Tuesday 20 March 2012

Selamat Pengantin Baru

Assalammualaikum


11.03.2012 hari tu attend majlis perkahwinan kakak kepada kawan baik aku. satu kampung je pun. Memang rapat n kenal. Masa kocik2 dulu, itulah member yang aku ada. Selalu terjah rumah dia, main masak2, berkubang, main teng teng, main batu seremban, main lari2, main kejar2, tido umah dia. Nama pengantin tu kak inoi ( nama betul dia aini). dia tu kakak kepada bestfrend aku masa sekolah rendah namanya Hana. Dulu g sekolah kalau naik basikal pergi sama2 dengan Hana. Macam2 suka duka, kenangan manis zaman kecik2 aku kongsikan denagn Hana. Ohhh rindu pulak dekat dia ni. Dia ni orangnya cantik, pandai, baik. Tak taulah dah berpunya ke belum..tapi aku tau ramai peminat dia ni.

Owh Hana aku rindu kat ko

Kak inoi dah kawin sah dah nikah. Ko bila cik hana oi. hehehe. Papepun, nanti ko kawin jangan luper jemput aku ye. kepak kepak kebom kebom...selamat pengantin baru Kak Noraini Abd Salim dan pasangannya. 





Juga nak mengucapkan selamat pengantin baru buat kakak angkat aku yang disayangi dan dirindu....kak norasifah yang telah dilangsungkan majlis perkahwinan pada hari yang sama tetapi mohon maaf adikmu ini tidak dapat hadir. Ingatkan nak datang resepsi sebelah lelaki dekat Perak, tapi memandangkan kesihatan tidak mengizinkan. Maafkan adinda ya. Selamat Pengantin Baru, moga berbahagia hingga ke akhir hayat. Amin.


warna warni hot air ballon

Assalammualaikum


18hb Mac hari tu bersamaan hari Ahad yang lalu, aku n BFF pergi menyaksikan belon udara panas di Putrajaya. Punyalah semangat aku datang pukul 3.00 petang. Ingatkan boleh la nak naik belon panas tu, sebab memang aku teringin sangat nak naik. Dari dulu lagi. Impian aku kan nak jadi seperti burung, berterbangan di udara sambil menyaksikan pemandangan yang indah. Dulu kan, masa aku kecik-kecik, kalau diberi pilihan binatang ape yang aku nak jadi, aku nak jadi burung. Sebabnya, burung boleh terbang bebas di udara. Tak perlu nak jalan bengkang bengkok seperti di jalan raya. Menyaksikan pemandangan di udara yang luas terbentang. Menghirup udara yang segar dan damai. Perghh...memang tinggi impian aku kan. 


Tapi....hari tu, aku tak merasa nak naik belon udara tu sebabnye...pukul 6.00petang baru dia nak start. Kaki dah menggigil2 menanti belon udara tu naik ke udara. Orang punyalah ramai tak payah cakaplah...sape yang pergi tu taulah...selamat cuaca tak terik, mendung tapi bahang nak hujan. Tapi rasanya tak hujan kot petang tu ( boleh pulak lupa). Eja ajak aku naik bendalah bola yang dekat atas air tu, tapi aku tak nak, sebab aku takut pening. cian dia tak dapat merasa. Konon2 nak naik belon panas tu kene bayar RM10 tapi ghupernya belon tu cuma naik tak tinggi mana pun sebab dia ikat tali. naik kejap je rasanya dalam 10minit je kot. yang aku nak naik tu yang boleh terbang jauh2 tu. kesian kan aku. xpelah, tak de rezeki. lastnya eja ajak balik naik bola2 tu, tup tup dah tutup....hehehehe. sorry eja, tak merasa dia naik bendalah tu. 


cakap pun tak guna..tengoklah kemeriahan event tersebut. and seperti biasalah, kalau putrajaya buat event memang tip top kan. kenderaan tak yah cakaplah, memang jem jelah..orang2 pun dah macam semut aku tengok.ramai masyaalah.....



Inilah bola yang eja nak naik tu



























Bye Bye Putrajaya

Friday 16 March 2012

Tak Tau Nak Tulis Ape

Assalammualaikum


wahh...dah lama tak menulis entry. sebenarnya baru lepas demam minggu lepas. ni pun still batuk2 lagi.. aku ni tak boleh batuk kalau kene lama-lama mesti nak semput. Bila batuk tu, gerenti, makan tak lalu, time mandi mesti muntah punya sebab bila kene sejuk, batuk tu menjadi-jadi sampai lah muntah segala  bagai. 

Bila dah lama tak menulis ni, mulalah tak de idea sebenarnya. Dah seminggu jugaklah aku hanya membuka blog aku ni tanpa menulis ape-ape. Dan hasilnya lain yang aku godek-godek dan berubah hati untuk menukar template blog yang baru. aku ni mudah berubah. Tak boleh tengok blog orang cantik, nak jugak. Tapi bila dah tukar jahanam. Maka terhasillah templete blog yang aku cari dekat internet ni. Tak kisahlah orang kata tak lawa, sebab aku masih belajar n masih mencari identiti lagi. Aku pun masih tengok toturioul yang blogger2 dah ajar tu. Kadang kagum dengan blogger-blogger ni, memang cantik n kemas je. pastu kreatif bagai ada yang melukis gambar ayam la, ultramen la, dah macam kartunis la. Diorang ni memang bloger yang berbakat. Tapi identiti blog aku macam ni jelah...menceritakan kisah hati, aktiviti yang aku lalui. aku tak de bakat sangat. Aku bukan giler gadget, fashion pun bantai je pakai pape pun, nak travel pun, setakat balik kampung jelah. Dalam negeri pun tak lepas, inikan nak pergi ke luar negara. Tapi kan, kalau luar negara tempat yang aku teringin pergi adalah Korea n New Zealand. Kalau sape2 sudi sponsor tiket flight untuk aku, aku aku kiss dia 100x.hehehehe. 


Nak bebel ape lagi ye....


sebenarnya nak upload gambar, tapi disebabkan ada problem sikit, tak dapatlah eden nak menolongnya. Sebab tu tak de semangat nak taip entry kalau tak de gambar yang diselitkan. 


wahh..tetiba rindu kat seseorang..hemmm...sabar jelah.Harap-harap segalanya berjalan dengan lancar. Minggu ni kenduri kawin umah kakak angkat aku. Maybe tak dapat nak datang kat perak tu. Badan ngah tak sihat lagi. Lepas demam ni, perut masih tak boleh nak hadam dengan betul. Kadang-kadang walaupun dah makan, masih lagi masuk angin. Bila naik kereta orang, boleh pening n nak muntah macam orang mabuk tu. padahal pergi sarapan je, bukannya jalan jauh pun. Entahlah, still kene jaga kesihatan. Sekarang ni, penyakit dah macam-macam. Takut rasanya.


Petang ni ada erobik. Nak join tak nak, nak join tak nak. Eeeh hujanlah...tak yah la join. kikikiki



Friday 2 March 2012

Bila Hidup Bujang Macam ni lah

ASSALAMMUALAIKUM


Just nak cite...bila hidup bujang macam nilah.....


Makan maggi, berair teh o beng, sambil menonton tivi..ape kesah..hidup bujang. sendiri punya perut..kadang-kadang sampai tak lalu pun, kembang tekak nengok maggi. Tapi itu jelah juadah yang ada n boleh selera bila xde mood nak makan, ataupun tak de duit..Bila ada anak n laki nanti, tak lah nak kasi diorang makan maggi. Nak kasi makan nasi biar semua gemuk-gemuk. hahahaha ( apekehal gelak pulok )



Beginilah hidup bujang. Makan biskut kering pun no hal lah. Cicah dengan teh o panas. Memang meletup..Tapi dah lama-lama pun naik jemu jugak. Biskut kering orangnya pun kering jugak.kikiki....


Inilah kisah Hidup membujang. Cepat-cepatlah akhiri Hidup Bujang ini.