Monday 30 April 2012

Kawan-kawen-Baby-Smile

Attended majlis perkahwinan kawan sekolah menengah masa dekat SBPI Sabak Bernam. Pergi dengan izzah and then bila dah sampai rumah pengantin, jumpa lah a few members- school mate- same batch-pioneer of SBPI SB.

Lama rasanya tak jumpa diaorang ni. But the amazingnya...rasa macam kitorang ni tak de berubah langsung..still sama, muka pun sama, perangai giler-giler pun sama...eventhough umur kitorang dah 23 tahun tapi aku rasakan tak de pun perubahan from we form 1 until form 5. amazing tak?ke aku yang tak perasan? 

But apa-apa pun, have a nice day jumpa kawan-kawan lama tempoh hari. Congratulation for Mardhiah Sani for ur wedding. Hope ur relationship will till forever and ever. Bahagialah sehingga ke akhir hayat bersama-sama anak-anak yang soleh dan solehah yang bakal dilahirkan nanti.Amin ya rabbal alamin. 



a little bit picture possing baik punya from us :)






pixture from Fatin Adlia. thanks to all..waffa, linda, junaidah, izzah, husna, hanum and nana...yang hadir pada kenduri hari tu..

Balik kenduri pergi ziarah Nida- my frends also from SBPI SB. Agak rapat jugak, satu kelas from form 1 sampai form 5. Dia pun dah kawin and now baru melahirkan anaknya yang pertama- baby girl-Safiyah Waffa namanya...



Apa-apa pun, congrats for all my Friends...moga berbahagialah selalu dan sentiasa dilindungi dan dirahmati. amin..:)))

Misteri Gadis Berbaju Kurung

Pada satu petang yang sunyi. di satu kawasan parking kereta di sebuah shopping kompleks yang agak elite di bandar yang elite lagi bijaksana, aku memerhati kelibat seorang wanita yang agak diragui perjalanannya. Langkahnya laju dan agak kelam kabut. Didalam hati ini, mengandaikan wanita ini seorang yang misteri..pasti ada sesuatu yang cuba disorokkan...

Dengan berpakaian serba lengkap berbaju kurung berwarna biru berbunga merah. Aku mengikuti langkahnya dari belakang. Lantas tangan dengan cepat mengeluarkan telefon bimbit di dalam beg tangan. Gaya persis seorang paparazi yang mengejar artis untuk mencari dan membongkarkan sesuatu yang rahsia. 

Tetapi gadis misteri itu semakin laju menggerakkan langkahnya.Mungkin ia perasan ada sesuatu yang mengekorinya dari belakang..sungguh misteri gadis itu....








Aku cuba melangkah dengan lebih dekat agar dapat membongkarkan rahsia yang dihadapi oleh gadis misteri tersebut. Dengan menggunakan kamera enset berjenama samsung galaksi W ini, cuba mensnapkan langkah-langkah gadis tersebut...apa yang terjadi sebenarnya ini? Diri aku turut masih keliru. Dalam keadaan yang huru hara gadis tersebut semakin melajukan  pergerakannya...dan kaki aku ini turut mengikuti langkah gadis misteri tersebut..



Tetapi langkah demi langkah....aku terasa semakin tahu apa yang terjadi...hati ini sudah mengagak rahsia gadis tersebut...tetapi masih mencari kepastiaan agar tidak berlaku kekeliruan dan salah faham di lain hari kelak.





Dimanakah silapnya wahai gadis berbaju biru.....aku sudah semakin mengerti dengan apa yang terjadi...aku harapkan engkau dapat memaafkan kejadian yang berlaku itu...janganlah di simpan didalam hati..



Kerana kasut yang lama itu tidak bersalah...dan dia seakan-akan sudah mengerti yang engkau sudah mencari pengganti yang lain....Bila jumpa yang baru pasti akan lupa yang lama.....








muaahahahaha...kesian sudah terbongkarnya misteri gadis berbaju kurung. Sekian. Wasalamm....

Thursday 26 April 2012

Rindu

Salam,

Alamak...tertiba rindu pulak ngn budak kecik ni...emmmm.....



Nak buat Peace tapi xreti...
anak buah aku ni pantang nampak aku pegang henset..mesti nak main game..bila tak kasi..menangis2, merajuk..tapi bila kasi tak reti main...pastu bergaduh2 dengan kakak2 n abangnye. Berebut2 nak main. pastu masing-masing bila bergaduh ejek-ejek, ee tak pandai main lah ape lah...huhu..biasalah budak2...bila keadaan dah makin parah....asik bergaduh smpai tarik2 rambut..aku rampas...muka masing2 akan sentap.hehehe.pastu cakap taknak kawan makcu ( itu selalu yg si abg ajam cakap) kalau Nina pulak lagi monyok sampai satu hari kalau merajuk...yg cool si arisya je...dia memang relex and tak kesah sangat. Si kecik ni pulak dia ikut orang....kalau orang merajuk dia pun merajuk jugak, kalau orang rilex dia pun ok.hehehe..


 
itu je, Bye !!!!

Hipokrito bukan nyamuk mosquito

Assalammualaikum

Makin hari makin sakit hati..makin gelisah...makin tak de mood nak kerja...Rasa semua yang dibuat tak betul, semua orang buat aku menyampah..Inilah dinamakan manusia...macam-macam ragam.macam-macam perangai...hipokrit itu perkara biasa..termasuk aku...huhuhu....


Semua orang mempunyai sikap hipokrit...sikap ape? Sikap HIPOKRIT dalam diri. Betul tak betul ta betul x? mestilah betul kan..jadi lurus sangat pun xboleh, lagi lah dipermainkan2. So, penyelesaiannya jadilah seorang hipokrit. Tapi bukan hipokrit tak tentu pasal sehingga menyusahkan orang lain. 

Contoh hipokrit pada rakan  :

Si Joyah asik mencari kesalahan rakan sepejabatnya. Dia buat kerja tak betul la, salah lah, asik mengular la, jaga tepi kain orang tulah, cakap bergaduh dengan laki lah,bila kawan tu g shopping, cakap nak menunjuk2 la...itu la, ini la, bla bla bla.....hakikatnya bila jumpa member tu yg dingumpat kaw2 tu, elok je, buat muka tak bersalah..boleh je tegur2 sembang2 n ngumpat orang lain pulak dekat dia pasal orang lain. WTF...avoid la dengan kawan macam tu...tak mustahil dia akan mencari kesalahan kita dan mengata kita dengan orang lain...

Hipokrit pada diri sendiri :

mengata orang tu pakai baju senteng la ape lah, pakai tudung lilit2 la...walhal diri sendiri bila dah terpengaruh pakai jugak macam tu.


Kesimpulan yang dibuat oleh diri sendiri: 

Hipokrit2 jugak..tapi kene lah ada gayanya...jangan sampai boleh buat orang marah..jangan smpai telagakan hubungan orang lain. Wahhh...aku memang tengah hipokrit sekarang ni............sebab aku dikelilingi dengan semua orang yang hipokrit....just let me alone it's more better than around people HYPOCRITO..



Wednesday 25 April 2012

Katakan Love Pada Garnier

assalammualaikum

sape tau garnier ada buat program amal yang heliza and lisa surihani pergi ke rumah kebajikan anak-anak yatim. Entry ini.

Tunggu-tunggu jugak pihak Garnier kata akan kasi info kalau ada pape program. but until now tak de pape ponnn...aku dah like dah kat fb Garnier and dah buat pra register dah. Ke aku yg ketinggalan? 

Xpelah...mungkin diorang cuma nak tarik perhatian je kot...teringin jugak nak g jmpa lisa surirumah tu..aku tertarik nak guna Garnier ni bila tengok muka lisa kat iklan yang nampak lembut, berseri2 je. aku ni kan mudah terpengaruh.kikikiki. Bila dia jadi duta Garnier ni, aku pun nak pakai jugak. sebab aku nak muka aku sehalus and seri wajah macam muka dia. boleh tak boleh tak. 

aku pun try la produk Garnier ni rasanya hampir 6 bulan kot. before ni guna produk lain tapi bila habis pergi tukar produk lain sebab rasa nak cuba and terpengaruh dengan bekas yang lawa. Biasalah nak tarik pelanggan. 

Sebagai insan yang mudah terpengaruh ni jugak, mudah terpengaruh dengan iklan-iklan kat tv ni. contoh dulu aku memang peminat siti nurhaliza. pastu dia jadi duta syampoo pantene. and pastu aku akan pastikan aku mesti beli syampoo pentene, syampoo lain tak pandang dah and aku rasa syampoo lain tak bagus.kikikiki..pastu hari tu Yuna kan jadi duta  Libress, so aku pun minat jugak dengan lagu Yuna tu, so, dari situ aku bertukar pulak kepada Libress...Lupakan yang lama...huhuhu...

Ok, dah jauh tersasar, tak boleh nak delete balik. back kepada GARNIER. Baru aku perasan sejak aku menggunakan produk ni and hasilnya sangat mengagumkan. But sebagai pengguna kita kene guna secara berterusan. Jangan kejap-kejap tukar produk lain sebab ia akan memberi masalah kepada kulit wajah kita sendiri. 

selain itu jugak, kita perlu tahu sensitiviti dan kesesuaian kulit kita. Jenis kulit kita ape. macam kulit aku ni, jenis yang oily ( berminyak ) dan ada masalah kulit tidak sekata and maybe sedikit jeragat. Jerawat hanya akan tumbuh bila ku D.B ataupun  STRESS..

So, if anyone have skin problem macam aku ni...just try la produk Garnier yang hangat di pasaran ni. Kira kulit aku jenis yang tak lah bermasalah sangat pun. So, aku just pakai yang warna kuning tu.



Garnier Pure Active tu, aku baru beli. Dia Multi Action Scrub ( aku baca je ape dia tulis tu ). Dia kata lagi ( tulis ) jelas melawan 6 tanda jerawat iaitu Jerawat, bintik bintik putih, bendasing, kulit berminyak, pori terbuka dan kulit tidak sekata. 

after cuci muka dengan pencuci muka tersebut. cuba amalkan guna toner kat kulit muka tu. Dulu, aku memang tak pakai toner muka ni, sebab malas. tapi bila dah nampak hasilnya baru aku rasa sangatlah bagus. sebab ia sangat membantu dalam kesihatan kulit kita, dan mencerahkan wajah dengan sempurna. 


 contoh yang aku boleh aku kongsikan, waktu kulit aku terbakar hari tu masa training boling padang dekat tengah panas, setiap hari lepas mandi je, aku memang time tu dah sapu toner and guna cream dia tiap hari, alhmadulillah, kulit tu bila kene matahari lama-lama memang akan hitam, tapi ia tetap melindungi kulit wajah. sebabnya ia ada pelindung dari cahaya matahari ( SPF ) yang membuatkan kulit kita tidak akan mengelupas. aku paling takut bila time nak elok kulit tu kan akan mengelupas. tapi alhamdulillah, bila guna Garnier ni xla pulak dia nak mengelupas kononnya nak bertukar wajah eh kulit.


Just nak berkongsi pengalaman and cerita je. Setiap orang ada kesesuaian masing-masing. and diri sendiri yang tau kita ni sesuai atau tidak bila menggunakan produk tersebut. Kadang-kadang tidak semestinya produk yang mahal boleh sesuai dengan kulit kita, walhal produk yang murah mahupun tradisional itu lebih bagus dan memberikan kesan yang baik.

betul tak betul tak







Malu la ai.....hehehehe



Monday 23 April 2012

what will happen to me?

assalammualaikum

Hari-hari yang aku lalui terasa kosong, terasa ada sesuatu yang sentiasa merisaukan diri ini. ya...memang pun, its that what will happen to me?

itulah persoalannya??

sukar membuat keputusan. tersepit antara dua pihak. tersepit antara perasaan. segalanya berbelah bahagi. Ya allah, berikanlah kekuatan. andai kata apa yang aku lakukan itu betul..kau tunjukkanlah..andai kata ia salah..kuatkan hati kami ini.


doa melembutkan hati

Surah Thoha ayat 1 hingga 5

Thursday 19 April 2012

Si budak Kecik

Assalammualaikum

malam tadi melayan si kecik Azib muhaimin @ ajib memen smpai pukul 12 baru dia tido. pantang bila nampak aku pegang enset mesti nak angry bird angry bird angry. tapi aku tak kasi..aku buat bodoh je.hehehe.kejam maksu dia ni. yelah, sebab dia kecik lagi tak reti main..nanti main je kalah...pastu suh aku tekan ulang, tak smpai 1 minit dah kalah...suh maksunya tekan lagi....sorry la ye budak kecik...pastu aku upah dia suh baca katalog satinni tu. suh dia cari beg angry bird. dah 3 hari kakak n ajib dok ngan aku, harap-harap aku boleh kasi yang terbaik untuk diorang. mudah2 an penyakit kakak aku semakin sembuh dan sihat sediakala. Ya allah, permudahkanlah urusan keluarga kami. sihatkanlah tubuh badan kakakku seperti sedia kala. lindungilah keluarga kami dan berikanlah kami kebahagiaan dunia dan akhirat. amin.


peace yo...maksu nak main angry bird.....please....



mata dia bengkak, cian ajib memen sebab hari tu jatuh buaian...tanya dia sape buat, mama buat.huhuhu..semalam balik kerja kakak story dia masam je kat umah...makan tak nak, minum tak nak..dia boring kot. sebab selalu kat umah kampung ada abang n kakak dia boleh gusti2, lari2. kalau kat umah aku ni mak dia jelah dia gustinya, baling2 bantal..dahlah mamanya tengah sakit. tapi ajib, maksu balik kerja kita main gusti lengan ye..

SAYANG AJIB MEMEN..MAKSU SAYANG AZIB MUHAIMIN. 

budak kalau kita tanya kan, contohnya ajib boy ke girl..nanti dia jawab girl....ajib girl ke boy...nanti dia jawab boy...ok, conclusionnnya...budak akan ambik perkataan last je.....alah macam kita menyanyi jugak....kalau lirik lagu tu aku jarang hafal penuh...ambik yang last2 je....macam lagu Najwa latip tu...kosong kosong kosong......


pagi tadi ujan,,dalam kete sempat lagi snap gambar sendiri yang tak cantik ni...tapi dah putih n tembam dah sikit dari sebelum ni....kat umah asik nak makan je, sonok ada orang teman kat umah sekarang ni...best bila ada keluarga kan...hargailah mereka selagi masih ada....


gambar latest aku yang **tettt***





BECAUSE I AM SIMPLE 


Wednesday 18 April 2012

Projek Tebu- permulaan

Tarikh pemantauan        : 13 April 2012
Proses Telah Disiapkan : Bajak, buat baris & Longkang bagi mengelakkan banjir
KSI                              : RM2000++ ( termasuk sewa kapal korek, beli kolong, baja, DLL)
Proses seterusnya          : Tanam anak benih




Tuesday 10 April 2012

Pengurusan Stress @ Cameron Highland

Assalammualaikum

5-7 April 2012 - Kursus Pengurusan Stress, anjuran Unit Latihan PPUKM. Nak kata kerja terlalu stress tu taklah pun. Bila boss aku baca surat aku nak g kursus stress tu, dia tanya aku stress ke, aku jawab tak pun. Boss aku lagi banyak stress kot dengan aku. patutnya dia yang pergi kursus stress tu. hehehe.

Bertempat di Herritage Hotel, Cameron Highlands


Dah nama pun, cameron kan. Sejuk ya amat lah...perut lapar jelah...bertolak dari HUKM jam 930 pagi. sampai dalam pukul 5.00 petang. Fuhh jauh ya amat. Jalan mana pun aku tak tau driver tu bawak. Tapi aku ni memang mabuk sikit. Lagi-lagi jalan pusing2 macam naik roler coster. memang aku terlentang tak bukak mata la dalam bus tu sebab takut muntahkan. huhu..


sampai je kat bilik seminar tu, dah register, dah dapat kunci bilik masing-masing and dimaklumkan pulak malam tak de slot sebab penceramah ada masalah. so, urusetia kata boleh la, rehat-rehat dan kalau nak jenjalan tu boleh jenjalan ye. Aku satu bilik dengan kakak ofis aku- kak eli. rasanya kitorang je yang dari UKM Bangi. Ramai yang dari HUKM dan KKL. Bilik hotel just simple sangat. Tapi oklah..janji selesa kan. bukan nak honeymoon pun. Tapi nak honeymoon dekat Herritage pun ok jugak.hehehe





second-day 6 April 2012

Program pun start..belajar ape itu stress, punca-punca stress and cara nak menangani stress. and penceramah tu adalah Tuan Hj.Hushim dari Hushim Consultant and motivation. Kalau tengok muka dia baru aku kenal. mula-mula dengar nama aku tak kenal pun. sebab dia selalu masuk lagi-lagi sekarang dia selalu masuk Wanita Hari Ini. Tak habis-habis dia cerita pasal si kak Azizah Arifin tu. Tuan Hj. ni kelakar rupanya. suka buat memek muka julur-julur lidah bagai. semua orang ketawa. pastu cerita pasal orang2 dah berumah tangga ni. yelah majoriti kat kursus tu semua dah kawin, yang bujang-bujang ni tersipu-sipu malu and  cover2 gelak sebab takut kene bahan. 

Tn.Hj.Hushim bersama isteri
Nampak sangat muka aku tu tak de cahaya keimanan.hehe. sebenarnya sunburn sebab training lawn ball hari tu.....gelap betul.macam anak orang asli.hehehe.



last day-7 April 2012

Pentutup tu macam best sikit, ada peluk-peluk cium2 pulak. aku tak boleh la tengok orang nangis ni.pantang betul la..mulalah nak ikut nangis padahal tak de pun yang menyedihkan.



Penyampaian hadiah untuk setiap kumpulan


check out tengahari- balik tu singgah shopping dekat Brinchang. belilah ape2 yang patut. Duit pun aku tak bawak banyak kan,,,yelah, aku ni penjimat orangnye.hehehe...





overall semua nak warna merah.barang-barang aku semua nak warna merah. sebab merah kan menawan. pastu ada la beli strawberi sikit, buah jambu jeruk tu sedap, beli la sikit.beli teh kotak sikit..semua sikit2. 


- BECAUSE I'M SIMPLE-


Kejohanan Sukan Staff UKM

Assalammualaikum

laporan secara ringkas : Penutup dan penyampaian hadiah Kejohanan Sukan Staff UKM 2012 pada 04 April 2012 yang lalu. Masa yang tidak mengizinkan untuk melaporkan dengan segera ape yang telah berlangsung. Sebab tu aku tak layak jadi wartawan. kalau nak jadi wartawan kene cepat membuat laporan. Betul x. Inikan aku sebagai setiuasaha pun, kelam kabut je, laporan pun xpernah nak lengkap. Ape cite aku ni??huhu. abaikan pada diri sendiri : So, untuk tidak membuang masa, aku melaporkan sedikit sebanyak gambar koleksi sendiri pada majlis penutup tersebut. cekedooowwtt...











it's one moment to remind us how a life is so simple, just sometimes we must know how to feel happy and enjoy, but doesn't mean we must forget how to saddness. 
* ada banyak lagi nak upload tapi xboleh pulak nak rotate that picture, so ini jelah gambar yang ada. 

-BECAUSE I'AM SIMPLE-