak ngan acik dia...sekarang ni budak-budak makin cepat cerdik, cepat belajar..kalau bab gadget ni, semua tau....ipad, komputer, telefon touch screen semua dah pandai guna..tapi main game jelah..suruh belajar malas...


 Ajib bakal Doktor nanti besar, insyallah....boleh ubat mama bila sakit nanti. boleh tolong ayah pergi sawah, pergi kebun nanti...garang tapi manja sangat.....


ajib dah potong rambut ni berbeza sangat-sangat, dulu rambut dia panjang, semua cakap macam gegirl. sekarang dah potong pendek memang macam boboi la pulak....tapi lagi suka dia rambut panjang hari tu, baru macam jambu sikit....hehe...ni tengok gambar dah macam harry porter pun ada...he is very special..


anak adalah permata, hilangnya permata, hilanglah sinar cahaya 



Merekalah Sahabat Selagi Ada

Assalammualaikum

happynya tengok gambar-gambar kawan-kawan semasa raya kali ini. Tetapi bagi aku, tahun ni raya agak kurang mendapat kesan keseronokan di hati...sama je macam hari-hari yang dilalui...nothing special, nothing interesting...my hari raya is just simple, just ordinary, just same like my every day...

kawan-kawan pun dah ramai lost contact or maybe dah mls nak contact..why?sebab ada yang dah buat hal masing-masing ( maybe they say same like me), ada yang dah berumah tangga, so suasana beraya tu dah lain. My family pun, beraya setiap tahun tak lah semeriah macam family orang lain, just beraya ala kadar....

masuk raya ke-4 or 5, my life dah makin membosankan......still ingat kawan-kawan, but who'am i?? sapa pun yang masih ingat. or maybe aku sendiri pun menyepi kan diri kot..huhu..not blame anyone....tapi never to forget my best friends...inilah muka yang setiap tahun akan berkumpul, insyallah....selagi diri ini tidak milik sesiapa, tiada halangan untuk berjumpa, merekalah yang akan aku kenang dan ketemu...insyallah.....



wanie+ezah+sue= friends forever


alhamdulillah, terima kasih jugak buat sahabat lama, hana dan kawan-kawan lama yang datang rumah aku hari tu, kalau planning awal-awal boleh aku ikut beraya sekali...next raya insyallah planning awal-awal kita buat reunion SK Parit 6 ok....

tahniah jugak buat kawan-kawan yang dah berumah tangga, dah bertunang dan bakal bertunang nanti...moga kalian sentiasa happy-happy sokmo....

love u all till the end - 


Friday 17 August 2012

Perasaan Beraya Tanpa Ibu dan Bapa

Assalammualaikum

Malam tadi tengok cerita episod last 7 Ramadan....lakonan yang mantap dari Elly Suriati...dia kalau berlakon watak apa pun mesti menjadi dan sangat beremosi...7 Ramadan ni cerita nya boleh tahan lah membuat kan aku menangis jugak...aku kan cepat touching..hehehe...


Cerita ni mengisahkan Sufiah ( lakonan Elly suriati ) telah membesarkan anaknya yang bernama Dhani dalam serba kekurangan dan miskin. Manakalah si anak, Dhani setelah berjaya sedaya upaya cuba untuk melupakan kisah dan kenangan lalunya yang hidup miskin sehingga dia sanggup menghancurkan hati ibunya yang dianggap hanya ibu angkat. Dia juga telah menipu kekasih hatinya mengatakan ibu dan ayahnya berada di luar negara. Tetapi akhirnya rahsia siapa sebenarnya Ikram dan anak sebenar Sufiah yang masih hidup terbongkar...nak tau lebih lanjut kene lah tengok kt tonton pada sapa-sapa yang tak follow cerita ni....

cerita macam ni, kita boleh ambik banyak pengajaran dan rumusan, antaranya  : 

- Jangan Lupa Diri, sehebat-hebat kita pada waktu sekarang adalah disebabkan siapa diri kita dahulu. Bukan dahulu kita miskin, kita akan miskin selamanya...dan bukan kita kaya sekarang, kita akan kaya selamanya

- Jangan Salahkan Takdir , setiap takdir hidup kita ditentukan oleh Allah s.w.t. Setiap dugaan yang diberikan oleh Allah s.w.t ada sebabnya. Tuhan tidak akan sekali-kali memberikan dugaan itu andai kita tidak mampu memikulnya...

- Hormati Ibu, syurga anak adalah dibawah tapak kaki ibu. Ibu yang melahirkan kita, ibu yang menjaga kita, jangan sekali-kali membuatkan air mata ibu mengalir kerana sikap kita..andai ibu sudah tiada, baru nak menyesal tiada guna. 

- Jangan Menghina, penghinaan kepada orang lain adalah penghinaan kepada diri sendiri. 


****************


sedih, sedih, sedih

setiap tahun makin lama makin xsyok nak beraya, tak ada perasaan raya pun..heemmmm...tapi perasaan sedih tu adalah..

kadang-kadang hidup ni rasa kosong, kosong kosong

bagi mereka yang still ada parents tu, sentiasa lah ziarah and tanya kabar dekat diorang. bila time cuti lagi-lagi cuti raya ni, baliklah kampung..salam dan cium tangan mereka...mintak ampun dan maaf..jangan sampai bila mereka dah tiada kita tak sempat nak mintak ampun dan maaf. 

Buat mereka yang sudah pergi tu, akan terus pergi dan kita yang hidup ni teruskan kehidupan. Tapi jangan lupa pemergiaan mereka. Sedekahkan alfatihan, ziarahi kubur mereka..jangan sampai pergi kubur mereka dah tak ingat mana satu kubur tu..sendiri jugak yang menyesal. macam aku hari tu, dah dua tahun tak pergi kubur arwah, kenapalah aku lupa diri...hari tu pergi nak ziarah kubur abah dah tak jumpa....sedih sangat tau..

apa-apa pun, Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin...



Thursday 16 August 2012

Instagram#Nak Raya Dah

Assalammualaikum

Tinggal beberapa hari je lagi untuk kita menyambut kedatangan bulan Syawal dan meninggalkan bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan. Sob sob sob....Rasa-rasa, ramadhan kali ini adakah memberikan manfaat dan penuh keimanan dalam diri kita? ataupun ia nya hanya sama seperti hari-hari biasa ? Renung-renungkanlah dan selamat beramal....

Makin lama, rasa macam nak sambut raya ni dah tak rasa seronok pun..mungkin disebabkan faktor umur, faktor keluarga dan lain-lain....kan best kalau balik ke zaman kanak-kanak dulu, seronok main bunga api, seronok main basikal, seronok makan kuih raya dan bla bla bla.....

Mungkin ini entry terakhir before raya...esok dah start busy dah...mungkin akan mengambil masa lama nak update entry dan baca entry  blogger yang osem2...before tu, come on bebeh layan instagram kepam aku, xtau nak share kat mana, kita share dekat blog jelah....


Selamat Hari Raya Boss...boss aku dah start cuti dah, tapi aku tau kejap2 nanti dia mesti akan datang opis jugak, walaupun dia suruh aku apply cuti lama-lama, dia mesti kadang-kadang akan datang opis jugak, tertinggal barang lah, online lah, nak check aku ada ke xde la tu..hehehe.....aku ada je kat opis ni, yang xde tu 'mereke-mereka tu'. Ngulor je banyak.....bila call ofice masing-masing semua tak berangkat, tapi bila time aku tak de kat opis, kuar kejap je powwnnn , telefon tempat aku tak berangkat,sibuk dok tanya-tanya pergi mana lah, cakap aku tak boleh tinggalkan tempat lah, sebab aku jaga pengarah....ada aku kesah? aku sentiasa ada, kalau tak de pun, aku tak kan mengulor lama-lama lagi-lagi time boss aku ada....aku takut nak makan duit tak berkat, aku takut nak makan gaji buta, biarlah gaji sikit tapi bila kerja dengan ikhlas, insyallah rezeki kita berlipat kali ganda and sentiasa je ada....korang pun, kalau nak claim OT ke, janganlah melampau-lampau....itu hak korang nak la kan nak claim....tapi tanyalah diri sendiri tu, betul ke buat OT...kerja hakiki cam ne pulak? kadang-kadang masuk kerja log in pastu 2 3 jam mengulor....bila dah waktu balik kerja baru sambung kerja pastu claim OT....padahal kerja tu boleh siap sebelum office hour lagi...tapi itu terpulanglah kan, aku pun not perfect..sebab tu kadang-kadang gaji kita beribu-ribu tiap bulan pun, still xcukup-cukup.....ehhh....terluahkan perasaan la pulak....hehehe...aku cakap benda yang betul, kalau tak betul tu boleh diperbetulkan.....

eh, aku nak gtau sebenarnya seminggu ni kan dah boring tak tau nak buat apa, boss dapat banyak kad raya, so, aku mintak izin dia aku nak tampal kad raya...dia kata Ok je...nampak tak partition tu lah tempat aku sebagai secretary boss....bilik aku besarlah jugak berbanding sepatutnya bilik  secretary boss...tapi nak buat camner...dah aku dapat bilik yang besar camtu...alhamdulillah....dan aku suka keadaan bilik cam ni, aku sorang-sorang je, ada pun meja belakang aku tu untuk R.A ataupun pelajar praktikal perempuan....boss aku suka kalau ada pelajar praktikal pompuan dia suh duduk belakang aku tu, tujuaanya boleh dia usha-usha..hehe...boss-boss....

pintu tu menghubungkan bilik aku dengan boss, dulu masa mula-mula bilik pengarah siap, pintu tengah tu tombol orang JPP tu pasang terbalik, maksudnya tang kuncinya dekat sebelah aku. Sepatutnya tang kunci tu belah dalam belah bilik boss, pastu mintak orang JPP yang pasang pintu tu betulkan balik. boleh dia kata, nanti kalau P.A ( akulah tu ) tengah tension banyak kerja, aku g kunci pintu dari tempat aku, terbalik la pulak nanti sapa yang jadi boss kan....huhuhu...betullah tu...

Boss aku baik, tapi dia xpernah nak kasi duit raya kat aku....bonus raya banyak tu...hehehehe


alhamdulillah, dah ada kereta ni nak pergi mana pun boleh....cuma kene ada duit nak isi minyak and bayar tol je...kereta pun dah servis hari tu sebelum puasa, roadtax pun dah hidupkan. elok pulak matinya hari raya pertama kan..bulan ni memang pokai lah..tapi terima kasih kerana ada yang sudi membantu...tanpa dia, xtaulah macam mana..terima kasih banyak kerana sentiasa memberi sokongan dan bantuan dalam semua aspek..

setiap sebelum perjalanan, baca doa kenderaan dan sentiasa aku amalkan membaca ayat kursi...mintak mohon perlindungan agar tidak berlaku sesuatu yang tidak diingini sepanjang perjalanan. Semasa drive pun, kita kene sentiasa beringat...jangan ingat jalan tu kita yang punya..jadilah pemandu yang berkhemah....jangan bawak kereta tu laju-laju, nanti kene saman ( ingatkan untuk diri sendiri )......

abg mejah...napo tulisan mu ni terok bebenor....macam tulisan otomen jer.....


setelah sekian lama tak ada sapa nak kasi kad raya untuk aku kan, abang mejah TERBANG TINGGI-TINGG telah sudi memberikan kad raya kepada readers blog dia..terimas abg mejah. Korang baca lah blog dia and jadi followers dia....aku suka gak baca entry-entry walaupun kadang-kadang macam bangang ( ayat kasar ) je kan..tapi motif dan pengajaran dalam setiap entry yang cuba disampaikan tu memang ada....kadang-kadang sebelum tidur malam pun aku boleh gelak sorang-sorang teringatkan entry yang dia buat tu....ada satu entry tang raya...dia pergi beraya ngn kawan-kawan dia kat kampung sebelah...masa tu umah orang tu banjir...ada pulak kakak cun tu dok panggil-panggil diorang suh singgah beraya..sekali nak masuk umah orang tu, tersilap laluan termasuk dalam parit depan umah orang tu....habis kene bantai gelak guling-guling dengan kakak cun tu yang memey ( memang ) nak mendajalkan diorang...hehehe...itu memang aku tak boleh blah....kelakar betul.....


pertama kalinya aku taruk gambor makan di bulan puasa kali ni, blog orang lain dah berlambak-lambak gambar makanan berbuka, kuih raya dan macam-macam lagi....tapi aku nak gitau ni bukan burger ramly ni namanya burger krabby ayam..entah apa-apa jelah sekarang ni, semua burger dah banyak nama, burger bakar lah, burger terbang lah, burger itu burger ini....saje nak try burger ni...tapi masa aku beli tak ramai orang....ada satu tempat jual burger tu namanya burger cheese ke ape entah, punyalah panjang ramai orang...aku tak sanggup pulak nak tunggu, kalau ikutkan hati aku nak beli burger ramly je lagi sedap, tapi xde pulak yang jual...xpelah try lah burger krabby patty ni. yelah aku pun suka gak tengok cite spongebob ni...rasanya...emmm....not badlah....daging ayam tu memang betul-betul full ayam kot...kenyanglah kan..pastu yang aku suka dia taruk sos tu melimpah ruah...aku memang suka....kalau nak tau rasanya lebih lanjut macam kita makan satay ayam dengan roti...haaa cam tulah rasanya....tapi kan, aku lagi suka burger biasa....burger ramly tu lagi sedap....pastu taruk cheese..kalau beli burger krabby ni aku boleh dapat 2 ketul burger ayam ramly..



**********************

Ok lah, itu jelah setakat ni kot, di atas kesempatan ini, kepada sapa-sapa yang baca blog aku silalah komen, tinggalkan jejak anda.....dan aku nak mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf zahir dan batin buat semua yang mengenali aku...andai kata ada silap dan salah, terguriskan perasaan, tersilap tutur dan bahasa...mohon ampunkan aku ye....

raya nanti, jemputlah datang ke rumah, pintu rumah sentiasa terbuka untuk semua kawan-kawan..buat ahli keluarga, mudah-mudahan sentiasa dimurahkan rezeki, diberi kesihatan dan keselamatan, dan sentiasa happy selalu..amin...




Monday 13 August 2012

Jodoh

Assalammualaikum

Semua manusia inginkan kesempurnaan. Tidak kiralah dari paras rupa, harta benda, jodoh dan segala-galanya..Tetapi setiap manusia itu sendiri mempunyai kelebihan, kekurangan dan takdir kehidupan masing-masing. Dalam hidup ni sentiasa ada dua perkara, yakni ada mati hidup, sakit sihat, baik buruk, kaya miskin, hitam putih dan sebagainya......

Percayalah kita, semua yang kita inginkan untuk menjadi sesempurna mungkin. Apa yang kita rancangkan kadang-kadang tidak sama seperti apa yang kita inginkan kerana setiap ketentuan itu datangnya dari Ilahi. Sama seperti jodoh...jodoh itu adalah takdir dari Allah S.W.T..kenapa tuhan menemukan seseorang itu kepada kita, walhal jodoh itu pada permulaannya bukan lah atas dasar pilihan kita..hanya satu jawapannya iaitu tuhan itu maha mengetahui...pasti ada sebab kenapa kita dipertumakan dengan pasangan tersebut...





seperti contoh, jodoh yang dipertemukan oleh ibu bapa mahupun keluarga. Mungkin pasangan tersebut , tidak boleh menerima tetapi mungkin tuhan menjodohkan pasangan tersebut atas dasar supaya mereka sedar akan besarnya kuasa ibu dan bapa...setiap apa yang mereka katakan, jodohkan adalah satu doa yang dapat mengekalkan jodoh mereka sehingga akhir hayat. 

Kadang-kadang kita marah dan kecewa, kenapa kita berulang kali dipertemukan dengan pasangan yang salah. Putus cinta berulang-ulang kali. Mungkin tuhan mahu menduga kita, menyedarkan kita tentang kesilapan kita, mencabar tahap keimanan kita ataupun tuhan ingin memberikan kita insan yang lebih baik..

Jodoh, 
tiada siapa tahu jodoh kita sebelum kita bernikah...cuma sentiasa berfikir jodoh adalah ketentuan ilahi, satu takdir, sama macam takdir kita kehilangan ibu dan ayah, takdir kita dilahirkan dalam keluarga yang susah. Sama seperti jodoh, bukan mengharapkan yang SEMPURNA tetapi mengharapkan ia menyempurnakan KEHIDUPAN dalam diri...




credit pix from : facebook

Friday 10 August 2012

Hargailah Mereka Yang Masih Ada

Salam Jumaat,

Mari kita tengok iklan raya tahun 2012 yang boleh menyentuh hati dan perasaan...
Sedar lah bahawa siapa diri kita ini...
Hargailah Mereka yang masih ada..yang sudah tiada, marilah kita sama-sama menziarahi dan merahmati pemergiannya mereka...


al-fatihah buat ibu dan ayah ku di sana...

Thursday 9 August 2012

IFTAR 2011- bersama sahabat

Assalammualaikum

Entry di diambil dari blog aku yang dulu tapi sekarang dah tak guna blog tu sebab blog tu dah jadi apa entah...ada entry aku berbuka puasa dengan my bestfriend masa dekat poli dulu...rindu kat eja, zana dan zira. Tapi zira dah kawin, so tahun ni kitorang dah tak hang out sama-sama lagi. Bulan puasa ni pun tak ada iftar mana-mana, banyak bukak puasa dekat rumah je. Jimat kos katanya...yelah, gaji aku kan dah turun..sob sob sob....

tempat berbuka : Noodle Station, Alamanda 
menu makanan ikut tekak masing-masing. Menanti masa berbuka kitorang main tangkap-tangkap gambar sambil gelak guling-guling....
 

masa ni kurus giler, cengkung, sekarang dah tembam sikit la...hehe..perasan...

Sedap tengok air ni...tapi giler banyak...kembung perut...

ktorang yang berhimpit-himpit nak muat dalam gambar

Selamat semua masuk....

Eja nampak mata je.....muahhahaha...

Eja lagi nampak separuh je.....muahaha...untung yang duduk tengah

semua masuk.....kita buat LOVE la  plak...

Buat Love tapi tak jadi...muka eja hampir-hampir luar frame lagi...hehehe

tetiba gambar kentang pulak.....

Kentang dan tangan

cawan yang pelbagai bentuk...yang tengah tu macam bekas kuih raya pun ada

Nasi Goreng sedap jugak....dah lapar habis punyalah....

gambar candid - Zira hilang dipandangan

Baru nampak muka zira.....aku pulak yang hilang..cisss.....

Layan Ais cream pulak setelah nasi dah licin......

Sedap sangat lagi-lagi bila makan share-share....

we all together.....photographer adalah entiti....

yeahhh....senyum........hehehe

alamak terkantoi la pulak kamera atas kereta orang...hehe

blurr.....zira nmpak separuh je.........

ahhh....aku plak nampak separuh........tak aci...........

ambik aku duduk dpn sekali, semua masuk....


tetiba sambung gambar makanan lagi pulak....sory gambar tidak teratur.....

Nasi ni pun sedapppp..............laparnye...........

zana...jom kita minum dulu.....ssyyyyruuupppppppppp

ni gambar zira yg hilang tadi dah ada.....eja je nmpak mata sebelah...kikiki

Eja merajuk sebab muka dia asik nampak separuh je....

Sedapnya ecem...................


Sahabat adalah anugerah yang indah
mungkin seseorang boleh hidup tanpa kekasih
tapi jarang seseorang boleh hidup tanpa sahabat
yang selalu menemani ketika memerlukan

Love sahabat/ kawn-kawan yang sudi mengenali aku...Korang semua adalah kenangan aku buat selama-lamanya..Mohon ampun dan maaf andai kata selama perkenalan pernah mengguriskan hati dan perasaan kalian. Terima kasih kerana sudi menjadi sahabat yang baik untuk ku kenali....tanpa sahabat hidup ini tidak indah. Love 1000xxxxx.....


memori terindah.....

sahabat adalah dimana kita pernah berkongsi cerita suka duka bersama-sama. melalui detik-detik pahit manis bersama.....


Wednesday 8 August 2012

Percubaan Membuat Kad Raya

Assalammualaikum

Agak-agak tengah semangat nak dapat kad raya dari abg mejah terbang tinggi, semangat jugak nak buat kad raya untuk someone...ops..someone ke?? hehe..actually untuk adik-adik...saje nak gatal-gatal macam orang ngah tak ada kerja...sebenarnya tak de mood dah nak kerja kat opis ni, hati tu dah fikir nak makan rendang, pakai baju raya, main mercun dan sebagainya....




Disebabkan GARNIER mintak tolong kakak-kakak angkat buat kad raya untuk adik-adik, aku design la kad raya handmade dari aku. Mungkin tak lah secantik kad orang lain, tapi i'm just try my best....Tak cantik pun aku buat dengan hati yang IKHLAS...hehehe.....

Insyallah, ada masa nanti aku pos kat GARNIER ye....mana tau dapat jemputan sambut hari raya nanti bersama kak Lisa Surihani..






Budak zaman sekarang dah tak best...sebab diorang tak dapat banyak kad raya...masa zaman kita-kita dulu, kad raya jelah yang menjadi pengantara dan pengubat rindu...cewah...sonok giler kalau dapat kad raya dari kawan-kawan, macam-macam jenis kad raya. Yang paling best dapat kad raya besar, pastu siap ada lagu lagi tu....nostalgia sangat kan...tapi sekarang?? nak kad raya, kene bukak enset, tak pun bukak facebook, ape kejadahnya.....tak syok sangatlah.....

Rindulah, zaman dulu-dulu....' Dulu lain, sekarang lain'