Tuesday 31 July 2012

Header Baru Lagi

Assalammualaikum...





Ya be da be du.....kita tukar header lagi....header yang direka sendiri oleh aku...aku ni kan memang suka tukar-tukar ni. Aku jenis yang cepat berubah hati sikit...aku tak boleh tengok benda yang sama je....semua perkara memang macam tu, kalau dalam blog pun, ko tengok la 2 3 bulan nanti background color dah berubah, header dah berubah, tulisan dah guna font lain...tak tengok lagi kalau tulisan aku dekat buku, time aku rajin tulisan aku cantik bulat-bulat, bila agak nak tukar style sikit, aku condong kan tulisan tu senget-senget macam nak buat tulisan khat, kalau time malas tu, ko tengoklah tulisan aku macam cakar ayam..sampai aku sendiri pun tak reti nak baca...

itu bab penulisan, kalau bab dekat rumah pulak, aku suka ubah-ubah style @ kedudukan perabot. Kalau dalam bilik tu  bila aku dah rasa bosan, aku alihkan katil tu menghadap tingkap, bila bosan lagi, menghadap dinding ke pulak, almari aku letak la kt mana-mana selagi aku larat nak alih...aku memang tak boleh la kalau tengok benda yang sama je dari dulu sampai sekarang. macam tak hidup je..mesti kene berubah-ubah. 

sama la jugak macam hati kita ni, kadang-kadang boleh berubah jugak....

untuk header kali ni, on the spot aku buat tak sampai 15 minit pun...mula-mula tengok gambar arwah mak, rasa rindu sangat dekat dia....pejam celik pejam celik hampir 15 tahun kot mak meninggalkan aku dan keluarga. Dan serta merta jugak aku jadi anak yatim piatu...arwah abah meninggal sejak aku kecik lagi...baru beberapa bulan lepas aku dilahirkan...

tak semua orang akan rasa apa yang aku rasa. Rasa happy bila tengok orang yang still ada parents. Boleh sentiasa berjumpa, boleh makan and jalan-jalan sama-sama. Tapi macam aku, semua tu hanya kenangan dan aku tak sempat dan puas untuk rasa kasih sayang seorang ayah dan ibu. Tak tau pun macam mana rasanya...

Tapi aku kene ingat, aku still ada family....alhamdulilah, kitorang masih lagi bersatu...cuma nak sentiasa berjumpa tu taklah sebab diorang pun dah ada keluarga sendiri. Hopefully, walaupun aku dah kawin, dah berumah tangga walau dengan sesiapa pun nanti, ikatan keluarga dan adik beradik tak akan terlerai. Dan harap pasangan aku nanti boleh menerima aku dan keluarga seikhlas hati...

Oklah, tak nak cerita panjang-panjang. Nanti ada jugak yang hujan....Salam Ramadhan yang ke-11.


Wednesday 25 July 2012

Mari Kita Minum Susu !

Assalammualaikum

Semua orang mesti pernah minum susu dan minuman penting buat kanak-kanak adalah minum susu...dulu masa-masa aku baby, aku minum susu badan mak aku sampai la umur 3-4 tahun. Sampaikan  mak aku dah tak ada airnya pun aku nak jugak. Cara nak berenti kan aku tak menyusu dah mak aku gebang aku, dia kata air yang aku minum tu bukan air susu, tapi aku minum darah...muahahaa..abang aku pun dok gebang aku, bersubahat jugak nak kene kan aku. Masa tu aku kan tak tau apa lagi..so, aku percayalah...aku stop dah tak minum susu badan dah..aku minum susu dalam tin pulak....

Masa kecik-kecik, susu dalam tin tu siapkan aku makan cam tu lagi...tak boleh blah, abang aku la ngajar aku. Kitorang bukak tin susu tepung campur dengan milo..ratah sambil tengok tv...rilex je...sedap..... bila naik sekolah rendah, still lagi minum susu, tapi minum susu dalam kotak pulak..dapat bantuan RMT tu, lagilah tiap minggu dapat susu kotak free..memang best lah..

Bila naik sekolah menengah, aku dah slow minum susu, sebab tulah terbantut.kuang kuang kuang....makin lama makin jauh dengan susu...bila minum susu je, tekak dah tak boleh terima..segala jenis susu memang tak boleh nak terima lagi dah....

sampai la now umur aku masuk 23 tahun. hehehe...mula terfikir macam mana nak kembalikan balik enzim susu kat dalam badan ni. Dan selain tu jugak, macam mana aku nak tingkatkan kesihatan dan berat badan yang seimbang...conclusionnya, aku decide aku perlu minum susu walau dengan apa cara sekalipun.Aku try beli susu jenis tepung, bancuh sendiri. Tapi tak berkesan jugak. Aku minum sekali je, lepas tu aku tinggalkan. But satu hari someone telah membelikan aku Susu kotak Dutchlady perisa strawberry. dan aku dapat minum hingga habis...dan pada hari tu, aku telah membeli susu kotak tersebut dan akan meminumnya tiap hari...Yeahhh..happy dapat minum susu....( budak kecik pun boleh gelakkan aku )

so, sapa-sapa yang rasa-rasa tak boleh minum susu fullcream ( yang warna putih ) boleh la try susu dutchlady yang sedap rasanya. macam-macam perisa ada. Sekarang ni aku suka minum strawberry dengan coffee...memang best sangat....buka puasa pun buka ngan susu sekarang ni........baru kelassss ko jahhhh.......


Kotak susu Dutch Lady sekarang ni ada gambar azizulhasni awang, so apa lagi...meh ramai-ramai kita minum susu untuk kesihatan....selamat puasa semua...jgn lupa sahur ye....


Friday 20 July 2012

Selamat Berpuasa

Assalammualaikum

pejam celik pejam celik, dah masuk bulan Ramadhan. Alhamdulilah, kali ini masih lagi diberi peluang untuk menyambut ramadhan dan berpuasa...

Semoga Ramadhan kali ini memberikan seribu makna dan pengalaman untuk kita hayati....Insyallah....


Wednesday 18 July 2012

Drama Sepanjang Ramadhan

Assalammualaikum


Rasa sekejap je masa berlalu, tinggal beberapa hari saja lagi untuk kita menyambut bulan ramadhan. Semoga ramadhan kali ini dapat kita laksanakan dengan sebaik mungkin dan mendapat keberkatan dari Ilahi, Insyallah....

Bila teringat bulan puasa ni, teringat pulak drama-drama yang memberikan keinsafan dekat sanubari. Bukan senang untuk kita ingat sesebuah cerita tu andai kata cerita tu tidak betul-betul memberikan kesan yang mendalam dalam diri kita. 

sepanjang ramadhan tahun 2010 dan 2011, TV3 menerbitkan cerita yang menyentuh hati untuk disajikan kepada penonton. Paling penting cerita sentiasa mengimbau dalam diri aku ni sebab jalan cerita yang menarik dan penuh dengan unsur yang berguna. Cerita yang boleh mengalirkan air mata, penghayatan watak para pelakon yang sangat berkesan.
________________________________________________________________________________

Ogos 2010,
Syurgamu Ramadhan


Bermula 10 ogos. Setiap Selasa, Rabu dan Khamis. Slot samarinda, 10 malam TV3
Pengarah: Shahrulezad Mohameddin
Terbitan: Radiusone Sdn Bhd
Pelakon: Elly Suriati sebagai Datuk Paduka Halimaton, Eira Syazira sebagai Marlia, Ungku Ismail Aziz sebagai Yassin, Zarina Zainordin sebagai Aishah, Aripah Damanhuri sebagai Mak Jah, Shahar Yac’cob sebagai Budiey, Nurul Elfira Loy, Noryati Taib sebagai Datin Kesuma dan Azma Aizal Yusoof.

Sinopis : 

Datuk Halimatun telah berputus arang dengan Marlia. Anak sulungnya itu melarikan diri meninggalkannya pada malam akad nikad. Marlia memang tidak pernah rapat dengannya sejak dari kecil….Marlia suka melawan dan membantah… Datuk Halimatun tidak paham. Dia hanya mau yang terbaik untuk Marlia…Tapi Marlia lebih rela berkawin dengan seorang pendatang dari mengahwini seorang lelaki yang menjadi pilihan Limah…Memang tujuan Limah mengahwinkan Marlia dengan anak Datin Maimun untuk mengelakkan Marlia jatuh kedalam pelukkan orang mendatang.. Tapi dia tidak mahu memaksa lagi apabila Marlia melarikan diri…

Itu kisah 16 tahun lalu… Dan telah 16 tahun juga Datuk Halimatun tidak pernah melihat wajah anak sulungnya itu. Mati atau hidup, Datuk Halimatun tak peduli. Marlia bukan lagi anaknya…Tumpuannya kini adalah pada Yassin. Anak bungsunya…

Yassin masih ingat dengan Kak Lia. Dia sayangkan Kak Lia tapi sayang dan rindu itu di simpan jauh di dalam hati. Datuk Halimatun tidak membenarkan nama itu di sebut-sebut…Dia dah hampir 2 tahun berkawin dengan wanita yang menjadi pilihan ibunya. Marlia bahagia. Meskipun dirinya tidak di limpahi intan berlian, tapi Marlia bersyukur. Dia bahagia dengan Budi walaupun Budi Cuma bekerja sebagai pengawal keselamatan di luar bandar. Lalu bersama cinta mereka itu lahir 5 cahayamata berusia antara 15 hingga 5 tahun. Anak-anak mereka hidup bahagia….Lalu sama sekali mereka tidak menyangka mereka akan kehilangan segala-galanya dalam sekelip mata…Marlia dan Budi terlibat dalam kemalangan ngeri dan kedua-duanya meninggal dunia di tempat kejadian…

Ratapan 5 anak yatim piatu ini mendapat liputan pihak media. Hidup mereka menjadi lintang pukang. Mereka terlalu muda untuk menangani hidup yang penuh berliku tanpa ibu bapa. Pihak kebajikan masyarakat ingin menempatkan mereka semua di rumah anak yatim. Ada juga pihak yang ingin menjadikan mereka anak angkat, tapi tidak semua. Mereka akan di pisahkan. Suzana bersuara lantang. Dia tidak akan menyerahkan adik-adiknya pada sapa-sapa pun… Keadaan keperitan Suzana 5 beradik mendapat perhatian program Bersamamu TV3. Suzana memberitahu bahawa ayahnya anak yatim piatu berasal dari Sumatera. Dan ibunya Marlia pula tidak pernah menceritakan perihal saudara mara yang ada… Datuk Halimatun melihat program itu… Dia menyedari kematian Marlia kerana berita kematian itu disiarkan dalam akhbar… Tapi dia tak ambik kisah. Marlia bukan lagi sebahagia dari hidupnya. Marlia telah dibuang jauh dan di gantikan dengan dendam yang membara sampai kini….Namun begitu Yassin telah membawa 5 beradik ini pulang ke rumah untuk hidup bersamanya dan nenek mereka.

Ramadan menjelang tiba…. Hati sayu terkenang suasana puasa bersama ibu dan ayah… Suzana tertanya-tanya, adakah Nek Halimah akan melayan mereka dengan buruk buat selama-lamanya?

SyurgaMu Ramadan adalah kisah pengorbanan, kasih sayang dan yang paling penting, kemaafan. Tiada nilainya pahala sekiranya ianya berlapikkan nafsu api kemarahan….Dan tiada yang lebih indah dari satu kemaafan… Kemaafan dari dendam yang terpendam…..



_______________________________________________________________________________

 2011
Ramadhan Terakhir 





PELAKON: Esma Daniel, Fazlina Ahmad Daud, Tasha Shilla, Aeril Zafril, Anzalna Nasir, Eyka Farhana dan ramai lagi.

sinopsis : 

Ramadan Terakhir mengisahkan Hisham seorang usahawan yang berjaya berusaha membimbing isteri dan anak-anaknya untuk kembali ke jalan yang benar di sisi agama Islam. Dia disahkan mengidap kanser kronik dan mempu untuk bertahan beberapa bulan saja lalu bertekad untuk membetulkan semula haluan hidup beliau yang begitu tercemar dengan pelbagai dosa sepanjang hidupnya.

Perubahannya itu telah dipandang sinis isterinya Mazni yang terus hanyut dibuai keenakan dan keseronokan. Apa lebih menyedihkan, anak lelaki mereka Daniel turut melakukan pergaulan dan perlakuan tanpa batas bersama teman wanitanya Rossa.

Pada masa yang sama Hisham sering bermimpi didatangi seorang wanita yang dikenali bernama Khadijah yang telah meninggal dunia. Kak Hawa, pembantu rumah mereka pula memutuskan untuk menamatkan perkhidmatannya. Kekosongan itu pula bakal di isi Sakinah seorang gadis bertudung, lemah lembut dan kukuh didikan agamanya. Pengambilan Sakinah sebagai pembantu rumah baru juga adalah satu agenda tersirat Hisham dalam melaksanakan misi kekeluargaannya. Siapakah sebenarnya Sakinah? Apakah maksud sebenar di sebalik kehadiran Khadijah dalam mimpi Hisham?

__________________________________________________________________________________

komen aku : 

cerita sangatlah menyentuh hati dan perasaan. setiap kali aku tengok cerita ni, mesti ada watak dan jalan cerita menyebabkan aku mengalir air mata.....bagi mereka yang pernah rasa kehilangan, pernah rasa kekurangan kasih sayang dan perhatian dan mungkin pernah lalui pasti akan mengetahui... 

Tak sabar nak menunggu cerita / drama untuk Ramadhan kali ni. Harap-harap best jugak macam sebelum-sebelum ni. Kalau nak tengok cerita Syurgamu Ramadhan dan Ramadhan Terakhir boleh la download dekat internet. 

Wassalam. 

Tuesday 17 July 2012

Bawa Telefon Bimbit di Sekolah

Assalammualaikum

malam tadi pengumuman tengok berita TV3. Pelajar sekolah sesi tahun hadapan akan dibenarkan membawa telefon bimbit...waahhh...beruntung budak zaman sekarang ni...dekat sekolah mesti diorang dah melonjat kegembiraan kerana boleh bawak telefon bimbit di sekolah....tahniah la akak ucapkan untuk adik- adik sekalian. 

Tapi dekat sini, akak nak komen dan kurang bersetuju dengan cara tersebut. Tetapi masih tidak perlu melatah sebabnya pihak tersebut membenarkan pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah adalah dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan. Seperti mana semua tahu, kebanyakan sekolah membawa telefon bimbit adalah tidak dibenarkan...adik-adik, ada sebab kenapa membawa telefon ke sekolah adalah tidak dibenarkan....




dari pengalaman dan pemikiran akak, kenapa telefon bimbit adalah tidak dibenarkan dan beberapa perkara negatif yang boleh dilihat  : 

1 - Pergi sekolah adalah untuk belajar, bila ada telefon bimbit, pelajar akan kurang fokus. Nanti sikit-sikit tengok enset bawah meja sebab nak balas mesej boyfriend/girlfriend. 

2- Akan menyebabkan pergaduhan sesama kawan dan menjadi masalah apabila kehilangan telefon bimbit di sekolah...pihak sekolah jugak nanti akan terbeban hanya dengan masalah kehilangan telefon. Kalau ada pelajar yang bawak enset mahal ke sekolah, anak orang kaya, nanti mak bapak bising dan salahkan pihak sekolah balik. Padahal salah mak bapak tersebut jugak sapa suruh belikan anak telefon mahal-mahal. 

3- Kes cemburu dan menunjuk-nunjuk. Adik-adik, kalau cemburu kerana mendapat markah yang lebih tinggi tak pe, nanti cemburu sebab kawan ada telefon yang canggih mengalahkan telefon bussiness man...nanti mulalah berlumba-lumba nak beli enset lebih canggih..belajar entah ke mana, asik nak cemburu dan menunjuk-nunjuk je....

4- Masalah kewangan. Kalau adik-adik anak orang berada sekalipun, akak rasa duit yang mak bapak kasi untuk buat belanja makan tu digunakanlah untuk makan di kantin. akak takut, bila telefon bimbit dibenarkan ke sekolah nanti, kantin akan jadi sepi, sebab semua orang dah kenyang hanya dengan melihat telefon bimbit masing-masing..dan bila nak beli air pun duit dah tak ada sebabnya asik nak membeli topup....menabung pun pun mungkin sebab nak kumpul duit beli enset baru yang lebih canggih..

5- Masalah komunikasi. seperti mana yang sudah tahu, sejak SMS diperkenalkan, banyak perkataan yang disingkatkan dalam SMS. contohnya ' mkn, aym,kcing,kmbing'. Pengaruh ini takut akan terbawa-bawa dalam karangan Bahasa Malasyia nanti...

6- Masalah komunikasi. mungkin pelajar-pelajar akan kurang berkomunikasi sesama rakan-rakan, sebabnya mereka akan jadi leka bersms atau berchatting di henset masing-masing..

7- Masalah sosial - pengaruh dalam internet adalah sangat kuat dan berleluasa. Bayangkanlah dan tak mustahil adik-adik mesti mempunyai telefon yang canggih di mana boleh melayari internet. Dengan itu, sangat mudah untuk adik-adik melihat video-video atau pun gambar-gambar yang boleh merosakkan dan tidak bermanfaat. Seperti mana yang kita tahu, kes gengsterism, masalah sosial, rogol dan sebagainya adalah salah satu faktor penyebabnya dari penggunaan internet yang tidak ditapis..

8- Adik-adik zaman sekarang adalah berbeza dengan zaman dulu-dulu seusia dengan zaman mak bapak akak. Zaman sekarang adalah sangat susah untuk dikawal. Adik-adik cepat memberontak. Andai kata adik-adik ada masalah, bergaduh dengan kawan mahupun dengan keluarga sekalipun, cara yang adik lakukan adalah melarikan diri dari rumah. Kalau zaman dulu, hendak lari rumah pun, setakat belakang rumah je, pastu bila dah tak tahan kene gigit nyamuk, masuk balik rumah.  tapi sekarang, siap ada GPS, boleh pergi luar negara pun tak ada masalah buat adik-adik. 


Oklah, cukuplah setakat 8 perkara kesan negatif kalau bawa telefon bimbit di benarkan ke sekolah. Seharusnya pihak kementerian harus mengkaji semula kesan membawa telefon bimbit di setiap pelajar. Bukan semua pelajar mampu, dan seharusnya pelajar datang ke sekolah adalah datang membawa satu azam iaitu menimba ilmu pengetahuan. Setiap sekolah seharusnya mengambil tindakan dengan menyediakan prasarana yang boleh memudahkan pelajar untuk belajar. Tidak membenarkan membawa telefon bimbit ke sekolah tidak bermakna pelajar tidak boleh belajar, tetapi ia akan lebih mendatangkan kesan negatif ke atas pelajar nanti. 


Jika kerajaan sekarang risau akan kes-kes keculikan, sewajarnya pihak sekolah haruslah membuat inisiatif untuk mengetatkan undang-undang seperti contoh, tidak membenarkan pelajar menunggu ibu bapa yang lewat menjemput di luar kawasan sekolah dan sebagainya...


pada zaman dulu, kenapa orang boleh hidup tanpa telefon bimbit dan kemudahan lain seperti pengangkutan awam? Kenapa anak-anak mendengar cakap ibu bapa? kenapa masalah sosial yang semakin meningkat zaman sekarang ? dan kenapa murid-murid dah tidak menghormati guru-guru ? semua tu adalah disebabkan PENGARUH. salah satu penyebabnya adalah pengaruh telefon.. sila kaji balik kesan positif dan negatif penggunaan telefon di kalangan pelajar. 

Insyaallah adik-adik, kalau niat adik-adik nak belajar datang ke sekolah adalah untuk menjadi insan yang berguna di masa hadapan, Adik akan dapat. Walaupun tak ada telefon sekalipun, adik-adik tak akan susah. kesusahan itu datang andai adik terpengaruh dengan sikap negatif. Perdana menteri kita masa belajar dulu, mana ada bawak telefon bimbit ke sekolah...tapi mereka boleh berjaya...betul tak...



PicsArt : love on the rice







Monday 16 July 2012

Enjoy Bersukan

Assalammualaikum

wahh rindunya nak berblog walking dan menulis blog...baru aku tau cam ner rasanya mereka-mereka yang giler berblog....bila sekali dapat tulis entry, mesti susah nak tinggal..kalau ada masa mesti tak miss untuk berblog....

untuk pengetahuan, aku dengan tidak sengaja nya telah melibatkan diri dalam Kejohan Sukan Staf IPTA ( SUKUM ) yang  ke-37 pada 1 hingga 13 Julai 2012 bertempat di UUM, Sintok Kedah...ya ampun, lama bangat....xtaulah boss aku marah ke tak aku pergi lama-lama, tapi hopefully dia faham, lagi pun dia pun pergi jugak kan....

So, almaklumlah hari tu masa sukan staff gugusan team aku kan juara dapat emas dalam boling padang, so kali ni pun kene melibatkan diri pulak wakil universiti dalam sukan tersebut. selain tu, apa salahnya nak merasa bagaimana terlibat dalam perlawanan besar ni...apa kata orang...cari pengalaman. Kalau tak da pengalaman, rugilah hidup kan...rasa tak de makna dan kosong....

mood nak menulis panjang-panjang adalah sangat malas dan tak ada idea untuk membebel....ada lah kenangan aku snap sepanjang perjalanan dan pengalaman untuk dikongsi bersama dan menjadi kenang-kenangan hingga ke anak cucu...cewah...bajet HOT...


 Dimulakan dengan memperkenalkan coach yang mengajar kitorang boling padang...seminggu kitorang sebelum perlawanan ada training dekat cyberjaya dan seremban 2. ..orang berpengalaman, setiap apa yang dikatakan, kita ambik berat dan ikut....seperti seorang ayah....sentiasa memberikan nasihat dan pandangan....bagi aku, setiap kata-katanya sangatlah memberikan sentuhan dan makna yang tersirat..




Inilah pasukan yang sentiasa bersemangat, belajar dari kesilapan, mendengar segala nasihat....semua ni aku anggap mereka lah satu pasukan yang kuat...mereka inilah aku anggap seperti abang, kakak dan sahabat.


 UKM...boleh....UKM....menang.....

 semangat sepasukan











hitam itu menawan...almaklumlah....disinari cahaya...bersama miza dan ana. kitorang ni semua sama kecik..kecik-kecik cili padi ye... :))






kawan baru- Nabila....suka tengok dia makan, laju je makan....sekali pandang penuh lagi nasi dekat pinggan, dua kali pandang dah habis dah..hehehe...bila tanya dia lajunya makan, dia kata dia ikut perangai ayah dia. kalau diorang se-family makan dekat kedai, ayah dia makan laju, bila dah siap makan..terus ayah dia bayar makanan dekat kaunter pastu terus tunggu dalam kereta...sebab tu dia dengan adik-adik dia kene makan laju-laju sebab takut kene tinggal....hehehe..kelakar dengar cerita nabila....dalam team ni dialah yang boleh go-on and sekepala dengan aku...


Merasa jalan-jalan di tempat orang, dapat jalan-jalan di Padang Besar, membeli belah, kemudian rasa tomyam kt sana semua sedap dan pulut ayam yang sedap jugak...setiap hari kitorang breakfast dekat satu port tu, dia punya roti canai sangat sedap...pastu ada roti jala pun sedap jugak....pengalaman makan dekat kedah adalah sangat good dan berpuas hati....tapi tak delah nak snap gambar kan...



makcik bedah beli belacan

sempat lagi diorang main snooker dekat kompleks changlun...aku tak faham cm ner nak ajdust gambar ni tak mereng..

gambar kat bawah ni adalah last kitorang dekat sana...singgah dekat Pekan rabu namanya....



taip entry dah tonggang langgang kan....tapi tak pelah...so, kesimpulannya saya telah memenangi pingat gangsa dalam team fours wanita dan gangsa juga untuk single wanita....yang sedihnya, pingat tak dapat pada hari last tu, sebabnya...urusetia hadiah dari tuan rumah buat kesilapan......so, tak dapatlah nak merasa pakai midle dan bergambar dengan semut merah...sob sob sob....diorang kata diorang akan pos nanti....sabo jelah

kenangan dan pengalaman dalam menyertai kejohan ni aku boleh simpulkan disini :

- happy bila bersukan sebab ada semangat kesukanan dalam diri masing-masing
- semangat saling bekerjasama dan tolong menolong
- ada juga sikap salah menyalah kan orang lain
- buang sikap ego dan sombong
- buang sikap memandang rendah pada orang lain

 so, rasanya itu jelah untuk hari ini......akhir kata " majulah sukan untuk negara " pheeewww, tarik nafas dalam-dalam